Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Kategori: Lelaki Terbuka, HONDA Half
Marathon (21km)
Race kit: NewBalance running vest, BIB (E-05420),
timing chip (B-Tag), Goodies
Post-race: Finisher medal, Goodies
Tarikh & masa : 24 Jun 2012, 6.00am
Event
yang aku tunggu sepanjang tahun… latihan aku dari awal tahun sampai sekarang
adalah untuk acara ini… scklm adalah antara acara yang aku paling tunggu…
pertama sebab ia adalah acara larian terbesar di malaysia… kedua penganjurannya
adalah yang paling grand… ketiga scklm kali ini aku akan berlari jarak terjauh
aku Half Marathon (HM) 21km… CUAKKKK… EXCITED… semua ada…
Pada
tahun ini scklm HM ditaja oleh HONDA… sebab itu acara ini dinamakan HONDA Half
Marathon (HONDA HM)… aku memilih untuk membuat HM aku pada scklm kerana untuk
larian yang jauh seperti ini aku lebih mempercayai organizer yang telah
terbukti berwibawa untuk mengelakkan masalah semasa larian… oleh itu aku adalah
HALF MARATHON VIRGIN (HMV)… hahahaa… ini adalah istilah yang runner selalu
berikan kepada mereka yang pertama kali lari HM…
Aku
mulakan dengan REP collection dahulu… pengambilan REP sudah bermula pada 20
jun… aku pergi ambil REP aku pada 21 jun… pada hari tersebut sebelah pagi aku kena
pergi ke sekolah miza untuk mengambil report card… lepas ambil report card aku
ada appointment dengan doktor untuk melengkapkan medical check-up aku… aku
memang sengaja membuat medical check-up yang company aku suruh buat 2 tahun
sekali seminggu mengjelang scklm untuk mengetahui status kesihatan aku sebelum
aku menempuhi HM… alhamdulillah, keputusan aku menunjukkan aku sihat dan tiada
masalah untuk berlari… appoinment aku dengan doktor pukul 2ptg… sebelum tu aku
dengan miza pergi dahulu ke dataran merdeka untuk mengambil REP… proses
pengambilan REP lancar dan tiada masalah… kawasan expo dibawah dataran merdeka
adalah amat luas dan penganjur sudah menyediakan banyak kaunter untuk
memudahkan pengambilan REP… antara barang yang aku dapat sekali dalam REP adalah
bebarang sponsor, vest NewBalance, BIB dan dokumen2 berkaitan dengan acara
tersebut… kali ini aku dibekalkan dengan B-Tag yang dilekatkan terus pada BIB…
ini pertama kali aku menggunakan cip B-Tag… sebelum ni banyak guna cip D-Tag
aje… cip D-Tag kena ikat pada kasut…
dataran merdeka, 5.00pg |
permulaan Honda HM |
Pada
hari sabtu petang ajat datang kerumah aku… lupa aku nak bagitau yang ajat pun
join scklm pada tahun ni Cuma dia masuk race 10km… plan asal nak tido awal
sebab nak bangun kul 3pagi… tapi banyak sangat hal yang nak kena settlekan pukul
11.30 baru boleh masuk tido… tepat jam 3pagi alarm h/set pun berbunyi… tido pun
sebenarnya tido2 ayam jer… rasa berdebar2 sangat mengenangkan jarak 21km tu…
sebelum masuk tido aku dah siap pinkan BIB ke vest larian dan tape kaki aku
kawasan2 yang mudah nak melecet… takde la kelam kabut sangat pagi tu… dah la
mamai semacam bila bangun awal2 cam tu… lepas bersiap, aku dan ajat pun
bergerak ke dataran merdeka naik sebijik moto (moto axelo aku la)… aku plan nak
parking kat kawasan masjid jamek jer… tapi bila sampai ke dataran merdeka aku
cuba menyelit untuk masuk ke belakang kawasan mahkamah… kalau parking kat sini
lagi dekat… nasib baik polis yang jaga roadblok belakang mahkamah kasi aku
lepas… so kami pun parking belakang mahkamah… waktu kami sampai peserta larian
Full Marathon dah pun dilepaskan… aku dengan ajat lepak kat area kolam bulat
sambil buat regangan… tiba2 hujan pun mula turun… kami pun beredar dari kolam
bulat mencari kawasan berteduh dekat khemah Game lumba kereta… dah seminggu
cuaca panas semacam siap jerebu lagi… pagi ni boleh hujan… tapi alhamdulillah,
