Wednesday, August 22, 2012

1 Syawal 1433 (19 August 2012)



                Berakhirlah sudah satu lagi bulan ramadhan dan berakhirnya bulan ramadhan datang pula bulan syawal atau bulan raye… aku dah cuba untuk menjadikan bulan ramadhan pada tahun ni lebih baik dari bulan2 ramadhan yang lepas dengan memperbanyakkan berzikir, bertawarikh dan bersolat malam… semoga amalan2 aku ini diterima oleh Allah… insyaallah…
                Raya tahun ni planningnya mula beraya kat rumah mak dan ayah aku di bukit beruntung… aku rasa dan 2tahun dah mak dan ayah aku beraya kat rumah sendiri pada raya pertama dan Cuma balik ke kampung pada raya ke 2 atau ke 3… bukannya tka nka balik beraya kat kampung di rembau… tapi disebabkan ada 2 – 3 perkara yang menyebabkan kami sekeluarga decide untuk beraya di bukit beruntung… pertama atuk dengan nenek aku sebelah ayah dah meninggal dunia… so takdelah sesapa tunggu rumah kampung tu… sebelah mak aku pulak crowded sangat sampai nak tido pun susah… last2 kami decide untuk mulakan tradisi kami sendiri di rumah mak dan ayah aku di bukit beruntung… kemeriahannya tetap sama sebab semua adik beradik akan berkumpul… kami masak ketumpat, lemang, rendang dan macam2 lagilah… macam tak boleh jumpa dengan sedara mara yang lain… sebab lepas beraya di bukit beruntung barulah kami sekeluarga semua pergi beraya kerumah sedara mara lak…
                Lepas beraya di bukit beruntung kami plan untuk balik ke kuantan untuk melawat sedara mara betty… mungkin lepas sehari dua di kuantan… bergerak ke negeri sembilan pulak… dari kuantan aku akan ke rembau melalui jalan muazam shah-kuala pilah-tampin-rembau… ini memang route kebiasaan aku kalau dari kuantan nak ke rembau… jalan lama… jalannya tak besar dan banyak kenderaan berat… jadi kena bersabar banyak sikit la… perjalanan dari kuantan hingga sampai ke rembau boleh memakan masa sehingga 3jam… bergantung kepada keadaan trafik… jalan ni agak merbahaya kalau travel pada waktu awal pagi dan lewat malam sebab jalan yang dilalui agak terpencil… melalui kawasan hutan dan ladang kelapa sawit… kalau kabus melanda jarak penglihatan memang terjejas giler… aku ingat dalam 10 meter jer kot… dan kenkadang ada binatang liar melintas… sebab itu kena senantiasa berhati2…
                Nasib baik kilang kat mana aku kerja ni cuti raya dah set siap2… semua dapat sebab kilang shutdown… so takdela gaduh2 nak mintak cuti… Cuma betty jer nak kena check berapa hari cuti dia dapat… tahun ni aku plan nak balik ke bukit beruntung pagi sabtu… bolehla nak tolong ayah aku untuk buat apa2 persiapan yang patut… anyam ketupat ke… rebus sup tulang ke… ayah aku boleh masak lemang tanpa guna buluh dan tak perlu bakar macam lemang conventional… terer tak bapak aku… aku jer yang taknak be belajar…  dalam keluarga aku semuanya pandai anyam ketupat… tapi kalau balik kampung, yang tahu anyam ketupat Cuma keluarga aku ajer… sedara mara yang lain tiap2 tahun nak kena ajar macam mana nak anyam ketupat… so, memang kalau balik kampung aku adik beradik jer la yang tukang anyam ketupat… yang lain tahu makan jer… kalau nak senang buat nasi impit… tapi nasi impit takde aroma daun kelapa macam ketupat… itu yang istimewanya ketupat…
