Friday, January 25, 2013

PINDAH

            Semenjak 2 menjak ni perkataan pindah banyak bermain2 dimulut betty… cadangan telah dilontarkan kepada aku untuk berpindah ke kawasan yang lebih dekat dengan tempat kerja aku… bagi aku pindah ni satu kerja yang berat… aku agak bernasib baik semasa aku kecik dulu jarang berpindah randah walaupun abah bekerja sebagai seorang anggota polis… abah bertugas di Mizium Polis pada sebahagian besar masanya dalam perkhidmatan polis… dengarnya, pegawai abah tak membenarkan abah ditukarkan kemana2 kerana dia hanya percayakan abah untuk membuat kerja2 dan pengurusan mizium polis… sepanjang perkhidmatan abah, kami hanya berpindah Cuma 4 kali, itupun dekat2 jer… paling jauhpun ke cheras sahaja… dari berek band (aku kecik sangat masa tu) ke flat 10 tingkat, kemudian ke flat sarjan kat atas bukit kemudian ke taman desa baiduri di cheras dan yang terakhir sekali ke taman kesumba bukit beruntung bila abah dah pencen…

            Aku pula semenjak berkahwin dah 2 kali berpindah… mula2 lepas berkahwin aku dan betty menyewa sebuah rumah di taman dato’ senu, sentul, kemudian kami membeli sebuah apartment di teratai mewah aprt setapak dan kemudian kami berpindah pula ke kediaman kami sekarang di taman sri gombak… kalau jadi berpindah ke bukit beruntung… ini akan jadi kali yang ke tiga… yang paling leceh sekali kalau nak pindah ni adalah nak packing dan berkemas… rumah yang kami duduk sekarang dah hampir 5 tahun… banyak harta karun yang terperuk… nak kena check balik semua barang… buang mana yang dah tak pakai lagi dah… pastu nak kena carik kotak lak, nak packing barang…
            Tapi sebelum apa pun nak kene carik rumah dulu… nak carik rumah bukannya senang… nak carik yang sesuai segala2nya… dari segi lokasi, kondisi rumah, harga jual /sewa, tuan rumahnya, jirannya… macam2lah… bettylah jenis yang tak suka menyewa… kalau boleh nak beli terus… macam itulah keadaannya masa kami menyewa di taman dato senu dulu… baru menyewa tak sampai setahun, dia dah mula berkira2 nak beli rumah… menyewa rugi katanya, bayar bulan2 tapi harta bukan kita punya… aku bab kira2nya memang fail… betty yang buat semuanya… dia yang carik rumah… aku kata kat dia kalau nak carik apartment, aku nak duduk paling tinggi pun tingkat 1… mengada2kan… akhirnya dia dapat carik sebuah rumah apartment kat area danau kota setapak untuk dijual… lokasi unit tu kat tingkat 1… aku tak boleh nak kata apa2 la… lepas dah jumpa rumah nak kena letak downpayment atau duit booking… itu bergantung pada harga rumah yang hendak dijual… selalunya 10% dari harga rumah… itu duit cash tu… dalam masa 2-3 minggu kena settlekan lebihnya… masa ni lah kita nak kena carik pinjaman perumahan dari bank… dalam masa yang sama nak kena lantik peguam untuk mewakili kita dan penyediaan dokumen seperti S&P aggrement dll… itu yang buat jadi letih tu sebab 2-3 kali nak ke bank… jumpa lawyer lagi… nak berurusan dengan tuan rumah lagi… kalau rekod kita baik insyaallah semuanya akan berjalan lancar… kalau tak, jadi penin sikit la…
            Nak kongsi sikit pengalaman aku masa membeli rumah teratai mewah aprt… duit downpayment yang aku bayar diberi pinjam oleh seorang kenalan betty berbangsa cina yang amat baik hati… aku bayar balik lepas dapat duit KWSP… aku berurusan terus dengan owner… masa beli rumah di sri gombak dah ada aggrement dengan owner lama untuk lewat sikit bayar downpayment… pada mulanya kami berurusan dengan ajen… tetapi satu hari ajen call betty macam marah2 sebab katanya kami lambat menguruskan pinjaman dan bayaran downpayment menyebabkan owner dah marah2 dia… aku dengan betty macam tak puas hatilah sebab sebelum tu owner macam dah bersetuju bila kami cakap bayaran lewat sikit… kami terus direct jumpa owner balik… terus tanya kat owner ade dia marah2 ke kat ajen sebab kami lambat… ade ke dia ke pejabat ajen, maki2 ajen sebab kami lewat bayar… owner cakap dia pergi ke pejabat ajen tu pun tak pernah… lepas kejadian tu aku tak berurusan lagi dengan ajen tu… aku berurusan direct dengan owner dan peguamnya sahaja… aku bukan nak menuduh tapi aku syak yang ajen saja buat2 cite supaya aku mempercepatkan pembayaran… sebab ajen ni kan makan komisen… lagi cepat pembayaran dibuat lagi cepat dia dapat komisen diakan… lagipun lepas kejadian tu, ajen tu takde lagi call betty ataupun aku… tapi samada ajen tipu atau owner tipu, itu aku tak tahu… Cuma Allah sahaja yang tahu… LETIH jadinya…
            Lebih meletihkan bila dah sampai hari nak pindah… tapi sebelum tu nak kena pastikan rumah yang kita nak masuk tu dah siap dan dah dibersihkan… macam masa aku berpindah ke teratai mewah apartment dulu, owner lama cina… so, sebelum aku pindah kene la samak dulu satu rumah… basuh rumah dengan air tanah… manalah tahu tuan rumah dulu ada bela anjing ke atau biasa makan babi dalam rumah… nak angkut barang pulak nak kena carik lori… pastu barang2 bukannya boleh naik sendiri atas lori… nak kena carik orang tolong… masa aku berpindah dari taman dato senu ke teratai mewah aprt… barang masih tak banyak, senang sikit… masa berpindah dari teratai mewah aprt ke sri gombak pulak barang dah banyak tapi nasib baik keluarga aku datang menolong dan jiran sebelah rumah pun datang menolong… bila dah berpindah perkara pertama yang nak kena settlekan adalah susun atur barang dalam rumah baru… itu mau2 pun seminggu baru boleh settle… nak keluarkan barang dari kotak lagi… biasanya sebelum hari pindah lagi aku dah mula pindah barang2 kecik naik kete ke rumah baru sikit2… bua la 2-3 trip sehari, so hari pindah dah kurang la sikit barang…
            Bila dah settle in kat rumah baru… belum selesai lagi urusan… apa cite rumah lama… kalau dulu kita menyewa, paling kurang bersihkan lah rumah tu dan kalau ada bil2 yang tertunggak settlekan lah… barulah nama kita tak buruk kat owner rumah tu… kalau menyewa, jangan lupa collect balik deposit yang selalunya kita dah bayar kat tuan rumah sebelum kita masuk rumah tu… kalau rumah tu kita punya sendiri, pun nak kena bersihkan jugak… langkah seterusnya terpulanglah kat kita… nak sewakan ke, nak jual ke… kalau nak sewa, kena tengok2 sikit kat siapa kita nak sewakan… jangan sampai jahanam pulak rumah kita atau tetiba jer rumah kita kena tukar jadi pusat memproses dadah…
            Bila dah ada kat tempat baru ni, kena la ikut CARA tempat baru… bertegur sapa dengan jiran sebelah menyebelah… kalau dia tak nak tegur kita itu dia punya hal… kat rumah aku sekarang… jiran aku kira2 konsep 1Malaysia… sebelah kanan uncle berbangsa cina, duduk berdua dengan isterinya… kurang fasih nak berbahasa malaysia tapi masih boleh berkomunikasi… sebelah kiri satu keluarga berbangsa india… selalu gak bertegur sapa dengan aku… tapi aku ni kira2nya takde la rapat sangat dengan jiran2 aku… bukannya sombong tapi memasing sibuk bekerja… kalau dapat berborak pun sekejap2 ajer…
            Tapi persoalan sebenarnya… betulke aku ni nak berpindah… kalau betul berpindah, aku cadang untuk menyewa dahulu… kalau rasa rumah tu sesuai untuk kami sekeluarga barulah aku berkira2 untuk membelinya… tapi aku Cuma mampu merancang dan berdoa… akhirnya Allah jua yang menentukan segala2nya… jika berpindah ke tempat baru akan dapat membawa kebaikan kepada aku dan keluarga aku semoga Allah mempermudahkan segala2 urusannya… AMIN… TAWAKAL…

Tuesday, January 22, 2013

Multi-Purpose Insurance Run 2013 (MPIB Run 2013)



