Wednesday, December 21, 2022

Bukit Beruntung -> Tanjung Malim -> Batu Gajah -> Beruas

 

Sudah lama tak buat coretan perjalanan.. beberapa minggu lepas aku berpeluang untuk buat short trip dari rumah aku di bukit beruntung menuju ke batu gajah. Trip ni aku buat sebab nak jemput Ana, Sufi dan Fatih balik dari kampong di beruas. Sebelum ni mereka dan balik lebih awal dengan menaiki kereta Aruz sbb cuti sekolah sudah bermula. Aku tak dapat balik bersama2 mereka kerana tidak dapat bercuti panjang. Jika mereka balik sendiri, bolehla spend lebih masa di kampong. Cuma aku berjanji akan datang menjemput mereka semula untuk balik ke bukit beruntung.

Perjalanan aku mulakan dari rumah.. pada mulanya aku nak naik Grab sahaja dari rumah ke stesen keretapi terdekat dari rumah aku iaitu stesen KTM Rasa.. tetapi pada pagi itu, ayah aku menawarkan diri untuk menghantar aku terus ke stesen KTM Rasa. Jarak KTM Rasa dari rumah aku adalah sejauh 11km dan memakam masa 13minit masa perjalanan. Kalua ambil Grab harga tambang dalam kira2 RM15.

Bertolak dalam lebih kurang jam 9pagi dari rumah dan aku tiba ke KTM Rasa sebelum jam 9.30pagi.. dari Rasa aku akan menaiki Komuter menuju ke Tanjung Malim.. harga tiket adalah RM4.. untuk memudahkan perjalanan.. adalah disarankan mengunakan Kad Touch And Go.. tak perlu beli tiket di kaunter.. Cuma perlu touch pada pagar untuk memasuki ke dalam kawasan stesen.. untuk ke Tanjung Malim, perlu tunggu di platform 1.. jika mahu ke rawang atau KL.. tunggu di platform 2.. untuk ke platform 2 kena naik tangga untuk ke platform seberang.

Stesen KTM Rasa yg lengang




Keretapi Komuter akan tiba di Rasa pada jam 10pagi.. untuk jadual perjalanan Komuter dari rawang ke Tanjung malim.. kekerapannya adalah lebih kurang sejam sekali sahaja.. ianya tak sekerap perjalanan dari rawang ke KL.. untuk Komuter ke utara, stesen terakhir adalah di Tanjung malim.. keadaan stesen Rasa adalah agak sunyi pada waktu ni.. ini mungkin kerana hanya keretapi Komuter sahaja yang berhenti di stesen ini .. keretapi2 yg lain macam ETS tak berhenti.. sementara menunggu keretapi Komuter, aku sempat berborak dengan seorang pakcik berbangsa India yg juga ingin ke Tanjung malim.. katanya stesen ni selalunya penuh pada waktu pagi kira2 jam 7.30pagi kerana ramai yang akan menaiki Komuter utk ke bandaraya utk bekerja.. perbualan kami juga berkisar mengenai tragedi tanah runtuh di jalan batang kali menuju ke genting highland.. yang setakat ni sudah mengorbankan 25nyawa…

Jam 10pagi .. keretapi Komuter pun sampai seperti yang dijadualkan.. aku menaiki salah satu gerabak yang agak kosong dan duduk bersendirian.. perjalanan dlm masa 30minit dan pemandangan di luar penuh kehijauan dgn suasana pinggiran kampong.. dalam jam 10.30pagi aku sudah pun berada di Tanjung malim

On the way ke Tanjung Malim

Tanjung malim merupakan bandar yang lebih besar dari bukit beruntung.. disini adalah lebih banyak kemudahan.. ini mungkin kerana kehadiran UPSI dan kilang Proton di Tanjung malim yang merancakkan aktiviti social dan ekonomi di sini.. dari Tanjung malim lebih banyak pilihan jenis pengangkutan untuk ke utara mahupun untuk ke selatan.. disini ada perkhidmatan keretapi dan bas express.. untuk menuju ke utara, aku ada pilihan untuk menaiki bas ataupun keretapi.. untuk perjalanan kali ni aku memilih untuk menaiki keretapi.. aku dapat tiket ETS dari Tanjung malim dan akan turun di Batu Gajah.. aku elakkan dari turun di Ipoh kerana aku jangkakan akan agak sesak dan sukar nanti Ana nak datang untuk menjemput aku.. kalau aku nak naik bas, stesen bas pun tak berapa jauh dari stesen keretapi.. boleh berjalan kaki sahaja.. lebih kurang 12minit.. keretapi ETS aku ke Batu Gajah adalah pada jam 1ptg

