Friday, November 11, 2016

Persona Baru, Persona Aku dan Radiator dan Ignition Coil


Persona Baru, Persona Aku dan Radiator dan Ignition Coil

 

Proton Persona Elegance yang aku beli pada tahun 2000 bagi mengantikan kelisa ku sudahpun berumur 6 tahun.. persona aku ni kira 2nd generation persona la.. dgn sedikit perubahan pada lampu belakang dan air intake system yang telah diperbaiki.. kalau tak salah aku 1st generation persona banyak masalah dengan air intake systemnya..

Sebab utama aku ambil persona ganti kelisa aku adalah space dan value for money.. masa aku nak ambil persona ni kira tawakal juga la.. sbb kan kereta proton terkenal dengan pelbagai masalahnya.. Alhamdulillah .. kereta persona aku ni xde major problem.. Cuma ada beberapa insiden yang tak diingini berlaku..

Yang pertama.. dalam masa sebulan kereta aku ni keluar dan mengalami kemalangan kecil.. bukan aku yang bawa tapi sepupu arwah isteri aku.. aku masa tu pergi keje naik moto je.. sepupu arwah isteri menumpang kat rumah aku sementara waktu nak cari rumah masa buat praktikal.. disebabkan aku balik lewat.. dial ah yang bawa kereta gi jemput isteri aku balik keje.. tup.. tup berlanggar dengan moto yang nak lintas jalan dekat kawasan perindustrian batu cave.. petang2 kawasan tu memang sesak dan org2 yang bawak moto pun x ingat dunia.. so, adela rosak sikit grill depan tu.. tapi x Nampak sangat sbb kena pun x teruk..

Eksiden kali kedua agak teruk sikit.. tapi tak melibatkan sesiapa sebab masa tu kereta aku parking kat tepi jalan depan rumah.. dalam pukul 4 pagi aku terjaga sebab terdengar bunyi yang kuat macam lori langgar bumper jalan.. dalam keadaan mamai tu aku terfikir dari mana boleh datang bunyi tu sebab depan rumah aku mana ada bumper jalan.. dengan serta merta aku terus bangkit dan intai kereta aku dari tingkap bilik tidur.. Ya Allah.. rupanya ada malaun mana tah dah langgar belakang kereta aku sebelah kiri.. habis bertabur atas jalan lampu signal sebelah kiri aku.. aku terus keluar rumah dan check kereta aku.. memang agak teruk la sebab body sebelah belakang kiri pun kemek teruk.. orang yang langgar tu dah x kelihatan langsung.. aku suspect lori yang langgar sebab point of impak agak tinggi.. kalau kereta mesti kena bumper bawah sahaja.. setelah duduk termenung kejap sambil merenung kerosakkan kereta aku.. aku decide esok sahajalah aku settlekan hal ni.. dok termenung pagi2 buta kat tepi jalan tu pun bukan boleh buat apa.. dipendekkan cerita terpaksalah aku keluar duit utk repair kereta aku.. aku buat jugalah report polis tapi x mau claim insuran.. aku repair kat kedai cina tua kat taman Bolton.. dlm masa 2 minggu cantik balik dah kereta aku.. aku ketuk dan simen balik panel yang kemek, ganti lampu belakang dan bumper.. siap cat.. kos dalam rm2000.. yang kelakarnya bila aku hantar kereta aku kat bengkel pakcik tua tu dia kata dia boleh buat.. tapi kena bagi masa.. dia siap cakap kat aku “U jangan hari2 call sama saya Tanya bila boleh siap aaa”

Tapi baru2 ni aku tengok balik kt tempat repair tu.. dh Nampak ada sikit2 rekahan halus.. haii.. jatuhlah harga kete aku bila nak jual nanti

Maintenance yang terkini aku buat untuk kereta persona aku ni adalah menggantikan radiator.. radiator ni amat2 penting untuk memastikan kereta kita beroperasi dalam julat suhu yang optimum.. jika kereta kita beroperasi pada suhu yang teramat tinggi amat2lah merbahaya.. suhu yang terlampau panas boleh menyebabkan kerosakkan enjin terutama pada connecting rod pada omboh yang boleh membengkok.. bila connecting rod dah bengkok.. omboh boleh mencalarkan lubang silinder dan seterusnya enjin boleh jem.. paling dasat sekali kalau enjin dah terlalu overheat .. kereta boleh terbakar.. tapi untuk pengetahuan korang, bukan radiator sahaja yang bertugas untuk kawal suhu enjin.. tahap minyak enjin @ minyak hitam juga menyumbang kepada kawalan suhu enjin..

Masalah ni bermula bila aku sedar setiap kali aku off enjin aku aku masih boleh mendengar bunyi fan radiator aku masih berpusing.. pada mulanya aku ingat ini perkara normal sebab persona aku memang dia punya radiator fan off lambat sikit lepas off enjin.. dalam 2~3 saat camtu la.. tapi satu hari tu aku terdengar radiator fan aku masih terus berpusing walaupun dah lepas 10 saat aku matikan enjin.. sebab ni bukan perkara normal maka aku check la condition radiator aku.. level air OK je.. tak kurang pun dalam radiator.. tapi masa aku jenguk2 dalam enjin room aku ternampak cecair warna hijau menitik dari radiator aku.. cecair hijau ni adalah air coolant dari radiator.. maknanya mesti ada kebocoran dari kat radiator aku.. pada mulanya aku suspek kebocoran tu berpunca dari drain plug kat radiator.. so aku tukarlah drain plug baru (beli kat kedai spare part kete) .. lepas tukar drain plug dan isi air baru dalam radiator.. aku terperasan pulak ada pancutan kecil air dari radiator fin .. SAH.. radiator aku dah bocor.. MAKNAnya, kena bawak gi bengkel la..

