Thursday, December 27, 2012


Wrap –Up 2012



            Aku kira sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk buat wrap-up aktiviti sepanjang 2012… tahun 2012 melihat aku dah mula stabil dalam aktiviti larian aku… aku berjaya aku punya maiden run untuk Half Marathon dalam 2012… bukan sekali malah 2kali… semasa SCKLM’12 (Honda HM) dan semasa BSN PNM’12…
            Overview aktiviti larian aku sepanjang 2012… sepanjang 2012 aku telah menyertai 9 running event dan 1 climbing event… 1 climbing event tu KL Tower Towerthon’12… 9 event yang aku sertai tu terdiri dari 2 event fun run(10k<), 5 event medium run (10k ~ 20k) dan 2 HM… dengan total 113.6km… jika nak dibandingkan dengan 2011… jumlah event yang aku sertai adalah 8 runnign event dan 1 climb event…  Cuma pada 2011 aku Cuma dapat cover jarak 75.9km sahaja… pertambahan 37.7km untuk tahun 2012…
            Kalau kira dari bulan ke bulan…
Januari –     Multi Purpose Insurance Berhad Run 2012
Mac -            Brooks Half Marathon 2012
April -          Energizer Night Race 2012
May -           KL Tower Towerthon 2012
Jun -            Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2012
July -           NTV7 Feel Good Run 2012
                      Men’s Health Shape Night Run 2012
Oktober -  Bank Simpanan Nasional  Putrajaya Night Marathon 2012
November - Institut Jantung Negara Run For Your Heart 2012
                       ParkCity Run 2012
            5 daripada 9 acara tersebut adalah acara ulangan daripada tahun 2011… acara2 ulangan tersebut adalah SCKLM’12, Feel Good Run’12, Men’s Health’12, PNM’12 dan ParkCity Run’12… salah satu acara yang aku masuk tahun ni dah confom tahun depan dah ditamatkan iaitu Energizer Night Race… patutlah ENR’12 dianjurkan agak grand, siap ada finisher T… ada juga acara2 ulangan yang aku rasa tahun depan dah tak nak masuk lagi… seperti feel good run dan kl tower towerthon… ini adalah sebab jika dibandingkan kualiti penganjurannya semakin berkurangan dari tahun 2011 ke 2012… mungkin aku akan ganti dengan event2 lain pulak… tahun ni juga aku mula buat latihan LSD di putrajaya bersama2 dengan ajat dengan jarak antara 10k ke 13k…
Event yang dah confom aku akan masuk pada 2013 adalab MPIB’13 dan Brooks HM’13… SCKLM’13 pun confom masuk gak, Cuma nak tunggu pendaftaran yang akan dibuka dalam masa lebih kurang sebulan lagi… untuk brooks hm’13 aku upgrade ke HM dari 10k semasa brooks hm’12… dan event2 yang insyaallah tidak akan dilepaskan pada 2013 adalah Men’s Health’13, PNM’13 dan ParkCity’13… untuk tahun 2013 juga aku plan untuk buat 3 HM… iaitu pada Brooks HM (dah daftar), SCKLM’13 dan PNM’13… insyaallah… untuk berlari FM masih belum lagi kot…
Untuk gear @ hardware pulak… tahun ni aku beli tight baru jenama Mizuno… so aku dah ada 2 running tight sekarang… tight Breath tu aku akan pakai semasa latihan dan juga aktiviti2 lain… tight mizuno khas untuk running sahaja… mulai 2013 juga aku akan berlari dengan memakai basic cotton T kat dalam dan running vest kat luar… ni semua atas permintaan betty yang tak nak aku seksi sangat masa berlari… arm strap pouch pun aku dah ada so boleh elakkan dari membawa pouch beg semasa berlari… gajet aku yang terkini adalah kasut larian terkini aku… biasalah hujung2 tahun banyak sales… so, pada suatu hari ajat ada call aku… masa tu ajat ada di 1utama dengan una nak gi tengok wayang… sementara menunggu masa tayangan di gi la jenjalan kat area 1utama dan terserempak dengan butik N Concept (butik kasut New Balance) ada buat sales… dia call bagitau kat aku… aku memang tgh berkira nak sambar kasut baru… aku bagitau kat dia lepas dia tengok wayang jumpa aku kat butik new balance… setelah mencuba2 beberapa jenis model dan mencari saiz yang sesuai (model yang berkenan ada, tapi saiz lak takde) last2 aku angkat NB790V2 warna putih merah… harga asal rm299, tapi lepas diskaun aku Cuma bayar rm200… ajat pada mulanya nak angkat kasut jenis minimalist tapi bila dia tanya pendapat aku… aku kurang confident sebab tapak nipis sangat… aku memang tak selesa kasut tapak nipis ni… kurang cushion dan support… akhirnya dia pun sambar model yang sama dan warna yang sama… boria lah kami lepas ni… aku dah try dah kasut ni masa gi buat LSD kat putrajaya dengan ajat… memang best dan jauh berbeza dengan kasut2 larian aku yag lain… untuk 2013 MUNGKIN la aku tak beli apa2 gear baru kot sebab semua dah ada… tapi tu MUNGKIN ajerrr… secara totalnya sejak aku mula berlari pada tahun 2010 sehingga hujung tahun 2012 ni dah dah sertai 20 running event dengan 2 event towerthon… jarak keseluruhan yang aku cover sepanjang penglibatan aku dalam event larian adalah 195km… itu tak termasuk jarak yang aku cover dalam latihan mingguan… aku ingat capai dalam 400km ke 500km kot… alhamdulillah… tahun ni juga aku kehilangan sesuatu yang amat bererti bagi aku… suzuki fx110 ku yang dirembat oleh malaun manatah semasa dalam simpanan ayah aku dan tahun 2012 juga melihatkan kelahiran suzuki baru aku shogun azelo s…
NB790V2

