Saturday, May 26, 2012

RR#14 (KL Tower Towerthon 2012)



Tempat: Menara Kuala Lumpur, Bukit Nenas
Kategori: Lelaki Terbuka
Race kit: Running T-Shirt, BIB (A0382), timing chip, Goodies
Post-race: Finisher medal
Tarikh & masa : 19 May 2012, 8.20pm
            Assalammualaikum… sebelum aku meneruskan catatan kali ini… ingin aku meminta jasa baik rakan2 pembaca yang beragama islam untuk mensedekahkan bacaan surah Al-Fatihah buat sepupu aku Abang Zizi (Azizi Kamaruddin) yang baru sahaja meninggal dunia pada tanggal 21 May 2012 setelah diserang sakit jantung secara tiba2 pada 19 May 2012 (hari kejohanan Towerthon) semasa melakukan aktiviti berbasikal di area taman puncak jalil. Berita abang zizi koma disebabkan serangan sakit jantung itu aku terima Cuma beberapa jam sebelum larian aku pada towerthon tahun ini… yang paling buat aku terkejut adalah abang zizi sebelum ni tak pernah menunjukkan apa2 tanda yang beliau ada masalah kesihatan… semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan mereka2 yang beriman…
            Ini adalah acara ulangan/repeat aku yang pertama… acara yang sama aku sertai pada tahun lepas… disebabkan keunikkan acara ini mendorong aku menyertainya sekali lagi… kali ni aku dapat meracun ajat untuk masuk sekali dan dia tarik kawanya una untuk masuk kategori women open… aku dan ajat akan menyertai kategori men’s open… pada tahun ni sedikit kelainan pada jadual larian… larian akan bermula jam 2.00ptg hingga ke malam… sebab itu tahun ni kejohanan ini dipanggil KL Tower Day & Night Towerthon… kategori-kategori lain akan berlari sebelah siangnya… Cuma kategori men’s open sahaja berlari pada sebelah malam… ini mungkin countermeasure yang diambil oleh pihak penganjur sebab pada tahun lepas, semua kategori berlari pada sebelah malam… oleh kerana jumlah peserta yang banyak, acara berlarutan hingga ke lewat malam…
            Pada sebelah siang aku pergi untuk menjemput ibu mertuaku yang balik dari mengerjakan umrah… mak dijangkakan sampai di KLIA jam 6 pagi… maka jam 4.45pagi kami sekeluarga dah mula bergerak dari rumah… setelah menjemput mak di KLIA kami menghantar mak ke rumahnya di bukit beruntung… kami lepak2 di rumah mak sehingga jam 12t/hari sambil membelek2 ole2 yang mak beli dari mekah… mak belikan untuk aku sepasang kopiah arab dan jubah… ajat memang dah ada kat rumah aku sebab dia datang dari putrajaya malam sebelumnya… sebelum sampai ke rumah aku, betty dan miza lunch dulu makan nasi arab di pekan rawang… kedainya bersebelahan dengan Old Town White Coffee Rawang…
            Ajat bergerak dahulu ke KL Tower sebab dia nak kena bawak una yang akan berlari pada jam 4.00ptg… pada jam 5.00 ptg hujan turun dengan lebatnya, walhal sebelumnya matahari memancar dengan terik sekali… terlintas kat kepala otak aku bagaimana kategori2 yang lain berlari pada sebelah petang sewaktu panas terik… mesti berbahang kepanasan didalam shaft kl tower… aku dengar dari una ada peserta yang pengsan petang itu… (berita abang zizi koma aku terima dalam jam 5.15ptg, setelah berbincang dengan abah, kami mengambil keputusan untuk melawat arwah pagi besoknya)… hujan reda dalam jam 6.30ptg… aku bergerak ke kl tower menaiki motor dan parking berdekatan dengan pintu masuk ke kl tower… aku bawa hydration belt dan memakai tight pendek paras lutut… aku fikir tak perlu lah aku nak pakai compression tight aku sebab acara akan berakhir dalam masa 30minit sahaja… 
sebelum