Bila aku bawa ke bengkel.. mekanik tu bagitau aku persona tahun 2000 memang ada masalah ni.. masalahnya berpunca dari radiator fan yang bergesel dengan radiator.. lama kelamaan akan haus dan bocor.. bila dan bocor ada 2 option la.. pertama tampal kawasan yang bocor tu dan option kedua ganti je yang baru..

Kalau tampal.. kosnya dalam RM100.. tapi kena tunggu la sebab radiator kena hantar ke bengkel khas yang servis radiator.. tak tahu la berapa lama nak kena tunggu pulak.. kalau x siap dalam sehari, kete kena tinggal kt bengkel la plak.. abis tu nak balik camne.. kalau beli yang baru.. harganya dalam RM250.. tapi kelebihannya boleh terus pasang.. setelah berfikir sejenak.. aku decide utk tukar yang baru aje sbb aku tak boleh nak tunggu lama2..

Mekanik pun bukalah aku punya radiator dan order radiator baru dari kedai spare part.. bila radiator baru sampai.. salah hantar la plak.. kedai spare part tersilap hantar yang manual punya.. untuk pengetahuan korang terdapat sedikit perbezaan antara radiator kereta manual dengan kereta auto.. untuk kereta auto radiatornya ada inlet dan outlet untuk penyejukkan cecair auto kat bahagian bawahnya.. lepas radiator baru sampai.. mekanik pun terus pasang yang baru..

Waktu testing radiator baru.. mekanik jumpa pulak masalah baru.. thermostat pulak rosak.. mekanik tu cite kat aku, kereta proton ni memang macam ni.. senang rosak thermostat.. kalau kita buka radiator atau keringkan air radiator.. thermostat mudah rosak.. dia pun tak tahu kenapa.. bila dh rosak tu, kenalah ganti yang baru.. berikut adalah kegunaan thermostat yang aku kutip dari mekanikkereta.blogspot

 

Thermostat adalah alat yang bergelung dan mempunyai gentian berwarna kuning ditengah gegelung yang berbentuk seperti penutup radiator.Penggunaan thermostat adalah sebagai penyekat air pada satu tahap maksima kepanasan supaya kipas radiator sebagai alat pembuang haba automatik berfungsi dan seterusnya mengawal sistem sejuk air dalam enjin kereta.

Thermostat juga boleh berfungsi sebagai penyekat sedikit kotoran dalam sistem air kereta seperti habuk halus dari coolant.Kotoran tersebut akan melekat disekeliling gegelung berbentuk spring pada thermostat dan lama kelamaan membentuk seperti sarang.

 

Lepas ganti thermostat barulah OK.. mekanik tu jugak pasang spacer/shimm antara radiator baru dan radiator fan untuk mengelakkan barlakunya lagi geseran.. lagi mekanik pesan kat aku jangan bubuh coolant dulu dalam masa sebulan nih sbb kalau radiator rosak dalam masa sebulan ni dan kedai spare part dapati ada coolant dalam radiator maka dia tak akan bagi warranty.. lepas sebulan baru aku tambah coolant sikit.. jangan bubuh coolant banyak sangat sbb coolant ni walaupun membantu mengekalkan suhu rendah pada enjin .. ia juga bersifat menghakis..

 

Selain tu aku juga ada belajar cara nak cuci air dalam radiator tanpa flushing.. iaitu dengan menggunakan sebotol air mineral dan tangkupkan pada lubang penutup radiator.. biarkan enjin berjalan dan kita akan lihat kotoran akan mula masuk ke dalam botol air mineral tersebut.. kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut boleh tengok kat YouTube okeh.. proses cuci radiator ni aku buat 2 minggu sekali.. dengan cara ini kita boleh pastikan air radiator kita cukup dan bersih dan juga circulation system penyejukkan berjalan dengan baik.. jika kita dapati ada air membuak2 keluar dari lubang penutup radiator.. bermakna system radiator kita ada masalah.. kemungkinan besar thermostat rosak..

 

Oklah.. sampai sini saja tips untuk hari ni..
Radiator aku sebelum dibuka






Radiator selepas dibuka, Nampak x inlet dan outlet utk cecair auto kat bawah tu



Lupa nak cite, aku juga tukar ignition coil sbb yang lama dh tersekat kat cylinder head x boleh nak tarik kuar

Tuesday, September 20, 2016

2XU Compression Run 2015


2XU Compression Run 2015

Jarak: 10km

Kategori: Men’s Open

Tarikh: 1 November 2015

Lokasi: Pusat Rekreasi Air, Putrajaya

 

          Acara ni sebenarnya di tunda ke tarikh ni dari tarikh asal.. masalahnya aku dh tak ingat tarikh asalnya.. yang pasti acara ni terpaksa ditunda kerana masalah jerebu yang melanda Negara pada waktu itu.. medal pun dh diberi awal2 lagi sebelum hari larian.. semasa REP collection.. REP collection dibuat oleh ajat.. oleh kerana dh daftar aku dan ajat pun pergi la berlari..

          Aku bergerak dengan ajat jer berdua dari rumah sri Gombak.. kali ni yang lain xnak ikut.. larian bermula dari Pusat Rekreasi Air, Putrajaya.. ini bukanlah pertama kali aku mula berlari dari sini.. masa MAKNA night run dulu pun acara bermula dari tempat ni.. Cuma beza siang dan malam sahaja.. jumlah peserta yang hadir pun Nampak macam kurang aje.. ini mungkin disebabkan medal dh bagi awal2.. tapi yang penting bagi aku adalah peluang untuk berlari.. medal tu sebagai ganjaran bonus sahaja..

          Secara keseluruhannya semuanya berjalan dengan lancer.. meh aku belanja beberapa gambar yang aku ambil selepas larian..
Antupancing & Ajat.. Selepas garis penamat

Pemandangan pagi di putrajaya

Antupancing

Antupancing dan Ajat.. melepak2
 

Tuesday, August 30, 2016

SCKLM Dan BSNPNM 2015


SCKLM Dan BSNPNM 2015

Beginilah nasib runner.. org lain punya hal kami yang terkena..

Secara summarynya kedua2 acara ini terpaksa dibatalkan disaat2 akhir kerana JEREBU.. yang berpunca dari kebakaran hutan melampau di Negara jiran Indonesia.. aku tak nak ulas berpunca dari siapa tapi kami RUNNER yang menanggung akibatnya

Aku mulakan dengan SCKLM dulu yea.. hari sabtu semua kecuali aku bergerak ke kl dari rumah ajat.. aku hari tu kena kerja.. jaga booth kat pameran Alami Proton dari pagi sampai kul 12tgh/hari.. Ajat, Una, Ana, Miza, Sufi dan Rini semua dh grk dulu.. gi ambik baju dan check in hotel.. aku dalam kul 3 baru sampai ke hotel..

Pas sampai hotel aku ajak dia orang semua gi tengok expo REP collection kat dewan bawah dataran merdeka.. sebenarnya dia org dh pegi dah tadi ambil baju.. aku ajak sekali lagi sebab aku pun nak tengok expo.. sebelum tu kami pergi makan dulu.. seperti biasa kami makan kat restoran INSAF di jalan TAR.. nasi beriyani kat sini antara yang terbaik la.. lepas makan barulah kami bergerak ke expo.. masa bergerak ke expo aku tgk cuaca dh agak kelam.. jerebu menjadi semakin teruk.. selepas pusing2 kat expo kamipun bergerak balik ke hotel..

Semasa dihotel kami terima msg dari penganjur KL marathon.. oleh kerana keadaan jerebu menjadi semakin teruk maka larian KL Marathon pada keesokkan paginya terpaksa DIBATALKAN..KECIWA sunggoh kami semua.. pada sebelah petangnya kami bermalas-malasan di dalam bilik hotel.. pada sebelah malam kami pergi makan kat McDonald.. pas makan kami pergi lepak2 kat dataran merdeka hingga lewat malam.. persiapan semua dah buat.. khemah dah siap.. tapi apakan daya..

Lepas lepak2 kt dataran.. kami pun balik ke bilik hotel dan TIDO..

Keesokkan paginya kami dapat msg yang medal boleh mula diambil di dataran merdeka.. walaupun larian dibatalkan.. semua runner entitlement masih diberikan.. maklumlah, kan dah bayar.. mula2 kami plan nak buat short run pagi tu dari dataran merdeka hingga ke lake garden.. tapi tetiba rasa malas la plak.. suasana pagi tu kat dataran merdeka memang meriah.. ramai juga runner yang hadir.. ade juga runner yang buat short run sebab route 10k dibuka oleh pihak penganjur.. Cuma larian atas tanggungan risiko masing2.. keadaan jerebu pun agak kuat juga pagi tu.. kami turun beramai2 untuk gi collect medal dan bersiar2 di kawasan dataran merdeka.. pagi tu pihak penganjur juga ada menyediakan sarapan untuk semua runner yang hadir.. tapi kami malas nak beratur..

Kami balik ke bilik dan bersiap utk check-out.. lepas check-out kami pergi sarapan dulu kt deretan kedai makan bersebelahan dengan MAIDIN jalan masjid india.. masa ni kami lihat ramai dh pakai finisher T FM.. tapi kami semua tahu tak membawa sebarang makna pun..Alhamdulillah aku dan ajat dh buat FM pada 2014.. sekurang2nya finisher T kami ada makna.. We Came.. We Run.. We Complete.. pas makan kami pun bergerak balik naik LRT

 

Kisah KECIWA No.2.. BSNPNM 2105.. selepas pembatalan acara SCKLM.. keadaan jerebu masih lagi menghantui .. kawasan Putrajaya tidak terlepas.. pada tahun 2015.. SCKLM dan BSNPNM dijadualkan pada bulan yang sama.. Cuma pembatalan BSNPNM lebih awal dari hari event.. walau bagaimanapun.. kami tetap pergi juga sebab nak collect medal dan finisher T 21k.. aku plan nak buat light run dengan anak2 aku..

Lewat petang aku, ana, miza, sufi dan rini bergerak dari bukit beruntung ke putrajaya .. ajat dan una dh ada kat sana dh sbb dia org bergerak dari rumah una di sepang.. aku sje je pakai running T BSNPNM 2011.. iaitu PNM pertama yang aku sertai.. yang lain dh siap2 pakai running T BSNPNM2015 sbb REP melalui pos..