kalau hujan sejuk sikit masa larian… masa ni aku dah mula prepare minda aku
untuk bersedia berlari dalam hujan… elok jam menghampiri 5.30pagi… hujan mula
berhenti dan aku pun mula bergerak ke dalam kawasan petak mula… kami berjumpa
dengan member ajat yang juga berlari dalam race HM… berborak sebentar sebelum
aku dengan ajat berpisah sebab race 10km berbula lebih lewat dan dikawasan
lain…
Semasa
menunggu aku berjumpa dengan santo, member aku masa kat UTM… dia dengan
kenkawan dia turun dari JB untuk join scklm… santo dan kenkawan dia bergerak
lebih kehadapan untuk lebih hampir dengan garisan mula… aku stay kat belakang
sikit… sebelum kami dilepaskan… acara ekiden relay 21km dilepaskan dahulu pada jam
5.45pagi… tepat jam 6.00pagi peserta HONDA HM dilepaskan oleh orang kuat HONDA
yang juga berlari dalam kategori yang sama… larian permulaan aku agak perlahan
sebab sibuk nak simpan h/set dalam pouch… aku maintain pace yang perlahan
sehingga km-2… dari sini aku mula melajukan langkah… santo & geng memang
dah tak nampak langsung… macam pelesit dia orang lari lepas pelepasan…
Larian
aku adalah amat baik pada waktu ni… walaupun tak laju tapi maintain… aku tak
banyak berhenti hanya kat water station sahaja… setiap 2km akan ada water
station yang dilengkapi dengan 100+, air mineral dan span sejuk… pada km-10
kami diberikan pisang… larian kali ni aku bawa sekali 2 packet powerGel dan
sebungkus kismis yang aku ambil setiap 4km larian… larian aku yang baik tiba2 berubah
pada lingkungan km-17 kerana aku mula diserang dengan cramp pada paha kanan…
waktu ini larian aku telah membawa aku di jalan cheras menuju ke jln tun razak…
ini memaksa aku untuk berjalan dan membuat regangan pada kaki untuk
menghilangkan cramp tersebut… lebih memburukkan keadaan zip pouch aku boleh
rosak menyebabkan h/set aku terjatuh… nasib baik tak dipijak oleh pelari yang
lain… oleh kerana dah tak boleh nak simpan h/set dalam pouch terpaksala pegang
sahaja h/set aku…
jln loke yew |
self-potrait |
misty tunnel... bestttt |
Larian
aku dah mula membawa aku kepada jln tun razak dan membelok membawa ke jln bukit
bintang… larian aku menjadi semakin perlahan kerana cramp kaki aku menjadi
semakin teruk… sekarang kedua2 belah kaki aku sudah mengalami cramp dibahagian
paha dan betis… memaksa aku lebih berjalan dari berlari… sepanjang jalan sultan
ismail aku banyak berjalan dan aku Cuma mula berlari semula setelah membelok
masuk ke jln tuanku abdul rahman… disini jumlah pelari menjadi semakin ramai
kerana pelari semua kategori akan bergabung di jln TAR menuju ke dataran
merdeka… larian berbaki 1km sahaja… aku kuatkan semangat dan terus berlari…
500m menghampiri garisan penamat aku terpaksa berhenti dan berjalan kerana
kesakitan pada kaki aku tak tertahan lagi… masa ni ramai penonton dan pelari
yang lain yang sudah menghabiskan larian memberi sorakkan semangat kepada kami
yang belum menghabiskan larian… aku menjadi kembali bersemangat… oleh kerana
tak nak melintasi garisan penamat dengan berjalan dan takut2 ada orang yang
amik gambar… aku tahankan jugak kesakitan dan terus berlari melintasi garisan
penamat… Alhamdulillah, tamat jugak larian 21km aku… dan masa yang aku catatkan
adalah 2jam 49min 59 saat… hahahaaa sub 3 hour… not bad actually… aku memang
target sub 3hour pun…
Keadaan
agak sesak selepas garisan penamat… aku rasa pada masa ni penganjur ada masalah
sikit untuk buat crowd control kerana pelari yang sudah menghabiskan larian
masih berlegar2 dikawasan penamat… aku terus menuju ke tempat untuk collect
medal… dan yang paling memuaskan hati bila tengok kat medal ada tercetak
FINISHER HONDA HALF MARATHON… puas hati rasanya… aku tak kirala kalau ada org
kata aku berlagak… baru abis HM dah kecoh… org lain buat FM selamba jer… ini
pencapaian aku dan aku berusaha untuk mencapainya… bukannya aku beli medal ni kat
pasar malam ke… berjumpa balik dengan ajat kat area kolam bulat… prestasi ajat
dalam larian dia jugak agak baik… katanya hari ni dia dapat buat PB (Personal
Best) untuk 10km… ok la tu…
dekat kolam bulat |
Kami
berdua berjalan2 dikawasan booth penaja untuk seketika sebelum membuat
keputusan untuk balik… sebelum balik kami berjalan2 dikawasan central market
untuk melihat samada jalan sudah dibuka semula atau tidak… kalau jalan belum
dibuka macam mana nak balik… semasa berjalan ke arah motosikal kami berjumpa
semula dengan santo dan kenkawannya… santo menamatkan larian 21km dalam masa
2jam lebih sahaja… speed demon giler… dia kata nak buat sub 2hour tapi kaki
cramp la plak… perghhh kaki cramp pun laju macam tu… sebelum berpisah santo
mengajak aku untuk menyertai FM pada scklm tahun depan… aku hanya mampu
tersenyum dan berkata insyaallah sambil berkata dalam hati 21km pun payah aku
nak abiskan ko ajak aku masuk 42km… dalam keadaan kepenatan ni terlupa plak aku
nak bergambar dengan santo… lepas tu kami terserempak pulak dengan kawan ajat
yang lari 21km dengan geng2 Team POYO… kawan ajat tu menghabiskan larian dalam
masa 2jam 20minit… perghhh semua nya laju2 belaka…
Walau
bagaimanapun aku rasakan jarak 21km bukanlah satu yang mustahil untuk dicapai…
lantas aku terus mengajak ajat untuk menyertai larian HM sewaktu Putrajaya
Night Marathon nanti… memandangkan prestasi semasa ajat sekarang aku yakin dia
pun mampu untuk melakukannya… ajat pun setelah melihat aku mampu melakukan HM
dia pun bersemangat untuk mencuba HM jugak… dia akan mempertimbangkan untuk
berlari HM semasa PNM nanti… kalau ajat berlari HM masa PNM nanti adalah member
untuk aku berpacing nanti…
Sebelum
sampai dirumah kami berhenti untuk bersarapan dulu dan dalam masa yang sama
beli sarapan untuk betty dan miza… hari isnin aku memang dah amik cuti sebab
selepas berlari sejauh ni aku pasti memerlukan masa untuk recovery… it will be
crab walking for at least a day…
Seperti
biasa pasti ada benda baru yang aku belajar dari pengalaman lari HM…
1.
aku perlu mempertingkatkan
jarak latihan mingguan aku sekurang kurangnya 12km seminggu supaya dapat
mempertingkatkan kekuatan otot kaki untuk HM yang akan datang…
2.
memvariasikan corak dan
teknik larian, berlari pada pace yang laju dan perlahan secara berselang seli
3.
jangan bawak gel sahaja,
bawa sekali makanan ringan yang lain, kismis dan kekacang adalah snek yang baik
4.
minum air isotonik dan
garam ors sejam sebelum larian supaya tidak mudah cramp di penghujung larian,
jangan lupa juga untuk minum air yang secukupnya sepanjang larian kerana otot
mudah cramp jika kurang air
5.
beri tumpuan kepada otot2
dibahagian kaki sewaktu buat rengangan pastikan otot peha, betis dan perut
diregang secukupnya
6.
seminggu sebelum larian
elok perbanyakkan makan pisang dan minum minuman isotonik
7.
tarik nafas dalam2 untuk
elakkan cramp di tepi perut @ side stitch
insyallah
aku akan cuba untuk mempraktikkan perkara2 diatas semasa larian jarak jauh aku
yang akan datang… larian aku yang akan datang adalah NTV7 Fun Run dan Men’s
Health Night Run (MHNR)… yang aku akan konfom lari adalah MHNR kerana ia adalah
larian malam… NTV7 plak kena fikir dulu sebab larian siang, aku kena bincang
dulu dengan miza samada dia nak pegi latihan tae kwan do atau tidak… okeh
sampai sini sahaja kali ni…
No comments:
Post a Comment