Tempat Mula/Tamat: Tempat Letak Kereta, Padang Merbok, Kuala Lumpur
Kategori: Men Open 12km, (BIB A0255)
Race kit: Dry Fit T-Shirt New Balance, Goodies bag, BIB, Timing Chip B Tag
Post-race: Finisher Medal, E-Certificate, Goodies bag
Tarikh & masa : 6 Januari 2013, 7.10 am
            Tahun ni aku buka acara larian aku dengan MPIB’13 seperti tahun lepas juga… Cuma kali ni aku akan berlari bersama2 dengan ajat dan una… Cuma una amik larian 5k sahaja… setelah hampir 20 kali menyertai pertandingan larian… sekarang aku lebih tenang dalam menghadapi event larian terutama jarak2 sederhana seperti ni…
            Aku kena kerja pada hari sabtu… tapi aku kerja separuh hari je la… sabtu malam ajat datang bermalam kat rumah aku… seperti biasa sebelum masuk tido aku dah tape siap2 kaki aku untuk mengelakkan masalah melecet… aku baru beli surgical tape yang baru… saiz 1inci… mudah sikit nak apply… tape sebelum ni kecik sangat… jenuh aku nak apply satu kaki… aku suka pakai surgical tape sebab ianya nipis dan ia membenarkan kulit untuk bernafas… so takde la kaki aku panas sangat… ianya juga mudah untuk ditanggalkan… aku dengan ajat juga ada kongsi beli KT tape dari internet… KT tape ni kita letak pada otot untuk mengawal pergerakkan otot dan dapat membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cramp… pada asalnya KT tape ini untuk merawat kecederaan otot… tetapi ada orang yang jumpa bahawa KT tape pun dapat membantu meningkatkan prestasi semasa berlari… untuk larian ini, aku dan ajat pakai KT tape pada betis… ajat dah try guna KT tape ni semasa larian Newton… dia kata ok… macam mana nak guna/apply boleh rujuk kat YouTube… tapi orang tak nampak la aku pakai KT tape sebab selindung dalam tight larian aku… kalau ok mungkin aku akan apply kat otot2 lain seperti otot peha…
            Aku bangun pukul 4.15pagi… lepas bersiap kami tunggu una sampai… aku sebenarnya tak sabar nak test prestasi kasut NB baru aku semasa  event larian… bila una dah sampai… kami bergerak ke padang merbuk pakai kereta aku… kami sampai ke area padang merbuk dalam jam 5.30pagi… mulanya nak parking kat area bank rakyat tapi dah penuh… terpaksa kami bergerak ke bukit aman… nasib baik kami cepat sedikit sebab parking kat area bukit aman agak limited sebab ada construction untuk naik taraf kawasan parking bukit aman… dari bukit aman kami bergerak berjalan kaki ke padang merbuk… di padang merbuk kami carik port untuk buat regangan badan…
kasut baru... NB...

            Apabila jam menghampiri jam 7 pagi kami mula menghampiri kawasan mula… kategori pertama yang akan dilepaskan adalah women 12k iaitu pada jam 7 pagi… kami menunggu dibelakang sedikit sementara menunggu peserta women 12k dilepaskan… setelah peserta women 12k dilepaskan kami pun mula bergerak kehadapan… dalam masa yang sama masih ada peserta wanita yang lewat berlepas terpaksa menyelit2 untuk bergerak kehadapan untuk berlepas… selepas 10minit peserta women 12k dilepaskan… peserta men’s 12k pula dilepaskan… aku bermula pada kelajuan yang perlahan sebab sebaik sahaja lepas pelepasan terus jumpa bukit… route pada tahun ni nampak macam berbeza sikit dari tahun lepas tapi lagi sekitar bukit tunku… ajat berlari seiringan dengan aku sehingga water station yang pertama… aku berjalan seketika untuk mengelap peluh manakala ajat teruskan larian…
            Aku kira larian aku kali ini untuk MPIB adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tahun 2012… aku tak banyak berjalan walaupun berada dikawasan berbukit… boleh dikatakan aku berlari hampir pada kesemua bukit… ini prestasi yang baik… nampak gayanya latihan WOD yang aku amalkan sudah menunjukkan hasil… WOD adalah singkatan kepada Work Out Daily… WOD ini merujuk kepada satu set senaman ringkas yang memberikan tumpuan kepada membina kekuatan otot… WOD yang aku amalkan memberi tumpuan kepada kekuatan upper body dan lower body… contoh senaman untuk upper body adalah Pumping dan contoh untuk lower body pula adalah mencangkung dan berdiri… senaman2 ini adalah set yang ringkas dan tidak memerlukan peralatan khas dan Cuma memerlukan masa yang pendek sahaja… sebagai contoh aku akan melakukan pumping sebanyak 10set dan mencangkung dan berdiri sebanyak 10set… aku menggunakan berat badan aku sebagai rintangan dalam senaman ini… apa yang penting adalah untuk melakukan WOD setiap hari… ini adalah tambahan kepada latihan larian yang kita lakukan…
abiss suda...