Bab jalan2 lak… awal tahun itu hari aku gi bercuti kat Hotel Berjaya Times Square selama 3hari 2malam… itupun sebab betty dapat hadiah dari opis dia… pengalaman bercuti di berjaya times square memang best sebab swimming pool dia memang besar dan dekat sangat dengan shopping mall… senang nak beli barang… antara yang aku tak boleh lupa adalah makan kat restoren kat hotel berjaya… lamb racknya memang marvelous… pada bulan september pulak aku gi jenjalan ke langkawi… itu pun best jugak sebab dah lama giler aku tak ke langkawi… tahun 2013, insyaallah aku akan ke langkawi lagi sebab tiket kapal terbang awal2 betty dah tempah… kali ni kami akan pergi dengan family aku pulak… jangan dilupakan trip julung2 kalinya aku ke tasik kenyir untuk trip tengas 2012… satu trip memancing yang memang aku takkan lupakan… one of a kind… dan kenyir seperti memanggil2 aku supaya kembali menduga penghuninya… pada bulan mac lepas betty pergi ke kelantan, trip dengan kenkawan opisnya…
Dalam personal life pulak… macam2 yang berlaku dalam tahun 2012 ni… insiden yang paling penting adalah apa yang berlaku kepada betty… insiden ni secara langsung dan tidak secara langsung memberi impak yang besar kepada kehidupan aku untuk masa sekarang dan masa hadapan… untuk apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan susah sikitlah aku nak cite pasal aku takde ilmu tilik… tapi buat masa ni aku nak betty betul2 berehat dan insyallah pulih sepenuhnya daripada apa sahaja penyakit yang dia sedang alami sekarang… apa2yang berlaku nanti aku akan up-date kemudian insyaallah… tentang kerjaya aku pula… aku masih di kilang lama… nampak gaya macam takde orang lain yang nak amik kerja mungkin sebab aku suka demand gaji tinggi… biasalah, bila kita pindah kerja mestilah aku nak ganjaran yang lebih baik dari tempat kerja lama… Cuma mungkin kerja aku akan bertambah sebab ada officemate yang nak berhenti dah besar kemungkinan aku la yang nak kena tapau kerja yang di tinggalkan… apa2 pun itu semua rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah… yang penting semuanya halal dan berkat… dalam tahun 2012 ni juga ada beberapa ahli keluarga aku dijemput oleh Allah swt kembali ke rahmahtullah… pada bulan mac, pak long aku yang tinggal di batu pahat meninggal dunia kerana sakit tua… pada bulan may pula, tanpa disangka2 sepupu aku abang zizi meninggal dunia kerana sakit jantung ketika menjalani aktiviti berbasikal… dan pada bulan september, arwan Wan aku sebelah ibu yang aku kasihi meninggal dunia setelah sakit tua yang berpanjangan… Al-Fatihah buat semua ahli2 keluarga aku yang telah pergi dulu menyahut panggilan Illahi… tahun ni kami terima berita gembira kerana ajat telah menamatkan pengajian ijazah sarjana mudanya di UNIKL dan telah menerima skroll ijazahnya semasa majlis konvokesyen tempoh hari…
Secara ringkasnya itulah highlight aktiviti aku sepanjang 2012… sebenarnya ada banyak lagi perkara yang terjadi , TAPI takkan nak cerita semuanya kannnn……


