Thursday, December 26, 2013

Perodua Race For A Cause 2013



Jarak: 5km
Kategori: Fun Run 

REP: Running T-shirt,
Post-race: Finisher cert, medal


Antara larian awal yang pernah aku masuk adalah event larian yang dianjurkan oleh tempat aku kerja dulu… aku pernah buat entry pasal larian tu… jaraknya Cuma 5k jer… pada tahun ni company aku dulu buat lagi event larian… tapi kali ni pada skala yang lebih besar dengan bantuan penganjur yang berpengalaman… aku tak melepaskan peluang untuk joint event ni sebab aku rasa inilah event yang terakhir aku bersama2 PERODUA sebelum aku berpindah kerja… (sob… Sob… Sob)…

          Event ni banyak kategori tapi aku pilih kategori yang paling pendek sebab rini pun masuk sekali event ni… aku plan nak berlari sama2 dengan dia… ajat dgn una pun masuk gak, semuanya 5k jer… kami pilih event ni sebagai acara santai jer… oleh kerana jarak larian yang pendek, aku takde buat apa2 preparation pun… laripun pun pakai tight short jer…
          Seperti biasa malam sebelum larian semuanya berkumpul kat rumah aku… senang esok pepagi bertolak pakai 1 kete jer ke putrajaya… oleh kerana ini Cuma larian 5k sahaja… maka tiada persediaan khusus yang aku lakukan… lebih2 lagi Cuma nak berlari pada jarak yang pendek sahaja… aku Cuma pakai baju larian dan seluar ketat pendek sahaja… pagi besoknya seawall subuh kami berempat bertolak ke putrajaya… setibanya di putrajaya kami parking dikawasan lapang bersebelahan dengan masjid besi… dan berjalan ke tempat mula…
          Acara yang dilepaskan dahulu ada untuk jarak yang lebih jauh… 10km… kami akan dilepaskan kemudian… rata peserta yang join terdiri dari geng orang awam… dari kumpulan perodua sekerat dua jer yang masuk… itupun kebanyakkannya dari pihak sales… dari manufacturing memang jangan haraplah… ada 2-3 orang jer kot…
          Selepas kami dilepaskan… aku berlari dengan pace yang perlahan sebab nak bersaing dengan rini… ajat dan una yang lebih laju dah kehadapan sedikit… route larian adalah dari hadapan istana kehakiman menuju ke PICC dan kemudian berpatah balik ke istana kehakiman… kawasan yang berbukit adalah kat area jambatan sebelum sampai ke PICC… kat area ni banyak berjalan sikit sebab rini tak larat… aku tak nak push dia sangat sebab bahaya… kami Berjaya kembali ke garisan penamat dengan masa lebih kurang 43minit… disambut oleh ajat dan una yang dah lebih dahulu sampai…
          Lepas dapat medal kami pun lepak2 untuk menghilangkan penat dan juga berjumpa dengan beberapa rakan perodua yang join larian… ajat yang masih berkerja dengan perodua ada bagitau aku yang dato aminar ada sebut pasal event larian ni masa town hall meeting… dia kata event ni kecik jer dan belum cukup gempak untuk tarik perhatian otai2 larian… dia kata event ni akan cuba dijadikan sebagai event tahunan dan akan dianjurkan dengan lebih grand lagi… aku harap dia orang akan memperkenalkan jarak yang lebih jauh dan ada finisher T… kalau event ni dianjurkan lagi tahun hadapan insyaallah aku akan join lagi…

Saturday, November 23, 2013

Trip Ke Shanghai


            Mungkin ada yang dah tahu yang aku ada buat trip ke china 2-3 bulan yang lepas… aku pergi ke china bukan sebab melancong tapi sebab urusan kerja… aku dijadualkan untuk menjalani latihan di china selama 2 bulan… coretan aku kali ni adalah untuk panduan kenkawan yang lain yang mungkin kena gi china…

            Kalau korang pergi ke china ikut rombongan atau tour… aku rasa takde masalah sangat… aku pergi ke china sendirian… lebih2 lagi inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke china… pertama… passport… nak keluar Negara mesti ada passport… last time aku keluar Negara adalah semasa aku dihantar ke korea untuk buat PDI (Pre Delivery Inspection)… lepas tu passport aku terus jadi tukun… aku kena buat re-new passport aku… sekarang ni dah mudah dah nak buat passport… kalau dulu tak banyak pejabat imigresen yang boleh kita pergi untuk buat passport… sekarang ni dah banyak… kalau tak salah aku setiap UTC ada pejabat imigresen… aku pergi ke UTC sentul untuk re-new passport aku… 2 hari dah siap passport aku…
            Bila passport dah ada… untuk masuk ke china perlu ada visa… dan visa boleh dipohon kat pejabat visa kedutaan china dimenara OSK di Jalan Ampang… oleh kerana aku malas nak uruskan sendiri… aku pergi ke Travel Agency dan minta mereka sahaja yang pohon kan visa untuk… dalam masa yang sama aku boleh terus tempah flight ke china… visa biasanya boleh siap dalam masa 3 hari… oleh kerana aku masuk ke china atas urusan kerja jadi aku mohon business visa… kalau nak mohon business visa mesti ada surat jemputan syarikat di china dan juga ada surat pengesahan dari syarikat kita di Malaysia yang menyatakan kita dihantar ke china atas urusan kerja… permohonan visa aku diluluskan oleh pejabat kedutaan china dan aku diberikan 2 entry visa yang sah selama setahun… ini bermakna dalam tempah sah visa aku… aku boleh masuk dan keluar dari china sebanyak 2 kali…
            China menggunakan matawang Reminbi atau Yuan (RMB)… nilai matawang RMB adalah lebih kurang separuh dari duit kita bermakna RMB10 bersamaan RM5… senang sikit nak buat kira2… untuk pengetahun korang… adalah lebih mudah untuk tukar duit di Malaysia daripada tukar duit di china… kat sini mudah kita nak carik money changer @ pengurup wang… kat china bolehkatakan takde langsung… kalau nak tukar duit kena gi bank yang mana ratenya agak merugikan kita… kalau boleh jangan tukar duit kat airport… aku selalunya tukar duit kat jalan tuanku abdul rahman… kat sana banyak choice yang mana kita boleh buat perbandingan… Cuma masalahnya kalau tukar duit china ni duit jadi berkepuk sebab jumlahnya banyak… pandai2lah macam mana nak bawak OK…
            Tripaku ke china pada kali ni adalah dalam musim panas… dan musim panas disini adalah jauh lebih panas dari Malaysia… suhunya pernah mencapai 39 darjah celcius… panas giler… rasa macam berdiri sebelah api bakar lemang… Kenalah bawak pakaian bersesuaian dengan cuaca disana... Untuk mereka yang tak pernah keluar negara waktu musim panas... Memang jauh berbeza dengan panas kat malaysia... Kalau kita rasa malaysia dah panas... Korang pergilah ke china pada musim panas... Baru korang tahu betapa panasnya... Oleh disebabkan cuaca panas maka takdelah aku keluar waktu siang... Malam jer kuar jalan2... Oleh disebabkan musim panas juga... Kalau orang lelaki selalunya tak berbaju dan berseluar pendek sahaja... Yang perempuannya memang seksi giler... Bukan kat luar jer... Kat opis pun macam tu...
Musim panas bermakna masa siangnya akan lebih panjang dari masa malam... Pada mulanya aku memang terkejut giler... Terutama hari pertama aku kat sana... Matahari terbit awal... Jam 5 pagi kat sini macam jam 8 pagi kat malaysia ... Terang giler... Terkedu aku... Ini memang bermasalah kalau bulan puasa... Percayalah cakap aku...
Perkara yang paling penting untuk korang consider adalah soal makan… pada pendapat aku kalau korang pergi ke china ikut rombongan mesti takde masalah sebab soal makan dah diambil kira… tapi kalau korang pergi sendiri memang agak sukarlah… nak carik makanan halal memang susah sikit la… satu lagi aku kena ingatkan korang bahawa tak ramai sebenarnya orang china yang boleh berbahasa inggeris… pemandu teksinya pun tak boleh berbahasa inggeris sangat… agak susahlah jugak nak kesini sana… aku minta tolong kawan opis tulis nama tempat yang aku nak pergi dalam bahasa cina supaya senang nak tunjuk kat pemandu teksi… jangan lupa ambil kad hotel supaya senang nak balik ke hotel…