            Di penghujung larian aku dapat kejar balik ajat… ajat dah mula berjalan sebab kepenatan… mana tak penat tiap2 minggu ada masuk event larian… minggu lepas Newton 12k… minggu ni MPIB 12k lagi… larian aku masih mantap lagi… aku berjaya menamatkan larian dengan masa yang agak baik juga… 1jam 23 minit… 5 minit lebih laju berbanding tahun lepas… aku budget kalau aku dapat mengekalkan prestasi larian seperti ni… insyaallah HM masa SCKLM’13 nanti aku boleh memperbaharui PB aku untuk HM… aku target tahun ni pun nak balas dendam untuk HM PNM… tahun lepas masa aku teruk sangat… lebih dari 3jam… tahun ni aku target untuk dapatkan bawah 3 jam… malaut ke sini pulak aku… kembali kita ke MPIB… ajat sampai ke garisan penamat 2~3minit selepas aku… kami re-group kat kawasan padang merbuk dengan una sekali… aku malas nak beratur untuk ambil goodies sebab ramai sangat orang yang beratur dan kawasan parking padang merbuk dah la sempit… rimas aku… aku ajak ajat dan una balik, sarapan kat tempat lain…
yang pertama untuk 2013

kami adik beradik....

            Plan asal nak sarapan makan nasi lemak kat rumah kuning kat dang wangi… tapi susah sangat nak dapat parking… so aku tapau je la untuk betty dan miza… aku, ajat dan una bersarapan di Old Town White Coffee di sri gombak… secara keseluruhannya MPIB’13 adalah event yang sangat2 baik penganjurannya… insyaallah untuk tahun 2014 aku akan join lagi…




Friday, January 11, 2013

Fraser Hill 2012

            Tahun 2012 aku tutup dengan edisi percutian tergempar ke fraser hill… aku sebenarnya dah lama plan nak bawak family aku naik ke fraser hill sebab lokasinya tak berapa jauh dari rumah mak ayah aku… cadangan yang aku lambung  untuk ke fraser hill disambut dengan baik oleh ajat, rini ,mak dan abah… memandangkan aku ada cuti yang panjang sebelum sekolah dibuka semula… aku cadangkan untuk naik ke fraser hill pada 30/12/12… tido semalam kat atas dan turun semula pada 31/12/12… aku budjet tu la masa yang sesuai sebab tak clash dengan sambutan tahun baru… sebelum trip aku dah buat tempahan bilik hotel di Shahzan Inn… aku tempah satu bilik family dan stu bilik standard… kosnya adalah rm214/semalam untuk bilik family dan rm140/semalam untuk bilik standard… untuk trip kali ni aku juga mengajak adik aku hairy sekeluarga untuk join sekali, tetapi dia tak dapat nak ikut sebab dah ada rancangan lain…
            Pada 30hb tu pada sebelah pagi ajat ada sertai larian Newton 2012 di bandar kinrara, puchong… aku tak join larian ni sebab aku nak berehat sepanjang bulan december… tapi aku nak pergi sekali sebab nak jadi penonton lak kali ni… dalam masa yang sama rini pun nak ikut gak… sabtu malam ahad ajat dan rini datang ke rumah aku… pukul 4 pagi kami dah bangun dan bertolak ke bandar kinrara… setibanya kami di bandar kinrara dan parking kereta… perserta untuk acara 25km telah dilepaskan… ajat sertai acara 12k sahaja… yang akan dilepaskan pada jam 6.3opagi…
            Pada jam 6.30 pagi… ajat dan pelari2 yang lain dalam kategori 12k pun dilepaskan… sebaik sahaja ajat berlepas, aku pun mengajak rini untuk pergi bersarapan dahulu… aku budget dalam lebih kurang sejam ajat akan menamatkan lariannya… selepas bersarapan kami kembali ke kawasan mula untuk menunggu peserta larian menamatkan larian masing2… waktu ni memang sunyi sepi kawasan mula ni apabila semua peserta larian telah dilepaskan… inilah rupanya keadaan kawasan mula bila semua pelari sudah lepaskan…memang sunyi, yang tinggal Cuma para sukarelawan yang tengah membuat persiapan untuk menerima pelari yang akan menamatkan larian… memang berbeza sungguh suasana sebelum pelepasan dengan selepas pelepasan… satu pengalaman baru untuk aku, kerana first time jadi penonton dalam acara larian…
            Sedang kami duduk2… tetiba tanpa disangka2 peserta pertama dari kategori 24k sampai… volunteer pun masing terpinga2 macam tak percaya peserta pertama dah sampai… aku tak berapa kenal siapa peserta pertama 24k ni tapi peserta ke-2 untuk 24k aku kenal… Mark William, antara runner yang famous… untuk kategori 12k pula, peserta pertama adalah pelari kenya diikuti oleh pelari yang tak asing lagi Shahrudin (Abg Din)… yang paling gempak aku rasa adalah belakang baju Abg Din ada print nama dia… aku rasa memang patut sebab buat masa ni dia adalah antara pelari jarak jauh terpantas di malaysia… pasti ramai yang hanya mampu berlari di belakang Abg Din, bukan dihadapan dia… barulah kita tahu yang kita telah ditinggalkan oleh Abg Din… makin lama makin ramai peserta yang sampai dan memenuhkan kawasan penamat ni… dan lepas lebih sejam ajat pun sampai dan menamatkan lariannya… masa yang dia catatkan adalah cukup baik juga… setelah ajat menamatkan larian kami tak tunggu lama sebab ada acara lain yang menunggu… dengan segera kami pulang ke sri gombak…
            Setelah sampai di sri gombak… ajat segera mandi dan lebih kurang jam 11pagi kami bergerak ke bukit beruntung untuk re-group dengan abah… dalam jam 12.30 t/hari kami bertujuh dengan 2 biji kereta (persona & myvi) mula bergerak ke bukit fraser… perjalanan dari rumah abah di bukit beruntung ikut jalan belakang dijangka memakan masa dalam 1jam untuk sampai ke puncak bukit fraser… perjalanan dari bukit beruntung kami ikut jalan belakang ke pekan rasa… dari pekan rasa kami menuju ke pekan kuala kubu baru… singgah sebentar di pekan kuala kubu baru untuk membeli sedikit barangan keperluan sebelum meneruskan perjalanan ke bukit fraser… perjalanan ke bukit fraser akan melalui jalan yang berliku2… kalau sesiapa yang tak tahan boleh mudah mabuk… oleh sebab itu adalah dinasihatkan supaya pastikan dahulu kenderaan yang kita bawa dalam keadaan yang baik… jalannya bukan sahaja berliku tetapi juga akan melalui kawasan hutan simpan yang agak sunyi dari gerakan traffik dan juga akan melalui kawasan lereng bukit yang curam… perjalanan ini juga akan membawa kita melewati kawasan yang menarik seperti Empangan Kuala Kubu, Santuari Ikan Sungai Chilling dan beberapa kawasan perkelahan air terjun…
jambatan gantung GAP
            Sebelum dakian terakhir untuk sampai ke puncak bukit fraser… kita akan melalui satu kawasan yang dikenali sebagi GAP… dulu2 Cuma ada satu sahaja jalan untuk naik dan turun dari bukit fraser… oleh itu telah ditetapkan jalan ini akan dibuka 1jam untuk perjalanan sehala naik dan kemudian 1jam untuk perjalanan sehala turun… ini bermakna kalau kita sampai ke GAP dan nak naik ke atas jika waktu itu adalah jam untuk perjalanan turun, maka kita kena tunggu di GAP sehingga masa untuk perjalanan naik sahaja… kat area GAP ni ada satu jambatan gantung yang agak menarik… tetapi sekarang sudah ada 1 jalan khas untuk naik sahaja dan 1 jalan khas untuk turun sahaja… jadi tak perlu lah tunggu di GAP lagi… dakian terakhir ni akan melalui jalan yang amat sempit… lepas sebiji kereta sahaja… tak boleh memotong…
            Kami sampai ke puncak bukit fraser dalam jam 1.30t/hari… masa untuk makan t/hari… mak ada masak bekalan nasi lemak untuk dibawa ke bukit fraser… kami makan di salah sebuah pondok yang terletak ditepi jalan… kat bukit fraser banyak pondok2 macam ni… lepas makan kami bergerak ke hotel penginapan kami di hotel Shahzan Inn… hotel ni terletak berdekatan dengan pusat pekan fraser hill dan bagi aku amat2 strategik… kalau kita naik ke bukit fraser dan bila sampai ke pekan bukit fraser kita akan berjumpa dengan satu roundabaout yang ada menara jam… hotel shahzan ni berada di sebelah kanan… setelah selesai urusan check in kami berehat dibilik memasing… abah, mak, rini dan ajat satu bilik… aku sefamily satu bilik… 
makan t/hari... apo ko buat tu ajat...
            Lepas berehat sekejap aku ajak betty minum petang di café shahzan inn… masa turun bawah kami terserempak dengan rini yang ambil barang kat kete… aku ajak dia minum sekali dan panggil mak dan abah turun minum… kami semua pun minum kat café kecuali ajat yang tido kerana kepenatan… dia baru dapat nak tido setelah kepenatan lari 12k pagi tadi… lepas minum kami keluar berjalan2 di area pekan bukit fraser, kecuali betty yang nak rehat di bilik… ajat yang baru bangun tido terus join kami sekali… pekan bukit fraser ni memang cantik sebab lanskapnya dibuat ala2 inggeris lama… banyak pokok2 pine dan bunga2 yang mekar… cuaca pada petang ni mendung dan berkabus… amat2 sejuk sekali… kami berjalan2 sehinga menghampiri masjid bukit fraser… sebelum sampai ke masjid ada satu denai yang di panggil Hemmant Trail… kalau tak salah aku denai ini dinamakan atas penghormatan kepada Hemmant, iaitu pereka padang golf di bukit fraser ni… denai ni digunakan oleh mamat hemmant ni untuk memantau pembinaan padang golf ni… oleh kerana masa sudah agak lewat kami bercadang untuk explore denai ni pada esok paginya… untuk pengetahuan korang kat bukit fraser ni ada banyak denai2 seperti ni dan masing2 ada namanya yang tersendiri… denai2 ini pada asalnya digunakan sebagai jalan singkat oleh penduduk2 di bukit fraser ni untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat… untuk mereka yang minat untuk explore denai2 ini adalah dinasihatkan menggunakan pakaian dan kasut yang berseuaian kerana jalannya lecak kalau hujan dan juga perlu melalui beberapa halangan yang memerlukan flexibality pada pergerakkan… juga jalanlah mengikut jalan denai yang telah ditetapkan dan jangan sesuka hati nak ikut jalan sendiri… sebab kalau tak salah aku pernah ada kes orang hilang kat area fraser hill ni selepas dikatakan pergi berjalan2 dikawasan2 denai ini… 



