Tempat Mula: Sri Pentas, Bandar Utama (Hadapan Pejabat
Media Prima)
Temapat Tamat: Taman Tasik Bandar Utama (Bersebelahan One
Utama)
Kategori: Lelaki Terbuka (7km)
Race kit: BROOKS running T-shirt, Open Message BIB
Post-race: Finisher medal, Goodies
Tarikh & masa : 8 Julai 2012, 7.30am
Seperti
tahun lepas juga… acara ni dibuat selepas SCKLM… aku anggap acara ni sebagai
acara larian santai… sebelum larian lagi aku memang dah berbelah bagi samada
nak lari atau tidak dalam acara ni… sebab utama kerana acara ni dibuat pada
hari ahad tapi miza ada kelas taekwando pulak pada hari yang sama… REP pun aku
amik option untuk penghantaran terus kerumah dengan pos express… REP untuk
tahun ni JAUH berbeza jika nak dibandingkan dengan tahun lepas… jika tahun
lepas dalam REP ada botol air, face towel, t-shirt NewBalance dan bag… tahun ni
Cuma diberi t-shirt BROOKS dan open bib sahaja… downgrade giler… tiada sebarang
persiapan khas yang aku buat untuk larian ni… aku anggap larian ni sebagai
latihan sahaja…
Larian
pada tahun ni juga disertai oleh ajat dan kawannya una… ajat datang ke rumah
aku pada sabtu malam… pada jam 12 kami masuk tido dan bangun pada jam lebih
kurang 3.30pg… awal giler… selepas bersiap kami menunggu una untuk datang
kerumah aku… sedang kami menunggu hujan turun dengan lebatnya sekali… setelah
una sampai, kami bertolak ke bandar utama dalam jam 4.45 pagi… kali ni kami
keluar awal sebab kami naik kereta… kena awal sikit baru senang nak carik
parking… tahun lepas aku dengan ajat Cuma naik moto jer… boleh parking kat
celah2 mana pun takpa…
Semasa
kami keluar dari rumah hujan masih turun lagi… tapi takde la lebat sangat…
tahun lepas pun hujan tapi hujan lepas event… abis basah kuyup aku masa balik
dari bandar utama… mungkin sebab hujan lebat awal pagi tu… ada jalan yang
terpaksa ditutup sebab air naik… aku plan nak parking kereta dekat parking
taman tasik bandar utama… tapi jalan masuk kena tutup sebab air naik…
berpusing2 kami kat kawasan tu sebab nak carik jalan lain… aku cuba pulak nak
parking kat area sri pentas, tapi jalan belok ke sri pentas dah kena tutup
dengan kon… terpaksa aku membelok ke arah taman tasik bandar utama… masuk dari
arah one utama… nak carik kawasan parking pun confius gak… last2 kami dapat gak
carik parking… nasib baik keluar awal sebab kereta masih tak banyak lagi…
walaupun berpusing2 tapi tak jem… sementara menunggu jam 6pg kami lepak dalam
kereta berehat dan melelapkan mata… hujan masih turun renyai2 lagi…
Jam 6
lebih jumlah kereta dalam kawasan parking sudah bertambah… kami decide untuk
bergerak ke kawasan mula di seri pentas… pada mulanya kami plan nak naik
shuttle bas dari kawasan parking ke sri pentas kerana hujan masih renyai lagi…
tapi bila dah tunggu 5min tak nampak pun shuttle basnye… kami decide untuk
berjalan kaki sahaja ke sri pentas… bukannya jauhpun… lintas depan one utama
je… dalam 5min berjalan kaki dan hujan pun dah mula nak berhenti… sejuk betul
pagi tu ditambah lagi dengan hujan yang turun… aku pulak pakai thight paras
lutut je… aku balutkan face towel yang aku bawak kat leher aku untuk kuragkan
rasa sejuk… untuk pengetahuan korang kawasan leher adalah antara kawasan yang
paling sensitif kepada suhu… sebab tu ada mafla…sampai ke sri pentas… kawasan
menjadi jem dengan kereta yang cuba berasak masuk… nasib baik aku tak parking
kat area ni…
ajat dan una |
posing sikit |
Sebelum
apa2 aku pergi tandas dulu… buang hajat… lepas tu aku mula buat warming-up…
kali ni aku bagi tumpuan lebih dalam meregangkan otot2 kaki aku… nak cuba
elakkan cramp dari berlaku… lebih kurang jam 7pg kami sudah bergerak masuk ke
dalam holding penn… seperti biasa ada aktiviti senamrobik dahulu… sewaktu
senamrobik ni kumpulan kecil kami ini disertai oleh sorang lagi kawan ajat,
arai… aku first time jumpa arai masa SCKLM’12… dia pun masuk HM jugak… tapi
arai memang season runner dan dah pernah lari FM pun, memang tak dapat nak
bersaing langsung dengan dia masa scklm’12 tempoh hari… tepat jam 7.30pg semua
pelari 7km pun dilepaskan…
Pace
permulaan larian memang amat2 perlahan kerana terlalu crowded… lagi pun aku
terpaksa adjust pace aku kerana nak bersaing dengan ajat dan una… arai yang dah
biasa lari laju pun nampak macam memperlahankan pace larian dia supaya kami
berempat dapat berlari bersaingan… aku tak berapa ingatla, tapi aku kira pada
pertengahan larian aku dengan arai sudah mula laju sedikit kehadapan
meninggalkan ajat dan una dibelakang… route pada tahun ni memang berbeza jika
