LSD
@ Long Slow Distance… antara istilah latihan larian yang ada… jangan salah
faham dengan dadah LSD… kang bila korang dengar runner berbual pasal LSD korang
ingat runner ni amik dadah la plak… LSD ni bermaksud corak latihan yang
mementingkan jarak larian @ distance… apa yang nak kita capai melalui latihan
LSD adalah jarak larian yang jauh dalam satu2 sesi larian… kelajuan larian
adalah amat2 perlahan… aku kira dalam pace 7 ~ 8... amat perlahan (Slow)…
larian pula perlu berterusan bukan berhenti2 (Long)… apa yang kita cuba develop
melalui sesi latihan ini adalah stamina… untuk pelari jarak jauh, stamina
adalah amat2 penting… tak guna kalau kita boleh berlari sepantas usin bolt
tetapi hanya dapat bertahan untuk 100m ke 200m sahaja… apa akan jadi untuk
jarak 41.8km lagi (kalau lari full marathon la)… sebab tu kalau kita tengok
marathon runner, bila dia orang berlari kelajuannya bukan macam kena kejar
dengan hantu kak limah… tapi slow dan steady…
Aku
pun tiap2 minggu buat LSD samada kat taman tasik titiwangsa atau taman tasik
metropolitan… tapi jarak LSD aku takde la jauh sangat… dalam 10k jer… itu jer
yang aku mampu buat… tapi masalah kalau lari kat taman ni adalah kita buat kena
buat banyak pusingan baru dapat jarak yang jauh… lari berpusing2 ni sebenarnya
cepat buat rasa penat sebab kurang perubahan dari segi pemandangan yang dapat
mengalihkan perhatian kita semasa larian… kalau aku nak dapat 10k lari kat
taman tasik titiwangsa aku kena buat lebih kurang 5 pusingan… kalau nak 20k,
kena buat 10 pusingan.. mak aih, boleh muntah dibuatnya… satu lagi masalahnya
adalah masa… kalau lari 20k… tup tap tup tap, tambah dengan masa berjalan
dengan berehat makan tembikai… mau2 dekat 3jam baru habis… kalau aku mula lari
kul 7.30pagi… busuk2 kul 10.30 ~ 11 baru habis… masa tu matahari konfom dah
memancar panasnya… pehhh… penyelesaiannya, keluar lari lagi awal (konfom lagi
susah aku nak buat)…
Jalan
penyelesaian yang lain, cari tempat dan masa yang lain untuk buat LSD… sebenarnya
kalau dapat lari malam lagi best… tapi kalau nak lari malam, memerlukan tempat
yang ada kawalan trafik yang baik dan pengcahayaan yang bagus… tak nak la lari
dalam gelap… tak dilupakan juga kawasan yang selamat untuk berlari… buat masa
ni tempat yang memenuhi kretaria diatas adalah kawasan putrajaya… sebelum ni
pun aku pernah terbaca putrajaya adalah antara kawasan yang runner gemar buat
LSD disebabkan faktor2 diatas…
Rasanya
sebelum ni pun aku pernah beritahu yang ajat sekarang ni dah duduk kat
putrajaya sebab dia bekerja di cyberjaya… ajat pun sejak duduk putrajaya ni pun
selalu keluar berlari pada waktu malam… dan menurut ajat, pada waktu malam
putrajaya adalah kawasan yang sesuai untuk buat LSD dan dia pun selalu gak
terserempak dengan runner2 lain sewaktu berlari malam di putrajaya… so aku pun
tak nak melepaskan peluang buat LSD kat putrajaya… aku set dengan ajat untuk
berlari bersama pada 1 Jun, hari jumaat… aku ingat kalau aku dah lari jumaat
malam kat putrajaya, sabtu dengan ahad takyah la lari lagi… ajat pesan kat aku
untuk sampai ke putrajaya lewat sikit sebab dia ada majlis makan2 pada hari
jumaat tu…
Aku
bertolak dari rumah dalam pukul 9.00mlm… melalui lebuhraya MEX, aku sampai ke
flat hijau presint 9 putrajaya (rumah sewa ajat) dalam kul 10.00… masa aku
sampai ke rumah sewa ajat, dia belum balik lagi dari majlis makan2 dia…
terpaksa la aku tunggu kejap… ajat sampai ke rumah sewanya dalam jam 10.30mlm… lepas