            Disebabkan oleh keadaan dah semakin gelap nak masuk malam… kami berpatah balik semula ke shahzan inn… setelah mandi dan berehat… kami turun semula untuk makan malam… Cuma mak dengan abah sahaja yang tak turun sebab dia orang dah makan nasi lemak bekalan yang mak bawa tu… kami pergi makan kat sebuah restoran di Puncak Inn, salah satu hotel yang berdekatan dengan pusat pekan fraser hill… mengikut pemerhatian aku, tempat2 makan kat area fraser hill ni semuanya bersih2 belaka… Gred A… sesuai dengan pusat tarikan pelancong… setelah makan malam kami lepak kat kawasan pusat pekan bukit fraser, mak dan abah pun dah turun dari shahzan inn dan join kami sekali… cuaca malam ni memang sejuk betul dan berkabus kerana belah petang tadi hujan seketika… setelah lepak seketika tetiba rasa macam rintik2 hujan mula turun… kami segera bergerak pulang ke shahzan inn… aku, betty miza sempat sampai ke shahzan inn… mak, abah, rini dan ajat sangkut kat kawasan kedai dan terpaksa tunggu sehingga hujan reda untuk balik ke shahzan inn… aku, betty dan miza lepak kat lobi hotel sehingga lewat malam… kami naik tido setelah masing2 rasa mengantuk… 

            Keesokkan paginya semua bangun awal dan turun bersarapan di café shahzan inn… boleh tahan juga buffey breakfast kat shahzan inn ni… macam2 ada… selepas bersarapan, aku, ajat, rini, miza dan abah pergi trail walk di hemmant trail sementara betty dan mak duduk di bilik… perjalanan dalam hemmant trail di memakan masa dalam 20 ~30minit… jalannya takdela mencabar sangat… tetapi perlu juga berhati2 sebab ada kawasan yang agak curam dan railing kayu yang telah reput dan tumbang… trail ini akan menyusuri di tepi lereng bukit bersebelahan dengan padang golf… kami masuk dari pintu yang berdekatan dengan masjid dan keluar kat jalan dekat dengan kandang kuda… dari pintu keluar ni, kami berjalan kaki kembali ke shahzan inn… boleh tahan jauh juga tapi takpa, eksasais pepagi…
            Lepas sampai semula ke shahzan inn… semua naik semula ke bilik… Cuma aku merasakan nak lari satu pusingan kat bukit fraser ni… aku ajak ajat sekali tetapi dia masih recovery lagi dari larian Newton 12k pada hari ahad pagi… dari perkarangan shahzan inn aku mula berlari mengelilingi puncak bukit fraser… jalannya memang berbukit dan agak mencabar… aku berjaya membuat satu pusingan lengkap dengan 2.3km dalam masa 21minit… lebih kurang satu pusingan di taman tasik titwangsa… pace larian aku adalah amat2 perlahan sebab mendaki bukit dan aku ambil kesempatan ni untuk menikmatan pemandangan bukit fraser yang segar dan indah…
            Setelah naik ke bilik dan mandi, kami mula berkemas sebab nak check out kul 12 t/hari… setelah selesai urusan check-out… kami pergi bersiar di sekitar kawasan bukir fraser sebelum kami turun… tempat pertama yang kami singgah adalah kedai cenderamata yang berdekatan dengan tower clock… aku beli sepasang T-Shirt dengan simbol kala jengking yang sparkling dan ada tulisan fraser hill… miza pula beli beberapa key-chain untuk diberikan kepada kengkawan sekolah dia… setelah membeli belah… kami bergerak naik lagi… melintasi hotel smokehouse yang terkenal itu… cadangnya nak pergi ke air terjun, tapi jalan ditutup… kami singgah dikawasan taman yang dikhaskan untuk parking dan berkelah sebab ada tempat duduk… masa ni cuaca memang sedang berkabus tebal… pemandangan terhad dalam 100meter lebih kurang aku rasa… setelah puas bergambar kami turun dan singgah minum kat kawasan rehat awam… kat sini ada banyak gerai2 makan dan kedai jual cenderamata… kami Cuma minum sahaja kat sini sebab masing2 masih kenyang lagi sebab makan banyak masa breakfast kat shahzan inn… kat sini miza beli cenderamata lagi… beberapa biji magnet peti sejuk… 
sejukkkkk

macam real siot

            Selepas minum kami terus turun dari fraser hill menuju ke kuala kubu baru… perjalanan turun ikut jalan belakang yang dikhaskan untuk perjalanan turun dari bukit fraser… jalan ini sama macam jalan naik iaitu kecil dan berliku2… kami sempat singgah di sebuah jambatan tinggi dekat empangan kuala kubu baru… sayup2 jer nampak sungai kat bawah tu… seperti biasa abah bertanyakan boleh tak mancing kat bawah tu… mesti banyak ikan kelah… untuk makan t/hari kami singgah makan di kuala kubu baru… lepas makan t/hari kami terus balik ke bukit beruntung ikut jalan pekan rasa…
            Aku lepak kejap kat bukit beruntung sebelum balik ke gombak selepas solat asar… berakhirnya trip tergempar aku ke bukit fraser… kesimpulannya bukit fraser adalah destinasi perlancongan yang baik… suasananya memang sejuk dan segar, sesuai untuk berehat2 untuk menenangkan fikiran dan mengembalikan kesegaran badan… banyak juga tempat2 menarik yang boleh dilawati… penginapannya pun ok gak… ada pelbagai jenis bergantung kepada budget memasing… shahzan inn yang aku tinggal tu pun ok gak… bagi aku harga biliknya berpatutan la… kalau korang nak try stay kat shahzan inn boleh call 09-3622300… ok selamat bercuti…