sebagai kenang-kenangan

Friday, December 21, 2012

Kolam APAK, Kolam Memancing Ikan Air Tawar, Hulu Tamu, Batang Kali



            Trip memancing kali ni dirancang atas permintaan miza yang dah lama tak pergi memancing… lokasi pancingan kali ni adalah di kolam APAK yang terletak di Hulu Tamu, Batang Kali… aku pilih kolam ni sebab lokasinya yang cantik dan ada pondok untuk pemancing berehat… trip kali ni juga disertai oleh abah dan rini…
            Perjalanan kami mulakan dari rumah mak mertua aku di taman seroja bukit sentosa… ke taman kesumba bukit beruntung, rumah abah… untuk pengetahuan korang jarak rumah mak mertua aku dengan rumah abah aku Cuma 5 minit jer perjalanan naik kereta… dari taman kesumba setelah jemput abah dan rini kami bertolak ke pekan Rasa ikut jalan belakang… dari pekan rasa kami belok ke kanan menuju ke Batang Kali… di pekan batang kali, belok ke kiri menuju ke jalan nak gi genting highland… kat simpang 4 yang ada stesen shell belok ke kiri masuk kampung… kat sini dah ada signboard Kolam Apak… ikut jer jalan ni sampai jumpa simpang ke kiri menuju ke Hulu Tamu… kat sini pun ada signboard kolam apak… jalan depan sikit kita akan jumpa kolam memancing ikan air tawar D’Kali disebelah kanan… aku tak pernah singgah kolam ni… mungkin lain kali… jalan terus sampai jumpa simpang ke kanan yang ada signboard kolam apak dan kolam air panas hulu tamu… depan sikit kita akan jumpa jambatan kayu… berhati2 kat jalan ni sebab jalannya sempit… terus jer dan ikut signboard kolam apak… insyaallah boleh sampai…
            Kolam Apak berada di seberang sungai… kita kena parking kereta di seberang sungai sebelum melintasi sungai melalui jambatan gantung… berhati2 sebab jambatan ni licin bila hujan dan tiada penghadang sisi… dulu kilang tempat aku bekerja ni pernah buat pertandingan memancing kat kolam apak ni… tapi masa tu kolam ni dikenali sebagai kolam memancing hulu tamu… masa tu jambatan gantung belum dibina lagi… so, nak sampai ke kolam kena lintas sungai… kalau musim hujan air sungai akan naik dan amat2 merbahaya untuk buat crossing…
            Buat bayaran memancing di pondok pendaftaran berdekatan dengan kedai makan… ratenya adalah rm30 untuk 5jam memancing… minima masa memancing adalah 3jam, jika kita dah rasa cukup memancing selepas 3jam bolehlah kita berhenti memancing dan akan dipulangkan semula rm10 masa kita keluar nanti… setelah membuat bayaran maka bolehlah kita memilih untuk memancing kat mana2 diantara 2 kolam yang ada kat kolam apak ni… kalau tak salah aku ada sedikit perbezaan antara penghuni dalam 2 biji kolam nih… kolam disebelah kiri majoriti spesis yang mendiaminya adalah Rohu manakala kolam belah kanan banyak ikan Patin, Lekoh dan Pacu… di tebing kolam juga ada dibina bangsal2 untuk pemancing berteduh… kita boleh pilih mana2 bangsal2 yang kosong… untuk trip kali ni aku memilih kolam sebelah kiri…
            Setelah memilih bangsal yang sesuai untuk kami berempat… aku pun mula membancuh umpan… kali ni aku ingin mencuba resepi baru untuk bancuhan umpan… sebelum sampai ke kolam aku dah mesin sampai halus biskut merrie… aku campurkan dedak biskut merrie dengan dedak memancing… aku juga campurkan jagung dalam tin… setelah siap umpan dibancuh, aku dengan ayah aku pun mula la memancing… balingan umpan kami tertumpu ke bahagian tengah kolam… oleh kerana kolam ni mempunyai reputasi tarikan awal ikan yang ganaz… adalah dicadangkan untuk menggunakan pancang special untuk menenggek joran korang… gunakan pancang yang mempunyai pemegang hulu joran dan juga penghadang joran… jangan gunakan pancang ‘Y’ yang biasa tu… pancang jenis ‘Y’ ni kalau ikan tarik umpan dengan ganas boleh menyebabkan joran terjun masuk ke dalam kolam… tapi kalau korang takde pancang special ni takpe sebab korang boleh pinjam daripada kolam… tapi kalau dah pinjam tu jangan lupa pulang balik bila dah abis memancing nanti…