Setibanya di Dataran Perbadanan Putrajaya kami regroup dengan ajat.. ajat x tunggu lama sebab dia ada plan yg lain.. ramai juga runner yang datang untuk collect medal dan finisher T.. pada malam itu juga route 5k dibuka untuk pelari .. tetapi larian atas risiko masing2 sbb keadaan masih lagi berjerebu

Disebabkan kami dh datang dari jauh dan dh siap pakai baju larian.. maka aku, rini, miza dan sufi buatlah short run.. x sampai 5k pun.. saje nak buat lepas geram.. lepas berlari kami bergerak ke Ayer8.. tempat makan baru di putrajaya.. kami mkn kebab je malam tu.. pas makan kami bergambar dan berjalan2 di sisiran tasik sampai penat.. pastu kami pun balik la

Itulah cite kami pasal SCKLM dan BSNPNM 2015.. penuh trajedi dan kisah sedih suka duka.. Alhamdulillah SCKLM 2016 berjalan dengan baik dan lancer.. Cuma pada 2016 BSN dah tarik diri dari jadi title sponsor untuk PNM.. maka tinggallah PNM2016 sahaja..
Lunch kt INSAF
REPC
Nampak tak jerebu kat belakang
Geng Keciwa melepak di dataran merdeka
PNMBSN.. Kami hadir
PNMBSN.. Kami hadir
Ayer8.. Putrajaya
 

Monday, July 25, 2016

Tuntutan Harta Sepencarian


Tuntutan Harta Sepencarian

 


Artikel kali ini aku tulis sebab .. setelah 2 tahun Betty pergi meninggalkan aku.. baru aku terpanggil untuk check balik harta2 kami.. kenapa aku tak buat lebih awal.. aku pun x tahu kenapa.. mungkin aku cuba untuk meneruskan hidup tanpa terlalu banyak memikirkan tentang perkara2 lepas..

Hajatnya nak letgo salah satu daripada rumah aku untuk buat modal beli rumah lain kat area aku menyewa sekarang.. taknak lah aku menyewa lama2 sangat.. nanti lama2 harga rumah kt area aku pun akan naik tinggi sangat..

So, aku carikla balik document2 rumah aku.. Alhamdulillah, semua dokumen2 rumah aku masih tersimpan dengan baiknya.. bila aku check harga pasaran semasa rumah yang aku nak jual tu memang ada untung la kalau aku boleh jual.. bila aku baca balik dokumen pinjaman perumahan aku.. aku dapati ada tertulis pasal insuran GMTA.. selidik punya selidik rupanya rumah yang aku beli ni ada cover insuran yang dikeluarkan oleh SunLife.. aku pun telefonlah SunLife.. menurut SunLife rumah yang aku beli tu memang cover insuran untuk aku dan arwah.. SunLife siap sound aku kenapa sekarang baru nak claim.. SunLife suruh aku pergi ke CIMB untuk urusan tuntutan.. untuk memudahkan urusan aku dah siap2 download Death Claim Form dan Imdemty Form (Kalau x salah la) sebab aku xde copy sijil insuran..

Aku amikla cuti sehari untuk buat urusan claim insuran ni.. aku pergi ke CIMB setiawangsa sbb kat sini la aku buat perjanjian perumahan aku tu.. menurut pegawai bank kat CIMB setiawangsa tu.. claim ni boleh dibuat kat mana2 cawangan cimb.. pegawai tu bantu aku untuk isi form claim untuk kedua2 biji rumah aku.. Alhamdulillah semua dokumen lengkap.. submission  xde masalah.. pas submit claim aku call SunLife untuk confirmkan yang dia org dh terima claim aku.. dia org kata OK dan akan bayar selepas 2 minggu pemprosesan.. Alhamdulillah selesai satu perkara..

Beralih kembali kepada niat aku nak jual rumah.. aku iklan kan je kat mudah.com.. sekejap aje berlambak ajen2 rumah contact aku bertanyakan rumah yg nak aku jual tu.. Alhamdulillah, rumah yang nak aku jual tu kt kawasan yang memang menjadi tumpuan ramai.. tetapi ada satu masalah besar timbul.. bila ejen rumah tgk bahawa dlm SNP ade nama arwah.. maka aku kena ada Perintah Mahkamah yang menyatakan aku ada hak untuk jual rumah itu dan semua waris telah bersetuju.. kita ni org islam kenalah rujuk hukum Faraid.. maka waris kepada arwah adalah aku, miza, mak mertuaku dan adik perempuan arwah (Seibu dan sebapa).. ada seorang lagi adik arwah tapi berlainan bapa.. maka terkeluar dari senarai waris..

Secara jujurnya kalau nak bahagi harta ini secara hokum Faraid memang Nampak macam kurang adil sebab selama ni aku la yang bayar hutang kedua2 rumah ni.. aku jugakla yang jaga.. maka aku rasa aku lebih berhak.. MAKA dalam undang2 islam aku berhak tuntut Harta Sepencarian.. sebenarnya seorang peguam syarie yang mencadangkan kepada aku untuk buat tuntutan harta sepencarian sebelum Faraid..

Secara ringkasnya .. proses tuntutan harta sepencarian ini akan melibatkan org yang menuntut akan mengeluarkan saman kepada semua waris yang terlibat di mahkamah tinggi syariah.. saman ini bermaksud jika ada waris lain yang ingin membuat tuntutan atas harta tersebut perlu hadir sewaktu perbicaraan dan mengemukan bukti kepada hakim mengapa dia mempunyai hak terhadap harta tersebut.. sebagai contoh, katakana sewaktu nak beli harta tersebut salah seorang daripada waris bagi duit pendahuluan, maka secara tidak langsung dia ada hak atas harta tersebut.. maka bolehlah sewaktu perbicaraan nanti waris tersebut mengemukakan bukti kepada hakim.. keputusan tuntutan harta sepencarian ini adalah bergantung kepada penilaian hakim atas bukti2 yang telah dikemukakan..