Rasa macam nak tulis macam2 tapi rasa malas yang sangat la plak… kalau korang nak Tanya apa2 boleh la tinggalkan komen kat bawah yea…

Saturday, November 9, 2013

Mizuno Wave Run 2013


Jarak: 16km
Kategori: Men’s open (Bib A0946)
REP: Mizuno Running T-shirt, BIB
Post-race: e-cert

          Acara ni setahu aku sebelum2 ni dianjurkan di kawasan Universiti Putra Malaysia… tapi tahun ni berubah lokasi ke putrajaya la plak… aku sertai larian ni sebab nak mencari kelainan sikit dalam acara larian aku… aku masuk larian ni dengan ajat… macam biasala… larian ni dianjurkan oleh World of Sport… salah satu kedainya terletak kat SOGO… aku kalau gi SOGO mesti singgah kedai ni… tengok barang sukan… kat sini memang banyak kasut2 Mizuno… aku dulu ade gak terdetik nak beli kasut Mizuno tapi kasut Mizuno ni pada pendapat aku kurang menarik sikit… tapi tu bergantung pada citarasa masing2kan… kalau korang minat nak cuba kasut Mizuno boleh gi usha kat World Of Sport…
          Larian kali ni adalah larian belah pagi… aku larian belah pagi kat area putrajaya ni takdela risau sangat… larian belah malam yang risau sikit… Cuma jarak larian ni pelik sikit iaitu 16km… tambah lagi 5km dah dapat HM… tempat mula adalah tempat standard… depan Palace of Justice… route yang dilalui adalah standard putrajaya… Cuma yang aku pelik, bila larian siang aku selamba jer boleh abiskan larian tanpa sebarang masalah… aku siap boleh tunggu sekejap supaya ajat dapat catch up balik dengan aku dan kami menamatkan larian bersama2… cuaca pun agak ok gak Cuma berjerebu sikit… takdela panas sangat…
          Aku Berjaya menamatkan larian dengan masa 1jam 55min… ok la tu sebab siap berhenti tunggu ajat lagi… bedasarkan rekod larian aku dari endomondo… aku pecah 2 rekod… yang pertama jarak larian untuk 1jam… aku dapat cover 8.78km dan yang kedua adalah PB untuk 10km iaitu 1jam 9min… pace aku untuk larian kali ni adalah 7.2…
          Lepas tamat larian beratur ambil air kosong dan juga medal… lepas tu aku terserempak dengan member seopis yang juga masuk acara ni… lepas berborak kejap lepas tu aku dan ajat pun bergerak balik… secara keseluruhannya satu acara yang baik Cuma perlu berebut sikit lepas abis larian nak amik air dan medal… tahun depan boleh join lagi…

          Dengar tak lama lagi akan keluar majalah larian tempatan… bagusla tu… ada jugak bahan bacaan local yang boleh buat panduan… ok jumpa lagi dalam coretan yang akan dating… 
aku dan ajat menghampiri garisan penamat

