Tempat
Mula/Tamat: Hadapan Palace Of Justice, Putrajaya
Kategori: Lelaki
Terbuka (21km, HM)
Race kit: BROOKS
running vest, BIB (F2877), Timing chip
Post-race:
Goodies Bag, Finisher ‘T’, Finisher Medal, Certificate
Tarikh & masa
: 20 October 2012, 8.20pm
Dah tahu buat jugak… amik kawwww…
itulah yang berlaku kepada aku semasa larian kali ni… ini lah laporan lengkap
larian tersebut… larian PNM pada tahun ni ditaja oleh Bank Simpanan Nasioanal
seperti tahun lepas juga… pada tahun ni aku upgrade dari 10k ke HM… motivasi
utama aku untuk berlari HM dalam PNM kali ni adalah untuk mendapatkan Finisher
‘T’ yang sangat2 esklusif itu… Finisher ‘T’ ni jarang diberi dalam larian… Cuma
larian jarak jauh jer yang selalu dapat finisher ‘t’ nih, terutama FM… dalam
koleksi aku sekarang Cuma ada 1 sahaja finisher ‘t’ ni iaitu finisher ‘t’ untuk
Energizer Night Race 2012… motivasi finisher ‘t’ ini juga mendorong ajat untuk
sertai PNM pada tahun ni dan juga berlari dalam kategori HM… tahun lepas ajat
tak masuk PNM… dia temankan aku aje ke event tu… tahun ni ajat masuk dan tarik
kengkawan dia sekali masuk… tapi kenkawan ajat tu masuk event 5k sahaja…
Preparation aku untuk PNM kali ni
lebih teliti sebab melibatkan larian malam yang juga pada jarak yang jauh… aku
masukkan pengambilan ORS dalam diet aku kali ni… aku mula ambil ORS 3 hari
sebelum event… pengambilan ORS adalah untuk mengelakkan terjadinya masalah
cramp sewaktu larian nanti… Cuma aku tak dapat nak buat latihan LSD pada waktu
malam sebelum event kerana ada hal2 yang tak boleh dielakkan berlaku seminggu
sebelum PNM… setelah mengambil kira faktor larian malam dan route putrajaya
yang pasti mencabar, target aku untuk larian pada kali ni adalah 3jam 30 minit…
tak berani nak target tinggi sangat… preparation ajat nampaknya lebih baik
sebab dia duduk di putrajaya… maka dia lebih banyak peluang untuk buat latihan
LSD pada sebelah malam… tapi bagaimanapun dia cuak jugak sebab ni adalah
percubaan kali pertama dia untuk berlari HM… malam dan putrajaya lak tu…
Race kit aku amik kat OCM pada hari
sabtu seminggu sebelum PNM… aku gi sensorang jer sebab dalam masa yang sama aku
ada beberapa urusan lain yang perlu diselesaikan… ajat offer kat aku untuk
amikkan race kit tapi aku nak amik sendiri sebab aku nak tengok apa barang yang ada jual kat race
expo… cadang asal nak carik setokin BROOKS… aku ke menara OCM naik LRT je… dari
stesen sentul aku turun di stesen hang tuah… dari stesen hang tuah berjalan
kaki jer ke menara OCM yang terletak bersebelahan dengan sekolah cina… race kit
yang aku collect terdiri dari running vest BROOKS berwarna hijau florescent…
BIB… dan timing cip… cantik jugak running vest yang diberikan, sesuai untuk
larian sebelah malam… senang orang nak Nampak… lepas amik race kit aku pergi la
tengok benbarang kat expo… plan asal nak rembat stoking BROOKS tapi
mengenangkan stoking BROOKS free yang aku dapat masa NTV7 run pun tak pakai
lagi so kansel la beli stoking lagi… last2 aku beli gel dangan protein bar
POWERBAR… bekalan waktu larian nanti… kali ni aku plan nak bawak protein bar
sekali sebab banyak sangat makan gel masa larian rasa macam nak muntah rasanya…
masa amik race kit aku terserempak dengan beberapa runner yang amik race kit
pakai baju NIKE 10k Run 2012… alah race yang fully book hanya lepas 3jam
pendafteran dibuka tu… kok ye la tu… rupanya larian NIKE pada tahun ni dibuat
pada hari sabtu sebelah petang… tahun lepas aku sempat daftar untuk NIKE run
tapi aku tak lari, Cuma amik t-shirt jer… aku lari kat Parkcity sebab event tu
jatuh pada hari yang sama…
Sabtu pagi 20hb aku bawa betty ke
Ampang Point sebab dia ada urusan kat sana… balik dari ampang point aku terus