TAPI.. kalau kita tak nak susah2 nak kena gi mahkamah untuk perbicaraan.. cara lain adalah dengan cara perbincangan antara semua waris.. jika kita boleh dapat kata sepakat adalah lebih baik.. dalam kes aku.. aku berniat untuk buat tuntutan sebanyak 2/3 dari harta tersebut sebagai tuntutan harta sepencarian dan selebihnya 1/3 akan dibahagikan secara faraid dikalangan semua waris.. aku sudah pun berbincang dengan bekas mak mertua aku serta bekas adik ipar aku dan kedua2 mereka telah bersetuju.. walaupun sebenarnya aku rasa aku berhak buat tuntutan 100% tetapi aku nak jaga hubungan baik dengan keluarga arwah.. maka aku Cuma buat tuntutan 2/3.. dengan cara ini aku rasa mungkin aku x perlu turun naik mahkamah untuk perbicaraan.. selepas ini peguam akan buat surat perjanjian yang akan ditandatangani oleh semua waris dan kemukakan ke mahkamah tinggi syariah untuk kelulusan..

Sebenarnya untuk kes aku ni.. baru sampai dapat persetujuan semua waris.. sekarang aku kena kumpul semua document diri waris dan semua dokument2 harta dan submit ke peguam.. nanti2 aku cerita lagi apa perkembangannya OK..

Monday, May 9, 2016

ASEAN Unity Run 2015


ASEAN Unity Run 2015

Jarak: 10km

Kategori: Men’s Open

REP: Running T, BIB (C3070)

Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal,

Tarikh: 9 Ogos 2015

Lokasi: Padang Merbuk, Kuala Lumpur

 

          Acara larian selepas bulan puasa dan bulan raya puasa.. salah satu larian yang dianjurkan semperna mesyuarat menteri ASEAN di kuala lumpur.. yang masuk pada kali ni adalah Cuma aku dah ajat sahaja.. yang lain tinggal kt rumah ajat sebab susah nak bangun pagi.. Cuma aku dan ajat sahaja, naik moto ke padang merbuk..

 

          Kami parking atas divider jalan betul2 sebelah padang merbuk.. hehe, itulah kelebihan pergi event naik moto.. boleh parking dekat dengan tapak event.. takyah nak parking jauh2 pastu kena jalan kaki.. nak cari parking pun agak mudah jugak..

 

          Route larian adalah standard untuk larian kawasan bukit tungku.. Cuma kali ni aku berlari berpacing dengan ajat dari  mula larian hingga tamat.. masa yang kami catatkan adalah 1jam 9min..
Antupancing..

Ajat

Kami berdua je kali ni..
 

Tuesday, April 19, 2016

Team Malaysia FanRun 2015


Team Malaysia FanRun 2015

Jarak: 10km

Kategori: Men’s Open

REP: Running T, BIB (F9523)

Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal,

Tarikh: 31 May 2015

Lokasi: Putrajaya

 

          Acara ni hampir setiap tahun aku daftar.. tapi xpernah lari pun.. saje je daftar sebab nakkan bajunya.. tapi kali ni aku decide untuk berlari.. dan kali ni aku libatkan semua ahli keluarga aku.. aku daftarkan untuk semua.. miza, sufi dan ana sekali.. walaupun ana xboleh berlari aku daftarkan juga sebab sekurang2nya dia pun akan dapat baju juga.. aku daftarkan miza dan sufi untuk 5km.. aku dan ajat pula akan berlari dalam acara 10km.. miza dan sufi akan berlari sambil ditemani oleh rini..

         

Ini adalah acara sebelah pagi.. kali ni kami pergi dengan pakai baju yang sedondon.. semua pakai baju FanRun.. untuk dijadikan cite.. baju miza yang aku tempah agak kecik .. maklumlah miza memang berbadan agak besar.. so, aku contact HoHaa untuk tukar baju.. HoHaa kata boleh tapi aku kena tukar kat opis dia org kat Subang Jaya.. maka pergilah aku dengan ana dan sufi ke opis HoHaa di subang jaya nak tukar saiz baju.. Alhamdulillah settle..

         

          Kesimpulannya larian aku agak OK juga.. aku Berjaya menamatkan larian dengan masa 1jam 9min.. antara masa terpantas aku untuk larian 10k.. ajat sampai agak lewat sedikit.. 4min selepas aku sampai.. untuk miza, sufi dan rini pun ok gak.. semuanya dapat menamatkan larian dengan baik sekali.. dan ini merupakan acara larian pertama untuk sufi dan dia memang betul teruja..

 

          Selepas larian kami berkumpul semula.. Pak Teh aku yang baru berjinak2 dalam sukan larian ni pun join acara ini juga.. dia pun ambil 10k.. Cuma dia sampai lewat 20min dari kami.. kami berkumpul beramai2 untuk sesi bergambar.. ini adalah acara terakhir sebelum kami bercuti panjang untuk bulan ramadhan dan hari raya.. makin meriahlah aktiviti larian dalam keluarga aku ni sebab semua dah mula terlibat..

Ana dan Sufi sebelum larian

Petak mula 10k

Masing2 tayang medal

1st medal FanRun
Makin meriah.. Boria kami semua harini


Ajat, Pak Teh, Antupancing
 

Thursday, April 14, 2016

Ahli Baru


Ahli Baru

Di saat penulisan entry kali ini DIA sudah berumur 12hari.. sudah hampir 14 tahun aku tidak mengendong di tangan aku anugerah tuhan yang tidak ternilai.. apa yang mampu aku ucapkan adalah ALHAMDULILLAH..