Sunday, October 6, 2013

Standard Chartered Fun Run 2013 Putrajaya

Lokasi: Putrajaya
Tarikh: 26 May 2013
Jarak: 8km
Kategori: Men’s open (Bib B1560)
REP: Sling Bag, BIB
Post-race: e-cert, NB shirt
          Acara ni diadakan semperna acara sambutan Himpunan Jutaan Belia di putrajaya yang dianjurkan semperna Hari Belia. Tahun lepas acara yang sama pun dianjurkan di putrajaya… tahun lepas ajat masuk acara ni sebab masa tu dia masih duduk kat putrajaya… pada tahun ni aku, ajat dan rini akan masuk acara ni… ini adalah larian jarak jauh pertama untuk rini… aku harap dengan menyertai acara ni, rini akan lebih berminat dalam acara larian pada masa akan datang… aku dan ajat masuk kategori 8km manakala rini Cuma berlari untuk 4km sahaja… acara kali ni tidak menjanjikan sebarang medal tetapi ada finisher ‘T’… Cuma bezanya finisher ‘T’ diberikan kepada pelari yang menghadiri diri sebelum larian…
          Kami bertiga bergerak agak awal juga ke putrajaya dari Gombak kerana kalau lambat nanti susah nak dapat parking la plak… aku tak membuat sebarang persediaan khusus untuk larian ni… aku anggap ianya Cuma larian latihan seperti biasa… kami bernasib baik kerana dapat parking dekat dengan kawasan event… sampai sahaja kami terus claim finisher ‘T’ kami… baik claim awal, kalau claim lepas larian nanti pasti sesak dengan pelari yang lain…
          Seperti biasa pelari 8km akan dilepaskan dahulu… kami menunggu di dalam kawasan pelepasan sambil menunggu ketibaan KJ (Khairi Jamaluddin) sebagai menteri sukan untuk sampai dan melepaskan pelari… kehadiran KJ disambut meriah… dia Cuma berbaju T-shirt belang, seluar jeans, cap dan kasut sukan… masa ni juga aku diberitahu oleh ajat yang KJ akan menyertai SCKLM’13 dengan berlari dalam acara 10km… cayalah KJ, itu baru betul menteri sukan… KJ ni fit juga orangnya sebab dia adalah anggota pasukan tentera wataniah dan pernah melakukan terjunan payung terjun… KJ ada wing la…
          Pelepasan peserta dibuat tanpa sebarang masalah… larian aku pun berjalan lancer… sebenarnya tak banyak yang boleh nak komen tentang acara larian ni kerana ia mempunyai penganjur yang amat2 berpengalaman… penganjur yang sama yang akan menganjurkan SCKLM’13 pada bulan sept kelak…
          Aku menamatkan larian tanpa sebarang masalah… setelah larian aku, ajat dan rini berkumpul semula dan kami pergi ronda2 dikawasan larian… tak banyak sangat gerai yang ada… aku singgah di gerai New Balance dan beli sepasang stoking baru… itulah keje aku beli stoking jer…
          Lepas abis pusing2 ingat nak ke tapak utama carnival hari belia… tapi lak pulak nak menapak dari tempat kami… lebih kurang 2km… nak pergi naik kete takut susah pulak nak cari parking pulak nanti… lagipun masih awal lagi… takut carnival belum mula lagi… last2 kami buat keputusan untuk balik jer…
          Sebelum sampai rumah seperti biasa… singgah minum dulu, makam telur separuh masak…
          Menurut pandangan ajat… event tahun ni tak semeriah event tahun lepas… tahun lepas lagi ramai Cuma tahun ni ada bagi finisher T jer… ini besar kemungkinan disebabkan tarikh hari belia ni sebenarnya tak berapa sesuai sebab clash dengan cuti yang lain… so banyak runner yang tak dapat nak hadir sebab balik kampong… aku dengar dari kenkawan yang buat penganjuran acara berbasikal pun ramai yang dapat nak join… aku sendiri pun ada program lain hari larian tersebut… tak boleh nak stay lama2 kat area putrajaya…
          Masa aku lari ada member dari company aku yang join acara tu Nampak aku berlari… dia ada panggil aku tapi aku tak dengar pun… baguslah tu ada member seopis yang minat berlari jugak… boleh buat kawan…
          Sebenarnya entry ni dah lama ketinggalan sebab sibuk sangat dengan tuntutan tempat kerja baru… ada beberapa lagi acara larian yang aku dah masuk tapi tak sempat nak buat rece reportnya… antaranya PERODUA race for cause… MIZUNO wave run 2013… Men’s Health Shape Night Run 2013… dan yang paling grand SCKLM 2013… insyallah kalau sempat aku akan coretkan juga race reportnya walaupun lambat…
          Aku juga berniat nak buat coretan pengalaman aku sebulan di china semasa bulan puasa yang lepas… boleh dijadikan panduan buat kawan2 yang nak kena gi china… aku rasa satu pengalaman yang patut aku kongsi dengan korang semua…
          Walaupun aktiviti larian aku agak terganggu sebab kerja baru ni agak demanding tetapi aku cuba sesuaikan aktiviti larian aku dengan keperluan kerja baru… aku memang takde niat nak stop terus dari berlari… walaupun aku tak dapat nak sertai event larian tetapi aku akan teruskan aktiviti larian hujung minggu…
          Bimbang jugak aku sebab aktiviti larian aku agak terganggu akan menyebabkan prestasi larian aku akan menurun tetapi semasa aku lari pada event Men’s Health Night Run 2013 aku rasa takde masalah sepanjang larian… malah lebih baik lagi sebab aku berlari lebih kurang 80% dari sepanjang masa lari… ok sambung lagi next time… terima kasih kerana terus membaca blog aku yang tak seberapa ni…
baju tu ajat yang belikan kat sempadan...


yeahhh... tahniah rini...

Sunday, August 4, 2013

Baru Balik dan Selamat Berpuasa

Alhamdulillah.... baru balik dari cina... sampai hari jumaat lepas selepas sebulan berada di cina... dapatla berpuasa di malaysia 2-3hari sebelum beraya... ok Selamat Berpuasa Semua....

Thursday, June 20, 2013

Beralih angin…


            Ada angin baru yang bertiup… pada pertengahan bulan April aku menerima satu panggilan yang tidak disangka2… seorang lelaki bernama Jason dari Kelly Engineering Servives call aku menawarkan aku satu peluang pekerjaan… sebuah syarikat OEM (Original Equipment Manufacturer) untuk ekzos sistem yang berpusat di perancis akan membuka satu kilang di malaysia yang terletak ditanjung malim (dalam kawasan Proton City)… aku sebenarnya dah lama malas nak carik keje baru… bila tempoh perkhidmatan aku kat syarikat sekarang dah menjangkaui 10 tahun… aku fikir aku keje ajela kat company sekarang sampai pencen…

            Jason meminta aku menghantar kepadanya resume aku yang paling terkini… seminggu selepas selepas panggilan tu… jason mengaturkan satu telepon interview dengan ketua jurutera Mr. Berkant dari Shanghai… hampir satu jam aku luangkan masa untuk sesi interview tersebut… 2 minggu selepas itu pula, jason mengaturkan aku untuk face-to-face interview dengan Mr. Indra juga dari shanghai yang datang ke malaysia untuk tujuan projek ini… Mr. Indra akan menjadi plant manager di malaysia… pertemuan aku dengan Indra diadakan di lobi hotel di kawasan subang… hampir 1jam jugalah aku berborak dengan Indra… dalam masa yang sama ada sorang lagi calon untuk jawatan ini yang akan ditemuduga oleh Indra… calon yang sorang lagi tu sebenarnya dahulu bekerja di company aku sebelum berpindah kerja… selepas sesi interview tersebut, jason memberi tahu kepada aku yang peluang aku untuk mendapat kerja tersebut adalah besar… 2 minggu selepas itu pula, aku ada sesi interview dengan Ms Cathy dari pihak HR dan juga Mr. Tom, GM Asia operation…. Semuanya melalui telefon sahaja… Cuma Indra jer yang aju jumpa face to face…
            Setelah selesai semua sesi interview tersebut… aku ditawarkan jawatan itu… company tu juga menawarkan ganjaran yang agak baik… aku terpaksa membuat keputusan… terus terang aku katakan aku memang takut nak buat keputusan… ialah, aku dah keje dengan company sekarang dah masuk 13tahun… lama tu… yang juga membuatkan aku rasa cuak adalah sebab aku tak pernah pindah kerja… lepas belajar terus dapat kerja kat company sekarang… aku bimbang kalau pindah kerja aku dapat kerja yang lebih teruk dari sekarang… tapi aku fikir balik, tak ramai oarang yang kerja satu company jer seumur hudup dia orang… semua mesti pernah rasa pindah kerja… ajat pun dah pernah pindah kerja… lagipun kerja ni bukan aku yang carik tapi dia yang datang carik aku… tak banyak company lain yang sebenarnya boleh beat apa yang company aku sekarang bagi kat aku…
            Apa yang penting adalah support dari family aku terutama betty dan miza… sebab aku fikir apa yang aku buat semuanya ni adalah untuk masa depan keluarga aku juga… aku berbincang secara mendalam dengan betty dan miza… mengambil kira pandangan mereka kerana banyak yang akan berubah jika aku menerima jawatan ni… termasuk sesi latihan selama 2 bulan di china, berpindah ke rawang dan lain2 lagi… ini juga bermakna aku tak akan dapat berlari untuk SCKLM 2013 kerana waktu tu aku berada di china… sedih wooo… lagi satu aku dah lama tak pergi outstation jauh2 dan lama2 cam ni… last time aku ke luar negara adalah ke korea atas urusan kerja selama 3 minggu… masa tu aku dengan betty dah berkhawin tapi miza belum lahir lagi… kali ni 2 bulan, time bulan puasa dan raya lak tu…. Waaaaaaa….. aku bimbangkan betty dan miza yang akan aku tinggalkan selama 2 bulan tempoh latihan aku… ikut hati memang nak bawa mereka sekali… tapi apakan daya…

