Friday, February 6, 2009

bangau

Apela nasib aku sejak kebelakangan ni… asyik jadi bangau je… ala bangau, takkan tak kenal burung bangau… yang selalu berdiri tegak kat kolam2 tunggu ikan… camtu la aku rasa semenjak 2 menjak nih… itu hari masuk pertandingan memancing ikan air tawar… 4 jam tu tercongok tunggu ikan makan umpan… HARAM, cium pun tak nak… pas tu cuba nasib gi kolam air masin lak… sama gak… 4 jam casting, sekor pun tak lekat… memang malang nasib aku… kene mandi bunga rasanya nih…

Yang palilng menghairankan aku… orang2 sebelah menyebelah aku dapat lak ikan… tapi biasalah adat memancing… kenkadang dapat… kenkadang tak dapat… tapi selalunya tak dapat heheheeee (buat jadi bahan kutukan je)… nak kata pakai umpan lain… sama jer… aku pun pakai umpan dedak, udang idup… kalau nak kata gaya casting… takdela beza sangat… takdela sampai jadi ultraman…

Aku baru balik dari bercuti… gi jenjalan ke pangkor… tapi tak dapat mancing la… sebab barang2 lain yang bawak ke sana dah banyak sangat… beg sampai 3 bijik… dah tak cukup tangan aku nak bawak pancing… tapi masa gi sana memang aku nampak banyak la port2 yang menarik untuk mancing… kat batu2 tepi teluk pun ada… jeti2 konkrit pun banyak.. aku rasa kalua ada rezeki nak gi sekali lagi… tapi untuk trip mancing je… sewa motor (rm30 jer sehari) boleh keliling pulau memancing…

Pulau pangkor best gak la… nak gi pun kos x mahal… aku lama dah tak gi pulau pangkor… last time gi masa pakcik aku masih lagi navy kat lumut… itu 10 tahun lepas ada rasanya… aku menginap kat teluk nipah… tempatnya bole tahan la… banyak aktiviti boleh buat kat sana… aku sempatla main kayak dalam sejam… sioknya, rasa cam na k gi lagi jer…

Wednesday, February 4, 2009

kisah pen

Al kesah pasal pen biru ku…
Pasti semua orang ada pen masing2… aku pun ada… aku ada sebatang pen biru yang aku pakai hari2 kat opis. Selalunya kat poket aku mesti paling busuk ada 2 batang pen, sebatang warna biru, lagi sebatang warna hitam. Aku guna gilir2 la atau mana yang terambil dulu bila nak guna. TETAPI, JARANG sekali aku dapat guna pen sampai abis dakwat, selalunya mesti hilang. Tertinggal atas meja la, member pinjam tak reti nak pulangkan (buat reta la tu), tercicir dari poket, pen rosak, dakwat x nak kuar dan bermacam2 lagila alasan.
Bebaru ni dengan bangganya aku telah BERJAYA menggunakan pen biru ku itu sampai abis dakwat… bukan senang woo… mau makan bulan baru dapat abiskan satu batang pen… itu pun kalau tak ilang. Ini bermakna memang banyakla keje aku kat opis sampai abis dakwat pen, aku agakla orang yang keje kat kounter-kounter bank, pejabat pos dan yang sehaluan dengannya pun mesti banyak guna pen kan… dia org mesti dah tak heran dapat guna pen sampai abis dakwat… kecoh jer…
Macam perambut pancing aku la… boleh dikatakan 40% ilang camtu jer… bukan hilang sebab kene curik ke, salah letak ke… tapi ilang dalam kolam pancing… sangkut la tu… aku pun tak paham macam mana bole sangkut… kalau gi mancing kat laut ke, sungai ke atau lombong, faham la aku camna boleh sangkut… sebab dalam sungai, laut dan lombong ada bermacam2 khazanah dan sampah sarap. Aku ingat kat dalam kolam pancing tu dia punya tokeh memang dah campak batang balak kot… sebab tu boleh sangkut… mesti dia orang ada pakat dengan tokeh kedai pancing sebab nak bagi laris mata kail, batu ladung, perambut dan cili… aku agak la… kang tak pasal2 aku kene saman dengan tokeh kolam dan kedai pancing lak… jangan marah aaaa
Anyway… aku dah beli dah pen biru baru untuk menggantikan pen biru yang dah abis dakwat tu… dan bermula la semula perjuangan ku untuk memastikan dakwat pen abis sebelum HILANG…