Monday, March 26, 2012

Zoo Negara



            Antara tempat yang aku suka pergi… dari kecik sampai besar memang aku suka pergi zoo… antara faktor kenapa aku suka pergi zoo, mungkin sebab aku suka tengok binatang… sebab tu aku suka tengok Animal Planet kat astro… tapi aku pergi zoo takde la kerap sangat… dalam 2-3 tahun sekali… pergi selalu sangat tak dapat nak tengok apa2 perubahan pun pada haiwan kat zoo tu… lawatan terakhir aku ke zoo, aku pernah post sebelum ni pada bulan 5, 2010…
            Seperti biasa, lawatan aku ditemani oleh miza… waktu yang dipilih adalah sewaktu musim cuti sekolah… aku suka pergi zoo awal2 pagi… zoo bukak pukul 9pagi… 9.30 aku dah sampai ke sana… lepas hantar betty ke kerja, aku terus ke zoo… perjalanan singkat dari rumah aku di sri gombak Cuma memakan masa tak sampai 30minit dengan menggunakan laluan MRR2…
            Sebab sampai awal… dapatla parking dekat dengan pintu masuk… yang best datang awal ni, orang tak ramai lagi… masa ni juga kebanyakkan binatang baru diberi makan… so lebih aktifla binatang2 ni… sewaktu aku masuk ke dalam zoo, aku terpandang jadual waktu live animal show… ada 2 masa live show, pukul 11.00pagi dengan pukul 3.00ptg… so, aku decide untuk tengok show pukul 11pagi… selalunya kalau aku pergi zoo, aku akan pergi tengok zirafah dengan gajah dulu yang terletak di sebelah kiri dari pintu masuk zoo dan pusing satu round sampai ke kandang primat… tapi disebabkan nak tengok live show pukul 11pagi… kali ni aku pergi tengok primat dulu… waktu pagi2 ni primat yang paling aktif adalah siamang yang mempunyai suara yang begitu kuat dan nyaring… aku ada amik video, tapi tak tahu la boleh up-load ke tidak…
            Bersebelahan dengan dengan kandang primat ada kandang badak air… waktu ni badak air masih lagi berada dalam kandang masing2 sebab kolam tempat badak ni nak berkubang belum dipenuhkan lagi… BESAR sungguhla saiz badak air ni… satahu aku la, badak air ni antara penyebab kematian manusia yang ramai kat afrika… kebolehan badak air ni adalah untuk berada didalam air untuk jangka masa yang amat2 lama… ini menyebabkan ramai orang tak sedar akan kehadiran badak air ni… selalunya bila dah dekat baru perasan dan badak air juga mempunyai mulut yang amat2 besar bersama2 taring yang panjang… tu yang bahaya sangat tu… tu la yang aku dapat dari selalu tengok Animal Planet…
kandang badak air
            Lepas tengok badak… kami beralih pula ke kandang beruang… kebanyakkan beruang masih tido lagi… ni mungkin sebab beruang adalah binatang yang aktif pada waktu malam… Cuma ada sekor dua je yang ada kat luar kandang… ada sekor beruang kelabu @ Brown Bear @ Grizzle bear tido kat luar, so dapatlah aku ambik gambar dekat sikit… kalau beruang tu duduk dalam kandang susah nak ambik gambar sebab gelap…
brown bear
            Selepas abis tengok beruang… kami berpatah balik menuju ke akuarium kerana kat situ lah live show akan diadakan… berdekatan dengan akurium terdapat satu kolam besar yang ada seating untuk penonton… aku dengan miza sampai dalam kul 10.40pagi… pengunjung 2 yang nak tengok live animal show dah mula memenuhi seating area berhadapan dengan kolam… aku dengan miza ambil tempat kat bahagian depan… dekat sikit dan mudah nak ambik gambar… lain la kalau aku guna DSLR … boleh zooom… live show memang menarik walaupun tak segah show kat luar negara… tapi aku rasa miza memang terhibur… antara haiwan yang membuat persembahan adalah beruang, singa laut dan burung kakak tua…
animal live show
            Setelah live show tamat… kami terus bergerak ke banggunan akuarium yang bersebelahan dengan kolam live show untuk tengok ikan pulak… ni adalah antara display yang aku paling gemar nak tengok… besar2 betul ikan yang ditunjukkan… geram aku tengok… ikut hati nak jer campak joran… last time aku pergi zoo, akuarium ditutup untuk renovasi… tak dapat la nak tengok ikan… pas dah abis round tengok ikan… perut rasa lapar lak plak… so, kami berhenti makan dulu… sebab kami memang tak bawa apa2 bekalan makanan pun, beli aje la kat dalam zoo… aku dengan miza makan sandwich jer…
kat akuarium
            Dari akuarium kami bergerak ke kandang harimau pulak… tengok pak belang dan raja haiwan ‘simba’… waktu ni kumpulan big cats ni agak aktif… berjalan2 diluar kandang sambil mengaum… harimau aku jarang dengan ngaumannya… yang paling kuat mengaum adalah singa… dari sini kami naik bukit pulak menuju ke kawasan safari untuk melihat badak sumbu dan zirafah… dalam zoo negara, ada 2 tempat display zirafah… satu kat sebelah pintu masuk dan satu lagi kat kawasan safari… kat kawasan safari ni zirafahnya lebih bebas lagi sebab kawasannya lebih besar… menuju ke puncak bukit untuk melihat big ape… orang hutan dan cimpanzee… dalam perjalanan menuju ke puncak bukit, kami singgah melihat unta… waktu sampai ke kandang big ape, bukan masa feeding time… tak dapatla nak campak pisang ke orang hutan dan cimpanzee…
singa tonggeng
            Turun dari bukit kami singgah di tarikan terbaru zoo negara… dunia serangga dan rama2… kat sini kami dapat lihat pelbagai jenis serangga dan masuk ke kandang yang penuh dengan rama2 yang cantik2 belaka… kalau kita duduk diam2… rama2 akan datang singgah kat badan kita… setelah turun dari bukit, kami terus pergi ke kawasan pertunjukkan reptilia… kat sini kami dapat lihat buaya, kura2, katak dan pelbagai jenis ular…

