Sunday, March 24, 2013

Target (S.M.A.R.T.)



            Mari kita berbincang tentang penetapan Target atau Sasaran… target adalah merupakan set of pencapaian yang telah ditetapkan supaya dapat mencapai objective yang ingin kita capai… dari sini jelas menunjukkan bahawa bahawa konsep objektive adalah lebih besar dan lebih umum dari target… manakala tema pula merangkumi set of objective… secara hierakinya adalah…
Tema à Objektif à Target
Oleh itu sebelum set of target ditetapkan kedudukan dan penerangan tema dan objektif mestilah jelas… jika tidak, target yang ditetapkan tidak akan dapat membantu kita mencapai objektif dan menyebabkan kita tersasar dari tema keseluruhan…
            Berbalik kepada penetapan target… perbagai rujukan boleh dibuat, tetapi perlulah berkaitan data2 yang ada pada kerja kita… bagi aku kaedah evaluasi target yang terbaik dan selalu aku gunakan adalah S.M.A.R.T…. SMART adalah singkatan kepada Specific. Measurable. Achievable. Realistic. Time frame… BERMAKSUD, setiap target yang hendak di set perlulah memenuhi Pra-Syarat SMART… mari kita pergi satu persatu pra-syarat SMART ni…
Specific…
Target itu perlulah spesific, khusus… tidak boleh berbentuk genaral atau am… sebagai contoh, target untuk berlari dengan laju… ianya terlalu general dan kurang spesific…
specific
Measurable…
Banyak berhubung kait dengan specific… kerana selain target itu perlu specific ia juga perlu boleh diukur… berbalik kepada target untuk berlari dengan laju… laju sahaja tidak specific dan tidak boleh diukur… target yang lebih sesuai adalah berlari dengan laju pada pace 7min/km…

measurable
  
Achievable
Sememangnya perlulah kita meletakkan target yang kita boleh capai… kita sememangnya tahu kemampuan diri sendiri… jangan letak target diluar kemampuan kita sebab kalau tak boleh capai, kita jugak yang susah… sebagai contoh kita meletakkan target untuk berlari pada pace 1min/km… gile apa, usin bolt pun belum tentu dapat lari laju tu…
achievable

Realistic
Target yang ditetapkan perlulah realistic iaitu masuk akal… sebagai contoh kita nak berlari dari perlis hingga ke johor bahru dalam satu hari… kan tak masuk akal tu… superman pun fikir 2~3 kali kalau nak buat camtu…
realistic

Time frame
Target yang kita tetapkan tu pun mesti lah dicapai dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan… contohnya kalau satu2 projektu perlu disiapkan dalam masa sebulan… maka target yang nak kita tetapkan mestilah boleh dicapai dalam masa sebulan… tak guna juga kalau kita tetapkan satu2 target tetapi untuk mecapainya memerlukan masa sejuta tahun… sebagai contoh kita nak beli kereta berharga rm50k pada penghujung tahun ni tapi target yang ditetapkan adalah untuk menyimpan 1sen setiap hari… agak2nya bila dah hujung tahun ni lepas cukup tak duit nak beli kereta…RM4 nak buat bayar downpayment pun tak lepas…
time frame

