Sunday, September 23, 2012

FUN… + GRIEF….



                Tak banyak yang dapat aku coretkan untuk catatan kali ni… semperna cuti Hari Malaysia tempoh hari aku dan family termasuk family pak lang betty dari kuantan pergi bercuti ke pulau langkawi… kemudian aku akan buat catatan menyeluruh menceritakan trip aku ke langkawi semasa cuti hari Malaysia tempoh hari….
                Balik sahaja dari bercuti di langkawi… aku terima berita sedih yang mana Wan sebelah mak aku telah meninggal dunia setelah mengalami sakit tua buat sekian lama… Wan aku meninggal dunia di rumah Pak Teh aku di seremban… jenazah Wan aku telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang yang berdekatan dengan Taman Sri Mawar dan Jabatan Imigresen… 
Al-Fatihah buat Arwah Wan... gambar dari raya 2011 bersama2 mak dan abah aku

Tuesday, September 18, 2012

KIMPALAN (WELDING) Bah. 2


BAHAGIAN 2
                Naskah kedua ini aku akan sentuh tentang jenis2 welding… jenis kimpalan yang paling meluas digunakan adalah kimpalan MMA (Manual Metal Arc) welding… atau lebih popular dikenali sebagai kimpalan rod @ kimpalan arca… jenis kimpalan ini menggunakan rod kimpalan yang bersalut dengan flux… rod akan berfungsi sebagai bahan pengisi @ filler material… flux yang terbakar didalam arc akan membebaskan gas pelindung dan dalam masa yang sama membentuk slag yang akan menutupi kumai @ bead, melindunginya daripada unsur luar dalam udara… semasa slag ini menyejuk, ia juga akan menarik bahan asing @ impureritis dalam bead naik keatas… ini akan menghasilkan bead yang bersih tanpa benda asing…
                Berbalik kepada persoalan asas… Apakah Itu Arka @ Arc… arc bukanlah satu proses pembakaran @ combustion kerana ia tidak mematuhi konsep segi tiga pembakaran… konsep segi tiga pembakaran mengatakan untuk proses pembakaran berlaku perlu wujud 3 unsur.. 1. Haba… 2. Bahan api… 3. Oksigen… tanpa salah satu dari unsur2 ini pembakaran tidak boleh berlaku… sebab itu dalam teori memadamkan kebakaran, apa yang perlu dilakukan adalah mengasingkan salah satu dari unsur ini… maka pembakaran akan berhenti… samada kita menurunkan suhu haba, mengasingkan bahan api / bakar dan melemaskan pembakaran dengan menyekat aliran oksigen… dalam konsep arka, haba yang terhasil yang mana meleburkan logam yang ingin di welding datang dari pemindahan atom2 elektrik dari rod ke logam yang ingin dikimpal… konsepnya disini adalah, aliran elektrik yang mengalir dihujung rod akan ingin untuk berpindah ke logam yang dikimpal kerana wujud + dan – polar… aliran elektrik ini akan terganggu kerana terdapat ruang @ gap diantara rod dan logam… elektron2 yang berpindah dari rod ke logam akan membebaskan tenaga dalam bentuk haba… haba inilah yang kita lihat sebagai pancaran cahaya putih yang di panggil arka… oleh itu untuk memastikan kita mempunyai arka yang stabil, kita perlu pastikan tenaga yang kita bekalkan kepada elektron adalah mencukupi… tenaga ini adalah dalam bentuk beza upaya @ voltan… arus @ Ampere pula akan membekalkan jumlah haba yang mencukupi supaya peleburan logam boleh berlaku secukupnya… oleh itu untuk mendapatkan arka yang stabil dan cukup untuk proses peleburan, nilai voltan dan ampere perlulah seimbang…
                Ada satu ujian @ test yang boleh dibuat untuk mendapatkan nilai voltan dan ampere (amp) yang seimbang… ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan mesin MAG / MIG welding… setkan mesin kimpalan pada satu2 bacaan amp dan setkan nilai voltan pada bacaan paling minima… kemudian lakukan kimpalan pada sekeping logam dengan bergerak secara perlahan2 dalam masa yang sama naikkan nilai voltan sedikit demi sedikit… kita boleh dengar perubahan bunyi kimpalan dari tidak stabil ke stabil dan kimpalan dengan jumlah spatter yang melampau… kalau kita tengok pula pada hasil bead… kita juga boleh lihat perubahan yang sama…
                Nampaknya aku terpaksa berhenti disini dahulu… banyak sangat tugasan dipejabat menghalang aku melangjutkan tulisan naskah ini… aku akan sambung dalam bahagian yang seterusnya… aku akan bincangkan hubung kait bunyi kimpalan dengan kimpalan yang stabil… ok…

Saturday, September 8, 2012

KIMPALAN (WELDING) Bah. 1



                Sebagai salah seorang yang pernah menjadi tenaga pengajar proses kimpalan di tempat kerja aku… maka tergerak aku untuk berkongsi sedikit ilmu yag aku ada dengan para pembaca yang memerlukannya… catatan ini adalah bedasarkan kefahaman aku sendiri terhadap proses kimpalan… adalah perlu ditekankan juga bahawa aku bukanlah jurukimpal yang mempunyai lesen tetapi pengetahuan dan kemahiran yang aku ada cukup memadai dirasakan oleh syarikat aku untuk melantik aku sebagai salah seorang tenaga pengajar proses kimpalan di syarikat aku…
                Sebagai sedikit pengenalan mengenai syarikat tempat aku bekerja… kami menghasilkan kenderaan dari metal sheet ke stamping ke welding ke painting dan pemasangan… oleh itu kami adalah pengeluar @ manufacturer… berbeza dengan pemasang @ assembler yang hanya memasangkan part CKD…
                Kimpalan @ Welding  adalah salah satu proses penyambungan @ joining… ia adalah proses penyambungan bedasarkan proses kimia… antara proses penyambungan lain adalah penyambungan mekanikal @ Mechanical fastening yang menggunakan bolt & nut, tali @ ribet… proses kimpalan melibatkan peleburan kedua2 komponen yang ingin disambungkan… kemudian kedua2 komponen itu akan bercampur membentuk sebatian baru dan mengeras maka menyambungkan kedua2 komponen yang ingin disambungkan… kata kunci disini adalah kedua2 komponen yang ingin dicantumkan itu mesti melebur dan membentuk sebatian baru… oleh itu jika proses penyamtuman itu tidak melibatkan kedua2 komponen melebur dan membentuk sebatian baru tidak boleh dipanggil sebagai kimpalan@welding... Jangan kita konfius proses welding dengan proses lain yang seakan2 proses welding seperti brazing atau soldering… kerana brazing dan soldering tidak meleburkan komponen yang ingin disambungkan… hanya filler material sahaja yang melebur cair… masuk didalam celahan (kesan kapilari) antara 2 komponen yang ingin disambungkan dan bila ianya mengeras ia membentuk seperti gam yang mengikat kedua2 komponen… maafkan aku kerana menggunakan bahasa rojak… kerana ada beberapa istilah bahasa inggeris yang aku tak tahu alih bahasnya dalam bahasa melayu dan juga bagi aku istilah teknikal lebih mudah digunakan dalam bahasa inggeris kerana lebih luas penggunannya dalam industri… sebaik2nya kita mengetahui terma teknikal tersebut dalam kedua2 bahasa malaysia dan inggeris… BAHASA JIWA BANGSA…
kimpalan logam

 contoh penyambungan mekanikal bolt dengan nut

                Dalam teks ini jenis welding yang aku akan sentuh adalah welding logam terutama besi… sebenarnya pelbagai material boleh di welding Cuma berbeza teknik sahaja… setelah kita memahami maksud welding… sekarang aku akan Cuba menjelaskan jenis2 kimpalan logam… dalam proses melebur logam sebenarnya akan membuka ruang untuk elemen2 lain yang berada dalam atmosfera untuk masuk ke dalam logam… elemen2 yang aku maksudkan adalah gas2 yang terkandung dalam udara yang kita hirup… elemen2 ini sebenarnya boleh membawa kemudaratan kepada logam yang kita welding terutamanya terjadinya masalah karat… karat @ logam yang teroksida akan menyebabkan logam menjadi lemah… elemen yang paling memudaratkan dalam udara adalah unsur nitrogen… oleh itu amat2 penting kawasan yang melebur semasa proses kimpalan dilindungi dari elemen2 dalam udara ini… dalam proses welding jenis perlindungan yang gunakan adalah dalam bentuk gas yang dipanggil sebagai gas pelindung @ shielding gas… oleh itu jenis welding dibahagikan kepada bagaimana gas pelindung digunakan @ dihasilkan…
                OK cukup untuk entry kali ni… dalam naskah yang akan datang aku akan sentuh jenis2 kimpalan logam pulak pulak…

