Wednesday, October 28, 2009

Harapan untuk ke kenyir (Esperança per al Kenyir)


Dulu rasanya aku pernah cite pasal nak buat trip ke kenyir… tapi x jadi sebab musim tengkujuh… baru2 nih, member aku yang dulu ajak aku ke kenyir sekali lagi membangkitkan cadangan untuk buat trip ke kenyir… memandangkan awal tahun depan kerja2 dia sekarang dah ada free sikit… maka dia cadangkan trip tersebut dibuat awal tahun dalam bulan 3… aku fikir2 klau simpan duit dari sekarang ok gak… nanti tambah duit bonus skit… ok la… sempatla beli joran dengan kili baru…
Ini dengan secara tak sengaja telah membuka harapan baru kepada aku untuk ke kenyir… selama ni dengan hanya dapat menatap gambar2 dan cite2 hebat trip ke kenyir… mungkinkah akhirnya dapat aku memenuhi impian ku ini… hehehheee… dah mula nak berangan la nih… tapi lagi best kalau dapat gi sana dengan set pancingan yang baru… baru gerek seh… 
Aku ada gak check dalam website lubok.net… kat situ banyak cite pasal trip2 ke kenyir… ni mungkin sebab moderatornya adalah UJANG… tengok gambar2 dalam tu… lagi membakar semangat aku untuk ke kenyir…
Insyaallah kalau jadi aku ke kenyir… pasti akan aku ceritakan semuanya… baik dari permulaan trip hinggalah ke penyudahannya… doakanlah supaya trip ni menjadi yek…



Wednesday, October 14, 2009

Perlindungan dari H1N1 (Абарона ад H1N1)


“ya Allah, ya Tuhanku, Kau lindungilah diriku, ahli-ahli keluarga ku dan semua semua muslimin dan muslimat dari bala bencana ini ya Allah – Amin”
Wabak yang sedang melanda dunia ini memang menakutkan kerana terlalu mudah untuk berjangkit. Kalau kita tengok dalam tv tu, macam2 saranan la yang keajaan dah berikan untuk mengelakkan penularan wabak nih & aku pun sebaik mungkin cuba untuk praktikkan
1.    Kalau selsema & bersin guna tisu – tisu dan sapu tangan memang dah terbiasa ready dalam poket. Maklumlah aku ni memang mudah selsema dan bersin sebelah pagi
2.    Selalu cuci tangan – sekarang nih aku basuh tangan mesti pakai sabun (kat rumah ada hand wash dettol). Guna teknik cam yang tunjuk dalam tv
3.    Pakai penutup mulut dan hidung – yang ni nak cite lebih sikit… sekarang nih memang kat sana sini org jenjalan pakai mask… kalau dulu memang org tak nak pakai… maklumlah macam org bulan jer… tapi aku rasa nak negeri luar, pemakaian mask bila selsema nih memang dah biasa… sebab aku tengok advisor jepun kat tempat keje aku ni… kalau selsema sikit mesti dia org pakai mask… aku pun dah mula pakai mask… kat rumah pun aku dah beli dah mask satu kotak… buat stok, malas nak beli sikit2… kat bawah ni ada gambar beberapa model yang secara sukarela berposing dengan mask masing2… yang paling glenyor yang pakai mask custom made to… ni baru pimp me my mask… hehheeee






Monday, October 5, 2009

Memancing di kuantan (الصيد في كوانتان)


Salam… dan selamat hari raya… maaf zahir batin… kalau ada terkasar ayat2 aku dalam blog nih… kira aku mintak maaf la… 0-0 ok…
Ni kiranya trip hari raya la ni… seperti mana yang telah aku sentuh dalam coretan blog aku yang lepas… tahun ni aku beraya di kuantan… so, dalam kesempatan tu, aku pun ushala port2 memancing kat area kuantan nih… yang mudah kolam mancing la… dengan bantuan teknologi internet… aku pun dapat info ada sebuah kolam air masin dekat kuantan jalan menuju ke airport… kampung pandan kalau tak salah tempatnya… aku ingat kat kl ke ade kg pandan… kat kuantan pun ada rupanya…
Setelah memastikan dah x de lagi acara lawat melawat ke rumah sedara mara… maka aku pun pergi la memancing kat situ… bayarannya standard je macam kolam2 lain… 11 hinggit sejam… waktu aku masuk tu pun sebenarnya dah agak lewat… hampir2 kul 6 & yang sedang memancing pun tak ramai… ialah musim raya… sapa yang gi mancing… aku jer yg saja2 gatal tangan…
Oleh kerana takde langsung pengalaman mancing kat situ… aku pilih je la port yang dekat dengan sangkar… umpan yang aku guna udang kopek dengan ikan sardin (beli kat jaya gading)… setelah mengabiskan masa 3jam kat kolam tu tanpa sebarang tangkapan… aku pun belah la… tapi mengikut pengamatan aku la… kolam ni sesuai pakai ikan potong je… dan labuhkan dekat2 sangkar atau ikut arus dekat kipas kolam… komen aku tentang kolam ni lak… macam kolam tinggal jerr… dah la ada seksyen yang tak berbumbung dan berlampu (under constuction)… pastu banyak tebuan lak berterbangan (aku memancing pun dalam keadaan cuak jer)… umpan udang idup takde jual… first time aku jumpa kolam x jual umpan udang idup…
Aku takut 2~3bulan pas ni bila aku datang balik tutup lak kolam nih…