Wednesday, August 31, 2011

RAYA MERDEKA 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KITA... KHAS BUAT RAKAN2 BLOG SAYA....


Tuesday, August 23, 2011

Kecederaan / Injury (kecederaan lutut)


Semua jenis sukan pasti ada risiko… dan risiko ini boleh mendatangkan bahaya serta mudarat kepada diri kita sendiri… oleh itu, adalah baik untuk kita memahami semua risiko yang ada dalam setiap aktiviti sukan supaya kita boleh mengelakkan dari berlakunya kecederaan…
Untuk sukan berlari, aku rasa jenis kecederaan yang paling biasa adalah sakit lutut… aku pun ada mengalami masalah yang sama… sakit lutut ni selalunya akan terjadi selepas larian, untuk aku selalunya sakit lutut akan muncul selepas larian yang jauh melebihi 10km… kesakitan dibahagian lutut akan ketara apabila aku cuba untuk membengkokkan lutut sewaktu berjalan, turun tangga dan sembahyang…

Apa yang aku selalu lakukan untuk mengurangkan rasa sakit ini adalah dengan menyapu ubat sapu dibahagian lutut selepas larian… antara ubat sapu yang aku gunakan adalah WINTOSAL, VERON, DEEP HEATING RUB, PERSKINDOL… dalam masa yang sama aku juga menggunakan knee protector… knee protector ini memberikan tekanan/compression dan kestabilan kepada lutut aku, aku juga menggunakkan knee protector ini sewaktu larian supaya lutut akuk berada dalam keadaan stabil sewaktu larian… lutut aku yang bermasalah adalah lutut sebelah kanan…
Donna (Glucosamine), Perskindol, Veron, Wintosal, Deep Heating Rub

Kenapa sakit lutut ini boleh terjadi… antara sebabnya adalah teknik larian yang kurang tepat… kecederaan lutut sewaktu larian berlaku semasa landing kerana waktu ini lutut menerima tekanan dan hentakkan yang tinggi… jika kedudukan kaki tidak lurus sewaktu larian, lutut akan mudah tercedera… antara sebab lain adalah keadaan rawan lutut yang telah haus dan kekurangan cecair pelincir dalam lutut… rawan boleh menjadi haus kerana penggunaan yang berlebihan… siptom ini amat ketara berlaku dikalangan ahlil2 sukan… 
Knee protector

Untuk memastikan rawan senantiasa berada dalam keadaan baik… adalah digalakkan untuk mengambil vitamin tambahan… vitamin yang sesuai untuk joints and flexibility adalah glucosamine… aku ada mengambil vitamin nih… vitamin ni juga sesuai untuk golongan yang berusia yang selalu mengalami kesakitan pada lutut… untuk masalah cecair pelincir yang berkurangan… boleh ditambah dengan pembedahan kecil… pembedahan juga boleh dilakukan untuk memperbaiki rawan yang telah rosak… keadaan rawan yang tidak licin akan menyebabkan kesakitan… sebenarnya prosedur pembedahan ini dicadangkan oleh boss aku kerana dia juga mengalami masalah kesakitan lutut dan dia telah menjalani pembedahan dan menurut boss aku, ianya berkesan… aku rasa aku berlum sampai tahap memerlukan pembedahan… cukuplah dengan mengambil vitamin tambahan glucosamine…
Adalah digalakkan juga untuk melakukan beberapa senaman untuk memperkuatkan otot2 yang berada di kawasan lutut… tak dapat aku nak ceritakan macam mana bentuk senamannya… boleh la check sendiri kat dalam internet
Nak juga aku peringatkan yang apa yang aku tulis ni adalah bedasarkan pengalaman dan pengamatan diri sendiri sahaja… aku bukanlah pakar perubatan… oleh itu jangan terlalu percaya apa yang aku tulis… kalau nak dijadikan panduan boleh la… ok…

Monday, August 15, 2011

Race Report #7 (Men’s Health Night Run 2011) bah. 2


ni ha, sambungan dari bahagian satu
PICC

Dalam 4km yang pertama aku tiada mengalami apa2 masalah… walaupun pace aku agak laju kerana mengikut rentak pelari2 yang lain… waktu ni juga aku ternampak yimster berlari dengan kain pelikat memotong aku dengan lajunya… tak terdaya aku nak mengikutnya… masalah aku bermula bila sampai di belakang PICC yang mempunyai dakian bukit yang agak tinggi… aku terasa kesakitan pada abdomen yang memaksa aku untuk berjalan sehingga ke puncak bukit… aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya… tetapi prestasi aku menjunam teruk selepas itu… aku tak mampu untuk berlari untuk tempoh masa yang lama… menyebabkan aku banyak berjalan, terutama di kawasan yang berbukit… water station yang disediakan juga pada hemat aku tak memadai kerana aku hanya dapat minum pada water station yang pertama dan ketiga sahaja kerana air habis… pada water station yang kedua aku minum dari botol yang aku bawa sendiri dan ada sorang runner yang baik hati berkongsi air botolnya dengan aku… Powerbar gel yang aku ambil semasa waterstation yang kedua juga tidak dapat membantu aku memulihkan tenaga aku… bukan sahaja tenaga… semangat aku untuk berlari juga semakin luntur… secara mentalnya aku dah mula kalah… hasilnya aku berjalan ¼ dari jarak 12.3km itu… ini merupakan pretasi terburuk aku dalam larian…
dari blog yim...

