Wednesday, October 12, 2022

STRESS

Nukilan Hasil Kerja Anak Aku.. 

 Dalam sesebuah organisasi, konflik merupakan perkara lumrah dan sesuatu yang perlu di atasi, sekiranya fenomena ini dapat dikurangkan, kemantapan sesebuah organisasi akan bertambah dan seterusnya boleh mencapai matlamat kearah kegemilangan yang dingini. Konflik boleh berupa pergeseran dan pertentangan di antara dua pihak akibat perbezaan nilai, kehendak, pendirian dan perasaan dalam usaha memenuhi keperluan dan matlamat. Ia merupakan fenomena biasa apabila wujud interaksi di antara dua pihak atau lebih manusia dan sentiasa berlaku dari masa kesemasa. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menangani kesan negatif akibat konflik dan salah satu pendekatan yang popular adalah pendekatan kaunseling. Stress berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal. Stress luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migraine.

 1 PENGHARGAAN Bersyukur kehardat illahi kerana telah menginzinkan saya untuk menyiapkan tugasan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang terlibat kerana dengan mereka semua saya dapat menjayakan folio ini. Terima kasih kepada guru subjek ini kerana memberikan maklumat dan masa untuk saya menyiapkan tugasan folio ini. Saya juga sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada keluargan dan rakan-rakan saya yang telah banyak memberikan dorangan dan sokongan kepada saya sewaktu menyiapkan folio ini dalam masa yang telah di tetapkan oleh guru subjek ini.
2 PUNCA KONFLIK DAN STRESS Dalam sesebuah organisasi pekerjaan, konflik bukan sahaja berlaku di antara pekerja dengan majikan atau di antara satu jabatan dengan jabatan lain malah sering juga berlaku konflik interpersonal dan konflik dalaman. Punca konflik adalah seperti yang berikut: Halangan untuk mencapai sesuatu matlamat oleh satu atau lebih pihak lain merupakan punca utama berlakunya konflik dalam sesebuah organisasi atau antara individu. Contohnya, keinginan seorang atau sebuah jabatan untuk mengajurkan seminar atau majlis untuk kepentingan diri atau organisasi dihalang oleh pihak lain kerana sebab-sebab tertentu boleh menimbulkan konflik. Selain itu, kekurangan sumber seperti kewangan, tenaga kerja dan fizikal yang terhad untuk diagihkan dengan adil kepada semua pihak. Merujuk kepada contoh di atas, halangan untuk mengadakan seminar atau majlis tertentu mungkin disebabkan oleh peruntukan kewangan atau tenaga kerja yang terhad. Akhir sekali, dasar dan struktur perkhidmatan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Konflik mungkin berlaku dalam soal struktur gaji. Contohnya perbezaan gaji yang terlalu jauh di antara struktur perjawatan atau gaji sama dalam struktur perjawatan tetapi beban tugas yang berlainan. Begitu juga dengan dasar sesebuah organisasi yang terlalu mementingkan keuntungan tanpa mempertimbangkan keselesaan tempat bekerja dan kebajikan pekerja. Punca stress berlaku apabila kita berperasaan negatif, gaya hidup, beban kerja yang terlalu banyak, masalah keluarga dan kewangan. Stress boleh menyebabkan kita membuat perkara yang diluar jangkaan kita. Berperasaan negatif boleh menyebabkan kita stress apabila kita membiarkan stress itu mempengaruhi minda kita sendiri seperti marah dan sedih. Contohnya, kita membiarkan perasan marah itu mempengaruhi minda kita dan kita akan rasa hendak membunuh diri.
3 KESAN KONFLIK DAN STRESS Konflik yang berlaku juga boleh menghasilkan kesan negatif. Boleh menimbulkan sikap benci membenci, kemurungan, permusuhan, saling tidak percaya, tuduh menuduh, tiadanya kerjasama, sabotaj dan sebagainya. Yang pastinya semua ini akan dapat menganggu keharmonian hubungan interpersonal dan jika ia berlaku dalam sesebuah organisasi, ia akan membantutkan usaha mencapai matlamat organisasi keseluruhannya. Stress boleh juga menghasilkan kesan negatif. Kesan stress yang berpanjangan boleh menyebablan tekanan darah yang tinggi, lelah, serangan jantung, strok, serangan migraine, kemurungan, masalah berat badan, masalah kulit yang semakin teruk (jerawat), gangguan kebimbangan. Mudah untuk mendapat penyakit.
4 LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL KONFLIK DAN STRESS Bagi mengawal konflik dalam sesuatu organisasi pihak tertentu seperti kaunselor dalam organisasi tersebut perlu memainkan peranan yang penting untuk mencegah konflik daripada berlaku dan memulihkan keadaan sekiranya terdapat konflik yang mendatangkan kesan negatif. Bagi stress pula cara hendak mengawalnya ialah dengan menenangkan diri apabila sedang stress dengan sesuatu perkara. Contohnya, pergi ke taman untuk tenangkan hati, menghirup udara yang segar dapat mengawalkan diri kita daripada stress. Membuat perkara yang kita suka dapat mencegah daripada stress dan jangan berfikir terlalu banyak perkara yang boleh menyebabkan kita terlampau stress kerana boleh memudaratkan kesihatan kita.

 5 PENUTUP Kesimpulannya, konflik dan stress membawa keburukan kepada kita. Kita haruslah bijak mengawal kedua-duanya agar ia tidak membawa memudaratkan kesihatan kita. Konflik dan stress ada kebaikan dan keburukannya, jauhilah semua orang daripada keburukannya. Kita juga haruslah sentiasa menjaga kesihatan kita, kerana konflik dan stress boleh menyebabkan kita mendapat penyakit dalam jangka masa yang singkat. Jagalah diri sendiri untuk kebaikan kita di masa yang akan dating. Konflik dan stress juga boleh membawa maut.