            Aku berserah kepada Allah kerana semuanya adalah takdir daripanya… aku akan berusaha sebaik mungkin dan berdoa Allah akan menganugerahkan yang terbaik buat aku dan keluarga aku, InsyaAllah…BismilahhitawakaltulalaAllah…

Tuesday, June 11, 2013

Kuantan Run 2013



Tempat Mula/Tamat: Teluk Cempedak (TC), Kuantan, Pahang
Kategori: Men’s 13km (BIB A1126)
Race kit: Dry Fit Running Vest , BIB,
Post-race: Medal & Cert
Tarikh & masa : 12 May 2013, 6.30 am (lebih kurang)
            Race yang ke-25 aku… aku masuk race ni sebab nak amik peluang untuk bawa betty balik ke kuantan… bolehlah dia jumpa datuk nenek dan mak sedara dia… lagipun dah lama kami tak balik ke kuantan… kuantan run ni satu event yang kecik sahaja… participantnya pun tak ramai… aku ajak ajat masuk sekali, tapi dia baru pindah kerja… jadi tak bolehlah nak amik cuti… aku memang ada amik cuti tambahan… kami balik ke kuantan hari sabtu dan balik semula ke gombak pada hari isnin… miza ponteng la sehari… mungkin sebelum ni aku takde cite yang sebenarnya ajat dah tukar kerja… dia dapat kerja kat tempat sama aku bekerja… Cuma dia dibahagian jualan dan aku kat bahagian pengeluaran…
            Larian kuantan ni dianjurkan oleh Dusty Monkey… aku daftar online dan pilih option supaya race pack aku dihantar  ke rumah… sebelum pilihanraya aku ada hantar email ke organizer tanya bila nak hantar race pack… dia orang kata lepas pilihanraya… tapi lepas pilihanraya masih tak sampai2 lagi race pack… aku dah start risau… baju tu aku tak heran sangat, running shirt aku pun banyak… masalahnya BIB, kalau takde BIB nak lari cam mana… race pack aku sampai pada hari jumaat… poslaju yang hantar, tapi takde sapa receive kat rumah… terpaksa aku collect kat pejabat poslaju batu caves keesokkan harinya… ini pertama kali aku dapat BIB yang di print atas material yang selalu dia orang guna untuk banner… kami sekeluarga bertolak ke kuantan lebih kurang jam 11pagi…
            Sampai di jaya gading rumah mak sedara betty dalam jam 2ptg… aku saje jer tak nak bawak laju2 sangat… nak rilek2 sikit… lepas sampai aku tido kejap sebab rasa keletihan… betty dan miza dah bantai tido masa atas highway tadi… lepas bangun tido aku dan miza keluar ke pekan jaya gading… isi minyak kete dan beli air isotonik untuk larian nanti… sebelah malam pulak betty, miza dan sedara betty semua keluar ke kuantan jalan2… aku duduk kat rumah jer, sambil buat preparation untuk larian awal pagi besok… kalau aku ikut dia orang tah pukul brapa baru balik… aku plan kul 5pg dah nak gerak dari rumah… preparation aku seperti biasa… tape jari kaki dengan surgical tape dan pasang KT tape kat betis… pastu aku terus masuk tido…
pelepasan yang sempoi


            Panas betul cuaca kat kuantan sekrang… takde ujan langsung… bahangnya bawak sampai ke malam… aku pun dapat tido2 ayam jer sebab kepanasan… kipas memang konfom sampai speed 5… dalam jam 4.30pg aku pun bangkit untuk bersiap… dalam jam 5pg aku pun bergerak keluar dari jaya gading menuju ke TC… perjalanan dijangkakan dalam 30min… suasana pagi ahad bandar kuantan memang lengang… aku takde masalah untuk sampai ke TC… sampai di TC aku terus tukar ke pakaian larian aku… dan lepak kat tepi pantai sambil buat aktiviti regangan badan… pelari dah mula berkumpul kat dataran sebelah McDonald… organizer pun ada bukak kemah kat sini… dalam jam 6pg, organizer minta semua pelari berkumpul di kawasan mula yang terletak tak jauh dari dataran tadi… bila semua pelari dah berkumpul, organizer ada buat sedikit aktiviti regangan badan… aku tak ambil port sangat sebab duduk kat belakang… secara tiba2 semua pelari dilepaskan serentak… larian dimulakan dengan dakian bukit yang agak curam menuju jalan keluar dari TC…
            Setelah turun dari bukit… larian terus dibelokkan ke kanan menuju ke ayer putih… larian difasa ini melalui kawasan berbukit tetapi tak terlalu tinggi… 4km yang pertama ni pace larian aku adalah pada kadar purata 6.3… tapi dah masuk km ke 4 dah, tak nampak lagi water stationnya… walaupun aku ada bawak air sendiri, tapi water station ni selalunya penanda tempat untuk berhenti seketika dan juga dapat minum air kosong… minum air isotonik bebanyak pun sebenarnya tak bagus juga… tak hilang dahaga… masuk km ke 5 baru jumpa water station…
            Fasa kedua larian pula dah masuk ke kawasan yang agak rata… pace aku dah mula jatuh… pada masa ni pace aku adalah lebih kurang pada 7.5… pada km ke 10 ada satu lagi water station… fasa terakhir larian, kami sudah mula berpatah balik menuju ke TC… jalan ke TC ni sebenarnya agak sempit, jadi terpaksa berhati2 sewaktu berlari… tak boleh berlari seiringan, takut kena libas dengan kereta… sepanjang larian ada seorang budak sekolah yang berlari dengan aku… tak tahu lah samada dia yang pacing aku atau aku yang sebenarnya pacing dia hahahahaaaa… dalam 3 km yang terakhir ni, budak sekolah tu dah dapat kejar aku balik dan sewaktu km yang terakhir dia dengan tenaga orang mudanya terus meninggalkan aku… aku kantoi semasa bukit yang terakhir sebelum sampai ke TC… terpaksa berjalan separuh dari bukit tersebut… di puncak bukit, aku kembali berlari dan menamatkan larian dengan gagahnya hahahaaaa… fasa yang terakhir ni aku berlari dengan pace 8.4… masa yang aku catatkan adalah 1jam 37min…
            Kawasan tamat larian Cuma ditandakan dengan barisan kon sahaja… selepas larian terus diberi air kosong sebotol… aku terpinga2 sebab takde medal yang diberikan… kata ada finisher medal… rupanya2 medal kena pergi collect kat khemah urusetia… lepas collect medal aku ronda2 area pantai TC sambil tunggu aktiviti cabutan bertuah… seperti biasa aku memang tak pernah nak bertuah… sebelum balik aku belikan gelang manik yang ada nama sekali untuk aku, betty dan miza… samapai dirumah makcik betty aku terus bersihkan diri dan tido… 



            Sebelah petang betty ajak aku keluar ke kuantan untuk carik hadiah semperna hari ibu untuk makciknya dan mak betty… kami pergi shopping ke East Coast Mall… aku jalan2 kat kuantan ni takde la mahir sangat tapi dengan berbantuan goolge map yang ada dalah h/phone aku ni… sampai jugakla kami… miza lak ada aktiviti yang tersendiri… bila aku keluar berlari… pakciknya bawa dia mandi2 kat Wet World Gambang… ni memang tempat kesukaan miza kalau balik ke kuantan… lewat petang baru miza balik… sebelah malamnya takde aktiviti sangat… semua melepak dan rehat dirumah sahaja…
            Keesokkan harinya baru kami balik semula ke kl… miza ponteng satu hari ke sekolah… balik bertolak ke kl lepas makan t/hari sebab makcik betty bersungguh tahan kami suruh makan t/hari baru balik… perjalanan balik ke kl waqktu t/hari memang mencabar sebab cuaca panas dan mudah mengantuk… alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah lewat petang…
            Kesimpulan yang boleh aku buat tentang Kuantan Run 2013 ni adalah… satu event yang kecil dan sempoi… penganjuran yang yang ala kadar tapi cukup untuk memenuhi keperluan kumpulan runner yang kecil… adios….

Thursday, May 16, 2013

Antara Penyokong dan Pengundi



            Sekarang ni musim mengundi kan… komen sikitla pasal proses pilihanraya ni… sebenar aku pada mulanya tak nak tulis entry ni… tapi aku fikir masing2 ada pendirian masing dan aku juga rasa yang aku  berhak untuk menyatakan pendirian aku… aku adalah ahli UMNO, lebih tepat lagi Pemuda UMNO… oleh itu seharusnya undi aku adalah untuk BN… walaupun rata2 ni sekarang BN bukanlah pilihan yang popular, tetapi seperti mana yang telah aku nyatakan terdahulu… ini adalah pendirian aku…

            Apa yang menyokong pendirian aku ni… aku memilih sebuah parti yang kukuh dan stabil yang dapat membawa malaysia ke arah yang lebih baik mengikut acuan malaysia yang tersendiri dan unik… pasal parti2 politik yang lain aku tak nak komen sebab walau apapun aku masih percaya semua parti2 politik didalam malaysia ni masing2 mempunyai niat yang baik untuk membawa melaysia ke arah yang lebih baik untuk semua…
POST PRU 13
            Bahagian diatas aku tulis beberapa hari sebelum PRU13… sekarang proses pengundian telah selesai dan keputusannya pun telah kita ketahui… secara kasarnya BN masih lagi parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat dengan pegangan 133 kerusi… ini adalah majoriti mudah… minimun untuk menubuhkan kerajaan adalah 112 kerusi… jumlah ini adalah lebih sedikit jika dibandingkan dengan PRU12… aku takde semua fakta2 PRU ni… BN berjaya merampas kembali kedah dan mengekalkan pemerintahan kerajaan negeri di perak… kan perak sebelum ni agak kontravesi sikit sebab peralihan kuasa dari PR ke BN selepas PRU12 kerana ada ADUN yang melompat parti… PR pula mengekalkan kekuasaan di pulau pinang, kelantan dan selangor… untuk wangsa maju, tempat aku mengundi… BN kalah kepada PKR… manakala di parlimen hulu selangor dan DUN batang kali, kawasan ayah aku… kedua2 kerusi tersebut dikekalkan oleh BN… untuk kawasan wilayah persekutuan pula BN berjaya merampas semula Titiwangsa daripada PAS… itulah serba ringkas keputusan PRU13… nak keputusan penuh, sila rujuk SPR yea…
            Akan tetapi, secara keseluruhannya… prestasi BN boleh dikatakan mengalami sedikit kejatuhan… BN banyak juga kehilangan kerusi parlimen dan DUN kepada pihak PR… mungkin tidak sebegitu memberangsangkan seperti yang diharapkan oleh DS Najib… BN hilang beberapa nama besar dalam PRU kali ni… antaranya Ghani Osman di Gelang Patah dan Ali Rustam di Bukit Katil… kedudukan BN yang sebelum ni nampak kukuh di selangor menjadi semakin goyang… beberapa kubu kuat BN telah berjaya dirampas oleh PR terutamanya parti DAP… bagi aku DAP adalah parti yang paling cemerlang dalam PRU13… mereka menang di hampir kesemua tempat majoriti kaum cina… ini adalah sebab mengapa ramai yang mengatakan PRU13 adalah stunami pengundi cina… bagi aku hasil pengundian kali ni adalah pilihan rakyat malaysia… tetapi corak kemenangan pihak PR boleh dikatakan datang dari undi majoriti kaum cina yang nampaknya bersungguh2 nak menukar kerajaan kali ni… anyway the rakyat of malaysia dah decided… dan bagi aku semua pihak perlu menghormati keputusan ini…
            Seperti biasa… selepas tamat PRU… masih ada isu2 lagi yang masih di canang2 oleh puak2 yang tidak berpuas hati… antaranya cerita pasal pengundi hantu, tipu kertas undi, dakwat kekal yang tak berapa nak kekal… macam2lah seribu satu kekurangannya… yang secara keseluruhannya menggambarkan bahawa pilihanraya kali ni tidak telus dan keputusannya boleh diragui… menurut pemerhatian aku la, aku rasa proses pilihanraya yang dijalankan oleh pihak SPR ni kira dah cukup telus… kalau kita teliti prosedurnya, semua proses pilihanraya mesti melibatkan wakil dari semua calon yang bertanding yang memerhatikan dan memperakui setiap gerak langkah dalam proses pilihanraya… dan selalunya yang kuat komplen ni adalah mereka2 yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pilihanraya termasuklah calon2 yang bertanding… tak pernah pula aku dengar wakil calon yang buat komplen kata ada kertas undi tambahan la… pengundi hantu la… penyokong2 la yang selalunya lebih kuah dari sudu… kat internet pun ada klip2 video menunjukkan ada pengundi hantu ditangkap… tapi kebanyakkannya kes salah faham… rakyat malaysia disangkakan bangla… kalau kita betul2 konfident yang datang mengundi tu bangla… cekup jer, pastu heret ke balai polis dan buat laporan rasmi… baru polis kena siasat… yang pentingnya kalau bangla tu ada IC… macam mana dia boleh dapat IC, dalang yang bagi IC tu yang nak kena kejar dan tangkap… bagi aku kesalahan besar tu keluarkan IC palsu… boleh menggugat keamanan negara tu…
            Yang buat aku rasa sedikit tidak berpuas hati adalah puak pembangkang yang tidak berjaya menawan putrajaya tidak dapat menerima keputusan PRU13 kerana didakwa berlaku banyak kecurangan dan penipuan dari pihak BN… cara mereka nak meluahkan rasa tidak puas hati adalah dengan mengadakan demonstrasi dan bantahan jalanan… kenapa tak nak bawa perkara ni ke mahkamah… korang ingat senang2 jer kerajaan nak bertukar tangan dengan cara tu… macamlah negara ni takde undang2… tolong beri aku contoh negara yang akhirnya aman damai dan dapat berkembang dengan baiknya apabila berlaku perubahan kerajaan cara pintu belakang ni… takde beb…
            Kalau ikutkan hati memang macam2 lagi nak tulis… tapi aku sebenarnya tak berapa selesa nak ulas tentang politik ni… cukuplah sampai disini… aku Cuma harapkan kekalutan politik ni tak mengheret malaysia ke arah yang lebih buruk… itu sahaja…

Tuesday, May 7, 2013

It Was Dark & Gloomy Days…




            Salah satu fasa hitam dalam liku2 perjalanan hidup aku sebagai seorang insan biasa… bermula dari hari jumaat, 5 April 2013… sbelah siangnya berjalan seperti biasa… aku bekerja seperti rutin2 biasa… setelah balik dari kerja, aku plan untuk bawa betty dan miza keluar makan… plan asalnya nak dinner di Jusco wangsa maju… tetapi separuh jalan on the way ke Jusco wangsa maju… aku terima satu panggilan dari abah… berita terkejut dan sdih dari abah yang memaklumkan arwah atuk aku sebelah mak baru sahaja meninggal dunia lewat petang jumaat… dalam keadaan terkejut itu aku tak boleh nak buat keputusan samada nak terus balik kampung ke malam ni atau besok pagi2 baru balik kampung… plan nak dinner kat Jusco terpaksa dibatalkan, kami berpatah balik ke sri gombak dan dinner di sri gombak sahaja… aku masih belum buat keputusan samada nak balik kampung atau tidak malam ini… ketika ini abah dah on the way balik ke kampung… abah kena balik malam itu jugak sebab mak ada kat kampung sekarang… kebetulan waktu tu adalah giliran mak untuk jaga atuk di kampung… setelah konsider kedudukan aku sekeluarga… aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung esok pagi sahaja… malam tu setelah makan malam, selepas sembahyang isyak… aku ambil masa untuk membaca surah yasin dan sedekahkan untuk arwah atok aku… lepas baca yasin aku terus masuk tido…
            Keesokkan paginya lebih kurang jam 7.30pagi kami bergerak dari sri gombak… bersarapan dalam kereta sahaja lepas beli makanan semasa mengisi minyak di stesen petronas MRR2… perjalanan sebelah pagi adalah lancar, kami selamat tiba di kampung tanjung, kota, negeri sembilan lebih kurang jam 9pagi… setelah bersalaman dengan mak aku, barulah aku dapat gambaran jelas saat akhir pemergian arwah atuk… menurut mak, atuk tak menunjukkan tanda2 sakit yang luar biasa… arwah atuk aku memang dah tua benar… umur lebih dari 90 tahun… atuk tiba2 koma… dengan bantuan pak teh aku yang duduk kat seremban… mak bawa atuk untuk rawatan kecemasan di hospital tampin… tetapi malangnya ajal atuk sudah sampai… lebih kurang jam 7.30ptg, atuk diistiharkan telah meninggal dunia kerana sakit tua… Al-Fatihah buat arwah atuk, Hj. Musa B Mohd… ini bermakna semua atuk dan wan aku dikedua2 belah ibu dan abah sudah kembali ke rahmahtullah… aku sedekahkan Al-fatihah buat mereka semua, semoga roh2 mereka dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orangn2 yang beriman… juga didoakan agar roh2 mereka dijauhkan dari segala azab kubur dan agar semua dosa2 mereka diampunkan… InsyaAllah, Amiinn… lepas ni dah kurang la nak balik kampung… nampak gayanya rumah kampung tu pun takde sapa nak tunggu lagi… itulah senarionya kampung di pendalaman sekarang… banyak rumah2 tinggal setelah generasi tua meninggal dunia… anak2 kebanyakkannya sudah bermestautin dibandar2… abah dulu pun ada plan nak buat rumah kat kampung… tapi memandangkan jiran2 banyak dah takde, yang tinggal Cuma rumah kosong sahaja… maka abah cancel hajat nak bina rumah, last2 beli dan tinggal di bukit beruntung…
            Sebelum arwah atuk dimandikan sempat aku bacakan sekali lagi surah yasin untuk arwah atuk… jenazah atuk dimandikan, dikapankan dan dikuburkan dengan bantuan orang2 kampung… jenazah atuk dikebumikan sebelum solat zohor di tanah perkuburan islam kg ulu gadong… … … … … … … … selepas selesai urusan perkebumian, aku betty dan miza keluar ke pekan rembau untuk mencari tempat penginapan untuk malam ni… rumah kat kampung tu dah mula dipenuhi oleh sedara mara yang balik… walaupun mak aku ada sebuah bilik kat rumah tu tapi dah padat dengan adik beradik aku yang lain… aku ambil keputusan untuk ambil sebuah bilik hotel… lebih selesa untuk berehat pada sebelah malamnya… kami menyewa sebuah bilik hotel yang berada kat simpang nak menuju ke highway utara selatan exit pedas dengan bayaran rm90 semalam… setelah berehat dan mandi, kami balik semula ke kampung kerana ada majlis tahlil pada sebelah malamnya… 
al-fatihah buat arwah atuk