            Tak lama lepas labuhkan umpan… hujan pun mula turun… sebelum kami bertolak dari bukit beruntung lagi sebenarnya dah hujan… tapi bila on the way hujan berhenti… baik kami nak memancing, hujan pun turun semula… nasib baik ada bangsal yang besar yang mana kami berempat boleh berteduh… masalahnya bila hujan turun ikan akan stop makan umpan… tercongoklah kami dalam bangsal tu sambil menunggu umpan kami dijamah ikan…
            Kemudian setelah hujan lebih kurang 1jam… ada tanda2 hujan nak berhenti… elok jer hujan berhenti pancing milik brader bangsal sebelah ditarik ikan… setelah pertempuran hebat, brader tu berjaya mendaratkan seekor rohu yang agak besar… haaa… itu tanda baik tu yang ikan mula memakan umpan… aku dengan abah pun letak umpan baru dan labuhkan ke tengah kolam… tapi hari tak selalunya cerah… tak lama selepastu, hujan mula turun semula… hujan turun tanpa henti sehinggalah masuk jam yang ke -3 kami di kolam apak… dalam 3 jam tu jugalah TIADA seekor ikan pun yang sudi menjamah umpan kami ataupun umpan para pemancing lain di kolam ini… membangaulah kami jawabnya… oleh kerana hari dah semakin gelap dan perut pun dah mula lapar (terutama miza)… kami ambil keputusan untuk menamatkan trip pada hari ni… disebabkan kolam apak ni terletak di pinggir hutan, malamnya memang lebih gelap daripada biasa… kolam apak ni dibuka 24jam oleh itu boleh datang pada bila2 masa… tapi kalau nak datang sini malam2 buta memang agak mengerikan jugak la terutama jalan hulu tamu menuju ke kolam apak…
            Setelah pulangkan balik tiket memancing dan dapat balik rm20 (2batang joran, 3jam memancing)… Apak (Owner kolam apak) berbesar hati untuk memberi kami ikan sebab kami balik tangan kosong… apak ni sementara dia menunggu customer, dia pun memancing jugak… ikan2 yang dia dapat selalunya dia sedekah jer kat pengunjung yang tak dapat ikan… itupun bukan pada semua dia beri… apak beri pada abah seekor ikan patin dan seekor ikan pacu… bolehlah abah tunjuk kat kenkawan setaman dia bila balik nanti… sebelum sampai ke rumah kami singgah untuk makan sebab miza dah bising kelaparan… kami singgah makan di sebuah gerai makan di batang kali… selepas makan barulah kami balik ke rumah…
            Area batang kali ni memang banyak port2 memancing… selain kolam apak ada kolam D’kali, kolam Heritage, kolam air masin happy pond, kolam air masin danau rimba, kolam air masin batu 30 dan banyak lagi lah… nak kena rajin cari la…