            Grouping dengan ajat dan una dihadapan pintu masuk kl tower… kami bergerak ke kawasan mula untuk aktiviti memanaskan badan… selepas selesai aktiviti senam robik kumpulan pertama pelari diminta masuk ke dalam holding pen… aku dan ajat akan berlari dalam kumpulan yang kedua… kumpulan pertama dilepaskan tepat jam 8.00mlm… dan kami kumpulan kedua dilepaskan pada jam 8.20mlm… keadaan awal larian agak sesak dan berlaku sedikit tolak menolak disebabkan terdapat lopak yang besar selepas gerbang mula… ini menyebabkan larian aku sedikit tergangu dan aku bermula agak perlahan…
sempit dalam shaf tower

basah railing tu dgn peluh
            Larian 800m yang pertama adalah mendaki bukit yang agak tinggi sehingga ke anak tangga pertama menara… aku dan ajat berlari dengan pace yang santai sebab nak mengelakkan kepenatan sebelum sampai ke anak tangga… dibahagian bawah menara keadaan adalah agak sesak sebab shaft menara hanya dapat memuatkan hanya 2 orang pelari untuk satu2 masa… untuk memotong pelari lain adalah agak sukar pada masa ini… ikut sahajalah flow pelari yang sedang memanjat tangga tower…
            Dipertengahan tower… jarak antara pelari dah semakin meregang… maka adalah peluang untuk memotong pelari lain… itu pun kalau larat la… selang 2-3 tingkat akan ada pintu ke ruang yang agak luas yang berbanding kawasan tangga shaft tower… kat sini pelari boleh berehat seketika… dikawasan ini juga selalunya dijadikan water station yang menghidangkan 100+ dan plain water… aku takde berhenti lama2 kat satu2 tingkat… Cuma berhenti seketika untuk minum air di water station… sesungguhnya penat sungguh nak panjat 2084 anak tangga kl tower ni sampai ke puncak… kalau bercita2 nak berlari sampai ke atas, jangan haraplah… perasaannya macam tak kesudahan nak sampai penghujungnya…
            Bila nak sampai ke puncak… akan mula kedengaran bising2 sorakkan orang yang menanti di garisan penamat… masa ni la semangat kembali membara dan macam ada tenaga simpanan yang dibebaskan supaya dapat memanjat dengan lebih laju… sebaik sahaja selepas melintas garis penamat dipuncak… terus disarungkan pingat penamat… ajat sampai dahulu dari aku… awal beberapa saat je daripada aku… lepas dapat medal terus diminta turun beberapa tingkat kebawah sebelum mengambil lif untuk turun ke tapak menara… tahun ni pelari tidak dikumpulkan di deck observation seperti tahun lepas… tapi diruang yang takde tingkap langsung… boring ahhh… seperti tahun lepas juga aku tak tunggu lama2 kat atas sebab semakin lama akan menjadi semakin sesak… aku terus ajak ajat turun ke bawah…

antupancing tayang medal


medal up close



medal tahun 2011 dan 2012

            Dibawah menara kami re-group semula dengan una… kami decide untuk tidak menunggu lama2 kat area menara kl… sebelum balik ke rumah, kami singgah makan nasi lemak di kampung baru… masa yang aku catatkan pada tahun ni adalah 29m… berbanding tahun lepas 28m… ini mungkin kerana waktu perlepasan aku agak perlahan sebab bersesak2 mengelak lopak dihadapan garis mula… walaupun tak berjaya mendapatkan target masa aku… aku terima sebab itulah kemampuan aku…

Saturday, May 19, 2012

You look so… so… so… stupid



                Cuma adik aku hairy sahaja yang faham maksud ungkapan diatas… hahahhaaa…. Entry kali ni khas untuk memember aku yang naik moto hari2 untuk pergi dan balik kerja atau nak kemana2 sahajalah… bagi aku moto adalah aku punya main mode of transportation… kereta adalah yang kedua… itupun kalau nak keluar beramai2… kalau nak kemana2 sensorang atau berdua, memang naik moto jela…
                Kemudahan dengan moto ni adalah jimat minyak… mudah untuk dikendalikan… susah nak tersekat kat trafik jam (kenkadang tu sangkut jugak kalau dah kena blok)… laju pun boleh tahan jugak… masalahnya CUMA… kalau hujan, macam mana besar pon moto yang kita bawak kalau hujan basah gak… aku ni jenis kalau bawak moto, walaupun hujan aku redah jer… terutama time balik kerja… sebab aku tak kisah basah lencun, nak balik bukan nak pergi kerja… kalau nak pergi kerja lain plak citenya… kalau hujan memang delay lah aku sampai opis… sebab kalau hujan biasanya aku akan bawak kereta… kalau dah bawak kereta time2 hujan konfom jem punya… tapi tu dulu… dulu company aku tak la kisah sangat kalau pekerjanya datang lewat sikit kalau hujan ke atau ada hal2 yang tak dijangkakan… sekarang peraturannya dah ketat sikit… pagi2 tu sebelum pukul 8 mesti dah sampai ke kilang… sebab tu sekarang ni kalau belah pagi kalau hujan sekali pun aku kena redah jugak… so aku pakailah baju hujan siap dengan seluarnya sekali… kalau hujan aku tak pakai kasut datang kerja, pakai selipar getah jer… stokin dengan kasut extra dah ada standby sekarang kat opis… belah petang kalau hujan dan kalau tak yah jemput balik kerja… memang aku redah jer… tapi kalau kena jemput betty memang aku tunggu sampai reda sikit la… kalau aku sorang je basah lencun takpe… kesian lak kat betty kalau dia basah lencun…
tgh tungu hujan reda bawah flyover batu cave

                Antara masalahnya naik moto ni jugak adalah disebabkan moto ni kecik jer selalu kena himpit dengan kenderaan yang lebih besar lagi… jalan selayang~rawang selalunya memang ada lori yang besar2 lalu… lorinya kenkadangnya potong moto rapat sangat… masalahnya tolakan angin apabila lori besar ni memotong moto boleh menyebabkan moto senang nak hilang kawalan… naik moto ni pun terdedah kepada habuk dan bau asap ekzos… sebab tu bila sampai opis aku mesti basuh muka dan belah malam aku cuci muka aku dengan scrub… kalau sapu dengan tisu konfom tisu tu jadi hitam… biasala, kalau ada pro mesti ada kontranya juga kan… kan…. Kan…

Wednesday, May 16, 2012

KLIA & KLCC



                Aktiviti minggu ni… mak mertua aku berpeluang untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun ni (Alhamdulillah)… dia akan berada di mekah selama 10 hari… bertolak dari malaysia pada hari selasa… flight yang dijadualkan adalah pada pukul 3ptg dari KLIA… so aku dengan betty ambil la cuti pada hari tu sebab nak hantar mak mertua ku ke KLIA… miza tak ikut sekali sebab bersekolah… lebih2 lagi dia nak mula exam pertengahan tahun pada minggu ni, takleh lah nak ponteng… mak akan bertolak dari rumah adik ipar aku… kami akan berjumpa di KLIA… kami plan nak sampai ke KLIA pukul 10 sebab mak cakap dia akan check in dalam pukul 11… malam sebelum tu aku tido agak lewat sebab layan tengok tv dan internet… so esok paginya aku agak mengantuk sikit… lepas miza naik van ke sekolah… aku sambung tido balik… betty kejut aku dalam lebih kurang 15minit lagi nak pukul 9pg… lepas aku mandi dan bersiap kami pun bergerak ke KLIA…
                Kalau nak ke KLIA atau area sepang… aku suka ikut lebuhraya NKVE… dari sri gombak aku bergerak menuju lebuhraya DUKE… dari DUKE langsung masuk ke lebuhraya utara selatan melalui tol jalan duta… sebelum sampai ke sungai buluh aku belok ke lebuhraya NKVE… dari sini terus sahaja sehingga sampai ke simpang bertulis KLIA… dari sini ikut sahaja signboard ke KLIA… masa perjalanan hampir 1jam dan harga tol yang perlu dibayar adalah rm9.10… masalah aku dengan KLIA ni adalah tempat parking… walaupun dah beberapa kali pergi ke KLIA, aku masih tak familiar dengan sistem parkingnya… kesannya aku terpaksa buat 2 kali pusingan kat area KLIA sebelum dapat masuk parking… konpius2… bila dah parking kami bergerak ke balai pelepasan yang terletak di atas paling atas... kami sampai dalam jam 11pg… bila kami call mak tanya dia ada dimana… rupanya mak masih dalam perjalanan dan sekarang berada kat tol sungai besi…. Lama gai la nak sampai KLIA… aku dengan betty decide untuk pergi makan2 sambil tunggu mak sampai…
                Nak menjamu selera kat KLIA ni nak kena berhati2 sikit sebab harga barangan agak mahal… biasalah standed antarabangsa… aku dengan betty bersarapan di salah sebuah café… betty nakan nasi lemak biasa yang sambalnya SANGATLAH cairnya… aku makan kue tiaw goreng yang tak berapa sedap… kosnya rm26… macam makan nasi beriani…perghhh cekik darah betul…
                Setelah agak lama menunggu, mak sampai jam hampir kul 12t/hari… setelah selesai urusan check-in…kami bersama2 dengan mak, farah dengan suaminya makan disalah satu café disana (mak datang dengan farah sebab malam sebelumnya mak bermalam kat rumah farah), café yang sama kami sarapan pagi tadi… aku dengan betty tak makan pun… teman mak makan sahaja… selepas selesai makan group umrah mak decide untuk terus masuk dan tunggu kat pintu masuk ke kapal terbang sebab tak nak bersesak2 dengan group umrah yang lain… sampai sini sahaja la kami dapat hantar mak… semoga perjalanan pergi mak selamat…. Dapat menunaikan umrah dengan sempurna dan selamat pulang ke malaysia…. Insyaallah… mak dijangkakan pulang ke malaysia pada 19/5/2012, hari yang sama untuk KL Tower Towerthon… mak dijangkakan sampai awal pagi… aku plan nak jemput mak kat KLIA… lewat petang baru ke KL Tower sebab larian kategori aku dijadualkan pada waktu malam, jam 8…
betty & anak buahnya

betty, mak, farah & baby farah

Semoga senantiasa selamat

KLIA 180 view

                Esoknya pula lepas balik dari kerja… betty ajak aku ke KLCC sebab dia ada urusan kat kedai kosmetik ORIGIN… kami berdua sahaja naik moto ke KLCC… mudah dan cepat…dari seri gombak aku masuk ke lebuhraya DUKE dan keluar kat persimpangan jln semarak/pusat bandaraya… laju sikit kalau ikut lebuhraya lagipun bukannya nak kena bayar tol… dari jln semarak terus ke jalan tun razak dan masuk ke jalan bawah tanah untuk ke parking moto KLCC… bayaran parking moto adalah flat rate rm2…
                Kat KLCC sementara menunggu betty menyelesaikan urusannya… aku pergi beli sandwich kat SUBWAY sebab aku ada kupon untuk buy 1 free 1 sandwich… lepasla untuk makan malam….KLCC yang senantiasa ramai dengan pengunjung tak kira masa… pusing2 di KLCC sehingga betty selesai urusannya… sebelum turun ke tempat parking moto sempat betty singgah betty bertih jagung atau dalam bahasa enggerisnya popcorn Garret… kali ni kami nak cuba perasa lain pulak… biasa beli caramel, kali ni try perasa keju plak… ok gak rasanya Cuma tak serangup perasa karamel… selepas tu kami pun balik… membawa bekal sandwich dan bertih jagung untuk dinner kami sekeluarga…


                Next event aku adalah KL Tower Towerthon… ini adalah repeat event… tahun lepas pun aku masuk gak… tahun lepas timing aku adalah 28min… sudah pasti aku target untuk sampai lebih cepat pada tahun ni… tahun ni juga aku akan ditemani oleh ajat… nantikan laporannya OK…

