Thursday, January 23, 2014

To Run Full Marathon or Not.... Thats a Question....

                Selepas larian Perodua cuaca jerebu menjadi semakin buruk… pada mulanya aku sangka akan dapat berlari dalam acara SCKLM’13 tak menjadi kenyataan kerana pada saat akhir event tu terpaksa ditunda ke tarikh yang lain kerana faktor jerebu… selepas tu aku kena ke china lak untuk latihan selama sebulan… semasa larian perodua tu pun keadaan jerebu pun agak terok jugak sebab tu dia orang bagi mask suruh pakai…

                Sekembalinya dari china event yang seterusnya adalah men’s health night run… aku memang agak cuak gak la sebab sepanjang sebulan aku kat china memang tak eksasais langsung… untuk laporan lengkap event men’s health night run akan aku buat lepas nih…
                Tahun ni aku tetiba rasa macam gatal2 nak masuk event FM… sebab aku fikir kalau aku tak buat sekarang bila lagi… dengan peningkatan usia aku bimbang akan lebih sukar untuk kekalkan stamina… lebih2 lagi aku rasa macam tak lengkap penglibatan aku dalam dunia larian tanpa memegang title marathon runner… bagi aku seseorang runner Cuma layak dipanggil marathon runner bila dia dah berlari sekurangnya sekali dalam acara FM… Now Or Never…
                Event FM yang paling sesuai kalau aku nak join adalah FM SCKLM… tahun ni acara SCKLM dah berubah masa penganjurannya… selalunya SCKLM dianjurkan pada bulan 6… tapi tahun ni mungkin sebab pengajaran dari tahun lepas yang masa bulan 6 selalunya kita akan dilanda dengan masalah jerebu dan juga dah dekat dengan bulan puasa oleh sebab itu pada tahun ni SCKLM dijadualkan akan dianjurkan pada bulan 10… bulan 10 plak selalunya aka nada BSN PNM… harapnya kedua2 event ni tak clash… sebab kedua2 event ni adalah antara acara wajib yang akan aku sertai setiap tahun…
                Persoalannya sekarang adakah aku dah mampu untuk berlari FM… bedasarkan rekod tahun lepas aku dah berlari HM sebanyak 3 event… Brooks HM, SCKLM’13 dan BSN PNM’13 dan kesemua masa yang aku catat adalah dibawah 3jam… kemampuan untuk berlari HM bagi aku bukanlah satu penanda aras yang baik untuk menentukan samada aku mampu untuk berlari FM… perbezaan jarak 2 kali ganda jika hendak dibandingkan HM dan FM… Nampak macam mudah kan… tapi Cuma runner jer yang tahu siksanya… kalau lari HM pun kenkadang aku rasa macam dah jadi zombie jer waktu penghujung larian ni kan pulak nak berlari 2 kali ganda dari HM…
                Ini bermakna aku kena buat persiapan yang rapi bukan sahaja dari segi fizkal tetapi juga kekuatan mental… untuk kekuatan fizikal untuk tahun ni aku set aku kena berlari sekurangnya 10km setiap hujung minggu… tak boleh kurang daripada tu… jarak 10k tu pun tak sampai ¼ dari jarak FM… untuk memantapkan kekuatan kaki… tiap2 hari aku ada buat senaman khusus untuk meningkatkan kekuatan kaki… ini adalah senaman2 ringan yang menggunakan berat badan sendiri sebagai factor rintangan seperti berdiri dan mencangkung secara perlahan2…
                Seperti biasa aku ajak ajat sekali menjadi rakan komplot… dia pun kata OK kalau ada masa yang cukup untuk buat latihan… maka aku akan tekadkan hati dan bulatkan niat untuk mendaftar FM untuk tahun ni… Cuma untuk januari ni aku takde masuk mana2 acara larian… sibuk sikit la dengan kerja baru ni… acara terdekat aku adalah Melawati 10K febuari nanti… tahun lepas aku ada masuk acara ni tapi jaraknya tak sampai 10k pun… Cuma 8k jer… jarak terpaksa dipendekkan disaat akhir atas nasihat pihak berkuasa… tak tahulah kenapa… harap2nya tahun ni punya event akan dianjurkan degan lebih baik kalau tak aku akan boikot… seperti biasa aku akan berlari dengan ajat…
Sekarang sebab aku dah berpindah ke bukit beruntung… hamper tiap minggu aku berlari dengan ajat dekat area taman kesumba… kami Cuma untuk tambah jarak larian untuk setiap sesi latihan… dari 7k… naik ke 8k dan cuba untuk dapatkan 10k untuk setiap sesi larian… kalau aku ada balik ke Gombak tempat larian aku adalah seperti biasa samada di taman tasi titiwangsa atau pun taman tasik metropolitan kepong…  ok lah  jumpa lagi dalam coretan yang lain plak…