Semoga panduan yang aku berikan ni boleh lah korang gunakan dalam menentukan menetapkan target korang…
Adakah aku juga menggunakn konsep SMART dalam menentukan target aku?... lebih kurang la… kalau kita tengok balik kepada target untuk aku berlari… pada awalnya adalah hanya untuk mengisi masa lapang pada waktu pagi disamping untuk meningkatkan kesihatan diri… tetapi target ni kalau kita bandingkan dengan konsep SMART adalah kurang specific dan tidak boleh diukur (measureable)…
Oleh itu aku mengadjust target aku untuk menyertai sekurang2nya 1 event setiap bulan (kecuali bulan puasa dan bulan raya)… menjadikan lebih kurang 9 event setahun… ini menjadikan target aku boleh diukur… aku juga mensasarkan untuk berlari pada pace yang laju sesuai dengan tahap stamina aku… aku menetapkan untuk menamatkan larian HM aku dibawah 3jam oleh itu aku perlu pastikan pace larian aku tidak melebihi 8min/km ataupun lebih kurang 7.7km/j… aku juga menetapkan target bahawa bila aku dah aktif berlari… secara tidak langsung akan meningkatkan kesihatan badan dan berada dalam form yang lebih baik… dengan itu aku mensasarkan peningkatan berat badan dari kondisi underweight masuk kedalam linkungan BMI yang sesuai dengan susuk tubuh aku… julat normal untuk susuk tubuh aku bedasarkan BMI adalah dari 56kg ~ 76kg… baru2 ni aku ada timbang berat badan aku dan berat terkini aku adalah 62kg… alhamdulillah berjaya juga aku masuk dalam lingkungan BMI yang normal… takdela cikeding sangat…
Aku percaya dengan berpandukan konsep SMART korang dapat buat target yang lebih baik dan jelas… takde la melulu2… selamat beramal…. Hehehehee…

Thursday, March 14, 2013

Home Made ROTI…



            Aku sebenarnya dah lama nak buat roti sendiri… home made la katakan… sebelum ni aku sebenarnya dah pernah cuba nak buat sendiri… resepinya aku ambil dari internet… biasala google it up… tapi hasilnya amat2 mengecewakan… tak tahu la aku kat mana salahnya… roti yang aku harapkan selembut sutera, jadi keras kerkong… baling ke dinding belum tentu roti yang pecah, silap2 dinding yang pecah… suspek utama aku adalah yis yang aku gunakan mungkin tak elok sebab, bila aku biarkan doh aku berehat doh tu tak berkembang pun… lepas kejadian tu aku terus jadi lemah semangat nak buat roti lagi…
            Tapi baru2 ni… ada member seopis yang buat roti dan jamu kengkawan satu opis… aku ambil kesempatan dengan bertanyakan resepi dan teknik dia membuat roti… berpandukan petua dan resepi member aku tu… aku cuba untuk membuat sendiri roti untuk kali kedua dengan sedikit pengubahsuaian terhadap teknik dan resepi member aku tuh…
            Sebelum tu, aku berkunjung ke kedai membekal barangan membuat kek, biskut dan roti (bakery supplies) kat area aku… senang kalau ada kedai camni kat area korang… senang nak carik bahan2 nak buat kek, biskut atau roti sebab kedai camni khusus jual barang untuk bakery sahaja… kalau takde kedai camni kat area korang, kebanyakkan pasaraya besar pun ade jual jugak bahan2nya… satu lagi kelebihan kedai bakery supplies ni, kita boleh tanya tokey kedai tu petua, teknik dan resepi sekali… selalunya dia orang boleh tolong… kalau kat pasaraya tu boleh la jugak try tanya kat juruwang tu, tapi tak pasti la samada dia boleh jawab atau tidak…
            Bahan2 yang diperlukan…
200g              tepung roti (tepung protein tinggi)
50g                 tepung biasa (all purpose flour)
11g                 yis (1 peket kecik)
1sudu kecik gula
1sudu kecik garam
2sudu kecik bread improver
1biji                telur
145ml             air
2sudu besar susu pekat manis
2sudu besar margerin
1sudu besar bread softerner
Inti roti secukup rasa
Cheeze yang telah diparut
            Secara kasarnya, semua bahan2 ni terdiri dari bahan basah dan bahan kering… langkah kerja yang pertama adalah untuk mencampurkan semua bahan2 kering iaitu tepung roti, tepung biasa, yis, gula, garam dan bread improver… boleh gunakan mangkuk besar untuk campurkan semua bahan ni… teknik yang aku gunakan adalah teknik manual, tanpa sebarang penggunaan mesin… gaul bahan2 kering tadi sampai bercampur rata… pastu, campurkan air dengan susu pekat manis… kacau sampai sebati… pecahkan telur sebijik dan pukul sikit, kalau nak buang hanyir telur boleh tambah sikit esen vanilla…
            Mula2 semua bahan kering masukkan dalam satu mangkuk besar… tuangkan air yang telah dicampurkan dengan susu pekat manis ke dalam mangkuk besar dan gaul… kendian tambah pulak telur yang dan dibantai tadi… gaul lagi… tambah margerin dan bread softener dan teruskan menggaul… proses menggaul tu boleh guna tangan jer… pastikan tangan telah dibasuh dengan bersih sebelum proses menggaul dilakukan… pada tahap ni semua bahan2 yang kita gabungkan tadi akan membentuk satu sebatian yang melekit… teruskan menggaul sehingga sebatian tadi semakin memekat dan akhirnya membentuk DOH yang tidak lagi melekat pada mangkuk dan tangan… jika dalam proses menggaul tu, sebatian tu masih melekat pada mangkuk dan tangan kita… bolehlah kita tambahkan tepung roti atau tepung biasa sedikit demi sedikit sepanjang proses menggaul sehingga doh terbentuk…
            Lepas tu boleh lah keluarkan doh tu dan uli lagi atas doh tu atas permukaan yang rata dan bersih… pastikan sebelum tu taburkan sikit tepung atas permukaan rata untuk mengelakkan dari doh melekat kat atas permukaan… uli doh tu dalam lebih kurang 10minit… pastu masukkan balik doh tu dalam bekas gaulan tadi dan tutup bekas tu dengan samada kain lembab atau plastic wrap… letakkan doh tadi di kawasan yang panas supaya doh boleh berehat dan mengembang… aku selalunya letak berdekatan dengan oven aku yang telah dipanaskan… letak dekat luar oven yea, bukan dalam oven… hasil tindakbalas yis tadi akan menyebabkan doh berkembang dan menjadi 2 kali ganda dari saiz asal… ini memakan masa dalam lebih kurang 1jam…
            Lepas doh dah mengembang… keluarkan dah dan uli lagi… kali ni uli dalam lebih kurang 5minit… jangan lupa tabur sikit tepung kat papan untuk menguli untuk mengelakkan doh dari melekat… lepas abis uli, doh dah boleh dibentuk ke bentuk roti yang hendak kita buat… aku selalunya bentukkan bulat2 kecik… lepas tu aku masukkan inti dalam doh yang aku dah bulat2kan kecik tu… inti yang selalu aku guna adalah paste kecang merah, paste ni boleh dibeli kat kedai bakery supply… sediakan pulak bekas untuk memasak roti tu… pastikan bekas tu tahan panas untuk dimasukkan ke dalam oven, macam bekas aluminium ke… sapukan sedikit majerin ke bahagian dalam bekas masakan supaya roti yang dibakar tak melekat pada bekas… susun rapat2 doh yang telah kita bulat2kan kecil tadi dalam bekas membakar… sebelum dibakar kita rehatkan dulu doh tu dalam 20minit sebelum dimasukkan ke dalam oven… doh tu akan berkembang sedikit lagi…
            Oven yang kita nak gunakan untuk membakar roti perlulah dipanaskan dahulu… pre-heated… panaskan oven pada suhu 180darjah celcius… bila oven dah dipanaskan dan doh dah direhatkan, bolehlah dibakar didalam oven… tapi sebelum tu, bagi menyedapkan lagi roti aku selalunya taburkan gula dan cheeze yang telah diparut diatas roti… masa masakan memakan masa dalam lebih kurang 20minit… bila dah masak keluarkan roti dari oven dan biarkan ia berehat seketika supaya roti betul2 set… lepas tu boleh lah dipotong dan dimakan… nyum… nyum… nyum…
(gambar upload kemudian ok)