Friday, November 25, 2011

Pengalaman Bekerja (Store Executive bah #1)



            Aku bertugas sebagai store executive untuk jabatan Bodyshop, PERODUA manufacturing sewaktu tahun2 awal perkhidmatan aku didalm jabatan bodyshop… sebagai store executive, aku bertanggungjawab untuk membuat pembelian barang2 keperluan untuk production didalam bodyshop… barang2 keperluan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu CAPEX dan OPEX… CAPEX merupakan Capital Expenditure, iaitu pembelian berkos tinggi dan barang yang dibeli mempunyai jangka hayat yang panjang… antara contoh CAPEX adalah mesin2 pembuatan yang besar, mesin kimpalan DLL… OPEX pula mewakili Operational Expenditure, iaitu pembelian barangan biasa yang digunapakai dalam urusan pengeluaran harian… barang2an ini juga bersifat pakai habis @ pakai buang… dalam term yang lain juga dikenali sebagai consumable item… antara contoh consumable untuk Bodyshop adalah PPE (Personal Protective Equipment), electrode cap tip DLL…

            Pembelian capex jarang dilakukan kerana melibatkan kos yang tinggi… pembeliannya juga melibatkan perancangan yang teliti… antara pembelian capex yang pernah aku kendalikan adalah pembelian mesin lathe untuk seksyen jig mtce dan portable spot weld gun untuk production… untuk pembelian kedua2 mesin ini memerlukan aku unutk meneliti spesifikasi dan memastikan ianya memenuhi kehendak pengguna akhir. Aku juga perlu memasuki mesyuarat khas yang dianggotai oleh wakil dari jabatan akaun dan purchasing untuk menjelaskan keperluan pembelian mesin tersebut…
            Pembelian opex adalah pembelian biasa untuk keperluan penggunaan harian bahagian pengeluaran… barangan keperluan ini lebih dikenali sebagai consumable… untuk consumable, budget yang aku buat adalah bedasarkan data penggunaan barangan tersebut ataupun consumable rate… dengan mengetahui lead time untuk setaip order barang yang dibuat… aku dapat membuat perancangan berapa banyak barang yang perlu dibeli dan bila… sewaktu aku mula2 take over unit store, tiada consumable rate yang dikira… budget dibuat ikut agak2 aje… ini amat2 merbahaya untuk barangan2 yang kritikal… untuk bodyshop, aku telah mengenal pasti beberapa barangan yang kritikal… antaranya adalah gas CO2 dan elektrod cap tip saiz 13 dan 16… setiap barang yang keluar dari store perlu lah direkod dengan baik dan kemas… dengan menggunakan jumlah barangan yang keluar dari rekod store dan jumlah pengeluaran kereta, aku dapat mengira consumable rate untuk setiap barangan… ini dapat membantu aku untuk mengurus store dengan lebih baik dan mengetahui masa yang sesuai untuk mengoder barangan… lebih2 lagi mudah untuk aku buat budget tahunan opex… senang sikit nak cerita kat boss kenapa jumlah duit yang diperlukan untuk opex tahunan…
            Ini semua aku belaja dari kesilapan… sebelum aku buat system consumable rate ni… aku Cuma ikut system yang telah sedia ada… ada sekali tu, gas CO2 untuk bahagian pengeluaran telah habis… termasuk stok simpanan dalam store… order telah dibuat tetapi lambat, sekurang-kurangnya memakan masa seminggu untuk sampai… aku dah start panic kerana Cuma bodyshop sahaja yang menggunakan gas CO2 untuk pengeluaran body kereta… antara opsyen yang aku ada untuk menyelesaikan masalah ni adalah… guna kenderaan sendiri pergi amik gas CO2 kat MOX… atau gi Tanya kat shop2 lain manalah tahu dia org ada simpan stok gas CO2… so, aku buat opsyen yang kedua dulu… aku suruh bebudak store pergi ke shop2 lain untuk Tanya samada dia org ada simpan atau tidak gas cO2… dan kebetulan di Assembly shop dia org ada simpan sedikit gas CO2 yang digunakan untuk proses repair… so, aku dapat la pinjam sedikit sementara stok gas sampai ke perodua dari MOX… apa yang aku belajar dari insiden ni, kepentingan untuk monitor barang2 yang kritikal dan mempunayi hubungan yang baik dengan PIC2 store dari shop yang lain… ok aku sambung dalam dalam bahagian yang lain plak...

