Friday, September 8, 2017

SCORE Run 2017


SCORE Run 2017

Jarak: 21km

Kategori: Virtual Run

Tarikh: 15 April 2017

Lokasi: Taman Metropolitan Kepong

         

          Satu konsep baru dalam aktiviti larian.. aku rasa baru jer diperkenalkan dalam tahun lepas iaitu Virtual Run.. konsep ni amat2 berbeza dengan konsep event larian yang biasa iaitu tak perlu buat pada satu tarikh yang ditetapkan dan tempat.. tetapi tarikh yang ditetapkan adalah dalam satu tempoh masa tertentu dan tempat larian adalah bergantung kepada pelari masing2.. ini bermakna pelari yang menyertai virtual run ni boleh buat larian tersebut bila2 masa didalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan tempat nak buat larian, pelari boleh pilih sendiri.. satu lagi kelebihan virtual run ni adalah kita tak perlu buat jarak larian tersebut sekali gus tetapi kita boleh buat secara berperingkat sehingga dapat merangkumi jarak larian tersebut.. tak semestinya kita berlari.. nak berjalan ke.. merangkak pun boleh janji aktiviti anda itu direkodkan dgn menggunakan apps smart phone sebagai bukti larian telah dibuat..

          Aku pun nk try jugak la virtual run ni.. pilih punya pilih, aku pilih Score Run.. tahun lepas aku mendaftar la jugak untuk score run ni sbb kalau mendaftar awal kita akan dapat baju larian dengan nama kita ditulis atas baju tersebut.. unik gilerr.. aku Berjaya menjadi pendaftar awal dan dapat baju dengan nama tertulis dibelakang baju.. tetapi malangnya aku x join actual run.. sebabnya aku pun dh x ingat.. aku rasa sbb clash dengan aktiviti lain rasanya.. so, tahun ni aku ambil Virtual Run Score Run dengan jarak 21k, kenapa aku pilih 21k, sbb dapat finisher T, hahahaa.. atas hasutan aku, ajat pun bersetuju dari rakan complot.. selepas mendaftar larian.. pihak Score telah menhantar baju larian dan bib.. pada mulanya aku merancang untuk buat satu larian sekali gus untuk cover 21k tu.. tetapi masa tidak mengizinkan.. maka aku terpaksa pecah2kan jarak tersebut.. tapi aku dah plan dengan ajat untuk buat satu larian untuk cover 10k.. selebihnya aku akan buat sendiri..

          Aku dengan ajat plan untuk buat 10k kat taman metropolitan kepong.. untuk dapatkan jarak 10k tu kami kena buat 2 pusingan lebih sikit.. tarikh yang dirancang adalah pagi 15 April, pagi sabtu.. asalnya pagi2 nk ada dh kt taman metropolitan tu.. tapi biasalah, nk tunggu semua bersiap.. last2 dekat kul 9 baru sampai.. ajat dh sampai lama dh sebab dia tinggal lebih dekat.. tanpa membuang masa kami mulakan larian.. ajat yang leading sbb dia dh biasa kt taman metropolitan ni.. aku kira dh lama jugak la tak lari kat tmn metropolitan ni..

          Route yang ajat bawa agak berbeza dgn route yang biasa aku ikut.. route yg dia ikut adalah jalan lingkaran luar dan ada buat loop kat jalan dalam tasik.. dengan cara ni boleh dapat lebih daripada 3.5km/loop.. secara keseluruhannya aku dan ajat Cuma buat 2 loop lebih sikit je untuk dapat 10k.. hajat asalnya nak buat 3 loop.. tapi rasa penat lain macam la plak.. ni mungkin sebab aku tak buat apa2 preparation pun untuk larian ni.. sbb ingat nak santai2 je dan taman metropolitan ni banyak juga bukit2 yang membunuh..

          Lepas tamat larian.. kami terus lepak kat tempat taman permainan.. sambil layan sufi dan fatih main kt playground..

          Selesai larian aku pun postkan kat fb score run dan #virtualrun.. Alhamdulillah tak lama lepas tu aku pun dapat finisher T dan pingat melalui POS..