            Keluar dari banggunan reptilia… kami menyusuri tasik menuju ke kandang gajah… dari tepi tasik aku terlihat sekor toman gergasi berenang di tepi tasik… tahun lepas kalau tak salah aku ada pertandingan memancing kat kolam dalam zoo negara ni… tapi penyertaannya terhad… tujuannya nak mengurangkan toman yang dikatakan bersaiz mega yang berada dalam tasik zoo negara ni… toman2 ni dikatakan pernah menyerang burung bangau yang banyak kat tasik ni… perhhh ngeri tuuu…
            Sampai di kandang gajah… ada jual pisang yang boleh diberikan kepada gajah sebagai makanan… rm3 seikat… aku beli dan beri pada gajah… Cuma perlu sua je pisang tu… nanti gajah tu sambut dengan belalai dia… aku suruh miza bagi… tapi dia takut tengok belalai gajah tu… dan haiwan terakhir yang kami tengok adalah zirafah… maka cukuplah satu pusingan zoo negara untuk lawatan kali ini… oleh kerana masing2 dah penat berjalan, maka kami decide untuk balik sahaja… ok zoo negara, berjumpa lagi kita 2-3 tahun akan datang… insyaallah… 
eh miza... ada gajah kat belakang tuuuu

gajah batu berani la pegang

Friday, March 16, 2012

RR #12 (BROOKS Half Marathon 2012)



Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Kategori: Lelaki Terbuka 10km
Race kit: BROOKS Running Vest, BIB (J5218), timing chip, Goodies
Post-race: Finisher medal, E-Cert,
Tarikh & masa : 11 Januari 2012, 6.15am
            Acara larian ke-dua untuk 2012 selepas berehat lebih dari sebulan di sepanjang bulan Feb’12… seperti mana yang telah aku post sebelum ni… bulan febuari adalah bulan memancing… acara kali ni aku sertai bersama2 dengan ajat dan kawannya una… aku dan ajat akan berlari didalam ketegori 10km manakala una sertai acara 5km… larian ini dianjurkan oleh Taman Bukit Jalil Running Club (TBJRC) dan BROOKS sebagai title sponsor… litar larian adalah kawasan sekitar bukit jalil dan tempat mula dan penamat adalah didalam Stadium Nasional Bukit Jalil.
kelengkapan

