Saturday, June 30, 2012

RR#15 Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2012 (SCKLM 2012)



Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Kategori: Lelaki Terbuka, HONDA Half Marathon (21km)
Race kit: NewBalance running vest, BIB (E-05420), timing chip (B-Tag), Goodies
Post-race: Finisher medal, Goodies
Tarikh & masa : 24 Jun 2012, 6.00am
                Event yang aku tunggu sepanjang tahun… latihan aku dari awal tahun sampai sekarang adalah untuk acara ini… scklm adalah antara acara yang aku paling tunggu… pertama sebab ia adalah acara larian terbesar di malaysia… kedua penganjurannya adalah yang paling grand… ketiga scklm kali ini aku akan berlari jarak terjauh aku Half Marathon (HM) 21km… CUAKKKK… EXCITED… semua ada…
                Pada tahun ini scklm HM ditaja oleh HONDA… sebab itu acara ini dinamakan HONDA Half Marathon (HONDA HM)… aku memilih untuk membuat HM aku pada scklm kerana untuk larian yang jauh seperti ini aku lebih mempercayai organizer yang telah terbukti berwibawa untuk mengelakkan masalah semasa larian… oleh itu aku adalah HALF MARATHON VIRGIN (HMV)… hahahaa… ini adalah istilah yang runner selalu berikan kepada mereka yang pertama kali lari HM…
                Aku mulakan dengan REP collection dahulu… pengambilan REP sudah bermula pada 20 jun… aku pergi ambil REP aku pada 21 jun… pada hari tersebut sebelah pagi aku kena pergi ke sekolah miza untuk mengambil report card… lepas ambil report card aku ada appointment dengan doktor untuk melengkapkan medical check-up aku… aku memang sengaja membuat medical check-up yang company aku suruh buat 2 tahun sekali seminggu mengjelang scklm untuk mengetahui status kesihatan aku sebelum aku menempuhi HM… alhamdulillah, keputusan aku menunjukkan aku sihat dan tiada masalah untuk berlari… appoinment aku dengan doktor pukul 2ptg… sebelum tu aku dengan miza pergi dahulu ke dataran merdeka untuk mengambil REP… proses pengambilan REP lancar dan tiada masalah… kawasan expo dibawah dataran merdeka adalah amat luas dan penganjur sudah menyediakan banyak kaunter untuk memudahkan pengambilan REP… antara barang yang aku dapat sekali dalam REP adalah bebarang sponsor, vest NewBalance, BIB dan dokumen2 berkaitan dengan acara tersebut… kali ini aku dibekalkan dengan B-Tag yang dilekatkan terus pada BIB… ini pertama kali aku menggunakan cip B-Tag… sebelum ni banyak guna cip D-Tag aje… cip D-Tag kena ikat pada kasut…
dataran merdeka, 5.00pg

permulaan Honda HM

                Pada hari sabtu petang ajat datang kerumah aku… lupa aku nak bagitau yang ajat pun join scklm pada tahun ni Cuma dia masuk race 10km… plan asal nak tido awal sebab nak bangun kul 3pagi… tapi banyak sangat hal yang nak kena settlekan pukul 11.30 baru boleh masuk tido… tepat jam 3pagi alarm h/set pun berbunyi… tido pun sebenarnya tido2 ayam jer… rasa berdebar2 sangat mengenangkan jarak 21km tu… sebelum masuk tido aku dah siap pinkan BIB ke vest larian dan tape kaki aku kawasan2 yang mudah nak melecet… takde la kelam kabut sangat pagi tu… dah la mamai semacam bila bangun awal2 cam tu… lepas bersiap, aku dan ajat pun bergerak ke dataran merdeka naik sebijik moto (moto axelo aku la)… aku plan nak parking kat kawasan masjid jamek jer… tapi bila sampai ke dataran merdeka aku cuba menyelit untuk masuk ke belakang kawasan mahkamah… kalau parking kat sini lagi dekat… nasib baik polis yang jaga roadblok belakang mahkamah kasi aku lepas… so kami pun parking belakang mahkamah… waktu kami sampai peserta larian Full Marathon dah pun dilepaskan… aku dengan ajat lepak kat area kolam bulat sambil buat regangan… tiba2 hujan pun mula turun… kami pun beredar dari kolam bulat mencari kawasan berteduh dekat khemah Game lumba kereta… dah seminggu cuaca panas semacam siap jerebu lagi… pagi ni boleh hujan… tapi alhamdulillah, kalau hujan sejuk sikit masa larian… masa ni aku dah mula prepare minda aku untuk bersedia berlari dalam hujan… elok jam menghampiri 5.30pagi… hujan mula berhenti dan aku pun mula bergerak ke dalam kawasan petak mula… kami berjumpa dengan member ajat yang juga berlari dalam race HM… berborak sebentar sebelum aku dengan ajat berpisah sebab race 10km berbula lebih lewat dan dikawasan lain…
                Semasa menunggu aku berjumpa dengan santo, member aku masa kat UTM… dia dengan kenkawan dia turun dari JB untuk join scklm… santo dan kenkawan dia bergerak lebih kehadapan untuk lebih hampir dengan garisan mula… aku stay kat belakang sikit… sebelum kami dilepaskan… acara ekiden relay 21km dilepaskan dahulu pada jam 5.45pagi… tepat jam 6.00pagi peserta HONDA HM dilepaskan oleh orang kuat HONDA yang juga berlari dalam kategori yang sama… larian permulaan aku agak perlahan sebab sibuk nak simpan h/set dalam pouch… aku maintain pace yang perlahan sehingga km-2… dari sini aku mula melajukan langkah… santo & geng memang dah tak nampak langsung… macam pelesit dia orang lari lepas pelepasan…
                Larian aku adalah amat baik pada waktu ni… walaupun tak laju tapi maintain… aku tak banyak berhenti hanya kat water station sahaja… setiap 2km akan ada water station yang dilengkapi dengan 100+, air mineral dan span sejuk… pada km-10 kami diberikan pisang… larian kali ni aku bawa sekali 2 packet powerGel dan sebungkus kismis yang aku ambil setiap 4km larian… larian aku yang baik tiba2 berubah pada lingkungan km-17 kerana aku mula diserang dengan cramp pada paha kanan… waktu ini larian aku telah membawa aku di jalan cheras menuju ke jln tun razak… ini memaksa aku untuk berjalan dan membuat regangan pada kaki untuk menghilangkan cramp tersebut… lebih memburukkan keadaan zip pouch aku boleh rosak menyebabkan h/set aku terjatuh… nasib baik tak dipijak oleh pelari yang lain… oleh kerana dah tak boleh nak simpan h/set dalam pouch terpaksala pegang sahaja h/set aku… 
jln loke yew

self-potrait

misty tunnel... bestttt

                Larian aku dah mula membawa aku kepada jln tun razak dan membelok membawa ke jln bukit bintang… larian aku menjadi semakin perlahan kerana cramp kaki aku menjadi semakin teruk… sekarang kedua2 belah kaki aku sudah mengalami cramp dibahagian paha dan betis… memaksa aku lebih berjalan dari berlari… sepanjang jalan sultan ismail aku banyak berjalan dan aku Cuma mula berlari semula setelah membelok masuk ke jln tuanku abdul rahman… disini jumlah pelari menjadi semakin ramai kerana pelari semua kategori akan bergabung di jln TAR menuju ke dataran merdeka… larian berbaki 1km sahaja… aku kuatkan semangat dan terus berlari… 500m menghampiri garisan penamat aku terpaksa berhenti dan berjalan kerana kesakitan pada kaki aku tak tertahan lagi… masa ni ramai penonton dan pelari yang lain yang sudah menghabiskan larian memberi sorakkan semangat kepada kami yang belum menghabiskan larian… aku menjadi kembali bersemangat… oleh kerana tak nak melintasi garisan penamat dengan berjalan dan takut2 ada orang yang amik gambar… aku tahankan jugak kesakitan dan terus berlari melintasi garisan penamat… Alhamdulillah, tamat jugak larian 21km aku… dan masa yang aku catatkan adalah 2jam 49min 59 saat… hahahaaa sub 3 hour… not bad actually… aku memang target sub 3hour pun…
                Keadaan agak sesak selepas garisan penamat… aku rasa pada masa ni penganjur ada masalah sikit untuk buat crowd control kerana pelari yang sudah menghabiskan larian masih berlegar2 dikawasan penamat… aku terus menuju ke tempat untuk collect medal… dan yang paling memuaskan hati bila tengok kat medal ada tercetak FINISHER HONDA HALF MARATHON… puas hati rasanya… aku tak kirala kalau ada org kata aku berlagak… baru abis HM dah kecoh… org lain buat FM selamba jer… ini pencapaian aku dan aku berusaha untuk mencapainya… bukannya aku beli medal ni kat pasar malam ke… berjumpa balik dengan ajat kat area kolam bulat… prestasi ajat dalam larian dia jugak agak baik… katanya hari ni dia dapat buat PB (Personal Best) untuk 10km… ok la tu… 
dekat kolam bulat


                Kami berdua berjalan2 dikawasan booth penaja untuk seketika sebelum membuat keputusan untuk balik… sebelum balik kami berjalan2 dikawasan central market untuk melihat samada jalan sudah dibuka semula atau tidak… kalau jalan belum dibuka macam mana nak balik… semasa berjalan ke arah motosikal kami berjumpa semula dengan santo dan kenkawannya… santo menamatkan larian 21km dalam masa 2jam lebih sahaja… speed demon giler… dia kata nak buat sub 2hour tapi kaki cramp la plak… perghhh kaki cramp pun laju macam tu… sebelum berpisah santo mengajak aku untuk menyertai FM pada scklm tahun depan… aku hanya mampu tersenyum dan berkata insyaallah sambil berkata dalam hati 21km pun payah aku nak abiskan ko ajak aku masuk 42km… dalam keadaan kepenatan ni terlupa plak aku nak bergambar dengan santo… lepas tu kami terserempak pulak dengan kawan ajat yang lari 21km dengan geng2 Team POYO… kawan ajat tu menghabiskan larian dalam masa 2jam 20minit… perghhh semua nya laju2 belaka…
                Walau bagaimanapun aku rasakan jarak 21km bukanlah satu yang mustahil untuk dicapai… lantas aku terus mengajak ajat untuk menyertai larian HM sewaktu Putrajaya Night Marathon nanti… memandangkan prestasi semasa ajat sekarang aku yakin dia pun mampu untuk melakukannya… ajat pun setelah melihat aku mampu melakukan HM dia pun bersemangat untuk mencuba HM jugak… dia akan mempertimbangkan untuk berlari HM semasa PNM nanti… kalau ajat berlari HM masa PNM nanti adalah member untuk aku berpacing nanti…
                Sebelum sampai dirumah kami berhenti untuk bersarapan dulu dan dalam masa yang sama beli sarapan untuk betty dan miza… hari isnin aku memang dah amik cuti sebab selepas berlari sejauh ni aku pasti memerlukan masa untuk recovery… it will be crab walking for at least a day…
                Seperti biasa pasti ada benda baru yang aku belajar dari pengalaman lari HM…
1.       aku perlu mempertingkatkan jarak latihan mingguan aku sekurang kurangnya 12km seminggu supaya dapat mempertingkatkan kekuatan otot kaki untuk HM yang akan datang…
2.       memvariasikan corak dan teknik larian, berlari pada pace yang laju dan perlahan secara berselang seli
3.      jangan bawak gel sahaja, bawa sekali makanan ringan yang lain, kismis dan kekacang adalah snek yang baik
4.      minum air isotonik dan garam ors sejam sebelum larian supaya tidak mudah cramp di penghujung larian, jangan lupa juga untuk minum air yang secukupnya sepanjang larian kerana otot mudah cramp jika kurang air
5.      beri tumpuan kepada otot2 dibahagian kaki sewaktu buat rengangan pastikan otot peha, betis dan perut diregang secukupnya
6.      seminggu sebelum larian elok perbanyakkan makan pisang dan minum minuman isotonik
7.      tarik nafas dalam2 untuk elakkan cramp di tepi perut @ side stitch
insyallah aku akan cuba untuk mempraktikkan perkara2 diatas semasa larian jarak jauh aku yang akan datang… larian aku yang akan datang adalah NTV7 Fun Run dan Men’s Health Night Run (MHNR)… yang aku akan konfom lari adalah MHNR kerana ia adalah larian malam… NTV7 plak kena fikir dulu sebab larian siang, aku kena bincang dulu dengan miza samada dia nak pegi latihan tae kwan do atau tidak… okeh sampai sini sahaja kali ni…




Sunday, June 24, 2012

Half Marathon (21km)

DONE IT.... race report later... now time for recovery...

Saturday, June 16, 2012

Tae-Kwan-Do



                Hiap…. Hiap…. Watchaaa…. Hehhehehee… sebagai salah satu usaha aku dan betty untuk mengaktifkan gaya hidup miza… pada tahun ni kami sepakat untuk masukkan miza ke dalam kelas yang bercorak aktif… ini supaya lebih selari dengan gaya hidup aku… ada beberapa opsyen yang boleh aku ambil… antaranya, ajak miza berlari bersama2 dengan aku, kelas tarian dan kelas seni mempertahankan diri…
                Nak bawa miza berlari sekali dengan aku… aku rasa sungguh tak sesuai… sebab utama setiap sesi larian aku makan masa dan jarak yang jauh… pasti mustahil miza boleh kejar aku… lagipun aku bukanya selalu dapat pergi ke taman untuk buat larian… seminggu sekali jer… kalau setiap kali aku ke taman dan berlari dengan miza… jawabnya tak berlari langsung la aku… lagipun sebelum ni aku dah pernah dah bawak miza pergi berjogging… dia tak minat sebab dia kata cepat penat dan buat hatinya berdebar2… maksudnya dia terasa degupan jantungnya kuat berdegup… lagipun kalau berjogging tak dapat la nak bergaul dengan kawan sebaya dengan miza…
                Opsyen kedua adalah kelas tarian… kelas tarian pun menarik gak… tetapi miza ni pemalu sangat dengan orang lain… mesti dia tak nak masuk kelas tarian… lebih2 lagi bukan senang nak carik kelas tarian kat area gombak ni… kalau ada pun belah2 damansara sana mungkin ada kot… kalau masuk kelas tarian kat belah damansara sana masalahnya jauhla plak… tiap2 minggu nak travel sampai ke sana lama2 boleh jadi boring… last2 menari kemana, kelas kemana… hangat2 taik ayam jer…
                Opsyen terakhir yang ada adalah kelas mempertahankan diri… yang paling popular yang selalu aku jumpa adalah kelas karate-do dengan tae-kwan-do… silat jarang2 jumpa la… selalunya silat ni belaja sebelah malam jer… pencarian kelas bela diri untuk miza aku tumpukan pada kelas taekwando… bermula dengan kelas spirit taekwando di selayang baru… aku dengan miza pergi la riki kelas tu… dibuat pada sebelah petang sabtu di sebuah tadika di selayang baru… tempat belaja agak terbuka… jadi ada masalah sikit la kalau hujan atau panas terik… yurannya amat2 murah… kalau tak salah aku 20ringgit untuk 3bulan… masalahnya jarak tempat latihan tu dengan rumah aku agak jauhla jugak… lagipun nak ke selayang tu kenkadang jem…
                Pastu aku pergi la riki lak kelas taekwando kat wira damai… kelasnya dibuat kat rumah atas deretan kedai… betul2 atas 7-eleven… kelas kat sini berjalan hari sabtu dan ahad… masa aku pergi tengok tu adalah lebih kurang 10 bebudak tengah berlatih teakwando… kelebihan tempat ni adalah dia ada bilik khas untuk latihan taekwando… so takda masalah kalau hujan atau panas… lantai bilik pun dilapisi dengan span lembut… jarak pun kira dekat la dengan rumah aku… Cuma masalahnya, yurannya agak mahal la gak… sebulan rm40…
                Kelas taekwando yang terakhir aku pergi riki adalah kelas yang dibuat di dewan terbuka sekolah miza… yuran yang dikenakan agak berpatutan… baju rm70, yuran tahunan rm30 dan yuran bulanan juga Cuma rm20 shj… tenaga pengajar terdiri dari master nordin dan master noora… pada pendapat aku ini adalah kelas yang paling sesuai untuk miza sertai kerana tempat pembelajaran dibuat disekolah miza sendiri maka dengan itu peserta lain juga adalah majoroti dari bebudak sekolah miza juga… maka dia takde la rasa janggal sangat… lokasinya pun dekat dengan rumah dan yuran yang murah… aku decide untuk masukkan miza ke kelas taekwando disekolahnya…
                Kelas taekwando miza bermula dari jam 8.30pagi hingga lebih kurang 10.30pagi… kelas pertama yang miza pergi, masa tu dia tak dapat uniform lagi… tapi master nordin minta dia join sekali group bebudak baru (tali pinggang putih)… pada mulanya miza tak nak join… mungkin sebab malu sangat… tetapi setelah beberapa kali dipujuk oleh aku dan master nordin… akhirnya miza setuju nak join… di akhir kelas dia dah mula rasa seronok… minggu depannya lak dia dah dapat uniform… buat masa ni dia masih tali pinggang putih lagi… dan setiap pagi ahad miza akan ke kelas latihan taekwandonya…
kelas taekwando miza di sekolahnya

                Ini bermakna berlaku sedikit perubahan kepada jadual aktiviti larian aku… disebabkan kelas miza pada pagi ahad… so aku tak boleh lah lagi pergi berlari pada pagi ahad… nampaknya banyaklah kejohanan larian yang aku terpaksa skip… kerana kebanyakkan acara larian dibuat pada ahad pagi… mungkin sebulan sekali ok kot kalau miza ponteng latihan taekwandonya supaya aku boleh join acara larian… aku kena pilihla acara larian yang mana aku nak join sebulan sekali… sebagai contoh pada hujung minggu ni (17 jun 2012) ada larian FanRun untuk kontijen atlit malaysia ke olimpik… aku takleh join walaupun dah daftar… takpe la berkorban sikit untuk miza… tapi apapun jersi pantera tu aku dapat jugak, Cuma goodies bag je la yang tak dapat nak collect… ajat pun daftar untuk larian tu… tapi bila dia dapat tahu aku tak dapat nak join dia pun rasa macam malas nak lari…
                Tapi pada 24 jun terpaksa la miza ponteng kelas taekwandonya sebab pada tarikh tu aku lari SCKLM HM… event ni tak boleh aku lepaskan… sekarang pun aku dah start rasa cuak sebab masa SCKLM nanti aku akan lari jarak terjauh aku HM… moga2 semuanya berjalan dengan baik… insyaallah… minggu ni sempat aku pergi buat medical checkup… company aku akan hantar eksekutifnya untuk pergi buat medical checkup 2 tahun sekali… giliran aku pada tahun ni… so aku ambil kesempatan untuk check tahap kesihatan aku sebelum SCKLM tahun ni… menurut doktor, insyallah takde masalah… pemeriksaan fizikal menunjukkan aku cukup sihat… Cuma tengah tunggu ujian darah dengan air kencing sahaja… ujian ECG juga menunjukkan ritma jantung aku adalah normal… lega sikit aku dengar… doktor tu siap ucapkan selamat berjaya dalam usaha aku menangani jarak 21km tu nanti… apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah persediaan fizikal dan mental supaya lebih FOKUS… kita jumpa di SCKLM okeh…