Monday, May 14, 2012

Antupancing in action #1

SCKLM 2011, MPIB Run 2012, BROOKS HM 2012

Saturday, May 5, 2012

Gatal Tangan…



                Ni edisi gatal tangan… gatal tangan nak memancing… minggu ni ada cuti di pertengahan minggu… cuti umum semperna hari pekerja 1 Mei… sebagai seorang pekerja… memang wajibla untuk aku bercuti pada hari tersebut… oleh sebab dah lama gak aku tak pergi memancing, so aku plan nak pergi memancing waktu cuti nanti… sebelah siangnya aku tak dapat nak pergi sebab dah janji dengan betty nak bawak dia keluar bershopping… lagipun sebelah malamnya 30 april aku pergi tengok cerita AVENGER kat TGV capsquare (perghhh best giler cerita tu)… balik dari tengok wayang tu aku sakit kepala sangat… aku makan panadol dan ubat tahan sakit… pagi tu aku sedar dari tido pukul 9.30pg…
                Aku keluar dengan betty (berdua jer, naik moto) pergi ke KLCC sebab betty nak beli barangan rawatan muka kat ORIGIN… dari KLCC kami pergi pula je jalan masjid india sebab nak beli kain pulak… punya la ramai umat kat area masjid india time2 cuti macam ni… macam2 ragam orang kita boleh tengok… betty masuk ke KAMDAR carik kain sementara aku tunggu kat luar sambil minum aisblended cokelat yang aku beli kat lori jual aisblended depan semua house… sedap dan nyaman dalam cuaca yang panas sekarang… lepas selesai beli kain, kami pun balik… itulah kelebihan naik moto kalau keluar ke kl… senang dan cepat kalau nak pergi mana2…
                Balik dari kl aku keluar lak pegi beli lunch… hari ni betty tak yah masak, aku beli nasi ayam penyet kat prima sri gombak… nasi ayam penyet atau pecel ayam memang faveret betty dengan miza… aku plan sebelah petang baru aku nak keluar memancing… tapi secara tiba2 hujuan turun denga lebatnya hingga ke malam…
                Sebelam malam aku keluar dengan miza sebab nak ambik homework KUMON miza… semalam miza tak pergi tusyen sebab kami keluar pergi tengok wayang… aku dah call cikgu tusyennya untuk tinggalkan homework untuk miza hingga kelas tusyen dia pada hari khamis nanti… masa ni hujan dah berhenti dah… aku masih lagi rasa macam nak pergi memancing sebab esok aku masuk lambat ke kerja… balik dari ambil homework miza, aku terlekat pulak kat depan tv tengok movie cerita IRONMAN 2… pukul 11 baru aku keluar rumah untuk memancing…
                Aku bergerak ke kolam memancing berdekatan dengan templer park jalan selayang-rawang… harap2 tak tutup sebab last time aku singgah sini kolamnya tutup untuk renovation dan pembersihan…kalau tutup terpaksa la aku pergi ke kolam taman pelangi… sampai sahaja ke guard yang jaga taman perumahan sebelum kolam pancing tu… aku tanya kat guard tu kolam pancing bukak atau tidak… dia kata bukak… lega hati aku… tapi bila aku masuk, aku jadi hairan sebab jalan biasa yang aku guna nak ke kolam pancing tu dah ditutup penuh dengan semak samun… aik, tadi guard tu kata bukak…. Ni macam dah berkurun tutup nih apa cer… pastu aku nampak satu anak panah tunjuk jalan kehadapan lagi untuk ke kolam pancing… aku jalan kehadapan lagi… rupanya ada jalan baru yang lebih elok siap bertar untuk ke kolam pancing tu… jalan lama tak bertar dan sempit… jalan baru ni bertar dan lebar…. Lebih selesa dan terus tembus ke tempat parking… dah siap renovate rupanya kolam ni… kedai makan dah ada kat luar kolam dan lebih besar dan cantik… CUMA masalahnya bila aku nak dafter masuk dia punya yuran dah naik la… dulu 13hinggit perjam, sekarang dah naik 20hinggit perjam… mak aiii, cekik darah betul… tapi GATAL TANGAN punya pasal masuk jer la….