Sementara menunggu jam 1ptg.. aku keluar dari kawasan stesen utk cari tempat makan untuk alas perut sementara tunggu jam 1ptg.. berhadapan dgn stesen Tanjung malim ni ada food court baru dibuka.. sebelum ni Cuma deretan2 kedai kayu sahaja.. pada mulanya aku bercadang nak ke pekan Tanjung malim… tetapi disebabkan cuaca yang pagi yang agak panas aku membatalkan niat aku untuk ke pekan Tanjung malim dan memilih untuk makan di food court di hadapan stesen sahaja.. jika malas nak keluar dari kawasan stesen.. dlm banggunan stesen pun ada gerai makanan Cuma pilihannya tak banyak sahaja.. untuk pagi ni aku memilih untuk makan Mee Rebus bersama Teh Ais.. selesai makan, aku lepak2 digerai sambil membaca surat kabar Harian Metro..

Mee Rebus, Teh Ais, Harian Metro


Jam sudah melepasi 11.30pagi.. aku bergerak kembali ke stesen keretapi.. mencari tempat untuk meluruskan kaki sementara menunggu jam 1ptg.. pada mulanya aku berniat nak berehat didalam surau, akan tetapi surau sudah ada penghuninya.. aku memilih untuk berehat di kawasan kantin sahaja..

Selepas 2 keretapi menuju ke utara melepasi stesen.. satu ke Padang Besar dan satu lagi ke Butterworth.. aku pun bergerak masuk ke dalam kawasan stesen.. jam sudah menunjukkan masa 12.30ptg.. aku bergerak ke platform 2 dan mencari kerusi panjang yang kosong.. sementara nak tunggu keretapi sampai, aku pun berbaring merehatkan badan.. sebenarnya aku agak kurang tidur kerana lebih kurang jam 3pagi baru aku dapat melelapkan mata.. kerana takut terlepas keretapi.. aku pun set alarm pada telefon bimbit..

Stesen KTM Tanjung Malim



Tepat jam 1ptg.. keretapi ETS pun sampai.. aku terus masuk ke gerabak F dan mencari tempat duduk.. aku duduk disebelah seorang amoi yg langsung tidak menghiraukan aku dan hanya menatap telefon bimbitnya… aku ambil peluang untuk melelapkan mata sepanjang perjalanan dan hanya membuka mata semasa sampai di stesen2 persinggahan sahaja.. perjalanan ke Batu Gajah memakan masa 1jam.. dan semasa perjalanan aku mencatat kelajuan maksima keretapi ETS adalah pada 122km/h…

X nampak Amoi kt sebelah

Kelajuan Maksimum


Pukul 2ptg keretapi ETS pun sampai ke stesen Batu Gajah.. aku pun turun dari gerabak dan meninggalkan Amoi tadi berseorangan.. mahu turun di Ipoh barangkali.. Ana sudah pun menanti aku di stesen.. sebelum sampai ke kampong .. kami berhenti makan t/hari dahulu di food court Medan Gopeng… selesai susah kisah perjalanan aku untuk kali ini

Wednesday, October 12, 2022

STRESS

Nukilan Hasil Kerja Anak Aku.. 

 Dalam sesebuah organisasi, konflik merupakan perkara lumrah dan sesuatu yang perlu di atasi, sekiranya fenomena ini dapat dikurangkan, kemantapan sesebuah organisasi akan bertambah dan seterusnya boleh mencapai matlamat kearah kegemilangan yang dingini. Konflik boleh berupa pergeseran dan pertentangan di antara dua pihak akibat perbezaan nilai, kehendak, pendirian dan perasaan dalam usaha memenuhi keperluan dan matlamat. Ia merupakan fenomena biasa apabila wujud interaksi di antara dua pihak atau lebih manusia dan sentiasa berlaku dari masa kesemasa. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menangani kesan negatif akibat konflik dan salah satu pendekatan yang popular adalah pendekatan kaunseling. Stress berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal. Stress luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migraine.

 1 PENGHARGAAN Bersyukur kehardat illahi kerana telah menginzinkan saya untuk menyiapkan tugasan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang terlibat kerana dengan mereka semua saya dapat menjayakan folio ini. Terima kasih kepada guru subjek ini kerana memberikan maklumat dan masa untuk saya menyiapkan tugasan folio ini. Saya juga sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada keluargan dan rakan-rakan saya yang telah banyak memberikan dorangan dan sokongan kepada saya sewaktu menyiapkan folio ini dalam masa yang telah di tetapkan oleh guru subjek ini.
2 PUNCA KONFLIK DAN STRESS Dalam sesebuah organisasi pekerjaan, konflik bukan sahaja berlaku di antara pekerja dengan majikan atau di antara satu jabatan dengan jabatan lain malah sering juga berlaku konflik interpersonal dan konflik dalaman. Punca konflik adalah seperti yang berikut: Halangan untuk mencapai sesuatu matlamat oleh satu atau lebih pihak lain merupakan punca utama berlakunya konflik dalam sesebuah organisasi atau antara individu. Contohnya, keinginan seorang atau sebuah jabatan untuk mengajurkan seminar atau majlis untuk kepentingan diri atau organisasi dihalang oleh pihak lain kerana sebab-sebab tertentu boleh menimbulkan konflik. Selain itu, kekurangan sumber seperti kewangan, tenaga kerja dan fizikal yang terhad untuk diagihkan dengan adil kepada semua pihak. Merujuk kepada contoh di atas, halangan untuk mengadakan seminar atau majlis tertentu mungkin disebabkan oleh peruntukan kewangan atau tenaga kerja yang terhad. Akhir sekali, dasar dan struktur perkhidmatan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Konflik mungkin berlaku dalam soal struktur gaji. Contohnya perbezaan gaji yang terlalu jauh di antara struktur perjawatan atau gaji sama dalam struktur perjawatan tetapi beban tugas yang berlainan. Begitu juga dengan dasar sesebuah organisasi yang terlalu mementingkan keuntungan tanpa mempertimbangkan keselesaan tempat bekerja dan kebajikan pekerja. Punca stress berlaku apabila kita berperasaan negatif, gaya hidup, beban kerja yang terlalu banyak, masalah keluarga dan kewangan. Stress boleh menyebabkan kita membuat perkara yang diluar jangkaan kita. Berperasaan negatif boleh menyebabkan kita stress apabila kita membiarkan stress itu mempengaruhi minda kita sendiri seperti marah dan sedih. Contohnya, kita membiarkan perasan marah itu mempengaruhi minda kita dan kita akan rasa hendak membunuh diri.
3 KESAN KONFLIK DAN STRESS Konflik yang berlaku juga boleh menghasilkan kesan negatif. Boleh menimbulkan sikap benci membenci, kemurungan, permusuhan, saling tidak percaya, tuduh menuduh, tiadanya kerjasama, sabotaj dan sebagainya. Yang pastinya semua ini akan dapat menganggu keharmonian hubungan interpersonal dan jika ia berlaku dalam sesebuah organisasi, ia akan membantutkan usaha mencapai matlamat organisasi keseluruhannya. Stress boleh juga menghasilkan kesan negatif. Kesan stress yang berpanjangan boleh menyebablan tekanan darah yang tinggi, lelah, serangan jantung, strok, serangan migraine, kemurungan, masalah berat badan, masalah kulit yang semakin teruk (jerawat), gangguan kebimbangan. Mudah untuk mendapat penyakit.
4 LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL KONFLIK DAN STRESS Bagi mengawal konflik dalam sesuatu organisasi pihak tertentu seperti kaunselor dalam organisasi tersebut perlu memainkan peranan yang penting untuk mencegah konflik daripada berlaku dan memulihkan keadaan sekiranya terdapat konflik yang mendatangkan kesan negatif. Bagi stress pula cara hendak mengawalnya ialah dengan menenangkan diri apabila sedang stress dengan sesuatu perkara. Contohnya, pergi ke taman untuk tenangkan hati, menghirup udara yang segar dapat mengawalkan diri kita daripada stress. Membuat perkara yang kita suka dapat mencegah daripada stress dan jangan berfikir terlalu banyak perkara yang boleh menyebabkan kita terlampau stress kerana boleh memudaratkan kesihatan kita.

 5 PENUTUP Kesimpulannya, konflik dan stress membawa keburukan kepada kita. Kita haruslah bijak mengawal kedua-duanya agar ia tidak membawa memudaratkan kesihatan kita. Konflik dan stress ada kebaikan dan keburukannya, jauhilah semua orang daripada keburukannya. Kita juga haruslah sentiasa menjaga kesihatan kita, kerana konflik dan stress boleh menyebabkan kita mendapat penyakit dalam jangka masa yang singkat. Jagalah diri sendiri untuk kebaikan kita di masa yang akan dating. Konflik dan stress juga boleh membawa maut.