Saturday, June 9, 2012

LSD Putrajaya (Presint 9, 2, 3) 1 Jun 2012



                LSD @ Long Slow Distance… antara istilah latihan larian yang ada… jangan salah faham dengan dadah LSD… kang bila korang dengar runner berbual pasal LSD korang ingat runner ni amik dadah la plak… LSD ni bermaksud corak latihan yang mementingkan jarak larian @ distance… apa yang nak kita capai melalui latihan LSD adalah jarak larian yang jauh dalam satu2 sesi larian… kelajuan larian adalah amat2 perlahan… aku kira dalam pace 7 ~ 8... amat perlahan (Slow)… larian pula perlu berterusan bukan berhenti2 (Long)… apa yang kita cuba develop melalui sesi latihan ini adalah stamina… untuk pelari jarak jauh, stamina adalah amat2 penting… tak guna kalau kita boleh berlari sepantas usin bolt tetapi hanya dapat bertahan untuk 100m ke 200m sahaja… apa akan jadi untuk jarak 41.8km lagi (kalau lari full marathon la)… sebab tu kalau kita tengok marathon runner, bila dia orang berlari kelajuannya bukan macam kena kejar dengan hantu kak limah… tapi slow dan steady…
                Aku pun tiap2 minggu buat LSD samada kat taman tasik titiwangsa atau taman tasik metropolitan… tapi jarak LSD aku takde la jauh sangat… dalam 10k jer… itu jer yang aku mampu buat… tapi masalah kalau lari kat taman ni adalah kita buat kena buat banyak pusingan baru dapat jarak yang jauh… lari berpusing2 ni sebenarnya cepat buat rasa penat sebab kurang perubahan dari segi pemandangan yang dapat mengalihkan perhatian kita semasa larian… kalau aku nak dapat 10k lari kat taman tasik titiwangsa aku kena buat lebih kurang 5 pusingan… kalau nak 20k, kena buat 10 pusingan.. mak aih, boleh muntah dibuatnya… satu lagi masalahnya adalah masa… kalau lari 20k… tup tap tup tap, tambah dengan masa berjalan dengan berehat makan tembikai… mau2 dekat 3jam baru habis… kalau aku mula lari kul 7.30pagi… busuk2 kul 10.30 ~ 11 baru habis… masa tu matahari konfom dah memancar panasnya… pehhh… penyelesaiannya, keluar lari lagi awal (konfom lagi susah aku nak buat)…
                Jalan penyelesaian yang lain, cari tempat dan masa yang lain untuk buat LSD… sebenarnya kalau dapat lari malam lagi best… tapi kalau nak lari malam, memerlukan tempat yang ada kawalan trafik yang baik dan pengcahayaan yang bagus… tak nak la lari dalam gelap… tak dilupakan juga kawasan yang selamat untuk berlari… buat masa ni tempat yang memenuhi kretaria diatas adalah kawasan putrajaya… sebelum ni pun aku pernah terbaca putrajaya adalah antara kawasan yang runner gemar buat LSD disebabkan faktor2 diatas…
                Rasanya sebelum ni pun aku pernah beritahu yang ajat sekarang ni dah duduk kat putrajaya sebab dia bekerja di cyberjaya… ajat pun sejak duduk putrajaya ni pun selalu keluar berlari pada waktu malam… dan menurut ajat, pada waktu malam putrajaya adalah kawasan yang sesuai untuk buat LSD dan dia pun selalu gak terserempak dengan runner2 lain sewaktu berlari malam di putrajaya… so aku pun tak nak melepaskan peluang buat LSD kat putrajaya… aku set dengan ajat untuk berlari bersama pada 1 Jun, hari jumaat… aku ingat kalau aku dah lari jumaat malam kat putrajaya, sabtu dengan ahad takyah la lari lagi… ajat pesan kat aku untuk sampai ke putrajaya lewat sikit sebab dia ada majlis makan2 pada hari jumaat tu…
                Aku bertolak dari rumah dalam pukul 9.00mlm… melalui lebuhraya MEX, aku sampai ke flat hijau presint 9 putrajaya (rumah sewa ajat) dalam kul 10.00… masa aku sampai ke rumah sewa ajat, dia belum balik lagi dari majlis makan2 dia… terpaksa la aku tunggu kejap… ajat sampai ke rumah sewanya dalam jam 10.30mlm… lepas kami bersiap… kami mula berlari dari kawasan rumah sewa ajat di flat hijau presint 9 pada lebih kurang jam 10.45mlm… dari presint 9 untuk sampai ke presint 2 dan 3 jalannya agak gelap kerana kurang lampu jalan dan banyak pokok2 yang menghalang cahaya lampu menerangi kaki lima… kami juga terpaksa melintasi beberapa jalan besar… kena berhati2 takut kena langgar kereta yang bergerak laju… sebelum sampai ke presint 2 dan 3 kami terdahulu mesti melintasi jambatan besar… tak tahu lak aku apa nama jambatan ni… sebab semua jambatan kat putrajaya ni ada nama tersendiri… kat jambatan ni memang ramai la orang tengah melepak… aku dengan ajat buat selamba jer berlari melintasi mereka… bila sampai ke presint 2, barulah keadaan menjadi terang…
                Jalan lurus di presint 3 memang dah popular sebagai tempat pelbagai aktiviti… tahun lepas sahaja aku 2 kali datang ke presint 3 untuk sertai acara larian (Men’s Health dan PNM 2011)… tapi malam ini keadaan agak lengang… semasa berlari kami terserempak dengan geng2 berbasikal dan roller blade… larian kami membawa kami ke hadapan Palace of Justice… kat tangga banggunan ramai la orang tengah melepak… kami berlari melintasi mereka menghala ke PICC… larian kami adalah tanpa henti tetapi pada pace yang perlahan… sepanjang larian juga aku dan ajat banyak berborak… ini adalah sebagai penanda aras kelajuan kami… jika sepanjang larian kami masih boleh berborak tanpa tercungap2… maka bermakna, kami berlari dengan pace yang sesuai dengan stamina kami…
                Larian kasual kami terhenti berdekatan dengan bulatan berhampiran kementerian kebudayaan… kehadapan sedikit ada jambatan sebelum sampai ke PICC…aku dan ajat decide untuk berpusing kat sini sahaja… data dari MapMyRun menunjukkan kami telah berlari sejauh 5km… larian balik juga pada pace yang kasual… waktu ini juga kami terserempak dengan satu group runner yang terdiri dari 3 orang runner sedang berlari menuju arah bertentangan ke PICC… sewaktu berselisih, secara kasual kami mengangkat tangan tanda hormat sesama runner… aku agak mungkin pada malam minggu lagi ramai runner yang berlari di kawasan ni… sewaktu sampai di hadapan banggunan perbadanan putrajaya… kami berhenti seketika untuk bergambar… bukti LSD kami pada malam ni… padang depan banggunan perbadanan putrajaya ni juga ramai yang melepak… 
dihadapan bangunan perbadanan putrajaya