Sunday, December 16, 2012

Taman Tasik Metropolitan Kepong



            Taman Tasik Metropolitan Kepong (TTMK) adalah salah satu daripada trek larian aku selain Taman Tasik Titiwangsa… TTMK ni dekat jer dari rumah aku di sri gombak… kalau dari sri gombak masuk ke MRR2 menghala ke kepong… lalu flyover atas bulatan batu caves… terus jer nanti nampak pusat pelupusan sampah dan stesen minyak SHELL sebelah kiri… depan sikit jer dari stesen minyak tu akan nampak jalan masuk ke TTMK sebelah kiri… kawasan parking dia tak banyak sangat sebab tu ramai yang akan parking sampai ke luar taman masuk ke MRR2… aku selalu gi naik moto jer… parking kat dalam kawasan taman depan taman permainan… mari, aku nak bawak korang semua barlari mengelilingi TTMK…
            Lepas parking moto aku selalunya akan buat regangan badan kat kawasan ni jugak… larian aku selalunya akan bermula dari jalan sebelah kanan… bersebelahan taman permainan dan menuju ke tasik utama…
kita akan mula dari sini

            Dari sini aku akan jumpa simpang tiga yang mana aku akan belok ke kanan dan mula berlari lawan arah jam mengelilingi tasik TTMK… 
simpang tiga, belok kanan... kan ramai yang lari ke arah kanan
here come the hills...

            Tak jauh dari simpang 3 ni akan bermula trek yang berbukit… sekurang2nya kita akan melalui 2 bukit sebelum turun semula… untuk first lap masih takde masalah untuk melalui kawasan berbukit ini tanpa berhenti… ini yang aku suka tentang trek di TTMK ni kerana ada kawasan berbukit… bagus untuk menyediakan diri kita bila berdepan dengan kawasan berbukit dalam road race… seboleh-bolehnya jangan cuba untuk berhenti dan berjalan semasa melalui kawasan berbukit ini… Push On…
ikut trek biru kalau nk bukit lagi...

            Setelah selesai melalui kawasan berbukit tadi kita akan turun semula… selepas itu kalau kita rasa belum cukup latihan bukit… kita akan jumpa bukit lagi, Cuma kali ni kita ada pilihan samada nak lalu kawasan berbukit atau tidak… selalunya kalau first lap aku akan terus jer naik bukit… untuk lap2 yang seterusnya aku akan belok ke kiri melalui jalan yang lebih mendatar…
            Perjalanan yang seterusnya adalah mendatar kecuali ada satu lagi bukit yang amat2 tinggi dan curam… kalau aku buat larian pendek selalunya aku akan berlari naik bukit ni… jalan nimenuju ke puncak bukit yang ada menara tinjau… ini juga merupakan kawasan paling tinggi di TTMK ni… dari atas bukit ni kita boleh nampak keseluruhan TTMK… kawasan bukit ini amat2 sesuai untuk latihan kekuatan kaki…
bukit lagi tinggi.... kat atas ada menara tinjau
dah abis dah bukit... pas ni flat route jer

            Trek yang seterusnya adalah amat2 rata tetapi bengkak bengkok… dari sini sebenarnya kita dah boleh nampak penamat satu pusingan lengkap TTMK ni… nampak macam dekat kan… tapi jangan tertipu sebab perjalanan masih jauh lagi… setakat ni larian kita telah sampai sejauh 2km… lagi 1.5km untuk melengkapkan 1 pusingan… 
trek alternative masuk dalam tasik... aku tak pernah lalu ponn....

            Ini satu lagi alternative kepada route larian di TTMK ni… kalau rasa nak lari lebih dalam ke kawasan tasik boleh lah belok ke kiri… jalan ni akan bersambung semula dengan trek utama kat depan…
            Sekarang kita dah masuk ke fasa terakhir untuk melengkapkan satu pusingan di TTMK… larian dah tinggal lebih kurang 500m untuk lengkap satu pusingan… masa yang terbaik untuk meningkatkan pace larian…
dah dekat nak abis dah ni
final dash... sampai suda... lengkap 3.5km satu pusingan... kat sebelah kanan tu ada banyak orang jual air

