Tuesday, August 9, 2011

Race Report #7 (Men’s Health Night Run 2011)



Tempat: Putrajaya (berhadapan palace of justice)
Kategori: Terbuka lelaki 12.3km
Race kit: Running vest REEBOK, BIB (A0157), running timing chip
Post race: Goodies from sponsor (estimate worth ~rm300)
Tarikh & masa: 30 julai 2011, 8.20pm

Ini merupakan larian terakhir aku sebelum masuk bulan ramadhan 1432 hijrah yang mana 1 ramadhan akan jatuh pada 1 ogos 2011… pada mulanya aku tak nak masuk larian ni kerana jadual larian aku untuk bulan julai dah penuh dengan larian NTV7 Feel Good Run… tetapi memikirkan lepas ni aku akan cuti agak panjang… lebih kurang 2 bulan, maka apa salahnya masuk larian terakhir sebelum puasa… lagipun goodies yang ditawrkan menarik jugak… bernilai kira2 rm300…

Larian ni sebenarnya banyak meninggalkan kesan kepada aku dan juga banyak pecah rekod… pertama, merupakan larian malam pertama aku (KL Towerthon tak kira la, sebab banyak panjat dari lari)… kedua, larian pertama diluar kawasan kl… dan ketiga, jarak terjauh aku dalam satu larian (12.3km)… rekod sebelum ni dipegang oleh SCKLM, 10km… ni merupakan antara larian aku yang naikkan jarak lariannya dalam persediaan menghadapi half-marathon tahun depan… kali ni aku masuk sorang jer…
Larian akan berlangsung pada sabtu malam ahad… pagi sabtu, aku ada jemputan tahlil dan doa selamat menyambut ramadhan di batang kali… masa kat kenduri ni aku makan gulai lemak cili api nangka muda… (yang kelak akan menghantui aku sewaktu larian nanti)… terus terang aku nyatakan bahawa persiapan aku untuk menghadapi larian ni sebenarnya kurang mantap… aku tak dapat nak mengikuti jadual persiapan yang aku dah nyatakan sebelum ni atas sebab tertentu…boleh juga dikatakan yang aku terleka dan sambil lewa dalam membuat persiapan… semuanya ini sebenarnya akan memberi kesan terhadap prestasi aku sewaktu larian nanti…

Aku bertolak dari rumah naik kete dalam pukul 5 ptg… perjalanan dijangkakan akan ambil masa dalam 1jam… oleh kerana aku memang tak familiar dengan kawasan putrajaya, sebab itu aku plan untuk bertolak awal sikit… aku ikut highway baru kl-putrajaya dan dalam lebih kurang kul 6 aku sampai… pusing2 dalam kawasan putrajaya, 6.30 baru aku dapat parking… itupun bukan kat belakang palace of justice…
Disebabkan masih awal lagi… aku pun pusing kat area carnival sambil ambil barang2 free sebelum bergerak ke masjid untuk solat magrib… masa ni aku ternampak beberapa orang pelari2 yang famous seperti miss jewel, reza ali dan yimster… lepas solat aku bergerak kembali ke kawasan mula… ikat kasut dengan timing chip dan buat warming up… seperti biasa ada senamrobik sebelum semua peserta diminta berkumpul di gerbang mula… pelari jarak 12.3km akan dilepaskan dahulu sebelum pelari 5km… pelari hanya dilepaskan pada jam 8.20 selepas ketibaan VIP…

 


ok...ok... kita sambung lagi dalam bahagian ke dua...

3 comments:

princess said...

sudah follow awak..follow back ye..tq..:)

fi said...

wah..respect giler la kat bro.. saya ni kalau bab sukan tambah2 larian cepat ja pancit tgh jln.. umur baru 18, tapi stamina tahap umur 81thn dah.. hehe :p

Pelampung Bocor said...

takpa... boleh lari pelan2