Hiap….
Hiap…. Watchaaa…. Hehhehehee… sebagai salah satu usaha aku dan betty untuk
mengaktifkan gaya hidup miza… pada tahun ni kami sepakat untuk masukkan miza ke
dalam kelas yang bercorak aktif… ini supaya lebih selari dengan gaya hidup aku…
ada beberapa opsyen yang boleh aku ambil… antaranya, ajak miza berlari bersama2
dengan aku, kelas tarian dan kelas seni mempertahankan diri…
Nak
bawa miza berlari sekali dengan aku… aku rasa sungguh tak sesuai… sebab utama
setiap sesi larian aku makan masa dan jarak yang jauh… pasti mustahil miza
boleh kejar aku… lagipun aku bukanya selalu dapat pergi ke taman untuk buat
larian… seminggu sekali jer… kalau setiap kali aku ke taman dan berlari dengan
miza… jawabnya tak berlari langsung la aku… lagipun sebelum ni aku dah pernah
dah bawak miza pergi berjogging… dia tak minat sebab dia kata cepat penat dan
buat hatinya berdebar2… maksudnya dia terasa degupan jantungnya kuat berdegup…
lagipun kalau berjogging tak dapat la nak bergaul dengan kawan sebaya dengan
miza…
Opsyen
kedua adalah kelas tarian… kelas tarian pun menarik gak… tetapi miza ni pemalu
sangat dengan orang lain… mesti dia tak nak masuk kelas tarian… lebih2 lagi
bukan senang nak carik kelas tarian kat area gombak ni… kalau ada pun belah2
damansara sana mungkin ada kot… kalau masuk kelas tarian kat belah damansara
sana masalahnya jauhla plak… tiap2 minggu nak travel sampai ke sana lama2 boleh
jadi boring… last2 menari kemana, kelas kemana… hangat2 taik ayam jer…
Opsyen
terakhir yang ada adalah kelas mempertahankan diri… yang paling popular yang
selalu aku jumpa adalah kelas karate-do dengan tae-kwan-do… silat jarang2 jumpa
la… selalunya silat ni belaja sebelah malam jer… pencarian kelas bela diri
untuk miza aku tumpukan pada kelas taekwando… bermula dengan kelas spirit
taekwando di selayang baru… aku dengan miza pergi la riki kelas tu… dibuat pada
sebelah petang sabtu di sebuah tadika di selayang baru… tempat belaja agak
terbuka… jadi ada masalah sikit la kalau hujan atau panas terik… yurannya amat2
murah… kalau tak salah aku 20ringgit untuk 3bulan… masalahnya jarak tempat
latihan tu dengan rumah aku agak jauhla jugak… lagipun nak ke selayang tu
kenkadang jem…
Pastu
aku pergi la riki lak kelas taekwando kat wira damai… kelasnya dibuat kat rumah
atas deretan kedai… betul2 atas 7-eleven… kelas kat sini berjalan hari sabtu
dan ahad… masa aku pergi tengok tu adalah lebih kurang 10 bebudak tengah
berlatih teakwando… kelebihan tempat ni adalah dia ada bilik khas untuk latihan
taekwando… so takda masalah kalau hujan atau panas… lantai bilik pun dilapisi
dengan span lembut… jarak pun kira dekat la dengan rumah aku… Cuma masalahnya,
yurannya agak mahal la gak… sebulan rm40…
Kelas
taekwando yang terakhir aku pergi riki adalah kelas yang dibuat di dewan
terbuka sekolah miza… yuran yang dikenakan agak berpatutan… baju rm70, yuran
tahunan rm30 dan yuran bulanan juga Cuma rm20 shj… tenaga pengajar terdiri dari
master nordin dan master noora… pada pendapat aku ini adalah kelas yang paling
sesuai untuk miza sertai kerana tempat pembelajaran dibuat disekolah miza
sendiri maka dengan itu peserta lain juga adalah majoroti dari bebudak sekolah
miza juga… maka dia takde la rasa janggal sangat… lokasinya pun dekat dengan
rumah dan yuran yang murah… aku decide untuk masukkan miza ke kelas taekwando
disekolahnya…
Kelas
taekwando miza bermula dari jam 8.30pagi hingga lebih kurang 10.30pagi… kelas
pertama yang miza pergi, masa tu dia tak dapat uniform lagi… tapi master nordin
minta dia join sekali group bebudak baru (tali pinggang putih)… pada mulanya
miza tak nak join… mungkin sebab malu sangat… tetapi setelah beberapa kali
dipujuk oleh aku dan master nordin… akhirnya miza setuju nak join… di akhir
kelas dia dah mula rasa seronok… minggu depannya lak dia dah dapat uniform…
buat masa ni dia masih tali pinggang putih lagi… dan setiap pagi ahad miza akan
ke kelas latihan taekwandonya…
kelas taekwando miza di sekolahnya |
Ini
bermakna berlaku sedikit perubahan kepada jadual aktiviti larian aku…
disebabkan kelas miza pada pagi ahad… so aku tak boleh lah lagi pergi berlari
pada pagi ahad… nampaknya banyaklah kejohanan larian yang aku terpaksa skip…
kerana kebanyakkan acara larian dibuat pada ahad pagi… mungkin sebulan sekali
ok kot kalau miza ponteng latihan taekwandonya supaya aku boleh join acara
larian… aku kena pilihla acara larian yang mana aku nak join sebulan sekali…
sebagai contoh pada hujung minggu ni (17 jun 2012) ada larian FanRun untuk
kontijen atlit malaysia ke olimpik… aku takleh join walaupun dah daftar… takpe
la berkorban sikit untuk miza… tapi apapun jersi pantera tu aku dapat jugak,
Cuma goodies bag je la yang tak dapat nak collect… ajat pun daftar untuk larian
tu… tapi bila dia dapat tahu aku tak dapat nak join dia pun rasa macam malas
nak lari…
Tapi
pada 24 jun terpaksa la miza ponteng kelas taekwandonya sebab pada tarikh tu
aku lari SCKLM HM… event ni tak boleh aku lepaskan… sekarang pun aku dah start
rasa cuak sebab masa SCKLM nanti aku akan lari jarak terjauh aku HM… moga2
semuanya berjalan dengan baik… insyaallah… minggu ni sempat aku pergi buat
medical checkup… company aku akan hantar eksekutifnya untuk pergi buat medical
checkup 2 tahun sekali… giliran aku pada tahun ni… so aku ambil kesempatan
untuk check tahap kesihatan aku sebelum SCKLM tahun ni… menurut doktor,
insyallah takde masalah… pemeriksaan fizikal menunjukkan aku cukup sihat… Cuma
tengah tunggu ujian darah dengan air kencing sahaja… ujian ECG juga menunjukkan
ritma jantung aku adalah normal… lega sikit aku dengar… doktor tu siap ucapkan
selamat berjaya dalam usaha aku menangani jarak 21km tu nanti… apa yang perlu
aku lakukan sekarang adalah persediaan fizikal dan mental supaya lebih FOKUS…
kita jumpa di SCKLM okeh…
No comments:
Post a Comment