dibandingkan dengan route tahun lepas… tahun lepas routenya adalah rata dan
berlari dicelah rumah orang… ada pertambahan bukit yang agak tinggi dan melalui
jalan2 utama dikawasan bandar utama… sewaktu melalui kawasan bukit aku
berpacing dengan arai… melihatkan arai macam tak akan berhenti berlari… aku
ikutkan sahaja… bagus jugak dapat pacing dengan season runner macam arai… kita
dapat motivasi untuk terus berlari… boleh katakan aku berlari tanpa henti
sepanjang route larian…
Sepanjang
larian jugak aku banyak berborak dengan arai… ini bermaksud aku berlari dengan
pace yang baik… Cuma pada km yang terakhir, arai mula membuka langkah yang
lebih panjang… aku cuba untuk mengikuti pace dia yang semakin laju dan aku Cuma
ketinggalan beberapa saat sahaja dibelakang arai sewaktu melintasi garisan
penamat… waktu yang aku catatkan adalah 51min… bukanlah masa yang terbaik aku untuk
jarak 7km… tapi pace permulaan yang agak perlahan menyebabkan masa yang aku
catatkan lebih lambat… selepas melintasi garisan penamat, terus diserahkan
medal, sijil dan kupon untuk mengambil goodies bag… ajat dan una pula melintasi
garisan penamat 10min kemudian… kemudian kami regroup semula dengan arai… setelah
berborak kejap dan ronda2 area booth penaja kami pun bergerak balik… seperti
biasa kami singgah dulu bersarapan dan beli sarapan untuk betty dan miza
dirumah…
medal dan goodies bag |
Kesimpulan
aku tentang race kali ni… mungkin tahun depan aku tak masuk lagi kot race ni…
cuba try race lain plak… sebab pada tarikh yang sama kat kl ada race McDonald
Olympic Day Run… tapi ada gak dengar2 yang Olympic Day run tahun ni macam
huru-hara sikit sebab terlalu ramai runner menyebabkan kawalan trafik dan
runner tidak mengcukupi… tengoklah tahun depan macam mana… dalam acara kali ni
juga aku berpeluang berjumpa dan berborak dengan arai… banyak maklulmat yang
aku dapat dari dia… antaranya pengambilan ORS (Oral Rehydrate Salt) sebelum larian
terutama larian jarak jauh untuk mengelakkan cramp dari berlaku… aku rasa aku
akan cuba apply ambil ORS sebelum larian Men’s Health nanti… sekarang juga aku
ada mengamalkan pengambilan air isotonik sehari sebelum larian dibuat… satu
lagi masalah yang timbul adalah kawalan lorong larian sewaktu event… walaupun
kebanyakkan masa semasa event akan disediakan lorong khas untuk pelari… tetapi
pada kebanyakkan masanya juga pelari akan berlari sehingga keluar dari lorong
yang telah disediakan… ini mungkin kerana jumlah pelari yang banyak menghimpit
pelari sehingga keluar dari lorong… berlari luar dari lorong adalah amat2
merbahaya kerana lorong yang tidak ditutup itu adalah dikhaskan untuk laluan
kenderaan… kemalangan mudah untuk berlaku… langkah terbaik adalah menutup
keseluruhan lorong untuk pelari… tetapi ini menimbulkan konflik antara pelari
dan pemandu… sebab itu sering terjadi pelari diHONkan oleh pemandu yang
kemarahan kerana jalannya dihalang kerana memberi laluan kepada pelari… aku
sebagai pelari memang boleh faham dengan situasi ni… oleh itu sebagai langkah
berjaga2… kalau ada acara larian yang dibuat dikawasan korang… baiklah jangan
keluar rumah atau keluar lambat sikit sebab mesti ada jalan yang ditutup…
sekurang2 tak lah sakit hati bila terperangkap dalam jem… TOLERANSI kata
kuncinya…
Larian
seterusnya adalah Men’s Health Shape Night Run yang akan berlangsung di
putrajaya… acara ulangan dari tahun lepas… acara ni Cuma ada medal yang limited
sahaja tetapi tarikan utamanya adalah goodies bag yang berharga lebih dari
rm300… itulah sebab utama aku masuk acara ni… kali ni aku masuk sorang je… ajat
lambat daftar… pelbagai usaha untuk mendapatkan BIB untuk ajat tidak berjaya
walaupun telah cuba menghubungi beberapa pelari lain yang mahu mengjual BIB
mereka… tapi untuk tahun ni aku akan pergi rumah ajat dahulu di presint 9
Putrajaya… sebelum ke presint 3 dimana acara akan berlangsung…. Samada kami
akan berjalan kaki atau naik moto ke presint 3 belum diputuskan lagi…
Prestasi
aku untuk acara ini pada tahun lepas adalah amat2 teruk… lebih2 lagi ia adalah
acara larian malam yang pertama aku… pada tahun ni aku berazam untuk
memperbaiki prestasi larian malam aku walaupun jarak larian telah dikurangkan
dari 12km ke 11km… ini semua adalah sebagai persediaan untuk Putrajaya Night
Marathon bulan 10 nanti yang mana aku dan ajat akan berlari HM….
2 comments:
hye...rajinnye awk join ye.. banyak tuu medal..hehe
efa pun ada hari tuu, tp tak join lari punn..
bejalan je..hihi :D
takde la rajin sangat... selagi larat kaki ni nak berlari...
Post a Comment