Sunday, September 2, 2012

RE-START!!!!!!!



                1 syawal telah berlalu pergi… tetapi sambutan hari raya masih lagi hangat… yang beraya kat kampung hampir kesemuanya dah balik semula ke bandar dan sambutan hari raya diteruskan lagi di bandar pulak… sehingga penghujung syawal ni dijangkakan akan penuh dengan jemputan ke majlis rumah terbuka… aku takdela plan nak buat rumah terbuka besar-besaran, tapi kalau ada memember yang berhajat nak datang beraya bolehlah betty masak special sikit… kalau buat rumah terbuka ni memang memenatkan… last jumaat betty adelah buat masak2 sikit sebab dia ada jemput kenkawan opis yang kena kerja untuk lunch kat rumah aku… plannya panggil untuk lunch jer… tapi berlanjutan sampai ke malam siap jemput adik aku hairy yang tinggal kat shah alam untuk datang makan2…
                Nampaknya dalam sebulan ni hujung minggu aku banyak akan dihabiskan dengan memenuhi jemputan ke rumah terbuka… minggu depan siap ada jemputan majlis perkhawinan lagi kat batang kali… jarak ke batang kali dari rumah aku kat gombak takde la jauh sangat kalau ikut jalan belakang… jalan ikut empangan batu… dari rumah aku sri gombak aku ke pinggiran batu caves… pastu masuk ke kampung nakhoda… dari kg nakhoda terus ke empangan batu… jalan terus sampai ke hulu yam lama… dari hulu yam lama akan ada simpang ke batang kali / genting highland… masa perjalanan lebih kurang 20min… Cuma jalan ni agak berliku dan traffiknya kurang… tidak digalakkan ikut jalan ni waktu malam sebab kurang lampu jalan dan dikiri kanan jalan kurang penempatan… banyak hutan simpan… kalau malam sangat aku akan ikut jalan pekan rawang…
                Selain dari pergi ke jemputan ke rumah terbuka… aku juga akan cuba selitkan sesi2 latihan… aku dah mula dah minggu lepas… aku mulakan dengan sesi larian kat taman tasik titiwangsa… aku pilih taman tasik titiwangsa sebab routenya adalah sangat rata… maklumlah lepas raya ni badan rasa agak berat… last time aku lari adalah pada awal puasa te,poh hari… LSD dengan ajat kat putrajaya 14km… tetapi larian pertama aku lepas raya ni memang siksa giler… aku Cuma mampu buat 8km jer… itupun makan masa sampai 1jam nak completekan 8km tu… plan asal aku nak buat lebih 12km… tapi kasut buat hal pulak… kasut POWER aku tu dah tak sesuai untuk buat lari jarak jauh sebab yang pertama cushionnya kurang menyebabkan aku rasa sakit kat lutut dan keduanya support kasut tu pun kurang jugak menyebabkan larian kurang stabil dan mudah melecet…
                Aku memang bercadang untuk beli kasut baru… kasut yang lebih spesifik untuk aktiviti larian… ada beberapa option yang sedang aku pertimbangkan… antara jenama yang sedang aku pertimbangkan adalah BROOKS, NEW BALANCE, MIZUNO, ADIDAS dan NIKE… pilihan pertama aku adalah BROOKS… sebab yang utama aku ada voucher untuk belikasut BROOKS bernilai RM120… aku target lepas less boleh dapat bawah RM200… kalau nak beli BROOKS aku akan pergi ke butiknya di D’CURVE… kalau tak salah aku butik BROOKS kat D’CURVE tu akan memaparkan model2 terkini kasut BROOKS…