tido… tido pada sebelah siang sebelum larian malam adalah amat2 penting kerana
badan kita perlu mendapat rehat yang secukupnya untuk larian sebelah malam
nanti… aku dapat tido lebih kurang dalam 2jam sebelum bangkit dan bersiap…
seperti biasa aku tape kaki aku dulu kawasan2 yang mudah nak melecet dan pack2
barang keperluan aku mengikut checklist yang telah aku sediakan… pastikan
barang2 penting tidak tinggal terutama BIB, timing cip, setokin dan kasut…
larian kali ni aku akan pertama kalinya menggunakan running tight Mizuno yang
aku beli sebelum raya dulu… tight mizuno ni agak ketat sikit jika nak dibandingkan
dengan tight Breath walaupun sama saiz… sebab tu agak seksa la nak pakai
terutama nak lepas kawasan tumit dengan buku lali…
Aku bertolak ke putrajaya dalam jam
4.30pm dan terus ke rumah sewa ajat di presint 9… sampai sana dalam kul 5.30pm…
aku bersiap2 dengan ajat dirumah sewanya… plan asalnya kami nak berjalan kaki
sahaja dari rumah ajat di presint 9 ke perkarangan istana kehakiman… malas nak
bawa kereta atau moto sebab ingat nanti nak balik susah sebab mesti jalan
banyak ditutup… tapi disebabkan una ada ikut sekali maka kami ambil keputusan
untuk pergi naik kereta una sahaja… una akan berlari dalam kategori 5k pada
malam itu… untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas dan supaya mudah carik
tempat parking kami bergerak ke presint 3 dalam jam 6.30ptg… una parking kereta
di lokasi yang sama semasa men’s health… berdekatan dengan bulatan di presint
3… lepas parking kereta kami bergerak ke hadapan Maybank di banggunan
perbadanan putrajaya kerana nak berjumpa dengan arai, kawan ajat… vest larian
arai ada pada ajat sebab dia minta ajat tolong ambilkan race kit dia… kat depan
maybank tu kami buat aktiviti regangan dan memanaskan badan…
sebelum larian |
Lebih kurang jam 7.50 kami bergerak
ke kawasan mula… aku pada mulanya nak carik member aku sosanto yang masuk acara
FM… tapi sebab ramai sangat orang kat kawasan mula tu tak jumpa lak aku dengan
sosanto… tepat jam 8.00mlm pelari FM pun dilepaskan… sejurus selepas pelari FM
dilepaskan, pelari2 bagi kategori HM pula mula memenuhi holding pen dikawasan
mula… kali ni aku dengan ajat masuk agak awal ke dalam holding pen sebab tak
nak berada kebelakang sangat dalam kumpulan pelari… setelah pengumuman
kehadiran tetamu kehormat, peserta2 larian HM pun dilepaskan tepat jam 8.20mlm…
maka bermula lah cabaran aku untuk PNM 2012… dari awal larian lagi aku sudah
melakukan antara kesalahan besar dalam larian jarak jauh iaitu running too
fast too quickly… pace
permulaan aku agak laju sikit, ini diakui oleh ajat yang pada waktu permulaan
ini berlari seiringan dengan aku… aku sebenarnya dah tahu bahawa pace permulaan
ni tak boleh nak laju sangat sebab nanti tak boleh nak sustain pace yang sama
sepanjang larian… tapi last2 minit aku buat plan untuk berlari pada pace yang
agak laju untuk sekurang2nya 4k yang pertama sebab aku berpendapat yang aku tak
akan dapat berlari dengan pace yang laju pada jarak terakhir larian… rupa2nya
plan aku ini tidak berjaya dan backfire kepada aku terutama semasa penghujung
larian…
dalam kawasan permulaan |
Masuk ke km-5 aku sudah mula
kepenatan dan terpaksa memperlahankan larian… pada ketika ini ajat sudah mula
kehadapan… aku minta dia teruskan larian tanpa perlu menunggu aku… aku
meneruskan larian dengan pace yang amat2 perlahan… lama kelamaan ajat sudah
hilang dari pandangan mata aku… water station yang disediakan adalah amat2
baik… ada juga spoonge basah dan fruit station pada km ke-11 yang menghidangkan
pisang… apabila aku dah tak larat nak lari aku akan buat power walk… prestasi