            Race Entry Pack collection dibuat oleh ajat pada hari jumaat sebelum hari larian kerana aku bekerja… REP collection dibuat di butik BROOKS The Curve… REP mengandungi singlet larian BROOKS, BIB no., timing cip dan voucer dari brooks tetapi hanya boleh digunakan untuk membeli product brooks yang bernilai rm300 keatas…disebabkan voucer takde tarikh luput… so, aku decide untuk simpan sahaja…. Manala tahu ada rezeki nak beli kasut brooks nanti… Cuma masalah dengan REP ni adalah running vest Brooks yang diberi terlalu nipis…. Mungkin material tersebut cepat kering, tapi kalau dah nipis sangat segan lak nak pakai… tapi macam manapun aku tetap akan pakai vest larian tersebut pada hari larian kelak…
            Untuk event 10km… masa untuk pelepasan peserta adalah pada pukul 6.15pagi… peh awal giler… kalau untuk kategori 21km lagi awal, pukul 5.30pagi… kami decide untuk pergi bersama2 dengan satu kereta… ajat memang tido rumah aku la hari sabtu tu… una akan datang rumah aku kemudian baru bertolak sama2 satu kereta… aku dan ajat bangkit pada pukul 3.45pagi dan terus bersiap… lebih kurang pukul 4.30pagi una pun sampai… kami bertolak ke bukit jalil dengan kereta aku dan sampai ke bukit jalil dalam pukul 5.20pagi… waktu ni kawasan stadium dah mula jem sebab kereta beratur nak masuk parking… mula2 aku beratur la jugak, tapi sebab kena tunggu lama sangat, aku decide parking kat tepi jalan je… aku tengok ramai gak runner yang lain parking tepi jalan, harap2nya tak kena saman dengan polis sudahlah…
            Masa aku, ajat dengan una berjalan masuk ke stadium nasional… peserta HM telah mula dilepaskan… berduyun2 lah mereka berlari keluar dari stadium… suasana didalam stadium memang cerah dan dipenuhi dengan ramai runner… aku sebenarnya dah lama tak masuk ke dalam stadium nasional ni… last time aku masuk waktu tengok sukan komanwel 1998 dulu… tapi kali ni bukan sahaja aku masuk ke dalam stadium, tapi terus turun ke trek larian sekali… best gile… waktu ni aku dan ajat berpisah dengan una sebab acara 10km dilepaskan didalam stadium… una masuk acara 5km dilepaskan diluar stadium… kami pun turun masuk ke dalam kawasan trek bersama2 pelari 10k yang lain… sementara menunggu runner dilepaskan, aku ambil peluang untuk buat aktiviti regangan dan memanaskan badan…
kawasan mula / tamat