                NEW BALANCE pun kenkadang ada buat sales untuk kasut2nya sampai 70%... kalau nak carik kasut NEW BALANCE boleh tengok kat World Of Sport kat SOGO ataupun butik NEW BALANCE kat FESTIVA CITY kat Danau Kota… kat World Of Sport pun kita boleh dapatkan kasut MIZUNO… kalau SOGO ada buat sales selalunya kasut2 kat World Of Sport pun ade sales gak… kasut2 BROOKS, NEW BALANCE dan MIZUNO memang direka untuk aktiviti larian… ia memberikan lebih penekanan kepada aspek teknologi dan teknikal… design luaran memang kurang menarik… dalam kata lain memang kureng sesuaila nak buat kasut jalan2… disebabkan aspek teknologi dan teknikal ini, harga kasut2 ni selalunya mencecah sehingga rm200 walaupun setelah ada diskaun… untuk kasut2 jenama ADIDAS dan NIKE, ianya lebih kepada mainstream consumer bermaksud selain ada aspek teknologi dan teknikal ia juga ada design luar yang menarik sebab tu kalau tak guna kasut tu untuk berlari, ia juga boleh digunakan sebagai kasut jalan2… aku juga sebenarnya ada plan nak sambar kasut ADIDAS atau NIKE tapi kalau aku nak beli pun mungkin yang buatan Vietnam kot… murah sikit… aku tengok kat internet bawah rm100 pun boleh dapat… boleh buat kasut untuk training… tapi kalau korang nak carik kasut yang memang spesifik dan rare untuk larian boleh lah jenguk2 jenama ASICS, SKECHER, K-SWISS atau SAUCONY… yang aku jamin harganya atas rm400… kalau mampu la… kasut2 jenama ni memang guna untuk berlari jer… kalau berjalan dengan pakai kasut ni pun tak berapa selesa… pada pendapat aku la… seperti biasa, petua untuk beli kasut larian… pertama, pastikan kasut tu membenarkan kaki kita untuk ‘bernafas’… kedua, ringan… ketiga, in-sole kasut sesuai dengan bentuk tapak kaki… keempat, saiz kasut larian 1 saiz lebih besar dari saiz kasut jalan2 kita
                Sebelum PNM pada bulan 10 nanti… aku plan sekurang2nya aku akan buat 1 sesi LSD kat Putrajaya… kali ni target untuk jarak lebih jauh dari 14km… dari presint 9 berlari ke pejabat perdana menteri… buat satu bulatan besar sebelah pejabat perdana menteri… lari terus ke PICC, lalu depan Palace of Justice… patah balik, lalu depan Bangguanan Perbadanan Putrajaya dan balik ke presint 9… kalau ada masa bulan 9 sekali… bulan 10 sekali sebelum PNM…
                Untuk race2 lain selain PNM pada bulan 10… aku dah mendaftar untuk larian ParkCity pada bulan 11… ini adalah acara ulangan dari tahun lepas… anjuran ParkCity International School dan Frenchman Lautraduex sebagai race directornya… tahun lepas aku masuk dengan ajat dan tahun ni pun ajat akan berlari bersama2 dengan aku… dalam route ParkCity ni akan ada larian bukit yang paling tinggi yang pernah aku tempuhi dalam acara larian… itupun kalau route tahun ni maintain macam tahun lepas… bulan 9 aku tak masuk mana2 acara larian sebab aku bercadang nak pergi bercuti ke langkawi semasa cuti Hari Malaysia… untuk bulan 12 masih tak ada acara yang aku masuk… kalau tahun lepas ada Malakoff 12km… tahun ni tak tahu ade ke tak… senyap jer sampai sekarang… untuk januari tahun depan acara yang dah dibuka untuk pendaftaran adalah MPIB run… tahun ni pun aku masuk acara tu… merupakan acara pembuka untuk tahun 2012 dan sekarang aku tengah berkira untuk menjadikan MPIB run 2013 sebagai acara pembuka untuk tahun 2013… tengok lah macam mana nanti…
                Akhir kata aku nak ucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN yang ke 55… semoga kita akan terus hidup dalam erti kata MERDEKA yang sebenar…