jangan lari... aku kenal kamoooo

                Larian kami teruskan sehingga sampai semula ke jambatan yang mula2 kami jumpa tadi… dari sini kami hanya berjalan sahaja sehingga sampai ke flat hijau presint 9 semula… sebelum naik ke rumah sewa ajat… kami singgah jap kat 7-11 beli air sejuk (100+)… aku lepak2 hilangkan penat dekat 1/2jam sebelum bergerak balik ke gombak…keseluruhan jarak yang kami cover pada malam ni adalah 10.7km… ok la untuk first time… lain kali kami plan untuk berlari lebih jauh sekali… mungkin sampai hingga ke PICC…
                Kesimpulannya… berlari di putrajaya memang best kerana keadaannya kondusive untuk aktiviti larian malam… tapi untuk keselamatan jangan la pergi berlari malam sorang2… ajakla kawan lain sekali… untuk keselamatan… untuk sesiapa yang berminat nak buat LSD di kawasan putrajaya terutama presint 2 dan 3 pada waktu malam… jam 10 keatas memang dah cantik la… trafik dah kurang… bawak minuman sebab kat presint 2 dengan 3 takde kedai… pakai baju berwarna terang supaya mudah kelihatan… kalau boleh bawak lampu sekali (lampu dapat masa energizer night race memang cun)… ok, jumpa kita disana…