            Tepat jam 6.15pagi… runner 10k pun dilepaskan… seperti biasa aku dan ajat berada dalam kelompok tengah… dari dalam stadium kami berlari keluar stadium… dari keadaan yang terang benderang ke suasana gelap diluar stadium… matahari memang lambat lagi nak naik… boleh aku katakan 60% dari route larian adalah agak gelap kerana tiada lampu jalan… bahaya la jugak takut terlanggar lubang… larian kali ni memang aku nak pacing dengan ajat…. Dan ajat berlari dengan pace yang agak laju jugak… sehingga km ke-4 kami berlari sebelah menyebelah… waktu ni jugak ada sorang budak perempuan yang berlari betul2 sebelah aku… aku agak mesti dia nak pacing dengan aku… kemudian budak perempuan ni diapit ditengah2 diantara aku dengan ajat… pace aku pada masa ni lebih kuranng 6.8… aku ingat budak perempuan tu tak larat nak ikut pace aku dengan ajat… last2 dia tertinggal kat belakang…
            Pada km ke-4 juga terdapat water station yang pertama… aku tak berhenti langsung sebab dah bawa air sendiri… pace larian aku jugak agak bagus kerana aku maintain pada pace lebih kurang 7.0 dan berlari tanpa henti walaupun pada kawasan bukit… sehingga km ke-6 aku dengan ajat masih lagi berlari bergandingan… kemudian aku terpaksa berjalan sebab nak minum dan juga mengelap peluh… sewaktu aku berjalan, ajat terus berlari meninggalkan aku… selepas minum, badan menjadi kembali segar dan aku berlari kembali mengejar ajat dan dapat bersaing semula dengan dia… bagus jugak larian ajat kali ni sebab dia berlari tanpa henti sepanjang route… pada km yang terakhir terdapat bukit yang agak tinggi… aku cuba berlari hingga ke puncak tetapi tewas ketika menghampiri puncak dan memaksa aku berjalan… sewaktu menuruni bukit, aku mempercepatkan larian aku dan meninggalkan ajat ke belakang…
            Peringkat akhir larian ni… suasana dah sedikit cerah, tetapi masih tiada sinaran matahari… jumlah kereta atas jalan semakin banyak dan kawalan trafik menjadi semakin teruk, terutama ketika menghampiri stadium… aku terpaksa berlari dicelah2 kereta… larian diakhiri dengan melengkapkan satu pusingan didalam trek stadium nasional… aku berlari betul2 mengikut lane trek dan rasa macam olahragawan negara la plak… tak dapat aku nak bayangkan betapa bestnya berlari atas trek DIDALAM stadium nasional bukit jalil… bila kita berada dalam kawasan trek dan padang ditengah2 stadium… aku rasa stadium ni takde la besar sangat… aku rasa macam seat penonton dekat jer dengan trek dan padang… kalau aku duduk kat seat penonton… nampak macam luas lak pulak stadium ni… ni mungkin disebabkan design stadium nasional lebih meninggi keatas dan bukan melebar ke luar…
            Aku melintasi garisan penamat dengan masa 1jam 18min… antara masa terbaik aku untuk larin 10k… tapi sebenarnya banyak runner yang kata jarak larian melebihi 10k… runstar app aku menunjukkan jarak larian adalah 11km… selepas melintasi gerbang panamat semua runner terus beratur untuk mengambil finisher medal dan air… aku berpendapat selepas melintasi garisan penamat… runner sepatutnya diberikan sedikit masa dan ruang untuk menstabilkan diri sebelum perlu beratur untuk mengambil medal… boleh pitam dibuatnya kalau terus bersesak2 beratur nak amik medal… ajat pula mengakhiri larian sedikit lewat, 1jam 22min… nasib baik aku dengan ajat sampai agak awal, sebab selepas tu kawasan penamat dan kawasan mengambil medal menjadi terlalu sesak dengan runner yang baru tiba… aku dan ajat lepak dan bergambar dikawasan seat penonton sambil menunggu una menghabiskan lariannya… 
selesai sudah
ajat dan una

            Tak lama kami menunggu, una pun sampai… ok jugak larian una kali  ni… pasni boleh la upgrade ke acara 10k pulak… agak mengecewakan kerana tiada goodies bag yang diberikan selepas larian… kami bertiga berlegar kat kawasan karnival sambil mengjengah2 booth penaja yang ada sambil minum air dan makan buah tembikai… selepas buat warming down kat area parking… kami pun bergerak balik, time ni masih banyak lagi runner yang berlari masuk ke dalam stadium… aku taknak balik lambat sangat… takut kete kena saman dengan polis sebab parking tepi jalan… 




medal terkini
            Ok… event bulan mac dah selesai… next event, bulan april lak… ENERGIZER NIGHT RACE di SIC Sepang… atas trek larian dah lari dah… pasni atas trek lumba la plak…

Friday, March 9, 2012

Kolam Pancing Ikan Air Masin, Tmn Universiti, Serdang



            Kunjungan yang tidak dirancang ini berlaku pada hari sabtu… sebelah pagi, seperti biasa, aku ada sesi latihan larian… ini semua sebagai salah satu perancangan jangka panjang aku untuk persiapan menghadapi larian Half Marathon (HM) semasa SCKLM’12 nanti… selepas pulang dan bersarapan aku kena hantar betty & miza ke bukit serdang kerana ada majlis makan-makan (pot luck)… aku tak join sebab semua melibatkan orang2 pompuan sahaja…
            Aku dah rancang… disebabkan majlis tu akan berlangsung dari jam 11pg sampai 4ptg… aku malas la nak balik rumah lepas tu… malas nak patah2 balik… so, lepas aku hantar dia orang, aku boleh gi mancing… kat Tmn U berdekatan dengan bukit serdang ada satu kolam ikan air masin… aku jumpa kolam ni masa first time betty ada majlis pot luck dulu… aku jumpa lepas tengok dalam google maps… mula2 aku carik kolam, pastu aku tengok kat kolam tu ada tak tanda2 yang menunjukkan kewujudan pam kincir… kolam biasa takde kincir… kolam pancing mesti ada kincir dan selalunya terletak di sudut atau penjuru kolam… tapi kalau kolam air tawar selalunya takde kincir… tapi aku cari macam bangsal atau kawasan teduhan mengelilingi kolam… dan salah satu lagi ciri2 kolam pancing nak kenal dari google maps adalah kewujudan kereta yang parking berdekatan dengan kolam…. Hahhaaa itulah petuanya kalau nak tahu… sebab tu kalau aku nak gimana2 aku survey dulu google maps… carik kolam2 yang ada tanda2 macam kat atas… kalau ada kelapangan boleh gi mancing… macam tu la jugak aku jumpa kolam ikan air masin kat kampung pandan, kuantan…
            Kolam kat Tmn U ni ada 2 buah… satu kolam ikan air masin, satu lagi kolam ikan air tawar… yang famous adalah kolam air masin… kolam air tawar aku tengok selalunya lengang jer… kolam air masin ni bersaiz lebih kurang 4 segi tepat… terletak di  kawasan yang agak terperosok kat Tmn U… panduan jalan, lepas masuk ke Tmn U, serdang, belok kanan simpang pertama… pastu simpang yang ketiga belok kanan lagi masuk ke taman perumahan… jalan sampai hujung jalan jumpa jalan tak ber tar… kat situ la kolamnya…
            Aku sampai ke kolam ni pada pukul 12.30 t/hari… hari ni agak ramai la jugak yang memancing… port yang biasa aku lepak dah ada orang… so, aku pergi belakang kincir air… port ni tak berapa best sebab aku tak boleh nak baling jauh… kalau baling jauh senang nak sangkut dengan tali orang lain… mula2 aku gunakan teknik pelampung dengan udang dicakuk pada tanduknya… baling dekat arus yang keluar dari kincir air dan biarkan pelampung hanyut… aku tak boleh nak biar pelampung lama sangat dalam kolam sebab arus agak kuat dan pelampung aku hanyut ke tepi kolam… lebih kurang sejam masa berlalu tanpa sebarang hasil…
            Kemudian aku berpindah ko port lain yang membolehkan aku baling ke tengah kolam… masa ni orang2 yang masuk memancing belah pagi dah mula keluar… so, adalah port2 baru… kali ni aku menggunakan teknik casting pulak dengan menggunakan udang hidup… udang hidup tu aku tarik dengan teknik perlahan dan laju secara berselang-seli… sewaktu aku menarik udang dengan teknik perlahan… tiba2 aku rasa macam ada henjutan pada joran aku… dengan pantas aku lepaskan tali sebab aku rasa ada ikan dah makan umpan aku… aku biarkan tali keluar dalam lebih kurang 5saat dan selepas tu aku karau tali dengan perlahan sehingga tali menjadi tegang dan bergerak… kemudian aku sentap joran aku dan ikan mula melawan balik… pada mulanya drag aku agak longgar dan ikan membawa tali lari ke tengah kolam… selepas aku mengetatkan sedikit drag barulah boleh aku mengawal ikan dan secara sedikit demi sedikit… ikan dapat aku tarik mendekati tebing… walaupun sudah menghampiri tebing, ikan masih melawan lagi dan aku tak dapat nak tarik ikan ke atas tebing… nasib baik tebing kolam ni tak berapa tinggi… selepas ikan menghampiri tebing…  brader yang memancing sebelah aku datang membantu dengan menangguk ikan naik ke tebing… ikan yang aku dapat agak kasar jugak saiznya… beratnya 1.2kg (timbang sebelum keluar kolam)…
            Lega aku dah dapat ikan… kalau tak stress gak la…. Tengok orang kiri kanan naik ikan… kita membangau jer… selepas tu, gaya pancingan aku dah menjadi santai… oleh kerana bekalan udang hidup aku dah abis… aku tukar pada udang kopek lak… penggunaan udang kopek tak berjaya mendaratkan sebarang ikan hingga tamat masa memancing… sebelum aku keluar, aku mintak budak pengjaga kolam untuk siangkan ikan untuk aku… malas aku nak siang bila balik nanti… trip kali ni kira berjaya la sebab dapat menaikkan ikan… sehingga berjumpa lagi di trip2 yang akan datang…
ilustrasi penulis