 

Saja aku nak kongsikan rentetan-rentetan kejadian kelahiran anak aku MUHAMAD SUFI ALFATIH.. Ana sudah menjangkau masuk minggu ke 38 mengandung.. bermakna pada tempoh ini pada bila2 masa proses kelahiran boleh berlaku.. secara kebetulan tempoh kehamilan Ana sama dengan isteri ajat Una.. Pada satu petang rabu aku menerima satu panggilan daripada Ana yang menyatakan dia sakit perut dan berasa tidak selesa.. aku dengan segera terus balik ke rumah.. tapi masa aku sampai ke rumah.. mak dan ayah aku dan sampai dulu.. maklumlah dia org lebih dekat.. by the time aku sampai rumah.. kesakitan Ana sudah mula berkurangan.. mak menasihatkan kami supaya tunggu dahulu.. kalau sakit tu berpanjangan baru pergi ke hospital..

 

Keesokkan harinya aku mengambil cuti sebab kebetulan Ana pun ada pemeriksaan berkala yang perlu dibuat di klinik ibu dan anak.. semasa di klinik.. nurse kt klinik pun menasihatkan kami untuk terus pergi ke hospital jika sakit berpanjangan.. sebelum ini aku dan Ana dan bersetuju kelahiran anak kami akan dibuat di Hospital Sungai Buloh.. ini adalah disebabkan factor senang nak sampai.. dari Bukit Beruntung.. naik highway terus boleh sampai ke Hospital Sungai Buloh.. pada lewat petang hari yang sama .. Ana mengadu kat aku kesakitan yang dia rasa semakin kerap dan kuat.. maka kami ambil keputusan untuk pergi ke hospital selepas solat maghrib..

 

Kami terus ke Dewan Bersalin hospital sungai buloh yang terletak bersebelahan dengan Unit Kecemasan Dan Trauma.. setelah membuat pendaftaran .. Ana pun masuk kedalam wad bersalin untuk pemantauan sementara aku dan sufi tunggu diluar.. lama juga la aku tunggu .. lebih kurang dari jam 8mlm hingga 12mlm.. sufi memang dah mengantuk giler.. aku sudah mula bercadang untuk menghantar sufi balik ke rumah mak ayah aku dan datang semula untuk tengok keadaan Ana.. tapi dalam jam 12.30mlm ..Ana keluar dari wad pemantauan dan menyatakan dia belum bersedia untuk bersalin dan doctor meminta untuk pulang dahulu.. jika kesakitan menjadi semakin kuat dan berpanjangan barulah datang semula.. alkisahnya pada malam itu hampir jam 2pagi baru aku sampai ke rumah..

 

Seminggu lepas kejadian itu.. pada tanggal 30/03/2016.. dalam jam 3.30ptg.. aku sekali lagi menerima panggilan dari Ana yang menyatakan kesakitan yg dia rasa semakin kuat dan dia merasa amat2 berasa tidak selesa.. kebetulan pada hari yg sama pada jam 2.00ptg aku menerima kabar gembira daripada Ajat yang Una telah selamat bersalin anak lelaki di Hospital Pusrawi KL.. ALHAMDULILLAH.. selepas menerima panggilan daripada Ana.. aku meminta dia tunggu dalam 1/2jam.. jika sakit itu masih ada dan semakin kuat.. aku meminta dia untuk terus pergi ke hospital.. kebetulan pada masa ini mak dan ayah mertua ku ada dirumah bersama adik Ana.. aku meminta Ana kehospital dengan mereka..

 

Bila aku sampai ke hospital.. Ana sudah pun masuk ke dalam bilik bersalin.. aku, mak dan ayah Ana, adik Ana tunggu diluar penuh dengan rasa berdebar.. dalam jam 7mlm.. aku dipanggil oleh doctor untuk masuk kedalam wad bersalin.. pada waktu ini Ana sudah hampir nak bersalin tapi ada beberapa komplikasi.. pertama degupan jantung baby berdegup terlalu laju.. kedua suhu badan Ana secara tiba2 meningkat mendadak.. melebihi 38darjah celcius.. menurut doctor.. keadaan bayi dalam kandungan pasti lebih panas lagi.. maka dengan itu doctor mencadangkan kelahiran disambut dengan cara pembedahan kerana terdapat risiko kepada bayi jika menunggu lebih lama untuk kelahiran normal.. atas nasihat doctor.. aku dan Ana bersetuju untuk proses pembedahan.. dengan pantas Ana ditolak ke bilik pembedahan.. dan dengan izin ALLAH.. pada jam 7.30mlm, tanggal 30 Mac 2016.. MUHAMAD SUFI ALFATIH pun dilahirkan..

 

Lebih kurang jam 8mlm aku dipanggil masuk untuk mengazan fatih.. agak terketar2 jugak la.. maklumlah dah 14 tahun tak buat.. pada masa ini Ana masih lagi dipantau selepas pembedahan.. pada jam 9.30 aku dimaklumkan yang Ana telah dipindahkan ke wad ibu bersalin di tingkat 6.. disebabkan masa sudah lewat dan melepasi tempoh melawat.. hanya aku sahaja yang dibenarkan untuk melawat Ana dlam wad.. aku naik sekejap untuk mengjenguk Ana dan memberikan beg keperluan Ana dan Fatih.. pada masa ini Fatih masih lagi di wad pemantauan.. selepas itu aku pun bergerak balik..

 

Keesokkan harinya aku datang semula ke hospital.. tapi kali ini aku bawa bersama sufi dan miza.. kali ini di hospital ada mak dan ayah Ana, adik Ana.. mak dan ayah aku datang pada sesi melawat belah petang.. harini ini juga aku mendapat berita yang Fatih mempunyai G6PD deficiency.. seperti abangnya Sufi.. apa itu G6PD?.. kalau aku nak ulas kat sini panjang ceritanya.. nantilah lain kali aku cite pasal G6PD.. oleh sbb Fatih ada G6PD dan kelahiran melalui pembedahan dan juga demam kuning.. dia terpaksa ditahan untuk pemantauan di hospital selama 5 hari.. bermakna selama 5 hari jugalah aku menghabiskan masa di hospital.. pada hari ke-5 iaitu ahri Ahad.. Ana dan Fatih dibenarkan balik..

