Saturday, November 22, 2008

KERJA

aku dah stay dengan kerja aku sekarang ni dah dekat nak masuk 9 tahun... lama tu.... tapi semenjak 2 menjak ni.... aku terasa macam nak tukar keje lak plak...




sebab tu aku dah ada hantar resume aku kat beberapa company, terdesak nak pindah keje tu takde la sangat, tapi mana la tahu bole dapat offer yang lebih grand dari keje aku sekarang apa salahnya kan.... 3 bulan lepas aku ada gi interview kat sebuah syarikat berkaitan kerajaan... masa interview tu aku cakapla, kalau nak ambik aku keje kat sini boleh tunggu sampai tahun depan tak.... aku bagi alasan sebab ada projek yang masih belum siap kat compeni lama aku... tapi yang sebenarnya nak tunggu BONUS... rugi woooo, penat aku keje sepanjang tahun ni x dapat BONUS.... bole nangis....




cari kerja ni macam mancing la jugak... yang penting umpan dan lokasi.... umpan tu cam resume kita la.... lokasi lak tempat yang kita mintak keje tu.... x dapat jugak kalau mailto:tempat@lokasi yang kita mintak tu memang dasat tapi umpan @ resume yang kita hantar tak menarik langsung... takkan nak mancing siakap guna umpan dedak, mana kene BRO....




Interview lak boleh disamakan dengan teknik mempersembahkan umpan kat ikan.... kene menarik, baru dapat sambaran.... sebab tu kita kene belaja macam2 teknik cam casting, trolling, popping, pancing sasar, DLL




Akhir kata..... SELAMAT MEMANCING KEJE.....

Monday, November 17, 2008

TRIP

Member baik aku yang keje kat Melaka ajak aku gi trip memancing ke tasik kenyir 4 hari 3 malam. Sebenarnya aku memang x pernah pun pergi mana2 trip memancing. Selalunya layan kolam jer.

Pelawaan member aku ni masih bermain2 lagi dlm kepala otak aku. Banyak yg nak kene pertimbangkan nih, kos $$$, masa (kene amik cuti tuh) dan macam2 lagilah. Lagipun cukupke set pancing yg aku ada sekarang utk trip2 macam ni, tapi member aku tu memang baik ati, dia kata x perlu risau pasal peralatan sebab dia boleh beri pinjam dia punya.

Lagi yang buat aku cuak, nak pergi ni dgn OTAI-OTAI, kang tak pasal2 dia org dah naik 2~3 ekor, aku masih lagi terkial2 layan anak lampam. NAYA JER.

TAPI, kita hanya merancang, hanya ALLAH yang menentukan, sebab aku baru jer dapat berita dari member aku yang trip ke kenyir terpaksa dibatalkan sebab keadaan semasa x mengizinkan, air kat sana tgh naik, so banyak la balak terapung, MERBAHAYA untuk kesihatan pemancing. Yela, gi sana nak mancing ikan , bukannya nak mancing BALAK.

Saturday, November 8, 2008

PERCUBAAN PERTAMA

test-test...
ni cacatan pertama aku dalam blog aku yang julung kalinya...

pertama kali, blog ni adalah untuk aku share minat aku... terutamanya dalam bidang memancing... tapi tu bukan satu je minat aku, ada macam2 lagi... mungkin aku akan tulis pada masa2 akan datang...

sebenarnya bukannya terer sangat mancing pon.... belajar pun sebab tengok2 org jer... tapi aku nak cite gak apa yang aku tau.... sesapa nak kongsi boleh gak

pengalaman awal, ikut abah gi mancing kat tali air sawah kat kampung... set pancing yang digunakan (100% disediakan oleh abah):
joran: batang buluh dilurut
tali: tangsi beli kat kedai cina
mata kail: beli sekali kat kedai cina masa beli tali, saiz x ingat tapi kecik jer
umpan: cacing korek sendiri,

hasil: ikan2 sungai la (usual suspect: keli, ikan putih, puyu, haruan)

okeh cukup.... sambung lain kali