Artikel
kali ni adalah rentetan daripada kemalangan yang melanda arwah abang zizi… aku
terpanggil untuk menulis artikel ini sebagai peringatan kepada diri aku sendiri
dan juga kepada rakan2 pembaca… tetapi jika ada ketidak tepatan dari segi fakta
dalam artikel ini minta tolong tegur yek…
Apa
yang berlaku kepada arwah abang zizi adalah amat2 mengejutkan… lebih2 lagi
arwah kelihatan sihat dan cergas… sudah melakukan aktiviti berbasikal lebih
dari setahun… lebih menggusarkan, arwah kena serangan jantung ketika sedang
melakukan aktiviti berbasikal… ini merupakan penangan kepada para2 atlit dalam
keluarga kami (aku kira aku ni atlit jugak la)… membuatkan aku terfikir risiko
yang sama boleh berlaku keatas diri aku… secara luaran kita mungkin tanpak
sihat, tetapi kesihatan dalaman macam mana… aktiviti sukan dan lasak memang
menarik… tetapi kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri adakah kita mampu
secara fizikal dan mentalnya…
Ramai
yang bersukan atas faktor minat dan untuk mengjaga kesihatan… untuk aku bermula
dari usaha untuk mengjaga kesihatan dan lama2 sudah menjadi minat… ramai
sekarang menceburi aktivti bersukan kerana sudah menjadi trend… ikut kawan2…
ini adalah amat2 merbahaya sebab kerana terlalu mengikut kawan tanpa menyedari
kemampuan diri sendiri (fizikal dan mental)… maka aku fikirkan sebelum kita
menyertai mana2 aktiviti sukan perlulah kita menilai faktor2 4M dan 1E… kaedah
ini juga dapat membantu kita mengenal risiko yang ada dalam satu2 jenis sukan
itu… setelah mengenali risiko barulah kita boleh mengambil langkah2 pengjagaan…
Apadia
4M 1E tu… 4M1E adalah teknik yang aku selalu gunakan didalam kerja2 harian aku
untuk menyelesaikan masalah… 4M1E membantu merungkai masalah yang dihadapi
supaya jelas punca2 penyebab kepada masalah… faktor2 yang perlu dinilai dalam 4M1E
adalah Man (manusia), Material (bahan), Machine (peralatan), Method
(cara/kaedah) dan Enviroment (persekitaran)… bagaimana nak guna 4M1E dalam
menilai keadaan sebelum melakukan aktiviti… kita perlu nilai satu persatu
faktor yang ada dalam 4M1E…
Kita
mulakan dengan faktor Man (manusia)… faktor ini adalah faktor diri sendiri…
kita perlu tahu adakah kita bersedia dan mampu secara fizikal dan mentalnya…
jika sebelum ini kita belum pernah melakukan sebarang aktiviti sukan… maka perlulah
kita bermula dengan perlahan… sukat dahulu kemampuan kita ditahap mana… sebelum
aku sertai acara larian pada bulan Mac tahun lepas… aku dah mula berlari secara
sedikit demi sedikit… pada mulanya untuk aku habiskan larian 1km pun payah
giler… rasa pancit nak mampos… tapi aku tak push diri aku lebih dari yang aku
mampu… aku dengan kosisten terus berlari dan cuba menambah jarak larian sedikit
demi sedikit… ini memberi peluang kepada badan aku untuk menyesuaikan diri
dengan aktiviti yang aku lakukan… kata kunci di sini adalah jangan
terburu-buru… bersabar… yang penting adalah kosisten… yang terbaik adalah untuk
membuat pemeriksaan doktor sebelum membuat apa2 aktivti sukan untuk mengetahui
tahap kesihatan kita… jika tak larat TOLONG berhenti… esok masih boleh berlari
lagi… jangan push terlalu kuat kerana RISIKO adalah terlalu tinggi…
Faktor
kedua adalah Machine (peralatan)… peralatan yang kita gunakan perlulah
bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan… untuk seorang pelari… peralatan
yang paling aku fikir penting adalah KASUT… kasut yang digunakan perlulah
