Wednesday, February 19, 2014

Men’s Health Night Run 2013


Jarak: 12km
Kategori: Men’s open (Bib )
REP: Skecher Running T-shirt, BIB
Post-race: Goodies Bag, Cert
Tarikh: 7 September 2013

Running event yang pertama aku selepas habis tour of duty china dan juga berhari raya… apa yang aku bimbang untuk event kali ni adalah tahap kecerdasan aku… sebab utama adalah kerana sepanjang aku di china… aku takde buat latihan langsung… adalah sekali aku pergi swimming kat swimming pool hotel… tapi itu sekali jer la…
          Seperti biasa acara ni diadakan di putrajaya dan antara acara yang aku join yang tak akan dapat medal… tapi sebagai saguhatinya adalah goodies bag yang ditawarkan adalah amat2 berpuas hati… kalau tak salah aku… acara ajat yang tolong daftarkan sebab masa pendaftaran dibuka aku berada dichina… acara kali ni disertai oleh aku, ajat dan una… rini dan miza ikut sekali sebagai peneman…
          Kali ni kami berlari dalam keadaan yang basah sebab hujan turun renyai2… walaupun tak lebat tapi basah jugak la… ok la tu, boleh turunkan sikit suhu putrajaya yang sememangnya panas diwaktu malam…
          Acara dilepaskan tanpa sebarang masalah dan sepanjang larian juga aku tak mengalami sebarang masalah… Alhamdulillah, walaupun pada mulanya agak cuak sebab dah kurang berlatih… aku Berjaya menamatkan larian 12km dengan masa 1jam 33min… average pace 7.3… selepas menamatkan larian terus claim goodies bag…
          Abis larian kami berkumpul semula… tengah2 buat warming down hujan turun dengan lebatnya menyebabkan kami semula bertempiaran mencari tempat teduh… kami berteduh di banggunan pejabat yang berdekatan… bila hujan dah mula reda kami pun bergerak balik…
          Itulah report aku untuk Men’s Health Run 2013… banyak detail yang aku tak berapa ingat lagi sebab lambat buat race report… tapi macam manapun race ni akan menjadi acara tetap untuk aku sertai setiap tahun… ok bye…


aku dan miza


aku dan ajat

aku, ajat dan miza