Bertambah buruk lagi 2km nak sampai ke garisan penamat… aku mula merasai cramp dibahagian betis kiri dan kanan… ini adalah pertama kali aku merasa cramp di kaki semasa larian… tetapi lagi 500m nak sampai ke garisan penamat… aku gagahkan jugak untuk berlari sambil menahan rasa sakit… aku sampai ke garisan penamat dengan masa yang tidak berapa baik… 1jam 36min…
Setelah tamat larian aku pun pergi ambil goodies bag… selepas berehat seketika dan warming down aku pun bergerak ke kereta aku untuk balik… sampai ke kereta, ada sebijik van putih dah menghalang aku dari nak keluar… punyalah hangin aku… kita dah la penat2 lari, nak balik sekali ada orang blok la plak… aku tunggu situ kejap, manalah tahu empunya van datang dan alihkan vannya… sekali aku ternampak no tel empunya van terselit kat cermin van… aku cuba call, tapi tak dapat2… makin hangin la aku… masa ni ada satu keluarga cina lalu dan ternampak aku bersandar kat bonet kereta… dia org offer nak tolong aku keluarkan kereta… alhamdullilah dengan bantuan dia org dapat jugak kau keluar… moga allah sahaja la yang membalas budi baik mereka… masa atas highway, owner van call aku balik… aku marahlah dia balik… menyusahkan orang jer… 
harta rampasan hahahaaa....

Pencapaian aku semasa larian ni memang betul2 menghantui aku… nasib baik sekarang ni bulan pose… takde masuk larian mana2… hujung minggu pun takde gi jogging… aku ambil peluang ni untuk reflek kembali apa yang sebenarnya berlaku semasa larian tersebut dan apa strategi aku untuk mengatasinya… aku fikir, kalau 12.3km pun payah aku nak habiskan… macam mana aku nak lari half-marathon tahun depan… dah start goyang dah nih…
Aku fikir antara penyebabnya adalah persediaan yang lebih kurang sahaja… t/hari aku makan nangka menyebabkan perut aku agak berangin yang boleh menyebabkan perut sakit… badan aku tidak mendapat rehat yang secukupnya kerana ada pelbagai aktiviti sebelah siangnya… berbanding jika berlari sebelah pagi yang mana aku akan mendapat rehat yang secukupnya… pace permulaan aku agak laju kerana terikut2 rentak pelari yang lain… botol air yang aku bawa kecik sangat dan tak cukup untuk larian jarak jauh… kerana terlalu banyak berjalan, bila aku cuba untuk berlari semula… kaki aku cramp… dan yang paling utama menyumbang kepada prestasi buruk dalam larian ni adalah, aku kalah secara mentalnya... terlalu mengikut kata badan yang keletihan…
Harapnya aku dapat memperbaiki kelemahan2 ni dalam sesi latihan aku selepas raya nanti… insyaallah
Akhir kata aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam… semoga bulan ramadhan ni membawa pelbagai keberkatan kepada kita semua…

Tuesday, August 9, 2011

Race Report #7 (Men’s Health Night Run 2011)



Tempat: Putrajaya (berhadapan palace of justice)
Kategori: Terbuka lelaki 12.3km
Race kit: Running vest REEBOK, BIB (A0157), running timing chip
Post race: Goodies from sponsor (estimate worth ~rm300)
Tarikh & masa: 30 julai 2011, 8.20pm

Ini merupakan larian terakhir aku sebelum masuk bulan ramadhan 1432 hijrah yang mana 1 ramadhan akan jatuh pada 1 ogos 2011… pada mulanya aku tak nak masuk larian ni kerana jadual larian aku untuk bulan julai dah penuh dengan larian NTV7 Feel Good Run… tetapi memikirkan lepas ni aku akan cuti agak panjang… lebih kurang 2 bulan, maka apa salahnya masuk larian terakhir sebelum puasa… lagipun goodies yang ditawrkan menarik jugak… bernilai kira2 rm300…

Larian ni sebenarnya banyak meninggalkan kesan kepada aku dan juga banyak pecah rekod… pertama, merupakan larian malam pertama aku (KL Towerthon tak kira la, sebab banyak panjat dari lari)… kedua, larian pertama diluar kawasan kl… dan ketiga, jarak terjauh aku dalam satu larian (12.3km)… rekod sebelum ni dipegang oleh SCKLM, 10km… ni merupakan antara larian aku yang naikkan jarak lariannya dalam persediaan menghadapi half-marathon tahun depan… kali ni aku masuk sorang jer…
Larian akan berlangsung pada sabtu malam ahad… pagi sabtu, aku ada jemputan tahlil dan doa selamat menyambut ramadhan di batang kali… masa kat kenduri ni aku makan gulai lemak cili api nangka muda… (yang kelak akan menghantui aku sewaktu larian nanti)… terus terang aku nyatakan bahawa persiapan aku untuk menghadapi larian ni sebenarnya kurang mantap… aku tak dapat nak mengikuti jadual persiapan yang aku dah nyatakan sebelum ni atas sebab tertentu…boleh juga dikatakan yang aku terleka dan sambil lewa dalam membuat persiapan… semuanya ini sebenarnya akan memberi kesan terhadap prestasi aku sewaktu larian nanti…