kami bersiap… kami mula berlari dari kawasan rumah sewa ajat di flat hijau
presint 9 pada lebih kurang jam 10.45mlm… dari presint 9 untuk sampai ke
presint 2 dan 3 jalannya agak gelap kerana kurang lampu jalan dan banyak pokok2
yang menghalang cahaya lampu menerangi kaki lima… kami juga terpaksa melintasi
beberapa jalan besar… kena berhati2 takut kena langgar kereta yang bergerak
laju… sebelum sampai ke presint 2 dan 3 kami terdahulu mesti melintasi jambatan
besar… tak tahu lak aku apa nama jambatan ni… sebab semua jambatan kat
putrajaya ni ada nama tersendiri… kat jambatan ni memang ramai la orang tengah
melepak… aku dengan ajat buat selamba jer berlari melintasi mereka… bila sampai
ke presint 2, barulah keadaan menjadi terang…
Jalan
lurus di presint 3 memang dah popular sebagai tempat pelbagai aktiviti… tahun
lepas sahaja aku 2 kali datang ke presint 3 untuk sertai acara larian (Men’s
Health dan PNM 2011)… tapi malam ini keadaan agak lengang… semasa berlari kami
terserempak dengan geng2 berbasikal dan roller blade… larian kami membawa kami
ke hadapan Palace of Justice… kat tangga banggunan ramai la orang tengah
melepak… kami berlari melintasi mereka menghala ke PICC… larian kami adalah
tanpa henti tetapi pada pace yang perlahan… sepanjang larian juga aku dan ajat
banyak berborak… ini adalah sebagai penanda aras kelajuan kami… jika sepanjang
larian kami masih boleh berborak tanpa tercungap2… maka bermakna, kami berlari
dengan pace yang sesuai dengan stamina kami…
Larian
kasual kami terhenti berdekatan dengan bulatan berhampiran kementerian
kebudayaan… kehadapan sedikit ada jambatan sebelum sampai ke PICC…aku dan ajat
decide untuk berpusing kat sini sahaja… data dari MapMyRun menunjukkan kami
telah berlari sejauh 5km… larian balik juga pada pace yang kasual… waktu ini
juga kami terserempak dengan satu group runner yang terdiri dari 3 orang runner
sedang berlari menuju arah bertentangan ke PICC… sewaktu berselisih, secara
kasual kami mengangkat tangan tanda hormat sesama runner… aku agak mungkin pada
malam minggu lagi ramai runner yang berlari di kawasan ni… sewaktu sampai di
hadapan banggunan perbadanan putrajaya… kami berhenti seketika untuk bergambar…
bukti LSD kami pada malam ni… padang depan banggunan perbadanan putrajaya ni
juga ramai yang melepak…
dihadapan bangunan perbadanan putrajaya |
jangan lari... aku kenal kamoooo |
Larian
kami teruskan sehingga sampai semula ke jambatan yang mula2 kami jumpa tadi…
dari sini kami hanya berjalan sahaja sehingga sampai ke flat hijau presint 9
semula… sebelum naik ke rumah sewa ajat… kami singgah jap kat 7-11 beli air
sejuk (100+)… aku lepak2 hilangkan penat dekat 1/2jam sebelum bergerak balik ke
gombak…keseluruhan jarak yang kami cover pada malam ni adalah 10.7km… ok la
untuk first time… lain kali kami plan untuk berlari lebih jauh sekali… mungkin
sampai hingga ke PICC…
Kesimpulannya…
berlari di putrajaya memang best kerana keadaannya kondusive untuk aktiviti
larian malam… tapi untuk keselamatan jangan la pergi berlari malam sorang2…
ajakla kawan lain sekali… untuk keselamatan… untuk sesiapa yang berminat nak
buat LSD di kawasan putrajaya terutama presint 2 dan 3 pada waktu malam… jam 10
keatas memang dah cantik la… trafik dah kurang… bawak minuman sebab kat presint
2 dengan 3 takde kedai… pakai baju berwarna terang supaya mudah kelihatan…
kalau boleh bawak lampu sekali (lampu dapat masa energizer night race memang
cun)… ok, jumpa kita disana…
No comments:
Post a Comment