Aktiviti
minggu ni… mak mertua aku berpeluang untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun
ni (Alhamdulillah)… dia akan berada di mekah selama 10 hari… bertolak dari
malaysia pada hari selasa… flight yang dijadualkan adalah pada pukul 3ptg dari KLIA…
so aku dengan betty ambil la cuti pada hari tu sebab nak hantar mak mertua ku
ke KLIA… miza tak ikut sekali sebab bersekolah… lebih2 lagi dia nak mula exam
pertengahan tahun pada minggu ni, takleh lah nak ponteng… mak akan bertolak
dari rumah adik ipar aku… kami akan berjumpa di KLIA… kami plan nak sampai ke
KLIA pukul 10 sebab mak cakap dia akan check in dalam pukul 11… malam sebelum
tu aku tido agak lewat sebab layan tengok tv dan internet… so esok paginya aku
agak mengantuk sikit… lepas miza naik van ke sekolah… aku sambung tido balik…
betty kejut aku dalam lebih kurang 15minit lagi nak pukul 9pg… lepas aku mandi
dan bersiap kami pun bergerak ke KLIA…
Kalau
nak ke KLIA atau area sepang… aku suka ikut lebuhraya NKVE… dari sri gombak aku
bergerak menuju lebuhraya DUKE… dari DUKE langsung masuk ke lebuhraya utara
selatan melalui tol jalan duta… sebelum sampai ke sungai buluh aku belok ke
lebuhraya NKVE… dari sini terus sahaja sehingga sampai ke simpang bertulis
KLIA… dari sini ikut sahaja signboard ke KLIA… masa perjalanan hampir 1jam dan
harga tol yang perlu dibayar adalah rm9.10… masalah aku dengan KLIA ni adalah
tempat parking… walaupun dah beberapa kali pergi ke KLIA, aku masih tak
familiar dengan sistem parkingnya… kesannya aku terpaksa buat 2 kali pusingan
kat area KLIA sebelum dapat masuk parking… konpius2… bila dah parking kami
bergerak ke balai pelepasan yang terletak di atas paling atas... kami sampai
dalam jam 11pg… bila kami call mak tanya dia ada dimana… rupanya mak masih
dalam perjalanan dan sekarang berada kat tol sungai besi…. Lama gai la nak
sampai KLIA… aku dengan betty decide untuk pergi makan2 sambil tunggu mak
sampai…
Nak
menjamu selera kat KLIA ni nak kena berhati2 sikit sebab harga barangan agak
mahal… biasalah standed antarabangsa… aku dengan betty bersarapan di salah
sebuah café… betty nakan nasi lemak biasa yang sambalnya SANGATLAH cairnya… aku
makan kue tiaw goreng yang tak berapa sedap… kosnya rm26… macam makan nasi
beriani…perghhh cekik darah betul…
Setelah
agak lama menunggu, mak sampai jam hampir kul 12t/hari… setelah selesai urusan
check-in…kami bersama2 dengan mak, farah dengan suaminya makan disalah satu
café disana (mak datang dengan farah sebab malam sebelumnya mak bermalam kat
rumah farah), café yang sama kami sarapan pagi tadi… aku dengan betty tak makan
pun… teman mak makan sahaja… selepas selesai makan group umrah mak decide untuk
terus masuk dan tunggu kat pintu masuk ke kapal terbang sebab tak nak bersesak2
dengan group umrah yang lain… sampai sini sahaja la kami dapat hantar mak…
semoga perjalanan pergi mak selamat…. Dapat menunaikan umrah dengan sempurna
dan selamat pulang ke malaysia…. Insyaallah… mak dijangkakan pulang ke malaysia
pada 19/5/2012, hari yang sama untuk KL Tower Towerthon… mak dijangkakan sampai
awal pagi… aku plan nak jemput mak kat KLIA… lewat petang baru ke KL Tower
sebab larian kategori aku dijadualkan pada waktu malam, jam 8…
betty & anak buahnya |
betty, mak, farah & baby farah |
Semoga senantiasa selamat |
KLIA 180 view |
Esoknya
pula lepas balik dari kerja… betty ajak aku ke KLCC sebab dia ada urusan kat
kedai kosmetik ORIGIN… kami berdua sahaja naik moto ke KLCC… mudah dan
cepat…dari seri gombak aku masuk ke lebuhraya DUKE dan keluar kat persimpangan
jln semarak/pusat bandaraya… laju sikit kalau ikut lebuhraya lagipun bukannya
nak kena bayar tol… dari jln semarak terus ke jalan tun razak dan masuk ke
jalan bawah tanah untuk ke parking moto KLCC… bayaran parking moto adalah flat
rate rm2…
Kat
KLCC sementara menunggu betty menyelesaikan urusannya… aku pergi beli sandwich
kat SUBWAY sebab aku ada kupon untuk buy 1 free 1 sandwich… lepasla untuk makan
malam….KLCC yang senantiasa ramai dengan pengunjung tak kira masa… pusing2 di
KLCC sehingga betty selesai urusannya… sebelum turun ke tempat parking moto
sempat betty singgah betty bertih jagung atau dalam bahasa enggerisnya popcorn
Garret… kali ni kami nak cuba perasa lain pulak… biasa beli caramel, kali ni
try perasa keju plak… ok gak rasanya Cuma tak serangup perasa karamel… selepas
tu kami pun balik… membawa bekal sandwich dan bertih jagung untuk dinner kami
sekeluarga…
Next
event aku adalah KL Tower Towerthon… ini adalah repeat event… tahun lepas pun
aku masuk gak… tahun lepas timing aku adalah 28min… sudah pasti aku target
untuk sampai lebih cepat pada tahun ni… tahun ni juga aku akan ditemani oleh
ajat… nantikan laporannya OK…
No comments:
Post a Comment