Aku bertolak dari rumah naik kete dalam pukul 5 ptg… perjalanan dijangkakan akan ambil masa dalam 1jam… oleh kerana aku memang tak familiar dengan kawasan putrajaya, sebab itu aku plan untuk bertolak awal sikit… aku ikut highway baru kl-putrajaya dan dalam lebih kurang kul 6 aku sampai… pusing2 dalam kawasan putrajaya, 6.30 baru aku dapat parking… itupun bukan kat belakang palace of justice…
Disebabkan masih awal lagi… aku pun pusing kat area carnival sambil ambil barang2 free sebelum bergerak ke masjid untuk solat magrib… masa ni aku ternampak beberapa orang pelari2 yang famous seperti miss jewel, reza ali dan yimster… lepas solat aku bergerak kembali ke kawasan mula… ikat kasut dengan timing chip dan buat warming up… seperti biasa ada senamrobik sebelum semua peserta diminta berkumpul di gerbang mula… pelari jarak 12.3km akan dilepaskan dahulu sebelum pelari 5km… pelari hanya dilepaskan pada jam 8.20 selepas ketibaan VIP…

 


ok...ok... kita sambung lagi dalam bahagian ke dua...

Thursday, August 4, 2011

Passion for running



Entry kali ni aku nak kupas mengenai passion for running… apa sebab musabab yang mendorong seseorang untuk berlari… untuk aku, tujuan utama aku mula2 menceburkan diri dalam dunia larian ni adalah atas sebab2 untuk kesihatan seperti yang telah aku ceritakan dalam entry yang terdahulu… aku rasa memang ramai orang yang berlari atas sebab kesihatan… kebanyakkannya adalah untuk menurunkan berat badan… kerana berlari adalah salah satu senaman kardiovaskular yang bagus, juga dapat membakar kalori yang banyak… sebab itu bila kita berlari, kita akan berpeluh dengan banyaknya… bagi aku pula, aku tiada masalah lebihan berat, malah aku termasuk dalam kategori mereka yang kurang berat badan… sebelum2 ni aku dah dah mencuba pelbagai cara untuk menambahkan berat badan tapi tak Berjaya… percaya atau tidak, selepas mula berlari, berat badan aku dah mula bertambah… ini dibantu oleh dengan gaya pemakanan yang sihat…
Berlari juga merupakan salah satu cara aku untuk mengisi aktiviti pada masa lapang… aktiviti yang mudah, murah dan boleh dilakukan pada setiap hujung minggu… bermula dengan aktiviti jogging di taman tasik titiwangsa setiap hujung minggu membawa kepada competitive running… berlari tidak lagi satu aktiviti riadah… tetapi dah menjadi satu passion bagi aku…
Apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah berapa laju dapat aku berlari… berapa jauh dapat aku rangkumi… berapa lama aku dapat bertahan… it is about testing my limit as a human… blog2 dan forum2 memancing yang dulu selalu aku kungjungi dah semakin sepi… yang selalu aku layari sekarang adalah blog2 pelari… seronok dapat membaca kisah2 mereka… kerana pasti aku dapat kaitkan dengan pengalaman sendiri…
Kalau dulu selalu tercari2 mana kolam2 pancing yang dapat memberikan tarikan yang hebat… sekarang nih tercari2 event2 larian yang dapat memenuhi kalender larian bulanan… pejabat FTAAA (Federal Territories Amateur Athletic Association) yang terletak berdekatan dengan stadium Negara juga dah berkali2 aku panjat untuk mendaftar masuk larian dan pergi mengambil race pek… istilah2 baru sekarang yang selalu bermain di bibir adalah T-Shirt larian, running vest, BIB no, timing chip, hydration pack, compression clothing, carbo-loading dan lain2 lagi…
Hujung minggu sekarang adalah masa2 yang selalu dinanti2kan… inilah masa untuk berlatih… membina stamina dan kekuatan… setiap larian direkod masanya, jaraknya, lajunya dan pace… kemudian data2 ini akan dinilai dan dianalisis sebagai penanda aras tahap kebolehan terkini… sekarang pemandangan juga teliti terhadap mereka2 yang berada di persekitaran… apakah jenis kasut yang mereka gunakan… jenama pakaian yang mereka gunakan… teknik larian… sebagai perbandingan dengan apa yang ada pada diri sendiri…
Pencapaian aku yang terkini adalah quarter-marathon… tahun depan aku target half-marathon… insyallah tahun lagi satu full-marathon… YES I’M A MARATHONER… 
ni bukan aku...