Wednesday, March 14, 2018

Larian Sukan SEA 2017


Larian Sukan SEA 2017

Jarak: 15km

Kategori: 15km

Tarikh: 19 August 2017

Lokasi: Perkarangan Perbadanan Putrajaya

Duration: 1jam 52min

Pace: 7:16Min/Km

 

          Larian yang dianjurkan semperna penganjuran Sukan SEA kuala lumpur 2017.. pada hari yang sama dan tempat yang sama juga adalah acara Marathon untuk sukan SEA 2017.. aku masuk larian ni untuk meraikan penganjuran yang julung2 kalinya itu.. acara kali ini disertai oleh ajat sekali.. harini kami sekeluarga semuanya pakai baju bertemakan sukan SEA 2017 kuala lumpur yang aku belikan kecuali Fateh sebab xde saiz bayi.. aku pula pakai baju larian sukan SEA berwarna putih.. yang lain semua warna biru..

          Awal2 pagi kami telah bertolak ke Putrajaya dari bukit beruntung.. kami berjumpa dengan ajat di Putrajaya.. jarak larian kali ni agak jauh.. iaitu 15km.. setibanya kami di Putrajaya.. acara marathon sukan SEA telah pun bermula.. tempat pelepasan kami adalah betul2 disebelah tempat pelepasan acara marathon sukan sea..
awal pagi kami dah sampai putrajaya

fatih baru bangun tido


          Larian kali ni berjalan dengan baik dan lancar.. masa yang aku catatkan adalah antara yang terpantas untuk jarak 15km.. Cuma selepas larian je kelam kabut semasa nak ambil medal dan goodies bag.. berpusu2 orang dekat khemah medal dan goodies bag.. lepas bersesak2 nak ambil medal dan goodies bag aku pun berkumpul semula dengan ana dan anak2 aku.. lepas abis larian ajat pun terpaksa beredar sebab ada urusan lain.. aku sebelum balik pergi juga ronda2 kat area booth yang disediakan tapi takde apa yang menarik untuk dibeli..
fatih sorak abah sari tepi je


selepas selesai


KM yang terakhir..


Geng yang hadir harini


keluarga aku



jln2 kat booth




          Aku lepak jap tengok acara marathon sukan SEA yang sedang berlansung.. tahun ni mencatat sejarah baru apabila Malaysia Berjaya memenangi pihat setelah sekian lama tidak dapat meraih sebarang pingat.. Malaysia Berjaya memenangi pingat gangsa manakala pingat emas diraih oleh pelari dari singapura..

          Pada hujung minggu depannya pula aku bawa ana, miza, sufi dan fatih ke stadium nasional bukit jalil untuk menyaksikan acara sukan SEA 2017.. kami bergerak dari rumah naik kereta dan parking di stesen lrt Gombak.. dari situ kami naik lrt ke stadium nasional bukit jalil.. perjalanan naik lrt lebih kurang 1 jam.. acara yang kami tengok kat stadium adalah acara olahraga.. kami juga dapat saksikan acara penyampaian pingat.. kalau tak salah untuk acara lompat tinggi yang mana Malaysia dapat pingat emas.. dapat juga merasakan nyanyi lagu negaraku dalam stadium.. bergema siot.. memang meriah didalam dan luar stadium..
kami di luar stadium

obor sukan SEA

kami dlam stadium

acara sedang berlangsung



          Semasa perjalanan balik kami dapat saksikan raptai untuk pelancaran penaiktarafan sungai Gombak.. lampu2 LED berwarna biru telah dipasang di tebing2 sungai dan bila dipasang pada waktu malam.. memang cantik sekali..
sungai Gombak dah pasang LED biru