Friday, March 2, 2012

PERODUA Sport Carnival 2012



            Julung2 kalinya pada tahun ini, PERODUA (P2) telah menganjurkan carnival sukan yang akan disertai oleh wakil2 dari seluruh bahagian/jabatan P2 di Malaysia. Acara ini yang dirancang akan menjadi acara tahunan P2… pada tahun ini carnival ini akan diadakan di UITM shah alam. Pemilihan UITM sebagai lokasi carnival besar kemungkinan kemudahan sukan yang lengkap dan terpusat juga disebabkan pada waktu carnival berlansung adalah waktu cuti bagi pelajar2 UITM… maka adalah hostel2 yang dapat dijadikan sebagai unit2 penginapan athlet2…
            Pada asalnya aku tak terlibat pun dalam carnival sukan nih… tapi 3minggu sebelum carnival bermula… salah sorang daripada wakil sukan tennis daripada jabatan aku terpaksa tarik diri kerana cedera… so, disebabkan aku PERNAH la join bebudak opis aku main tennis kat jln duta… so, aku dicalonkan sebagai pegantinya… walaupun aku ni memang tak terer lansung main tennis… tapi sebab ini peluang untuk join carnival sukan… aku setuju je… sempat jugak la aku training 3 minggu kat court jln duta dan termasuk belajar dari YOUTUBE… yang penting, forehand, backhand dan servis aku dah improve… aku reket pun takde, nasib baik rosli (budak yang tarik diri tu) bagi pinjam… nak beli sendiri, reket tennis bukannya murah… paling cikaipun rm150…
            Carnival sukan ni berlangsung mulai 18/2/2012 hingga 19/2/2012… hari sabtu dan ahad… tapi hari jumaat tu athlet dah boleh mula check in kat UITM lepas semayang jumaat… jumaat malam sabtu ada dinner khas kat shah alam untuk semua yang terlibat… TETAPI, malangnya bagi aku… ini adalah masa2 yang paling sibuk sebab ada projek yang nak kene siapkan sebelum hujung bulan… so, tak dapatla aku nak pergi awal… lepas balik keje baru dapat pergi… dinner malam tu pun aku tak dapat nak join sebab nak kene buat preparation barang rumah… pukul 9mlm baru aku keluar rumah terus ke UITM shah alam…
            By the time aku sampai UITM… kontijen2 dah mula berkumpul dah check-in… kami ditempatkan kat kolej Mawar, yang bersebelahan dengan kompleks sukan…. So, senang la nak ke lokasi kejohanan, jalan kaki jer… masuk bilik jer, teringat aku masa time mula2 masuk UTM dulu… lebih kurang la biliknya… ada katil bujang, meja study dan loker… bilik air kongsi… dalam bilik air ada shower, tandas dan tempat basuh baju….. hahahhaa nostalgia sungguh… tapi yang beza kat UITM ni… hostel2nya semua tinggi belaka, siap ada lift tu…. kat UTM dulu paling tinggi pun 4 tingkat je… ni sampai 7 tingkat, macam flat la plak… komplek sukan bukak sampai kul 12… so ramai la athlet yang berlatih… riuh rendah sungguh kat komplek sukan, sampai ke hostel dengarnya… malam tu aku tido kat pukul 1… esok nak bangun awal sebab ada majlis perasmian kul 7.30pg…
bilik hostel, kolej mawar

            Pagi2 kul 5.30pg aku dah bangkit… pas mandi, aku tunggu time sarapan… 6.30pg aku turun sarapan kat dewan… kul 7.30pg bergerak ke stadium UITM untuk majlis perasmian… majlis perasmian dibuat oleh Dato’ Aminar dan VIP2 perodua… dari jauh aku boleh Nampak boss aku duduk kat grand stand… acara perasmian kira meriah gak la… siap ada press dan gimik letupan meriam… kak linda AA aku kata dia Nampak muka aku dalam TV masa perasmian carnival… lepas acara perasmian, cuaca mulai mundung dan tak lama lepas tu hujan pun turun… untuk acara2 in-door macam badminton dan ping pong dah boleh mula… acara tennis terpaksa ditunda sebab, tennis tak boleh main masa court basah… sementara menunggu hujan reda, aku pergi dengar taklimat acara tennis dan pergi ambil jersi DIADORA untuk team aku… aku termasuk dalam kontijen Support Servis… jersi team tennis baju DIADORA warna hitam… matching la dengan kasut DIADORA aku…t-shirt kontijen pula warna hijau pekat… setiap kontijen ada warnanya tersendiri…
majlis perasmian

baju hijau gelap, kontijen support servis... yg pakai windbreaker tu said...