Monday, November 14, 2011

Makan – makanan



Apalah yang aku nak sembang untuk entry kali nih… kalau nak cite pasal larian… next event aku jauh lagi… hujung bulan 11 (parkcity run)… hari yang sama untuk parkcity run iaitu pada 27/11/2011… kat kl ada larian NIKE WE RUN KL 10K… ini antara larian yang mendapat sambutan hangat pada tahun ni kerana pendaftaran hanya dapat dibuka selama 3 hari sahaja… lepas tu dah penuh dah… ramai orang berebut nak masuk larian ni sebab T-shirt nike yang ditawarkan menarik dan harga penyertaan pun murah… ramai yang marah sebab penyertaan ditutup cepat sangat… siap ade sorang mamat ni kt dalam facebook suruh nike pastikan setiap orang yang mendafter untuk hadir pada tarikh larian tersebut… hahhaaa lawak betul la…
running tee & botol air NIKE

Aku memilih untuk berlari dlm parkcity run sebab aku fikir event ni mugkin lebih menarik sebab diadakan di desa parkcity yang lebih eksklusif… dari gambar2 yang aku tengok dalam internet kawasan ni memang cantik dan besih… lagi pun aku dah pernah lari kat kawasan bandaraya kl semasa larian hari wilayah, larian ktm komuter dan scklm… cuba try test lari kat tempat lain lak… untuk larian kali ni aku akan berlari bersama2 dgn ajat… kali ni ajat siap beli seluar general compression daripada Breath… aku pun berminat dengan seluar general compression dan aku juga la yang memperkenal dengan dengan jenama Breath ni… tapi dia yang beli dulu… dia beli yang panjang sampai buku lali… harganya baru dalam lingkungan rm90… kalau jenama2 lain mau2 mesti dalam lingkungan rm150… aku dah try seluar yang dia beli tu… memang best dan selesa… rasa sejuk bila berlari…
Bersesuaian dengan tajuk entry kali ni… aku nak kongsi port2 menarik tempat nak makan yang aku suka nak singgah… kalau hari kerja, seminggu sekali aku akan pergi makan di gerai nasi ayam simpang sungai choh… tempat ni memang popular untuk orang2 kawasan sungai choh, bukit beruntung, bukit sentosa dan sungai buaya, termasuk budak2 perodua… apa yang aku suka kat sini adalah nasi goring ayam dengan sayur kalian… sayur kalian gorengnya memang lain dari yang lain… 
nasi goreng ayam & kailan goreng

Kalau aku ke selatan antara port yang menarik adalah gerai kuih di sg. Merab, sebab ada donut gergasi sebesar pinggan makan… kalau ke kajang mesti pekena satay kajang hj. Samuri… kalau aku ke johor aku akan singgah di batu pahat untuk makan nasi beriani dekat kedai dekat dengan Alliance Bank… di muar, aku selalunya singgah di tanjung emas untuk pekena mee bandung…
donut sebesar piring

Paling best kalau aku ke utara… kat tanjung malim ada pau yee mun… kedainya ada di simpang 4 dekat UPSI… kalau ke ipoh pulak ada char kuew tiouw kat greentown… kat sebelah padang di Bandar ipoh banyak orang berniaga guna van… di tanjung rambutan dekat stesen keretapi pula ada rojak special… kalau gerak sampai ke penang… singgah di prai. Makan mee udang… kalau kat atas pulau, takyah cite la, memang banyak port2 menarik untuk gi makan… aku suka singgah makan pasembor di padang kota dan nasi kandar di gerai line clear…
nasi kandar ayam goreng.... kuah semua tarok

kedai antara celah kedai

mee goreng udang

mee udang prai

Ni selera aku… terpulang pada selera masing2 makanan dan tempat makan yang korang paling suka…

Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011

di surau taman kesumba, bukit beruntung
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog saya... aktiviti raya korban tahun ni dimulakan dengan sembahyang raya dan membantu melapah daging korban di bukit beruntung... tahun ni ada 2 ekor lembu yang dikorbankan...
Belah petang bertolak ke kuantan untuk melawat sedara mara... hari selasa baru balik semula ke gombak...