                Berakhirnya bulan ramadhan ni jugak bermakna bermula semula latihan larian aku… tak boleh tunggu lama2 sebab bulan 10 nak lari HM kat PNM… aku kena berhati sikit untuk larian HM kali ni kerana melibatkan larian malam dan akanberlari di putrajaya yang memang terkenal dengan flyovernya yang tinggi dan melambak… baru2 ni masa pergi shopping raya kat jusca wangsa maju… aku terserempak dengan running tight jenama mizuno yang dijual dengan sales sebanyak 50%... dari lebih kurang rm140 dah tinggal rm70 jer… apa lagi goyang ler aku… lepas beli jeans (jeans aku banyak dah koyak, nampak macam rocker kapak pun ada) dengan T-shirt sehelai (warna PINK ko) aku bisik kat betty nak pinjam rm70 nak beli tight tu… pas dapat pinjam duit aku pun sambat lar tight tu… kira berbaloi la jugak… kalau beli BREATH general compression pun dah rm90… tight yang aku beli tu warna hitam dengan corak tompok2… aku sound sekali kat ajat yang mizuno tengah buat sale… kalau dah beli tight baru, tahun depan tak yah la nak beli tight lagi… tinggal beli kasut je la… balik aku cuba la pakai tight baru tu… peh lagi susah nak pakai daripada BREATH general compression aku tu terutama kat area tumit kaki… lepas raya ni boleh la try masa buat LSD nanti…
                Hari2 terakhir sebelum cuti raya bermula… opis aku dah mula kosong sebab dah ada member seopis yang dah mula amik cuti raya… nak kerja sesungguh sangat pun dah takde… dah dalam mood raya lah katakan… akhir kata aku tutup entry kali ni dengan ucapan
SELAMAT HARI RAYA
buat semua yang menyambutnya &
MAAF ZAHIR BATIN
Jika aku ada membuat dosa kepada korang semua… aku Cuma manusia biasa… tidak boleh LARI dari kesilapan… heheheee

Wednesday, August 15, 2012

CRAMP (KEJANG)



                Last entry aku tak cite apa2 pun pasal berlari… entry kali ni aku nak beri tumpuan kepada masalah yangsering terjadi sewaktu larian… CRAMP atau KEKEJANGAN… aku pasti semua runner pasti pernah mengalami masalah cramp dan ada cara tersendiri untuk mengatasi masalah berkenaan… artikel ni adalah bedasarkan kepada kefahaman aku sendiri dari bacaan dan pengalaman aku… untuk mereka yang baru berjinak2 dalam dunia larian ni… pasti masalah cramp sering menghantui setiap kali larian dibuat… aku juga sering mengalami masalah yang sama sewaktu mula2 berlari dulu… antara penyebab utama mengapa aku dulu sering mengalami kekejangan adalah sebab kurang buat regangan otot sewaktu mula berlari… dulu aku memang tak beri perhatian langsung kepada aktiviti regangan otot sebelum berlari sebab aku rasa aktiviti tu tak penting… sampai je taman, buat regangan lebih kurang terus berlari… kesannya, baru berlari dalam 1km dah mula terasa sakit dan bahagian yang paling mudah untuk cramp adalah betis, peha dan tepi perut… oleh itu untuk mengelakkan cramp, aktiviti regangan perlulah dibuat dengan sempurna… pastikan semua otot utama diregang dengan baik terutama bahagian peha dan betis… cuaca yang amat2 sejuk juga antara penyebab utama cramp mudah untuk berlaku… aktiviti regangan bukan sahaja untuk meregangkan otot tetapi ia juga salah satu cara untuk memanaskan otot… tetapi berhati2 jika cuaca amat2 sejuk… perlulah berlari2 anak untuk memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti regangan otot kerana jika melakukan aktiviti regangan badan sewaktu otot masih sejuk boleh mengundang kecederaan… dengan kata lain janganlah terlalu gopoh nak berlari… buat regangan badan dengan sempurna barulah berlari… percayalah cakap aku kesannya amat2 baik untuk jangka masa panjang…             
                Salah satu cramp yang sering terjadi adalah cramp pada bahagian tepi perut… daripada pembacaan aku… ada 2 sebab utama boleh terjadi cramp dibahagian tepi perut ni… pertama kurang regangan untuk otot ditepi perut… cara untuk meregangkan otot dibahagian ini adalah dengan cara membongkok kehadapan dan kebelakang dan juga memusing pinggang kekiri dan kekanan… sebab kedua adalah cara pernafasan yang salah… jika mengambil nafas pendek maka kita akan mudah mendapat cramp di bahagian sisi perut… ini ada kena mengena denga pergeerakkan diagfram perut yang terhad… sebab itu kita perlu mengambil nafas dengan dalam setiap kali kita berlari… kenapa pula cramp pada bahagian sisi ini selalu berlaku kepada runner2 yang baru berjinak dalam dunia larian… ini adalah faktor gemuruh… bila kita gemuruh kita akan bernafas pendek2… lebih2 lagi bila kita menyertai road race pertama kita… mesti cuak giler kan… cuak tu yang menyebabkan kita gemuruh dan bernafas secara pendek… jalan penyelesaiannya kita perlu tenang dan fokus… satu lagi jangan lupa untuk bernafas panjang2…
                Antara penyumbang lain kepada cramp adalah kandungan garam galian dalam badan seperti sodium dan pottasium… bila kita berlari… kita pasti akan berpeluh dan melalui peluh2 ini juga akan keluar garam2 galian tersebut… kita perlulah menggantikan garam2 yang hilang itu dengan meminum air isotonik semasa larian… untuk larian jarak yang jauh seperti HM dan FM… adalah dicadangkan mengambil garam ORS beberapa hari sebelum larian… ORS singkatan kepada Oral Rehydration Salt, garam dalam peket yang selalu kita dapat bila kita jumpa doktor kalau cirit-birit… kandungan utama ORS ni adalah garam galian seperti sodium dan pottasium… aku pernah cuba ambil ORS ni… sebelum larian aku pada Men’s Health Night Run 2012 tempoh hari… resultnya ok jugak sebab aku tak cramp langsung sepanjang larian 12km tersebut… aku plan untuk ambil 1peket ORS untuk larian 10km ke atas… 2 peket untuk larian melebihi 15km dan 3 peket untuk larian 20km keatas… cara pengambilan adalah 1hari sepeket… sebagai contoh, untuk larian HM masa PNM2012 nanti aku akan mula mengambil ORS pada hari khamis… kemudian hari jumaat dan pada hari sabtu… ORS ni boleh dibeli kat farmasi aje… sepeket lebih kurang rm0.60… disamping itu juga perbanyakkan meminum minuman isotonik sebelum larian lagi… ini adalah untuk memastikan badan kita cukup hydrasi menjelang hari larian… dehydrasi adalah musuh utama seoarang pelari… untuk aku minuman isotonik yang sesuai untuk aku adalah 100+… aku pernah cuba minuman isotonik yang lain seperti gatorade dan revive tapi tak berapa sesuai la untuk aku kerana aku rasa sakit perut untuk berlari… macam ajat air isotonik yang sesuai untuk dia adalah gatorade…
                Kalau kesakitan kat bahagian perut ni sebenarnya ada 2 bahagian… pertama kalau sakit tu kat area depan perut itu bermakna kita ada masalah ketidakcernaan makanan atau angin… untuk mengelakkan masalah ketidakcernaan ini dari berlaku kita perlulah berhati2 makanan yang kita makan 2~3 jam sebelum larian… elakkan dari memakan makanan yang kita tahu boleh mendatangkan sakit perut atau menyebabkan perut berangin… sebagai contoh makanan tinggi serat boleh menyebabkan perut memulas2 nak buang air besar… elakkan juga meminum produk tenusu sebelum larian… lepas larian takpa… makanan berangin macam nangka muda juga elakkan kerana boleh menyebabkan perut cramp… aku sendiri telah mengalaminya tahun lepas semasa menyertai Men’s health Night Run 2011… belah siang aku pergi bantai gulai nangka muda… belah malam bila lari, baru masuk km ke-4 dah start sakit perut… tapi kalau kesakitan tu terasa kat belah tepi itu bermakna otot tepi perut yang cramp… punca utama kerana kurang regangan dan bernafas secara pendek…
                Apa yang kita nak buat kalau dah cramp… bergantung kepada kat mana kita kena cramp… kalau sakit kat depan perut sebab memulas memang susah sikit la… lepas buang angin atau buang air besar baru lega kot… kalau cramp kat tepi perut, berhenti seketika, buat regangan otot tepi perut dan menarik nafas panjang2 bila berlari… kalau cramp kat kat kaki memang kena berhenti dan buat regangan otot kaki… untuk mencegah pula apa yang perlu kita buat adalah minum ORS sebelum berlari… minum air isotonik sebelum dan semasa berlari dan memakan gel sewaktu larian… satu lagi kita kena lah berlatih dahulu sebelum masuk mana2 pertandingan larian… tka kirala kalau kita memang dah aim top ten atau Cuma nak abaiskan larian… kena berlatih jugak… bedasarkan pengalaman aku cramp lebih mudah untuk kena bila kita berlari melebihi jarak yang biasa kita lari… sebagai contoh antara kejadian cramp yang aku pernah rasa masa larian adalah Men,s Health Night Run 2011, jarak terjauh aku waktu itu 12km dan ketika HM SCKLM’12, first time lari 21km…
                Minggu lepas aku berkesempatan untuk buat latihan LSD di putrajaya… kena la jugak buat latihan time2 bula puasa ni… kalau tak berat nanti rasa badan bila nak start balik lepas raya nanti… seperti biasa aku berjanji dengan ajat untuk berlari bersama2… kami plan untuk bermula agak lewat untuk bagi memberi peluang untuk solat sunat tarawikh… aku sampai ke putrajaya lebih kurang jam 10.45mlm… setelah ajat bersiap kami pun mula berlari dari rumah sewa ajat di presint 9 pada lebih kurang jam 11mlm… route kami pada malam ni beza sikit dari route kami untuk LSD yan lepas… kami cadang untuk berlari lebih jauh… kali ni kami berlari menuju ke Pejabat Perdana Menteri kemudian berpatah balik, lari terus hingga sampai ke PICC dan kemudian berpatah semula ke presint 9… total yang kami cover pada malam itu adalah lebih kurang 13km dan kami mengambil masa hampir 2 jam kerana berlari+berjalan+berhenti…. Malam ni ramai runner, orang berbasikal dan orang roller blade yang kami jumpa… memang agak meriahla putrajaya malam itu… kira jam 1pagi adelak bebudak main drag race kat situ…
                Lepak lepak kejap kat rumah sewa ajat kami berdua pun bergerak ke kl… ajat ikut aku balik sekali sebab esok kami cadang nak berbuka kat rumah abah di bukit beruntung… pagi tu lak betty ada jemputan bersahur dengan memember sekolah dia di Restoran Pelita dekat KLCC kul 3 pagi… kami sampai je kat rumah aku di gombak terus ambil dan hantar betty ke Restoran Pelita… sebelum balik kami singgah di McDonald sri gombak beli makanan untuk bersahur… so bersahur makan McDonald lah kami pagi ni…

Sunday, August 5, 2012

Tamadun islam (selepas kewafatan Rasullullah, Nabi Muhammad S.A.W.)



                Dalam bulan puasa ni aku ada kesempatan untuk membuat bacaan mengenai hal ehwal islam… tajuk yang aku baca adalah mengenai sejarah tamadun islam… terutama setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW… seperti mana yang kita tahu kerajaan islam yang berpusat di Mekah dan Madinah telah dikembangkan atau diperluaskan oleh para Khalifah2 sehingga menjadi empayar yang besar…
                Era empayar islam post kewafatan Nabi Muhammad SAW dimulakan oleh zaman pemerintahan Khalifah Irrasidin… Khalifah pertama adalah Saidina Abu Bakar Al-Siddiq… pemilihan Saidina Abu Bakar bedasarkan musyawarah antara kaum muhajirin dan ansar dan juga Saidina Abu Bakar pernah menggantikan Nabi menjadi Iman sewaktu Baginda sakit… selepas kewafatan Saidina Abu Bakar… jawatan khalifah diberikan kepada seorang lagi sahabat Nabi… Saidina Umar Khatab… pada zaman pemerintahan Saidina Umar, empayar islam menjadi semakin besar… antara pencapaian Saidina Umar adalah penaklukan Baitulmuqadis… malangnya Saidina Umar mangkat setelah ditikan oleh seorang bekas hamba berbangsa parsi sewaktu mengimamkan solat subuh… kebaikan Saidina Umar amat terserlah kerana beliau mengampunkan orang yang menikam beliau…
                Pengganti Saidina Umar adalah juga sahabat Nabi iaitu Saidina Uthman Affan… sewaktu zaman pemerintahan Saidina Uthman pelbagai perubahan yang telah dilakukan… antara yang terbesar adalah pengumpulan Al-Quran dan memusnahkan naskah2 Al-Quran yang meragukan… sebab itu naskah Al-Quran yang kita gunakan sekarang dinamakan Mashaf Uthmani… malangnya Saidina Uthman dilanda dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang cuba menjatuhkan beliau… antaranya adalah baliau difitnah membakar Al-Quran dengan sengaja… Saidina Ali telah mempertahankan Saidina Uthman dari tohmahan ini yang mana Al-Quran yang dibakar itu adalah naskah Al-Quran yang hendak dilupuskan kerana datang dari sumber yang diragui… akibat dari pelbagai fitnah ini timbul pemberontakkan ke atas Saidina Uthman yang akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau oleh para pemberontak…
                Peganti Saidina Uthman adalah Saidina Ali… zaman pemerintahan Saidina Ali juga mengalami masalah berikutan dari pembunuhan Saidina Uthman… ahli keluarga Saidina Uthman yang berasal dari Bani Umaiyah tidak berpuas hati kerana tiada tindakan tegas yang diambil keatas para pembunuh Saidina Uthman… tentangan hebat datang dari Muawiyah Abu Sofyan yang pada masa itu menjadi penguasa Syria… beliau enggan mengiktiraf Saidina Ali sebagai Khalifah sehingga pembunuh Saidina Uthman dihukum… aku difahamkan bukannya Saidina Ali tidak mahu menghukum pembunuh Saidina Uthman tetapi beliau tidak dapat mencari orang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah berkenaan… kegagalan Saidina Ali untuk membela pembunuhan Saidina Uthman juga pencetus kepada terjadinya beberapa peperangan saudara sesama umat islam… antaranya adalah perang jamal @ perang unta… pihak yang terlibat dalam peperangan ini adalah kumpulan Saidina Ali dan kumpulan Saidina Aisyah… kemenangan berpihak kepada kumpulan Saidina Ali… kemudian terdapat pula perang Siffin diantara Saidina Ali dan Muawiyah… yang mana membawa kepada penyerahan kepimpinan Empayar Islam dari Khalifah Ali kepada Khalifah Muawiyah… ini berlaku kerana Saidina Ali tidak mahu terus berlaku perpecahan didalam dunia Islam… tetapi apa yang berlaku ini sebenarnya tidak dipersetujui oleh kebanyakkan pengikut Saidina Ali yang mana kebanyakkan mereka berpendapat jawatan Khalifah hanya boleh dipegang oleh mereka yang ada pertalian darah dengan Nabi Muhammad… terdapat juga pengikut Saidina Ali yang lebih extrim tidak mengiktiraf 3 Khalifah awal iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman kerana mereka tiada pertalian darah dengan Rasullullah walaupun Saidina Ali telah berbai’ah untuk taat setia kepada mereka… ini adalah titik permulaan kepada fahaman Syiah yang berpegang kepada Ahlul Bait dan fahaman Sunnah yang berpegang kepada Ahlul Sunnah Waljamaah… Saidina Ali akhirnya mati dibunuh semasa mahu mengerjakan solat subuh…
                Tetapi ini semua adalah bedasarkan pemahaman aku bedasarkan pembacaan aku… kalau aku ada tersalah dari fakta yang dikemukakan aku mohon maaf… tapi apa yang boleh aku simpulkan kat sini adalah… setelah kewafatan Nabi Muhammad umat Islam sudah mula berpecah… terjadi perbalahan yang melibatkan para-para sahabat Nabi dan juga ahli keluarganya… sebagai contoh semasa perang jamal… apa yang berlaku kepada para Khalifah Irrashidin juga amat2 menyedihkan… 3 daripada 4 Khalifah mati dibunuh… pemilihan pemerintah yang dipilih mengikut mesyuarah dan persetujuan ramai semasa era Khalifah Irrashidin telah digantikan dengan sistem pewarisan setelah pemerintahan Khalifah berpindah dari Saidina Ali kepada Muawiyah… Muawiyah telah mengasaskan pemerintahan bani Umaiyah… selepas itu bersilih ganti empayar Islam dari Bani Umaiyah ke Bani Abbasiah ke Bani Fatamiah dan lain2 lagi…
                Secara kesimpulannya aku rasa sedih la bila baca pasal sejarah Tamadun Islam ni… terutama bila terbaca yang cucu Nabi Muhammad juga mati dibunuh… Saidina Hassan mati diracun… Saidina Hussein mati dibunuh… semoga ini boleh menjadi pengajaran buat kita semua… Insyaallah…