 

Demam kuning Fatih masih ada lagi.. tapi kali ini pemantauan dan pemeriksaan dibuat di hospital kuala kubu.. baru semalam Fatih menjalani ujian darah yang lebih menyeluruh sebab demam kuningnya masih ada walaupun selepas 14 hari.. untuk kanak2 yang ada G6PD ni demam kuningnya agak kritikal sikit dan kena selalu pantau.. kalau tak pantau besar kemungkinan kena tukar darah.. Alhamdulillah ujian darah terkini Fatih menunjukkan demam kuningnya semakin berkurangan dan keputusan ujian darahnya adalah OK.. sekarang Cuma perlu tunggu ujian yang dibuat oleh hospital selayang yang memakan masa 2bulan utk siap.. aku berdoa supaya resultnya kelak semuanya OK..

 

Itulah kisah terkini aku sekeluarga sekarang.. dah berlima kami sekarang.. tapi sememangnya keluarga kami unik.. kadang2 susah aku nak terangkan situasinya..
Muhamad Sufi Alfatih.. umur 1 hari

Muhamad Sufi Alfatih.. umur 10 hari
 

Monday, March 21, 2016

Great Eastern Color My Heart Run 2015


Great Eastern Color My Heart Run 2015

Jarak: 12km

Kategori: Men’s Open

REP: Running T, BIB

Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal,

Tarikh: 24 May 2015

Lokasi: Dataran Merdeka

 

          Pada 2015 akhirnya aku Berjaya mendaftar untuk larian Great Eastern.. Cuma pada tahun ini perbezaannya adalah pada lokasi larian.. pada tahun2 lepas larian ni dianjurkan kat Banggunan Matrade di jalan Duta.. pada tahun 2015 lokasi larian berubah ke Dataran Merdeka.. pada tahun 2015 juga larian ini bertukar konsep dari larian berhalangan kepada Color run.. ini adalah kali pertama aku untuk menyertai color run.. secara kasarnya larian ini terbahagi kepada 2 kategori.. 12km dan Fun Run 5km.. route larian 12km akan bermula dari dataran merdeka dan mengelilingi kawasan bukit tungku.. manakala fun run adalah lebih kepada color run dimana para peserta akan disimbahkan dengan serbuk warna sepanjang checkpoint larian..

          Sudah lama rasanya aku taka da event yang bermula dari dataran merdeka.. selalunya aku akan ke dataran merdeka untuk SCKLM sahaja.. untuk larian kali ini Cuma aku dan ana sahaja yang bergerak ke dataran merdeka.. aku pinjam moto ajat.. pada masa ni ajat xde kat rumah sebab dia ada urusan lain.. sufi dan miza pulak malas nak ikut sebab kena gerak awal pagi.. tinggallah sufi dengan miza kat rumah ajat.. bertemankan rini yang ikut sekali..

          Hehe.. bergeraklah aku dengan ana ke dataran merdeka naik moto.. macam org bercinta aje.. aku memang jarang sekali dapat bermoto dengan ana.. selalunya naik kete aje.. setibanya di dataran merdeka aku terus carik tempat nak parking moto.. aku parking dekat dengan air terjun berbentuk pokok periuk kera (sekarang dah xde dah.. dh kena robot dan digantikan dengan arca yang lain plak).. aku minta ana tunggu aku kat area kolam air pancut sementara aku bergerak ke tempat permulaan.. sejujurnya aku dh tak ingat detail pasal larian tu (maklumlah dh lepas setahun baru gatal tangan nak tulis race report).. tapi aku nak komen sikit pasal color run.. selepas menyertai acara color run ni.. aku rasa aku tak minat untuk sertai color run lagi.. aku kira bernasib baik sebab untuk route 12k takde org datang simbah serbuk color pada aku.. tapi di km yang terakhir peserta 12k akan bergabung semula dengan peserta fun run 5k.. aku tengok habis satu badan dia org kena simbah dengan serbuk berwarna.. bayangkan tight dengan kasut brooks aku kotor dengan serbuk berwarna tu.. ini boleh mendatangkan rasa marah.. camne nak bersihkan tu nanti.. mungkin jiwa aku tak sesuai untuk sertai color run..

          Setelah tamat larian aku dengan ana pergi menjengah booth penaja.. aku belikan untuk ana sepasang tight larian brooks dan juga sepasang stokin brooks (hehe.. seperti biasa).. lepas tu aku bawa ana pusing2 KL naik moto pulak sebelum balik semula ke rumah ajat..
Kami berdua aje kali ni

di kawasan air pancut, dataran merdeka

belakang tu pokok periuk kera gergasi



Starting Point
 

          Semasa aku menaip entry ni.. esok adalah tarikh buka pendaftran SCKLM 2016.. disebabkan SCKLM 2015 terpaksa dibatalkan sebab jerebu maka para peserta SCKLM 2015 diberi kelebihan untuk mendaftar awal dengan sedikit diskaun untuk yuran pendaftaran.. insyallah, seperti biasa akan mendaftar untuk acara HM sahaja.. so, esok standby depan laptop untuk daftar SCKLM 2016..

          Ana pulak sekarang ni sedang menunggu hari untuk bersalin.. aku doakan semoga semuanya berjalan lancar untuk ibu dan baby insyallah.. AMIN..

Monday, February 22, 2016

Sakit Gigi


Sakit Gigi

Korang pernah tak mengalami masalah sakit gigi.. tahun lepas 2015.. aku mengalami masalah sakit gigi yang agak kronik.. gigi tu sebenarnya dh lama sakit .. aku cuba elakkan dari makan kat gigi tu.. tapi ada sekali tu aku gi kenduri kat pulau pinang.. tuan rumah buat kambing bakar.. bersemangatlah aku nak makan.. sampai lupa pasal gigi aku yang sakit tu.. sekali aku tergigit kat area gigi yang sakit tu.. dia punya sakit rasa macam nak menangis..

 

Lepas balik dari pulau pinang.. aku terus nekad pergi jumpa doctor gigi.. aku dah  nekad suruh doctor gigi cabut gigi yang sakit tu.. sakit gigi bukan boleh buat main2..lepas cabut gigi terus rasa lega.. aku gi buat rawatan kt klinik swasta je.. kenalah dalam lebih kurang rm100.. disebabkan gigi yang kena cabut tu gigi geraham.. maka aku kena tukar gigi yang aku guna untuk kunyah makanan..

 

Baru2 ni gigi aku buat hal lagi.. gigi yang aku guna buat kunyah tu plak yang sakit.. mula2 sakit sikit jer.. tapi pada satu hari.. masa aku makan nasi ayam kat sri Gombak.. camne aku tak perasan ada tulang ayam dalam nasi tu.. sekali aku tergigit tulang ayam kat gigi yang sakit tu.. bunyi kuat, sampai ana yang duduk kat sebelah aku pun boleh dengar.. bila aku rasa2 dengan lidah aku aku boleh rasa gigi aku yang sakit tu dh retak.. Nampak gaya nak kena jumpa doctor gigi lagi la..

 

Aku gi la jumpa doctor gigi.. doctor kata gigi tu memang nak kena cabut.. tapi masa proses cabut tu.. gigi tu boleh patah, tertinggal akarnya kt dalam gusi aku.. masa tu doctor cuba gak la nak keluarkan akar yang tertinggal tu.. tapi tak boleh.. daktor kata nak kena buat surgery.. dalam bahasa perubatan pergigian dia org panggil M.O.S.. Minor Oral Surgery.. disebabkan gusi aku dah bengkak masa cabutan awal tu maka doctor tak boleh nak terus buat MOS.. nak kena tunggu gusi yang bengkak tu susut dulu.. doctor cadangkan keesokkan harinya untuk buat MOS.. tapi aku pulak dalam masa yang sama ada meeting besar pada hujung minggunya di pulau pangkor.. kalau aku buat MOS bermakna susahlah aku nak hadiri mesyuarat tu nanti.. maka aku terpaksa tunda MOS tu seminggu selepas aku balik dari pulau pangkor..

 

Sebelum aku nak buat MOS doctor dah bagitau siap2 berapa kosnya.. kosnya adalah RM500.. perrgghh.. mahal giler.. kalau korang nak murah boleh lah gi buat rawatan kat klinik pergigian kerajaan.. kosnya amat2 murah.. tapi nak kena buat appointment la.. tu yang tak sanggup tunggu tu.. gigi dah la berdenyut2 sakit..

 

Selepas balik dari pangkor aku pun set appointment utk MOS dengan klinik gigi.. aku nak buat MOS hari jumaat, supaya aku boleh berehat recovery pada hari sabtu dan ahad.. appointment aku pukul 9.00am.. aku nak buat awal2 supaya boleh berrehat awal.. cuak takyah cite la.. tapi aku buat2 control macho jer.. bila aku sampai ke klinik dah ada sorang customer tunggu.. tapi customer tu xlama.. dalam lebih kurang jam 9.30 aku pun dipanggil masuk ke dalam bilik doctor..

 

Sebelum pembedahan dimulakan.. doctor akan terlebih dahulu menerangkan risiko2 yang mungkin akan muncul.. tapi aku percaya pada kebolehan doctor dan aku redha je la.. seperti biasa doctor akan suntik bius.. lepas suntikan bius tunggu jap dalam 10min untuk memastikan bius bertindak.. pastu doctor akan mula operation.. basicly kita tak rasa apa2 pun masa proses pembedahan tu sebab dah kena bius.. Cuma rasa sakit sikit je masa nak kena cucuk bius.. sepanjang operasi aku tutup je mata.. takut aku nak tengok peralatan2 yang doctor tu guna..

 

Operation makan masa sejam lebih.. aku tak berapa tahu apa yang doctor buat tapi aku perasan dia ada buat sedikit belahan pada gusi dan gerudi pada tulang rahang.. ini aku rasa untuk membebaskan akar gigi yang tertinggal tu.. selepas selesai operation doctor akan jahit semula tempat belahan.. doctor pun tunjuk kat aku semua akar gigi dah Berjaya dikeluarkan.. Alhamdulillah selesai juga..

 

Selepas itu doctor beri ubat tahan sakit dan antibiotic.. dia juga nasihatkan aku untuk berehat .. untuk hari pertama selepas operation kita tak digalakkan untuk berkumur2 dengan kuat .. Cuma sekadar untuk buang lebihan darah dari operation.. kena makan makanan yang lembut dan sejuk.. jangan gatal2 lidah nak sentuh tempat operation dan benang yang digunakan untuk jahit belahan bedahan.. pastu kena kumur2 air suam yang dicampurkan dengan sedikit garam.. seminggu lepas operation kena datang semula untuk doctor buka benang jahitan..

 

Alhamdulillah operation aku takde sebarang complikasi dan sekarang pun dah pulih sepenuhnya... ingatan aku buat rakan2 pembaca sekalian.. jagalah kesihatan gigi korang kalau tak nak kena macam aku.. K Bye..