larian tidak sebaik HM aku semasa SCKLM’12 yang mana aku mampu melakukan 10k
run dalam masa 1jam 9min… oleh kerana aku dah push laju sangat diawal larian
menyebabkan dipenghujung larian aku menjadi sangat2 pancit… mujurlah aku tak
mengalami masalah cramp… ini mungkin sumbangan ORS yang aku ambil beberapa hari
sebelum PNM… perjalanan aku mengharungi 21km di putrajaya ini membawa aku ke
beberapa lokasi yang menarik disepanjang larian termasuk melintasi beberapa
jambatan yang cantik dan melintasi kediaman rasmi Timbalan perdana Menteri; Sri
Satria… berlari… berjalan… berlari… berjalan… dengan perlahan aku berusaha menamatkan
larian… sepanjang larian aku ternampak beberapa orang runner yang bermasalah…
ada yang terduduk kepenatan… ada yang mengalami cramp yang teruk dan ada juga
terpaksa dibawa naik ambulan untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan sampai ada
yang bukak kasut lari pakai stokin jer, mungkin dah melecet teruk tu agaknya… itulah
risiko berlari pada waktu malam yang ramai orang tak faham… ramai orang
berpendapat larian malam lebih mudah berbanding siang sebab takde matahari dan
sejuk… sebenarnya larian malam lagi panas sebab haba dari jalan dan juga rehat
yang tidak mencukupi sewaktu hari siangnya…
pengalih perhatian |
dah tak larat nak lari dah bang ooiii |
Akhirnya aku berjaya menamatkan
larian HM kedua aku pada tahun ni dengan masa 3jam 10min… ok la tu tak sampai
3jam 30min pun hahahaaa… melintasi garisan penamat terus diserahkan kepada aku
medal penamat, goodies bag dan yang paling special sekali finisher ‘T’…
hahahahaa tercapai jugak hajat aku untuk memilikinya… tak jauh dari garisan
penamat aku berjumpa dengan ajat yang tengah duduk dengan una… ajat berjaya
menamatkan larian sub 3hour… tahniah… aku memang kepenatan giler… rasa macam
nak baring jer kat tengah2 jalan tu… pada waktu ni dah ramai pelari HM yang
menamatkan larian dan dah ada pun yang menyarungkan finisher ‘t’ memasing
dengan bangganya… aku rasa lagi bangga kot kalau dapat menyarungkan finisher
‘t’ FM… setelah tamat larian, rasa mual mula datang… ini adalah akibat makanan
yang tak betul2 hadam sebelum larian dimulakan… makanan yang kita makan
memerlukan sekurang2nya 90 minit untuk hadam dan makanan berlemak memerlukan
masa yang lebih lama, sekurang2nya 2jam untuk hadam… pengambilan gula yang
berlebihan sewaktu larian juga boleh menyumbangkan masalah rasa mual selepas
larian…
yang dicari2 kini milik kami |
Setelah berehat lebih kurang kami
pun bergerak balik ke rumah sewa ajat… aku berehat seketika di rumah sewa ajat
sebelum bergerak balik ke gombak… perjalanan ke gombak aku lalui dengan seksa
sekali… minyak kereta kereta pun nak habis tapi nak isi minyak punyalah seksa
terutama masa nak turun dari kereta… sakit giler paha aku… ditambah lagi dengan
rasa mual yang memuncak2… nasib baik aku tak muntah kat tengah2 jalan… sampai
sahaja dirumah terus bersihkan diri dan tido diruang tamu… tak sanggup aku nak
tido dalam bilik sebab air-cond sejuk sangat… lepas berbaring barulah rasa mual
hilang…
So, that’s my second HM under the
belt… pass ni aku ingat nak slow sikit masuk event larian hingga tahun depan…
bulan Nov aku masuk Parkcity… Dec mungkin aku akan berehat, Malakoff pada tahun
ni dibukit kiara aku tak masuk rasanya… event tahun depan dibuka dengan MPIB
Run pada januari… HM aku yang seterusnya mungkin pada SCKLM’13… atau aku cukup
giler untuk mencuba FM pada SCKLM’13… sapa tauuuuuuuuuu!!!!!!!!!
yeaaa Finisher 'T' |
medal 21km (HM) |
2 comments:
scklm:2'50", bsnpnm: 3'10". maknanya betul le orang cakap race kat putrajaya ni memang mencabar..
betul tu... putrajaya lebih mencabar... lebih2 lagi larian malam
Post a Comment