Tuesday, September 18, 2012

KIMPALAN (WELDING) Bah. 2


BAHAGIAN 2
                Naskah kedua ini aku akan sentuh tentang jenis2 welding… jenis kimpalan yang paling meluas digunakan adalah kimpalan MMA (Manual Metal Arc) welding… atau lebih popular dikenali sebagai kimpalan rod @ kimpalan arca… jenis kimpalan ini menggunakan rod kimpalan yang bersalut dengan flux… rod akan berfungsi sebagai bahan pengisi @ filler material… flux yang terbakar didalam arc akan membebaskan gas pelindung dan dalam masa yang sama membentuk slag yang akan menutupi kumai @ bead, melindunginya daripada unsur luar dalam udara… semasa slag ini menyejuk, ia juga akan menarik bahan asing @ impureritis dalam bead naik keatas… ini akan menghasilkan bead yang bersih tanpa benda asing…
                Berbalik kepada persoalan asas… Apakah Itu Arka @ Arc… arc bukanlah satu proses pembakaran @ combustion kerana ia tidak mematuhi konsep segi tiga pembakaran… konsep segi tiga pembakaran mengatakan untuk proses pembakaran berlaku perlu wujud 3 unsur.. 1. Haba… 2. Bahan api… 3. Oksigen… tanpa salah satu dari unsur2 ini pembakaran tidak boleh berlaku… sebab itu dalam teori memadamkan kebakaran, apa yang perlu dilakukan adalah mengasingkan salah satu dari unsur ini… maka pembakaran akan berhenti… samada kita menurunkan suhu haba, mengasingkan bahan api / bakar dan melemaskan pembakaran dengan menyekat aliran oksigen… dalam konsep arka, haba yang terhasil yang mana meleburkan logam yang ingin di welding datang dari pemindahan atom2 elektrik dari rod ke logam yang ingin dikimpal… konsepnya disini adalah, aliran elektrik yang mengalir dihujung rod akan ingin untuk berpindah ke logam yang dikimpal kerana wujud + dan – polar… aliran elektrik ini akan terganggu kerana terdapat ruang @ gap diantara rod dan logam… elektron2 yang berpindah dari rod ke logam akan membebaskan tenaga dalam bentuk haba… haba inilah yang kita lihat sebagai pancaran cahaya putih yang di panggil arka… oleh itu untuk memastikan kita mempunyai arka yang stabil, kita perlu pastikan tenaga yang kita bekalkan kepada elektron adalah mencukupi… tenaga ini adalah dalam bentuk beza upaya @ voltan… arus @ Ampere pula akan membekalkan jumlah haba yang mencukupi supaya peleburan logam boleh berlaku secukupnya… oleh itu untuk mendapatkan arka yang stabil dan cukup untuk proses peleburan, nilai voltan dan ampere perlulah seimbang…
                Ada satu ujian @ test yang boleh dibuat untuk mendapatkan nilai voltan dan ampere (amp) yang seimbang… ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan mesin MAG / MIG welding… setkan mesin kimpalan pada satu2 bacaan amp dan setkan nilai voltan pada bacaan paling minima… kemudian lakukan kimpalan pada sekeping logam dengan bergerak secara perlahan2 dalam masa yang sama naikkan nilai voltan sedikit demi sedikit… kita boleh dengar perubahan bunyi kimpalan dari tidak stabil ke stabil dan kimpalan dengan jumlah spatter yang melampau… kalau kita tengok pula pada hasil bead… kita juga boleh lihat perubahan yang sama…
                Nampaknya aku terpaksa berhenti disini dahulu… banyak sangat tugasan dipejabat menghalang aku melangjutkan tulisan naskah ini… aku akan sambung dalam bahagian yang seterusnya… aku akan bincangkan hubung kait bunyi kimpalan dengan kimpalan yang stabil… ok…

No comments: