Wednesday, February 28, 2018

Miza dah Masuk asrama


 

Dh besar dah anak aku yang sulung ni.. setelah Berjaya dalam peperiksaan PT3 dengan keputusan yang baik.. miza dh buat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional.. dia amat minat dalam bidang perakaunan.. maka miza dh buat keputusan untuk sambung belajar di Kolej Vokasional dalam bidang perakaunan.. aku takde apa2 halangan.. asalkan dia buat benda yang dia minat.. aku selalu pesan kat miza buat apa yg kita minat.. jangan buat sesuatu sebab ikut2kan kawan.. kalau kita tersilap pilih course.. kita pilih sbb kawan2 yg lain pilih.. kita kena tanggung buat benda yang kita tak minat sepanjang hayat kita

 

Miza pilih untuk menjalani kursus perakaunan di Kolej Vokasional Gombak (KVG).. kira ok la tu sbb tak jauh sangat.. aku pun susah hati jugak nak lepaskan anak dara aku pergi belajar jauh2.. tapi sebelum dia buat pilihan tu.. adela kawan2 dia yg bagitau diploma dari KV ni tak diiktiraf dan susah nak sambung belajar kat Universiti.. selidik punya selidik.. rupa2nya masa mula2 dahulu diperkenalkan diploma di KV ni memang ada issue berkenaan kreditasi diploma tu tak diiktiraf.. tapi sekarang dah OK dah..


 KV ni sebenarnya ikut kefahaman aku la.. untuk beri kemahiran vokasional kepada pelajar2nya.. tujuannya adalah supaya mereka ini boleh dengan segera bekerja selepas tamat belajar kerana kemahiran yang dibekalkan amat2 diperlukan oleh pihak industry.. sbb tu dalam masa 4 tahun sahaja selepas tamat PT3 dh boleh dapat diploma dan dan boleh mula bekerja.. kalau anak kita plan nak sambung belajar sampai university.. aliran vokasional ni kurang sesuai la.. kalau keputusan anak kita cemerlang dan ada potensi besar untuk lebih cemerlang samasa SPM.. elok terus sambung belajar disekolah aliran utama sahaja.. sebenarnya dari aliran KV ni pun boleh sambung belajar di university.. tapi ada syarat2 yang kena patuhi termasuk cemerlang semasa di KV dan sudah ada 2 tahun pengalaman bekerja selepas tamat KV.. lebih kurang camtu la.. maknanya kalau minat nak sambung belajar masih ada peluang lagi..

 

Permohonan masuk KV dibuat oleh miza secara online sebelum keputusan PT3 diumumkan lagi.. lepas keputusan PT3 sudah diumumkan.. miza Cuma perlu update permohonan online dengan keputusan yang sebenar.. selepas permohonan dibuat.. miza dipanggil untuk sesi temuduga di KV Gombak.. aku pun ambik la cuti sehari utk bawa miza pergi temuduga.. nak dijadikan cerita.. sesi temuduga bermula jam 8.30pagi.. aku plan untuk bertolak jam 7pagi.. pada minggu tu aku kerja malam.. so, aku balik awal la sikit.. jam 5.30pagi dah bertolak balik dari kilang aku kat Tg Malim.. disebabkan kecoh sikit nak bersiap belah pagi tu.. maka kami bertolak lambat sikit.. lebih kurang jam 7.30pagi baru gerak.. kalau ikutkan, sebenarnya tak sampai satu jam pun dah boleh sampai KV Gombak dari rumah aku.. tapi pagi tu ada eksiden kt jalan rawang selayang yang menyebabkan jem teruk dan aku terpaksa ikut highway nak ke KL.. apalagi, kami tersangkutlah dalam jem pagi orang nak gi kerja.. jam 9pagi baru kami sampai ke KV Gombak.. disebabkan kami lambat sampai.. miza pun dapat no giliran yang agak terakhir untuk sesi temuduga tu.. sesi temuduga dibahagikan kepada 3 sesi.. sesi ujian objektif.. sesi ujian kecergasan dan sesi temuduga dengan pensyarah.. sesi ujian objektif dengan ujian kecergasan sekejap jer.. yg lama nk tunggu sesi temuduga dengan pensyarah.. mulanya aku budget dalam kul 1 boleh selesai.. last2 kul 6ptg baru selesai..

 
sesi ujian kecergasan

Alhamdulillah.. tak lama selepas tu miza pun dapat tawaran rasmi ke KV Gombak dan dia akan tinggal di asrama kv Gombak.. aku pun buatlah persiapan untuk miza masuk ke KV Gombak termasuk persiapan barangan asrama.. masalahnya, KV Gombak tak beri senarai lengkap peralatan apa yang perlu disediakan.. aku pun agak je lah peralatan apa yang diperlukan terutamanya peralatan asrama berdasarkan pengalaman aku masuk asrama dulu..

 

Sekali lagi aku ambil cuti untuk hantar miza masuk ke KV Gombak.. pada kali ni mak dan abah aku pun ada ikut sekali.. pada tarikh 23 jan 2018 bermulalah pembelajaran miza di KV Gombak.. aku senantiasa mendoakan semoga dipelihara kesejahteraan dan keselamatan miza sepanjang berada disana dan miza dapat belajar dengan abaikdan tenang supaya dapat mencapai cita2 dia.. buat masa sekarang, hampir setiap minggu aku ada pergi menjenguk miza di KV Gombak.. kalau aku tak boleh nak pergi.. mak dengan abah aku akan pergi menjenguk..

 
bilik asrama miza

miza dapat katil atas


Semoga Berjaya miza!!!...