Sunday, March 24, 2013

Target (S.M.A.R.T.)



            Mari kita berbincang tentang penetapan Target atau Sasaran… target adalah merupakan set of pencapaian yang telah ditetapkan supaya dapat mencapai objective yang ingin kita capai… dari sini jelas menunjukkan bahawa bahawa konsep objektive adalah lebih besar dan lebih umum dari target… manakala tema pula merangkumi set of objective… secara hierakinya adalah…
Tema à Objektif à Target
Oleh itu sebelum set of target ditetapkan kedudukan dan penerangan tema dan objektif mestilah jelas… jika tidak, target yang ditetapkan tidak akan dapat membantu kita mencapai objektif dan menyebabkan kita tersasar dari tema keseluruhan…
            Berbalik kepada penetapan target… perbagai rujukan boleh dibuat, tetapi perlulah berkaitan data2 yang ada pada kerja kita… bagi aku kaedah evaluasi target yang terbaik dan selalu aku gunakan adalah S.M.A.R.T…. SMART adalah singkatan kepada Specific. Measurable. Achievable. Realistic. Time frame… BERMAKSUD, setiap target yang hendak di set perlulah memenuhi Pra-Syarat SMART… mari kita pergi satu persatu pra-syarat SMART ni…
Specific…
Target itu perlulah spesific, khusus… tidak boleh berbentuk genaral atau am… sebagai contoh, target untuk berlari dengan laju… ianya terlalu general dan kurang spesific…
specific
Measurable…
Banyak berhubung kait dengan specific… kerana selain target itu perlu specific ia juga perlu boleh diukur… berbalik kepada target untuk berlari dengan laju… laju sahaja tidak specific dan tidak boleh diukur… target yang lebih sesuai adalah berlari dengan laju pada pace 7min/km…

measurable
  
Achievable
Sememangnya perlulah kita meletakkan target yang kita boleh capai… kita sememangnya tahu kemampuan diri sendiri… jangan letak target diluar kemampuan kita sebab kalau tak boleh capai, kita jugak yang susah… sebagai contoh kita meletakkan target untuk berlari pada pace 1min/km… gile apa, usin bolt pun belum tentu dapat lari laju tu…
achievable

Realistic
Target yang ditetapkan perlulah realistic iaitu masuk akal… sebagai contoh kita nak berlari dari perlis hingga ke johor bahru dalam satu hari… kan tak masuk akal tu… superman pun fikir 2~3 kali kalau nak buat camtu…
realistic

Time frame
Target yang kita tetapkan tu pun mesti lah dicapai dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan… contohnya kalau satu2 projektu perlu disiapkan dalam masa sebulan… maka target yang nak kita tetapkan mestilah boleh dicapai dalam masa sebulan… tak guna juga kalau kita tetapkan satu2 target tetapi untuk mecapainya memerlukan masa sejuta tahun… sebagai contoh kita nak beli kereta berharga rm50k pada penghujung tahun ni tapi target yang ditetapkan adalah untuk menyimpan 1sen setiap hari… agak2nya bila dah hujung tahun ni lepas cukup tak duit nak beli kereta…RM4 nak buat bayar downpayment pun tak lepas…
time frame

Semoga panduan yang aku berikan ni boleh lah korang gunakan dalam menentukan menetapkan target korang…
Adakah aku juga menggunakn konsep SMART dalam menentukan target aku?... lebih kurang la… kalau kita tengok balik kepada target untuk aku berlari… pada awalnya adalah hanya untuk mengisi masa lapang pada waktu pagi disamping untuk meningkatkan kesihatan diri… tetapi target ni kalau kita bandingkan dengan konsep SMART adalah kurang specific dan tidak boleh diukur (measureable)…
Oleh itu aku mengadjust target aku untuk menyertai sekurang2nya 1 event setiap bulan (kecuali bulan puasa dan bulan raya)… menjadikan lebih kurang 9 event setahun… ini menjadikan target aku boleh diukur… aku juga mensasarkan untuk berlari pada pace yang laju sesuai dengan tahap stamina aku… aku menetapkan untuk menamatkan larian HM aku dibawah 3jam oleh itu aku perlu pastikan pace larian aku tidak melebihi 8min/km ataupun lebih kurang 7.7km/j… aku juga menetapkan target bahawa bila aku dah aktif berlari… secara tidak langsung akan meningkatkan kesihatan badan dan berada dalam form yang lebih baik… dengan itu aku mensasarkan peningkatan berat badan dari kondisi underweight masuk kedalam linkungan BMI yang sesuai dengan susuk tubuh aku… julat normal untuk susuk tubuh aku bedasarkan BMI adalah dari 56kg ~ 76kg… baru2 ni aku ada timbang berat badan aku dan berat terkini aku adalah 62kg… alhamdulillah berjaya juga aku masuk dalam lingkungan BMI yang normal… takdela cikeding sangat…
Aku percaya dengan berpandukan konsep SMART korang dapat buat target yang lebih baik dan jelas… takde la melulu2… selamat beramal…. Hehehehee…

No comments: