Thursday, April 25, 2013

MAKNA Founder Run 2013



Tempat Mula/Tamat: Kawasan Parking, Padang Merbok, KL
Kategori: Men’s 12km (BIB A1524)
Race kit: Dry Fit Running Vest ASICS, BIB, Timing chip
Post-race: Finishet ‘T’
Tarikh & masa : 31 March 2013, 7.00 am
            Event terakhir bulan 3 sebelum aku berehat panjang dalam bulan 4… event ini menawarkan 3 kategori utama… 12km, 7km dan 5km… aku seperti biasa masuk jarak 12k la… ajat dan una pun masuk gak event ni Cuma dia orang masuk jarak 7k jer sebab nak lari togeder2 la katakan… route padang merbok ~ bukit tungku ni dah kira agak familiar buat aku… dan banyak jugak event yang aku masuk lari kat area ni…
REP kali ni ajat yang tolong amikkan kat opis The Marathon Shop… aku tak dapat nak gi amik REP sebab aku kena bawak betty untuk follow-up checkup… hari jumaat malam ajat datang tido kat rumah aku… esoknya pagi2 ajat dah keluar sebab dia ada urusan dengan una… dia pergi ambil REP skali… sementara tu aku bawak betty untuk follow-up checkup…
First time aku dapat running vest ASICS… kualitinya boleh tahan juga… untuk pengetahuan korang…. Kasut jenama ASICS adalah antara kasut larian yang termahal dipasaran yang mana setiap kasut dilengkapi dengan teknologi GEL… aku rasa teknologi GEL ni lebih kurang teknologi DNA dalam kasut BROOKS yang mana tapaknya akan menyesuaikan keadaannya ikut bentuk dan gaya larian seseorang….
Seperti biasa lepas tape jari kaki dan dan tanpal KT Tape… terus masuk tido…. Keesokkan paginya kul 4.30pg aku dah bangun dan bersiap… setelah ajat bersiap dan una pun sampai ke rumah aku…. Kami bergerak ke padang merbok dalam pukul 5.30pg… disebabkan masih awal lagi kami dapat parking kat area banggunan bank rakyat… dari sini kami berjalan kaki ke kawasan parking padang merbok… setibanya di kawasan parking masih tak ramai runner yang dah sampai… aku ambil kesempatan untuk pergi ketandas dahulu sebelum kena beratur panjang… lepas buang hajat, kami carik tempat lapang sikit sebab nak buat stretching… kali ni aku buat stretching ikut pertua yang telah diberikan oleh Mark William…. Tengah2 buat stretching tu ajat bertembung dengan member dia, azri… kalau azri ada, besar kemungkinan Abg Din pun mesti ada (Abg Din adalah celebrity runner untuk event ni)… setelah abis buat stretching kami pun bergerak ke kawasan mula…
sebelum lari

Aku akan dilepaskan dahulu sebab aku amik kategori 12k… ajat dan una dijadualkan akan dilepaskan 10minit kemudian setelah aku dilepaskan… seperti yang telah dijadualkan, tepat jam 7pagi, peserta 12k pun dilepaskan… aku bermula dengan baik… route larian area bukit tungku bermula dengan pendakian yang agak panjang… nasib baik bukit ni berada dalam awal larian jadi aku takde masalah sangat untuk berlari disepanjang pendakian bukit ini…
Oleh kerana dah banyak juga masuk event larian kat area bukit tungku ni…. Jadi aku agak familiar dengan routenya dan turun naik bukitnya… sepanjang larian aku tak mengalami sebarang masalah… jumlah water station pun cukup dan keadaannya pun terkawal… aku berjaya menamatkan larian sejauh 12km dengan masa 1jam 23minit…. Masa standard aku untuk jarak 12km di route bukit tungku ni…
lepas lari

Lepas sahaja melintasi garisan penamat… terus diberikan sebotol air mineral dan beratur untuk mengambil finisher ‘T’… Cuma kecewa sikit dengan material finisher ‘T’ sebab guna kain cotton biasa sahaja… tapi apa2pun valuenya masih tinggi…. Tertera dihadapannya finisher ‘T’ tersebut… “FINISHER 12KM”… 


Lepas collect finisher ‘T’ aku terus gi beratur untuk amik sarapan cereal… malas aku nak beratur amik air milo sebab line beratur panjang sangat… lepas amik sarapan aku gi la amik jus epal… pastu carik tempak lepak sambil bersarapan… ajat dengan una re-group balik dengan aku tak lama kemudian… ajat dan una yang lari dalam ketegori 7km dah lama dah sampai sebelum aku… kami tak tunggu lama lepas tu, kami ambil keputusan untuk terus balik…. Secara keseluruhannya saya event yang baik dan lancar… tahniah kepada pihak penganjur… Seperti biasa, sebelum sampai rumah singgah dulu bersarapan… tempat favorite kami untuk bersarapan selepas event larian adalah di kedai PapaRich Sri Gombak… dan menu wajib yang kena order adalah telur separuh masak 2biji satu!!!!!....

No comments: