Friday, April 12, 2013

BROOKS Half Marathon 2013



Tempat Mula/Tamat: Kawasan Parking, Stadium Nasional Bukit Jalil
Kategori: Men’s 21km (BIB A11844)
Race kit: Dry Fit Running Vest Brooks, BIB, Timing chip
Post-race: Finisher Cup, Finishet ‘T’
Tarikh & masa : 3 March 2013, 5.30 am
            Up-grade… tahun lepas lari 10k jer… tahun ni selepas kena racun dengan ajat, aku Up-grade ke 21km… antara faktor utama kenapa aku boleh termakan racun adalah tahun ni dia orang bagi Finisher ‘T’ untuk sesiapa yang habis HM… tahun ni finisher medalnya pun agak unik kerana tak macam finisher medal yang konvesional yang ada tali tu… tahun ni finisher medalnya berbentuk cup/piala dan warnanya berbeza mengikut kategori yang kita masuk… piala emas untuk HM, piala perak untuk 10k dan piala gangsa untuk 5k… unik kan, lain dari yang lain… tahun lepas dia orang bagi running vest yang nipis giler… teknologi baru katenye… tapi ajat kata best lari guna vest yang nipis tu sebab cepat sejuk… yang join larian kali ni adalah geng2 biasa… aku, ajat dan una… Cuma una kali ni dia up-grade untuk berlari 10k… tapi tahun ni tak dapat lagi nak dapat berlari dalam stadium sebab mula dan tamat larian adalah di luar stadium kat area parking… tapi takpela sebab dah dapat rasa lari dalam stadium tahun lepas…
            REP tahun ni aku yang ambil kat butik brooks kat D’Curve… kebetulan hari jumaat tu aku cuti sebab bawa betty gi follow-up check-up… lepas check-up dan tunggu miza balik dari sekolah… kami terus pergi ke IKEA… sementara betty dengan miza tengah lunch, aku lari jap gi amik REP… aku ambil 5 REP… untuk aku dan ajat HM, una 10k dan 2 orang member ajat 5k… nampaknya tahun ni konsepnya OREN…
            Disebabkan flag off untuk HM pada 5.30pagi… aku budget untuk sampai ke stadium bukit jalil dalam jam 4.30pagi, sebab tu nak kena gerak dari rumah dalam jam 3.30pagi… disebabkan nak kena gerak awal dari rumah… malam sabtu tu ajat dan una bermalam kat rumah aku jer… seperti biasa aku dah siap2 tape kaki dan tape KT tape sebelum tido…
            Bangkit dari tido dalam jam 3pagi… lepas semua dah bersiap kami keluar dari rumah dalam jam 3.45pagi… perjalanan lancar dari sri gombak hingga ke stadium nasional… disebabkan kami datang awal, dapatlah kami parking kat dalam kawasan parking stadium… kalau tak kenalah parking kat luar stadium macam tahun lepas… lepas parking kereta, kami bertiga terus berlegar kat area parking kereta stadium ni sambil tengok gerai2 penaja dan buat senaman memanaskan badan… pihak penaja juga ada mengadakan sesi senamrobik… tapi masalahnya ia menggunakan video yang dipaparkan kat skrin besar… dah lah senaman tu juga lagu Oppa Gannam Style, gerakkannya pula terlalu laju untuk diikut… last2 orang buat dek jer, termasuklah aku… not a very good move… selepas selesai sesi senamrobik, semua peserta HM diminta berada kat kawasan pelepasan… maka terpaksa aku dan ajat berpisah seketika dengan una sebab acara 10k bermula lewat sikit…

            Sedang aku dan ajat berleka2 kat area mula tu… tetiba jer terdengar bunyi tembakan pistol menandakan acara telah dimulakan… apa lagi, terhegeh2 la aku dan ajat mula berlari… target aku kai ni nak buat HM dibawah 3jam… memperbaharui rekod buruk aku semasa PNM’12… kalau boleh memecahkan rekod larian HM aku semasa SCKLM’12… larian aku untuk HM kali ini adalah lebih baik… aku tak bimbang sangat sebab larian kali ni sebelah pagi… tak kritikal sangat macam larian malam… tetapi tak disangka2route larian dibukit jalil ini benar2 mencabar… banyak betul turun naik bukitnya… aku boleh katakan setaraf dengan route putrajaya… nasib baik lari belah pagi… kalau lari belah malam mungkin kejadian semasa HM PNM’12 boleh berulang… satu lagi yang mental pasal route kali ni banyak betul U-Turnnya… tensen aku…
            Perjalanan larian berjalan lancar… takde banyak sangat masalah… masalah cramp kaki pun takde… Cuma letih layan bukit banyak sangat… water station pun cukup dan ok… aku berjaya kembali ke stadium nasional dengan masa yang lebih baik dari PNM’12… masa yang aku catatkan adalah 2jam 59minit… betul2 sub 3hour… ajat sampai seminit awal dari aku… kami berjumpa balik semasa beratur nak ambil finisher ‘T’ dan ‘piala’… lepas ambil goodies aku dan ajat terus carik kawasan nak lepak… aku carik kawasan yang teduh sebab aku nak baring… pancit giler lepas layan bukit… tak lama kemudian una pun join the group… buat masa ni aku rasa inilah route yang paling mencabar… masa energizer night race, aku rasa routenya pun mencabar gak tapi larian Cuma 15k sahaja… seksa tu tak lama sangat la… ni 21k… seksa tu…. Tapi macam manapun aku dapat jugak capai target aku walaupun tinggal seminit jer lagi… berjaya juga aku kumpul satu lagi finisher ‘T’…




            Lepas berehat kejap… tunggu jalan yang ditutup dibuka semula… kami pun bergerak balik… sebelum bergerak ke kereta kami singgah dulu makan tembikai free… secara keseluruhannya, satu event yang telah dianjurkan dengan baik pada pendapat aku dan agak unik… Cuma selepas event aku ada dengar berita ada runner yang tumbang dan meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung semasa dalam larian… jangan ingat event larian ni takde risiko… listen to your body and know your limit… HAPPY RUNNING…


No comments: