Thursday, December 25, 2008

cerita kolam #1

Ini kisah trip yang aku janji nak share tu

Cerita Kolam #1
Itu hari aku gi mancing kolam dengan member aku yang turun dari Melaka. Dia ni memang minat mancing gak tapi dah lama x gi mancing sama2. Dulu seingat akula, last time gi mancing dengan dia time mancing kolam air tawar kat subang jaya. Time tu aku dapat ikan jelawat saiz sedang sekor.
Lepas berjanji kita org plan untuk gi mancing malam. Siang memang x dapat la nak gi sebab macam2 hal. Lagipun gi kolam bayar, ramai orang, bukan lubuk tengah hutan mana tah.
Dia sampai umah aku dalam kul 10 malam. Kami gi 1 kete je, lagipun dia x tahu jalan gi kolam ni. Dalam 10.30 kami pun sampai, kolam tu memang x jauh dari rumah aku, tempat pun agak kedalam sikit dari main road, so, memang selesa la nak mancing. Umpan yang aku bawak, ikan sardine, udang pasar pastu beli udang idup kat sana. Aku ada bawak umpan sepecial yang aku baru research dalam internet. Nak try la keberkesanannya. Udang pasar yang dah siap kopek & buang kepala diperam dalam garam untuk beberapa hari.
Bila kami sampai tu, memang dah agak ramai la umat yang memancing. Biasala malam minggu, pastu awal bulan lak tuh. Kami pilih la satu port yang popular kat kolam tu, dekat dengan bangsal yang jual umpan. Memula sekali aku try udang idup, malas nak main casting, campak je pastu biar udang tu main lari2. Dah hampir sejam, x de hasil. Kami pun pindah la, pilih port jauh sikit dari angler yang lain. Aku dgn member aku pun tukar umpan lain. Aku try la umpan sepecial yang aku bawak tu dan member aku pakai hirisan ikan sardin.
Dalam masa sejam pancing member aku kene, so naik la sekor siakap lebih kurang 1.5kg. yang best tu member aku baling dekat je, aku yang casting jauh bagai nak rak, bukan kata ikan nak makan umpan, cium pun x de. Dengan selamba member aku kata “ala, kolam memang konfom ada ikan, buat pe baling jejauh, buat sakit tangan je”. Betul jugak tu, so aku pun tukar taktik & umpan, 2 mata, hirisan sardin dgn udang kopek. Dlm masa 30 minit, pancing aku pun kene, so naik la siakap 1.5kg, Alhamdulillah.
Kami pun balikla sambil jinjing ikan sorang sekor…. Rezeki….

Monday, December 8, 2008

KoRbAn

Raya korban 2008 aku ada kat kuantan

terpaksala KORBAN kan janji dengan member yang kat melaka tu nak gi mancing kolam, lain kali la... tapi ingat lepas balik dari kuantan ni nak gi mancing gak la

nak try guna umpan sardin hiris dengan udang idup... sardin tu di fillet dari perut sampai hujung ekor... ambik isi saja... biar kasi darah sikit... tu yang buat sebagai pemikat tu... kalau ikan x makan udang... dia makan sardin tu... last time dah cuba teknik ni (lain kali aku cite pasal tu)... rasa macam berkesan. ingat balik dari kuantan nak try repeat teknik nih.

satu lagi tips yang aku dapat dari internet... nak gi mancing kolam, tak kire masa.... tapi elakkan pergi masa time panas, matahari tengah memancar2... sebab masa tu dikabarkan ikan x aktif... buat rugi rm33 je nanti... abis 3 jam... bawak balik udang yang nak buat umpan...

kat kuantan ni x de port nak mancing ke...????? biasala... macam kalau kita gi kolam baru... kene usha2 dulu... tengok camna otai2 kolam mancing.... baru la tak kekok... bak kata pepatah... masuk kolam air tawar kita guna dedak... masuk kolam air masin kita guna udang... kan, betul tak!!!!

Saturday, November 22, 2008

KERJA

aku dah stay dengan kerja aku sekarang ni dah dekat nak masuk 9 tahun... lama tu.... tapi semenjak 2 menjak ni.... aku terasa macam nak tukar keje lak plak...




sebab tu aku dah ada hantar resume aku kat beberapa company, terdesak nak pindah keje tu takde la sangat, tapi mana la tahu bole dapat offer yang lebih grand dari keje aku sekarang apa salahnya kan.... 3 bulan lepas aku ada gi interview kat sebuah syarikat berkaitan kerajaan... masa interview tu aku cakapla, kalau nak ambik aku keje kat sini boleh tunggu sampai tahun depan tak.... aku bagi alasan sebab ada projek yang masih belum siap kat compeni lama aku... tapi yang sebenarnya nak tunggu BONUS... rugi woooo, penat aku keje sepanjang tahun ni x dapat BONUS.... bole nangis....




cari kerja ni macam mancing la jugak... yang penting umpan dan lokasi.... umpan tu cam resume kita la.... lokasi lak tempat yang kita mintak keje tu.... x dapat jugak kalau mailto:tempat@lokasi yang kita mintak tu memang dasat tapi umpan @ resume yang kita hantar tak menarik langsung... takkan nak mancing siakap guna umpan dedak, mana kene BRO....




Interview lak boleh disamakan dengan teknik mempersembahkan umpan kat ikan.... kene menarik, baru dapat sambaran.... sebab tu kita kene belaja macam2 teknik cam casting, trolling, popping, pancing sasar, DLL




Akhir kata..... SELAMAT MEMANCING KEJE.....

Monday, November 17, 2008

TRIP

Member baik aku yang keje kat Melaka ajak aku gi trip memancing ke tasik kenyir 4 hari 3 malam. Sebenarnya aku memang x pernah pun pergi mana2 trip memancing. Selalunya layan kolam jer.

Pelawaan member aku ni masih bermain2 lagi dlm kepala otak aku. Banyak yg nak kene pertimbangkan nih, kos $$$, masa (kene amik cuti tuh) dan macam2 lagilah. Lagipun cukupke set pancing yg aku ada sekarang utk trip2 macam ni, tapi member aku tu memang baik ati, dia kata x perlu risau pasal peralatan sebab dia boleh beri pinjam dia punya.

Lagi yang buat aku cuak, nak pergi ni dgn OTAI-OTAI, kang tak pasal2 dia org dah naik 2~3 ekor, aku masih lagi terkial2 layan anak lampam. NAYA JER.

TAPI, kita hanya merancang, hanya ALLAH yang menentukan, sebab aku baru jer dapat berita dari member aku yang trip ke kenyir terpaksa dibatalkan sebab keadaan semasa x mengizinkan, air kat sana tgh naik, so banyak la balak terapung, MERBAHAYA untuk kesihatan pemancing. Yela, gi sana nak mancing ikan , bukannya nak mancing BALAK.

Saturday, November 8, 2008

PERCUBAAN PERTAMA

test-test...
ni cacatan pertama aku dalam blog aku yang julung kalinya...

pertama kali, blog ni adalah untuk aku share minat aku... terutamanya dalam bidang memancing... tapi tu bukan satu je minat aku, ada macam2 lagi... mungkin aku akan tulis pada masa2 akan datang...

sebenarnya bukannya terer sangat mancing pon.... belajar pun sebab tengok2 org jer... tapi aku nak cite gak apa yang aku tau.... sesapa nak kongsi boleh gak

pengalaman awal, ikut abah gi mancing kat tali air sawah kat kampung... set pancing yang digunakan (100% disediakan oleh abah):
joran: batang buluh dilurut
tali: tangsi beli kat kedai cina
mata kail: beli sekali kat kedai cina masa beli tali, saiz x ingat tapi kecik jer
umpan: cacing korek sendiri,

hasil: ikan2 sungai la (usual suspect: keli, ikan putih, puyu, haruan)

okeh cukup.... sambung lain kali