                Walaupun esok adalah hari bekerja… kolam pancing tetap juga penuh… korang ni cuti ke esok… port kesukaan aku pun dah ada orang… terpaksa la aku pilih port lain, berdekatan dengan tempat jual udang… suasana dalam kolam dah banyak berubah… banyak kawasan dah bersimen dan juga tiang2 kayu semua dah ganti dengan tiang simen… maju dah kolam ni, patutla bayarannya pun dah naik… pukul 11.30mim aku pun mula melabuhkan umpan udang hidup… untuk permulaan ini aku gunakan teknik pelampung, sebab kat kiri dan kanan aku takde orang…. Kalau ada orang casting payah sikit sebab pelampung mudah hanyut dan berbelit dengan tali orang lain… sejam pun berlalu begitu sahaja tanpa sebarang insiden… pelampung aku berbuai jer dalam kolam tu takde sambutan langsung dari en. Ikan…
                Untuk jam yang kedua aku decide untuk tukar lokasi ke kawasan tanjung dan menukar teknik pancingan dari pelampung ke teknik dasar dan casting… baru aku duduk lebih kurang ½ jam kat lokasi baru… tiba2 hujan turun renyai2… dan disebabkan kat area tanjung nih takde atap, terpaksalah akuk ubah lokasi ke kawasan yang beratap tak jauh dari tanjung… sementara menunggu umpan aku dijamah ikan aku pun duduk mengalamun… ini catatan celahan aku… minggu lepas hari sabtu 28hb ada perhimpunan BERSIH 3.0 kat area kl… perhimpunan yang pada mulanya dijanjikan dalam keadaan aman oleh pihak penganjur telah bertukar menjadi ganas hingga menyebabkan kerosakkan harta benda dan kecederaan kepada peserta perhimpunan dan pihak polis yang membuat kawalan… macam2 la spekulasi yang dibuat… ada yang kata polis buat provokasi… ada yang kata peserta yang mula dulu… aku sebenarnya tak minat pada perhimpunan bersih…. Sebab aku fikir ada jalan yang lebih baik dari berhimpun macam tu… jalan yang paling sesuai adalah ketika pilihanraya yang akan datang nanti… pilihlah wakil masing2 yang dapat membentuk kerajaan yang baik… kan itu lebih baik… dari perhimpunan ganas yang banyak menyusahkan dari membawa kemudahan atau perubahan…aku ada turun ke kl pada hari ahad lepas peerhimpunan bersih… macam takde apa pun berlaku hari sebelumnya… orang ramai macam biasa jer berjalan2 dan bershopping di jln TAR walaupun hari sebelumnya kawasan tu macam medan perang… itulah orang MALAYSIA di dalam negara MALAYSIA ku yang tercinta….
                Kembali ke trip memancing ku… jam yang ke-2 dan ke-3 berlalu begitu sahaja tanpa sebarang jamahan ikan terhadap umpan yang aku labuhkan… naik letih tangan aku casting umpan… baling udang tarik udang… BORING… memang malam ni bukan rezeki aku nak layan tarikan ikan… orang2 yang ada tak berapa jauh di kiri dan kanan aku dapat je ikan… aku balik melopong… itulah rezeki pemancing…
                Jam menunjukkan waktu 2.30pg… aku pun melangkah balik meninggalkan kolam pancing… hilang dah GATAL TANGAN aku… dengan yuran memancing yang dah meningkat naik jawabnya makin kuranglah aku akan pergi memancing selepas ni… tumpukan perhatian terhadap larian aku lagi bagus…event yang menanti aku pada bulan May ni adalah KL TOWER TOWERTHON yang mana akan aku sertai dengan ajat dan una… inilah kali kedua aku sertai acara unik ini dan aku pasti penganjuran tahun ini akan lebih menarik dari tahun lepas… sorry la entry ni takde gambar… sebab aku lupa nak amik ambar sepanjang membangau kat kolam tu… lagipun tak dapat ikan nak ambik gambar ape… takkan nak amik gambar ikan orang lain kot…
gambar sekadar hiasan... suasana opis aku