ni ha, sambungan dari bahagian satu
PICC |
Dalam 4km yang pertama aku tiada mengalami apa2
masalah… walaupun pace aku agak laju kerana mengikut rentak pelari2 yang lain…
waktu ni juga aku ternampak yimster berlari dengan kain pelikat memotong aku
dengan lajunya… tak terdaya aku nak mengikutnya… masalah aku bermula bila
sampai di belakang PICC yang mempunyai dakian bukit yang agak tinggi… aku
terasa kesakitan pada abdomen yang memaksa aku untuk berjalan sehingga ke
puncak bukit… aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya… tetapi prestasi aku
menjunam teruk selepas itu… aku tak mampu untuk berlari untuk tempoh masa yang
lama… menyebabkan aku banyak berjalan, terutama di kawasan yang berbukit… water
station yang disediakan juga pada hemat aku tak memadai kerana aku hanya dapat
minum pada water station yang pertama dan ketiga sahaja kerana air habis… pada
water station yang kedua aku minum dari botol yang aku bawa sendiri dan ada
sorang runner yang baik hati berkongsi air botolnya dengan aku… Powerbar gel
yang aku ambil semasa waterstation yang kedua juga tidak dapat membantu aku
memulihkan tenaga aku… bukan sahaja tenaga… semangat aku untuk berlari juga
semakin luntur… secara mentalnya aku dah mula kalah… hasilnya aku berjalan ¼
dari jarak 12.3km itu… ini merupakan pretasi terburuk aku dalam larian…
dari blog yim... |
Bertambah buruk lagi 2km nak sampai ke garisan
penamat… aku mula merasai cramp dibahagian betis kiri dan kanan… ini adalah
pertama kali aku merasa cramp di kaki semasa larian… tetapi lagi 500m nak
sampai ke garisan penamat… aku gagahkan jugak untuk berlari sambil menahan rasa
sakit… aku sampai ke garisan penamat dengan masa yang tidak berapa baik… 1jam
36min…
Setelah tamat larian aku pun pergi ambil
goodies bag… selepas berehat seketika dan warming down aku pun bergerak ke
kereta aku untuk balik… sampai ke kereta, ada sebijik van putih dah menghalang
aku dari nak keluar… punyalah hangin aku… kita dah la penat2 lari, nak balik
sekali ada orang blok la plak… aku tunggu situ kejap, manalah tahu empunya van
datang dan alihkan vannya… sekali aku ternampak no tel empunya van terselit kat
cermin van… aku cuba call, tapi tak dapat2… makin hangin la aku… masa ni ada
satu keluarga cina lalu dan ternampak aku bersandar kat bonet kereta… dia org
offer nak tolong aku keluarkan kereta… alhamdullilah dengan bantuan dia org
dapat jugak kau keluar… moga allah sahaja la yang membalas budi baik mereka…
masa atas highway, owner van call aku balik… aku marahlah dia balik…
menyusahkan orang jer…
harta rampasan hahahaaa.... |
Pencapaian aku semasa larian ni memang betul2
menghantui aku… nasib baik sekarang ni bulan pose… takde masuk larian mana2…
hujung minggu pun takde gi jogging… aku ambil peluang ni untuk reflek kembali
apa yang sebenarnya berlaku semasa larian tersebut dan apa strategi aku untuk
mengatasinya… aku fikir, kalau 12.3km pun payah aku nak habiskan… macam mana
aku nak lari half-marathon tahun depan… dah start goyang dah nih…
Aku fikir antara penyebabnya adalah persediaan
yang lebih kurang sahaja… t/hari aku makan nangka menyebabkan perut aku agak
berangin yang boleh menyebabkan perut sakit… badan aku tidak mendapat rehat
yang secukupnya kerana ada pelbagai aktiviti sebelah siangnya… berbanding jika
berlari sebelah pagi yang mana aku akan mendapat rehat yang secukupnya… pace
permulaan aku agak laju kerana terikut2 rentak pelari yang lain… botol air yang
aku bawa kecik sangat dan tak cukup untuk larian jarak jauh… kerana terlalu
banyak berjalan, bila aku cuba untuk berlari semula… kaki aku cramp… dan yang
paling utama menyumbang kepada prestasi buruk dalam larian ni adalah, aku kalah
secara mentalnya... terlalu mengikut kata badan yang keletihan…
Harapnya aku dapat memperbaiki kelemahan2 ni
dalam sesi latihan aku selepas raya nanti… insyaallah
Akhir kata aku nak mengucapkan selamat berpuasa
kepada semua umat islam… semoga bulan ramadhan ni membawa pelbagai keberkatan
kepada kita semua…
3 comments:
selamat berpuasa XD
selamat berpuasa juga
lawoklah gambo berlari tu.. haha
Post a Comment