Wednesday, February 18, 2015

NEWTON Challenge 2013


 

Jarak: 15km

Kategori: Men’s open

REP: NEWTON Running T-shirt, BIB, NEWTON Socks

Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal,

Tarikh: 29 Disember 2013

Lokasi: Bandar Kinrara, Puchong

 

          Aku rasa mesti ramai yang kenal kenal jenama Newton ni kan.. Newton Cuma dikenali oleh para runner sahaja dan mereka2 yang berkecimpung dlm sukan tri (lari, basikal dan renang).. oleh kerana event kali ni dianjurkan oleh Key Power Malaysia… antara nama yg terkenal juga dalam sukan Tri… dia org ni ada kedai kat Mid Valley… kalau agak2 nak cari peralatan sukan tri, termasuklah sukan berlari boleh la cuba cari kat sana (promo sikit)…

        Event pada 2012 aku tak joint Cuma aku temankan ajat sahaja.. aku ada cite sikit pasal event ni dalam entry aku sebelum ni… so, tahun ni aku decide utk joint.. seperti biasa ajat pun joint sama… kami ambil jarak larian yang sama iaitu 15km… oleh kerana acara ni dianjurkan oleh syarikat tri maka jarak yang ditawarkan pun tak seperti acara2 lain… 15km dan 24km… acara ni juga dianjurkan di puchong (Bandar kinrara) yang mempunyai beberapa killer hills…

        Detail berkenaan acara ni aku pun x berapa ingat dah… Cuma aku rasa prestasi larian aku ok gak dan aku Berjaya menamatkan larian dalam masa yang baik…

        Tapi tahun ni (2014) aku x dgr la lagi samada acara akan dianjurkan atau tidak… selalunya acara ni dianjurkan pada hujung tahun..

………………………………………………………………………………………………

Lama giler la aku nak abiskan entry ni.. sbb utama sebab aku dengan kerja baru ni agak bz sikit.. nak duduk lepak lama2 depan PC memang xde la.. ni pun aku curi2 masa untuk siapkan entry ni sbb tak nak biarkan blog aku bersawang macam tu jer..

Okeh mari kita buat conclusion untuk entry ni.. ni merupakan event yg terangkir aku untuk 2013.. 2014 cite lain plak.. aku rasa event newton run 2014 ajat ada masuk kot.. tapi aku tak pegi pun tengok.. 2014 nanti aku akan mengalami satu episode hitam dalam sejarah hidup aku.. dan juga 2014 aku dah Berjaya mendapat title Marathon runner… aku harap aku dapat tulis satu entry tentang itu.. untuk event2 2014 aku akan cuba buat coretan sikit pasal semua event yang aku masuk untuk 2014… insyaallah…