            Sementara menunggu majlis tahlil yang akan dibuat setelah solat isyak… aku mula berasa kurang sihat… badan aku mula terasa panas dan pernafasan aku macam agak sesak… aku sebenarnya dah selsema yang agak teruk sudah hampir 2 minggu pada ketika ini… aku tak dapat nak join persiapan untuk tahlil kerana berehat didalam bilik… aku mula rasa kesukaran untuk bernafas… ini berkemungkinan kerana aku terdedah kepada habuk yang melampau ketika membantu membersihkan bahagian atas rumah, sebagai persiapan untuk majlis tahlil dan menerima tetamu yang datang menziarah… setelah majlis tahlil tamat… aku sekeluarga terus pulang ke hotel dan berehat…
            Sepanjang malam aku tak boleh nak tido sangat… sebab rasa tak selesa dan rasa sesak untuk bernafas… walaupun telah memakan panadol dan ais krim sebelum tido tidak dapat meredakan demam aku… keadaan kesihatan aku semakin teeruk kerana aku mula batuk berkahak… memandangkan situasi ini aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke kl keesokkan paginya… plan asal nak balik ke kampung dulu, tolong mana yang patut baru balik ke kl…
            Ahad pagi, kami sekelurga terus pulang ke kl… berhenti makan di hentian seremban sebelum meneruskan perjalanan ke kl… setibanya di rumah, aku mengambil keputusan untuk rehat seketika dan pada sebelah petang aku pergi ke klinik… doktor mengatakan aku demam dengan alahan yang menyebabkan aku sesak nafas… aku diberi MC untuk keesokkan harinya (isnin)… pagi isnin aku ada rasa kebah sikit dan mengambil keputusan untuk pergi berlari… tetapi aku hanya mampu untuk membuat satu pusingan di taman tasik titiwangsa sbelum terpaksa berhenti kerana terasa sesak nafas… larian aku tamatkan dan terus pulang ke rumah…
            Pada sebelah petang membawa hingga ke malam, kesihatan aku menjadi kembali teruk… aku masih demam, batuk, selsema dan sesak nafas… oleh kerana tidak dapat tido sepanjang malam aku pergi semula ke klinik untuk rawatan susulan pada keesokkan paginya (selasa)… setelah membuat pemeriksaan lanjut, doktor klinik telah merujuk aku ke hospital kerana kondisi aku menunjukkan siptom2 jangkitan influenzua… aku balik ke rumah dahulu, inform kepada betty yang aku dirujuk ke hospital dan besar kemungkinan akan di tahan di wad… betty agak bimbang, dia minta kalau boleh jangan sampai ditahan di wad… kalau boleh berehat dirumah sahaja… tetapi kalau kes influenzua bukan katakan kena tahan di wad mungkin kena kuarantin… aku pesan kepada betty supaya jangan bimbang dan aku akan inform kepada dia keadaan semasa aku…
            Aku telah memilih untuk mendapat rawatan di Hospital Pakar Al-Islam kampung baru… ini adalah kerana aku dah biasa dengan hospital ni… last time betty pun mendapat rawatan di sini… setibanya aku di Alislam, aku terus berjumpa dengan doktor biasa… untuk memastikan adakah benar aku telah dijangkiti dengan virus influenzua, doktor terpaksa menahan aku diwad sebab ada beberapa uijan yang terpaksa dilakukan… ini adalah juga sebagai langkah berjaga2 kerana jika positif jangkitan influenzua, aku harus dikuarantin… sebagai persiapan untuk memasuki wad, tangan kiri aku telah dimasukkan tiub supaya mudah untuk proses memberi ubat… terus terang aku akui yang sebenarnya aku ni takut yang amat pada jarum suntikan… aku boleh jadi pitam… oleh sebab itu aku amat2 takut pada proses  menerima injection dan juga mengambil darah… selepas dimasukkan tiub aku terus diberi ubat melalui tiub dan ubat sedut guna mask muka… sampel darah dan mukus dalam hidung aku juga telah diambil untuk diuji…
            Setelah itu aku ditempatkan di wad tingkat 2… bilik share 4 orang… aku dapat katil tepi tingkat mengadap masjid kampung baru… selepas itu aku maklumkan betty, ayah aku dan yang paling last sekali boss aku… aku mula2 plan nak balik jap, amik baju… tetapi disebabkan tangan aku dah masuk tiub, aku rasa lemah betul… lebih2 lagi setelah diberi ubat, aku rasa betul2 lega dan barulah dapat bernafas dengan lancar… ayah aku akan datang lewat petang nanti dan dia akan singgah kat rumah aku untuk jemput betty sekali membawa bersama baju2 aku… bila dah masuk wad aku terus tido… itulah tido yang paling nyenyak aku rasa dalam 3~4 hari ni…  
adusss... sakitnya...

bekalan dari miza....

It Will Be Extremely Painful.... For You...