bersesuaian dengan aktiviti larian… aku rasa tak sesuai la kalau
berlari/berjogging dengan menggunakan kasut futsal, kasual sport ataupun kasut
sekolah… perlulah menggunakan kasut yang cukup support dan cushioning untuk
berlari… ini adalah untuk mengurangkan impact pada kaki dan lutut dan dapat
mengelakkan berlakunya kecederaan… pakaian perlulah yang kita rasa selesa
memakainya… kalau tak mampu beli yang mahal2… jenama POWER pun bagi aku dah
cukup baik… tapi pendapat ini mungkin bercanggahan dengan mereka yang berlari
dengan BARE FOOT atau menggunakan kasut larian yang amat2 nipis seperti VIBRAM
5… tapi pendapat aku BARE FOOT @ VIBRAM 5 adalah untuk advance runner… untuk
beginner adalah dinasihatkan berkasut… untuk prestasi yang lebih advance boleh
konsider compression clothing…
Faktor
seterusnya adalah Material… aku menterjemahkan material ini sebagai bahan
makanan yang kita ambil… berlari seperti aktiviti2 sukan yang lain memerlukan
jumlah tenaga yang banyak… tenaga ini kita dapat dari karbohidrat… pastikan
kita mengambil karbohidrat yang dapat membekalkan kalori yang cukup untuk
aktiviti kita… sebab itu ada istilah karbo-loading dalam rutin runner…
pengambilan protein juga penting untuk membina tubuh yang sihat dan tegap…
protein paling penting ketika selepas berlari kerana ia dapat membantu recovery
dan membaiki mana2 otot yang cedera semasa aktiviti… nutrien2 yang lain juga
jangan dilupakan… sebab itu penting pemakanan yang seimbang… semasa berlari pastikan
kita senantiasa cukup minum supaya badan kita tidak dihydrasi (kurang air)…
pengambilan air kosong atau air isotonik yang ada garam galian adalah amat2
digalakkan…
Method
pula merujuk kepada kaedah atau cara kita berlari… teknik larian yang tidak betul
bukan sahaja menyebabkan kita cepat penat dan prestasi menurun tetapi boleh
juga mengundang kecederaan… antara yang perlu diberi perhatian posture badan,
gerakkan kaki, pernafasan, gerakkan tangan dan cara kaki kita menyentuh
tanah/jalan… antara tips yang aku nak kongsi adalah… jika kita berlari pada
pace yang sesuai dengan tahap stamina kita… kita boleh berbual dengan kadar
selesa semasa berlari… jika kita tercungap2 dan sukar untuk bercakap… bermakna
kita berlari terlampau laju… MERBAHAYA, SLOW DOWN… juga elakkan kita menghentak
kaki pada jalan kerana impactnya tinggi pada kaki dan lutut… sebab itu dari
masa ke semasa perhatikan bagaimana cara kaki kita menyentuh jalan… untuk
teknik yang lebih advance… study teknik POSE…
Yang
terakhir adalah Enviroment… perhatikan cuaca dan persekitaran tempat larian…
kerana ia akan mempengaruhi banyak faktor2 diatas… sebagai contoh, jika cuaca
panas… mungkin kita perlu konsider untuk memakai cap dan membawa air semasa
larian… jika silau atau berangin… bawalah sekali kaca mata hitam
untukmelindungi mata… hujan atau keadaan lembab dan basah mungkin memerlukan
kita mneggunakan kasut yang cukup cengkaman supaya tidak mudah tergelincir jika
licin… larian pada waktu malam pula, kita perlu beri perhatian kepada pakaian
kita supaya kita mudah kelihatan didalam keadaan gelap… adalah kurang bijak
berlari malam dengan pakaian ALL BLACK tanpa sebarang elemen pemantul cahaya…
Go
through faktor2 4M1E diatas sebelum berlari atau apa2 jenis sukan yang kita
sertai… jika faktor2 tersebut menyebelahi kita… HAPPY RUNNING…
No comments:
Post a Comment