            Hujan berlarutan sehingga tengah hari… sementara tu aku gi tengok kawan2 aku yang bertanding dalam acara badminton dan ping pong… game pertama tennis bermula lebih kurang kul 12 t/hari… aku akan bermain dalam game yang ke-dua… aku main double dengan said… walaupun dah masuk t/hari aku masih takde selera nak makan sebab gemuruh sangat… aku makan sandwich jer t/hari tu… by the time game aku nak mula… jam dah pukul 2ptg… time ni memang betul2 panas… peh, seksa betul sebab aku biasa main malam jer… main tennis t/hari buta ni memang menggangu prestasi aku… nak servis pun susah sebab silau… so, dipendekkan cerita, kami kalah dalam game ni… said hampir2 nak pitam sebab panas dan dehydrated… aku pulak injured sebab langgar dinding masa nak kejar bola… disebabkan format game adalah kalah mati… so, dah berakhir la cabaran aku untuk carnival sukan kali ni…
            Lepas abis game… aku berehat hilang kan penat dan minum banyak2… dehydrated gile aku… time ni baru la terasa lapar… aku balik ke hostel, mandi dan pastu gi makan (makan t/hari + petang)… pas makan aku tido sebab letih sangat… aku bangun dari tido lewat petang… masa ni aku rasa sakit sangat kat bahu aku sebab terlanggar dinding masa game tadi… plan asal nak terus balilk rumah ptg ni terpaksa aku batalkan sebab pergerakkan tangan kanan aku dah limited… so, aku pergi ke Medical Tent untuk dapatkan rawatan… hasil dari pemeriksaan, aku mengalami kecederaan otot kat bahu… pembantu perubatan yang bertugas memberikan aku ubat sapu, ubat mengurangkan ketegangan otot dan ubat tahan sakit… oleh kerana ubat2 ini akan menyebabkan aku mengantuk, maka aku dinasihatkan untuk berehat malam ini… oleh sebab itu aku decide untuk balik esok sahaja…
            Selepas rawatan di Medical tent… aku lepak2 sambil tengok perlawanan bola tampar… habis perlawanan bola tampar aku balik ke hostel untuk mandi dan pergi makan malam… selepas makan malam aku pergi semula ke komplek sukan untuk tengok game futsal pulak… aku tak lama kat gelanggang futsal… aku balik semula ke hostel… sebelum ke hostel aku pergi beli burger di gerai dekat dengan hostle mawar, sebab medical assistant tu pesan perut aku mesti betul2 kenyang sebelum makan ubat… kalau tak nanti boleh sakit perut… aku balik ke bilik, makan berger dan kemudian terus tido… waktu tu jam baru pukul 10.30mlm… nyeyak betul aku tido tak sedar langsung… power betul ubat yang aku makan tu…
            Keesokkan paginya aku bangkit pukul 6.30pagi… terus pergi mandi dan bersarapan… rasa sakit kat tangan aku dah berkurangan dan aku dah boleh gerakkan tangan aku berbanding semalam… selepas sarapan aku terus berkemas sebab plan nak terus balik pagi ni… jam 9.30 pagi aku bertolak balik… malas nak tunggu majlis penutup sebab badan sakit2… sebelum sampai ke rumah aku singgah beli nasi lemak untuk miza dan betty… sebenarnya bila sampai rumah ade drama sikit… aku tak boleh nak masuk rumah sebab sliding door berkunci… tapi aku malas la nak cite pasal benda tu…
            Kesimpulannya… karnival sukan yang pertama ni kira ok la… pengalaman bagi aku masuk bertanding game tennis… dan juga pengalaman berharga buat rakan2 seperjuangan aku… semoga kita akan mencuba lagi di masa akan datang… teruskan berusaha meningkatkan skill masing-masing  said, azrul, muhklis dan hafidz… juga telah dicadangkan menubuhkan satu team tennis yang digelar team jln duta (sebab kami selalu berlatih di court jalan duta)… dan aku kena carik reket tennis sendiri la gamaknya…