            Setelah berjaya melelapkan mata lebih kurang sejam lebih aku pun terjaga… kebetulan pada masa yang sama abah, mak, betty dan miza pun sampai… membawa bersama baju2 aku, keperluan pengjagaan diri dan bekalan makanan… lepas makan dan berborak… doktor ishak pun datang melawat aku… alhamdulillah, doktor ishak membawa berita gembira kerana ujian yang telah dilakukan aku negatif influenzua dan juga demam denggi… oleh kerana pernafasan aku belum lancar, doktor suspek aku mungkin ada mengalami masalah lelah… aku akan ditahan diwad buat sementara waktu untuk melengkapkan kitaran ubat dan doktor juga telah menjadualkan untuk aku menjalani proses x-ray dan ultrasound…
            Ubat yang diberikan untuk aku selama berada didalam wad adalah antibiotik, ubat lelah, ubat untuk menguatkan paru2, ubat demam, ubat untuk melapangkan saluran pernafasan dan ubat kristal menthol untuk membersihkan ruang nasal aku… tapi yang paling aku takut adalah ubat yang disuntik melalui tiub ditangan aku… masa first time tak rasa sakit, tetiba jer tangan rasa sejuk bila ubat tu meresap ke dalam pembuluh darah… untuk 2nd time dah mula rasa sakit sebab menurut nurse katanya bila dah ada darah beku akan jadi sakit sikit la… kalau sakit sangat nak kena ubah tempat cucuk tiub… lagi aku taknak… terpaksalah aku tahan sikit… bukannya sakit sangat pun, mengada2 jer yang lebih… aku akan diberi ubat setiap 6 jam… kul 6ptg, 12 tgh mlm, 6 pagi, 12 tgh hari…
            Lewat petang baru abah balik… hujan dah mula turun… abah nak balik cepat sebab hujan2 ni jalan jem teruk… tinggal aku sensorang kat wad… lepas dia orang balik aku keluar jap pergi farmasi gurdian di kg. baru, beli shampoo badan dan beberapa peralatan lain… aku semayang magrib dan isyak di masjid jamek kg baru (depan hospital jer)… lepas semayang aku pergi alihkan kereta masuk ke dalam kawasan parking hospital… baru rasa konfiden sikit… 12 tgh mlm nurse datang untuk beri ubat… lepas abis amik ubat barulah aku tido… pengalaman pertama aku tido dalam wad… sejuk giler… nasib baik betty bawak jacket tebal aku… aku tido agak nyenyak la sehingga waktu subuh… subuh aku semayang kat sebelah katil jer… lepas semayang, nurse datang untuk beri ubat lagi…
            Hari kedua dalam wad… Lepas makan ubat belah pagi… aku lepak jer atas katil sambil membaca buku sirah nabi muhammad yang aku pinjam dari rak buku wad… pagi ni aku ada appointment x-ray… dada dan kepala aku di x-ray untuk lihat kondisi paru2 dan ruangan nasal… selepas sarapan pagi, doktor datang buat lawatan… x-ray paru2 aku dan ruang nasal menunjukkan tiada masalah… belah petang nanti aku ada appointment untuk buat ultrasound… pukul 12 tgh hari, makanan tgh hari dihidangkan… lepas makan aku diberi ubat lagi… aku ingat boleh balik hari ni, tapi doktor tak kasi sebab dia nak pastikan saluran pernafasan aku betul clear dan nak abiskan beri ubat antibiotik…
            Dalam jam 3 ptg member dari opis datang melawat… kak linda, wak man dan babah… kak linda kata sekarang ni memang musim orang masuk wad… selain aku katanya cahaya pun masuk wad dan ada seorang trainer lagi nak kena gi jumpa doktor pakar… kak linda adalah AA aku yang tolong uruskan GL aku untuk rawatan… Alhamdulillah, company aku ada cover untuk rawatan cam ni… ini adalah faktor penting bila kita nak carik kerja… company tu mesti ada medical benefit yang bagus… sedang beborak dengan dia orang, nurse panggil aku untuk appointment ultrasound… aku tinggalkan dia orang kejap untuk pergi buat ultrasound di klinik… result ultrasound OK… buah pinggang OK, hempedu OK, hati OK, paru2 OK… alhamdulillah… lepas ultrasound aku kembali ke katil… sambung borak dengan bebudak opis… lepas lebih kurang sejam kenkawan aku pun balik…
            Tak lama lepas tu, semasa kat luar tengah hujan… abah dengan rini pun sampai… kali ni mak tak ikut sebab kena jaga jaga budak asuhan kat rumah… betty dengan miza pun tak dapat nak datang sebab hari ni miza ada lawatan ke zoo negara dan juga aquaria klcc yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya… lewat petang baru boleh balik… abah dan rini lepak sampai pukul 6 lebih… sedang kami duduk berborak kat katil aku, datang sorang doktor ni kata nak pasang satu mesin kat kaki aku untuk memastikan kaki aku terus bergerak selama 2 jam… aku naik pelik kenapa lak tetiba nak pasang mesin kat kaki aku… sejak bila lak kaki aku sakit… doktor lagi pelik sebab aku dah boleh lipat kaki aku… rupanya2 salah katil daaa… dalam wad aku ni ada sorang pesakit baru menjalani pembedahan lutut… buat jadi bahan ketawa aku, abah dan rini jer petang2 ni… jam 6 ptg nurse pun datang untuk beri ubat… abah dan rini pun balik…
            Petang ni hujan lebat… wad aku yang kongsi 4 orang dah mula penuh… katil depan aku eksiden moto kat klcc… sebelah dia mamat yang operate lutut tu… sebelah aku lak seorang Dato’ yang sakit tulang belakang… malam ni aku plan nak tido awal, sepanjang hari aku tak dapat nak tido sebab melayan tetamu dan juga appointment klinik… lepas solat isyak aku pun dah bersiap nak tido… dalam kul 12 tgh mlm nurse kejut aku dari tido sebab nak bagi ubat… selepas selesai beri ubat aku sambung tido sampai 5.30pagi…
            Hari yang ke-3… bangkit 5.30pg, mandi, semayang subuh kat tepi katil dan lepas tu tunggu nurse datang bagi ubat kul 6.00pagi… hari ni aku budget dah boleh balik… kondisi kesihatan aku, alhamdulillah dah hampir pulih sepenuhnya… lepas sarapan, tunggu doktor datang untuk buat pemeriksaan… doktor ishak datang dan beri aku green light untuk balik… dia juga bekalkan ubat untuk dimakan kat rumah dengan mc hingga hujung minggu ni (sehari jer)… dia juga tetapkan follow-up appointment minggu depan untuk check progress aku… sementara tunggu urusan check out selesai aku tunggu kat katil… semua barang2 aku dah kemas… tiub yang tertanam kat tangan aku pun dah dikeluarkan… tak lama dalam 11.30pagi nurse datang beri dokumen hospital dan ubat yang nak dibawa balik… pastu tu dia kata aku dah boleh balik dah…
            Macam keluar dari penjara jer rasanya… legaaaa… sebelum balik aku nak beli ole2 untuk dibawa balik untuk betty dan miza… aku simpan barang2 dalam kereta dan berjalan kaki ke kedai nasi kandar kudu yang terletak di jalan tungku abdul rahman… kedai ni famous giler… memanjang jer ada orang beratur sebab nasi kandar dia memang sedap… pada pendapat aku rasa nasi kandar dia memang original menyamai rasa nasi kandar kegemaran aku nasi kandar line clear di pulau pinang… lepas beratur aku beli 3 bungkus nasi kandar dan berjalan kaki balik ke Alislam di kampung baru… aku sengaja jalan kaki sebab nak bagi eksesais sikit sebab 2~3 hari ni asyik lepak jer atas katil wad… lagipun kalau bawak kereta leceh sebab jalan jem dan payah nak parking…
            Post hospitalazation… keadaan kesihatan aku dah semakin baik… malah sekarang aku rasa pernafasan lebih lapang dan lega dari dahulu… sekarang aku amalkan bersihkan hidung aku dengan nasal sanitizer, minum madu dengan air suam, makan habatul sauda dan hidu kristal menthol seminggu sekali… seminggu lepas keluar dari wad aku ada pergi buat latihan larian dengan ajat di putrajaya… aku dapat pecah rekod larian aku untuk 5km malam tu… okla tu… maka itulah pengalaman aku ditahan didalam wad… alkisahnya…