            Sampai sudaaa… maka lengkaplah satu pusingan larian di TTMK yang berjarak 3.5km/pusingan… kalau nak dapat 10k ke atas kena buat 3 pusingan… mental kan… baguslah jugak… selain melatih kekuatan dan stamina kita… buat banyak pusingan juga dapat melatih mental kita supaya menjadi lebih kuat… INGAT, kekuatan mental juga AMAT penting dalam larian jarak jauh… Mind Over Matter… jika mental kita tewas, secara automatik fizikal kita juga akan menjadi lemah… ingat apa yang terjadi kepada aku semasa larian Men’s Health 2011… The Loneliness Of a Llooonnnnggggg Distance Runner… untuk latihan yang lebih menyeluruh aku mencadangkan larian melebihi 2 pusingan… baru kita dapat rasa macam mana nak menangani kawasan berbukit bila dah mula keletihan berlari…
            Di TTMK ni bila kita berlari di atas trek pastikan kita berhati2 dengan pengguna lain trek iaitu mereka yang berbasikal dan juga kenkadang ada mereka yang bermotosikal didalam taman walaupun dah terang2 TAK BOLEH… kat TTMK ni jugak ada ramai Semi-Pro Runner (SPR)atau Weekend Warrior (WW)… ini gelaran yang aku berikan kepada geng2 runner macam aku… kami ni bukanlah Casual Runner kerana setiap larian ada target yang hendak dicapai… kami juga bukan Pro Runner yang mengharapkan Placing bila menyertai pertandingan… kalau berlari kat taman tasik titiwangsa kat situ lebih ramai Casual Runner… boleh aku katakan 70% (mungkin lebih) mereka yang menyertai running event adalah terdiri daripada golongan SPR @ WW ni…
            Selain dari Runner… mereka yang mengunjungi TTMK ni juga terdiri daripada mereka2 yang membawa anak2 bermain2 di taman permainan, mereka2 yang berkelah dengan keluarga dan juga mereka2 yang memancing kat tasik di TTMK (walaupun sebenarnya dilarang)… aku sebenarnya teringin juga nak try memancing kat sini tapi segan dan tak berani… mungkin suatu hari nanti… jumlah pengunjung pula lebih ramai pada sebelah petang berbanding sebelah pagi kerana TTMK ni popular sebagai tempat untuk bermain layang2… kalau belah petang tu aku kira mungkin berpuluh layang2 diterbangkan di TTMK… aku dulu sebelum mula berlari di TTMK ni memang datang ke sini untuk bermain layang2 dengan miza… oleh kerana keadaan yang kurang sesak pada sebelah pagi membuat aku memilih untuk berlari pada sebelah pagi…
            Sekarang dah masuk pertengahan bulan 12 tahun 2012… bermakna tak lama lagi akan berakhir tahun 2012 dan akan masuk tahun baru 2013… aku rasa entry aku lepas ni aku akan buat wrap-up untuk tahun 2012… akhir kata, marilah beramai2 kita mengunjungi Taman Tasik Metropolitan Kepong… dan kalau terserempak dengan aku berlari, tegurlah aku tak sombong punya…Assalammualaikum…

Tuesday, December 11, 2012

KIMPALAN (Welding) Bah. 3


                Kita sambung balik perbincangan kita mengenai kimpalan… seperti yang aku janjikan sebelum ni aku akan cuba untuk mengupas hubung kait diantara bunyi kimpalan dengan proses kimpalan yang stabil… bunyi kimpalan merupakan petanda terbaik untuk menentukan samada proses kimpalan yang kita lakukan stabil atau tidak… apa yang kita cari adalah bunyi kimpalan yang gemersik dan berterusan… kebanyakkan jurukimpal yang otai hanya perlu mendengar sahaja bunyi kimpalan untuk menentukan kimpalan yang stabil… perlu difahami disini terdapat perbezaan yang jelas antara kimpalan yang baik dengan kimpalan yang stabil… kimpalan yang baik adalah kimpalan yang memenuhi spesifikasi kimpala yang telah ditetapkan… manakala kimpalan yang stabil pula merujuk kepada proses kimpalan itu sendiri… secara ringkasnya… kimpalan yang stabil TIDAK SEMESTINYA akan dapat menghasilkan kimpalan yang baik akan tetapi kimpalan yang baik akan datang daripada proses kimpalan yang stabil…
                Sekali lagi kita boleh buat ujian kimpalan dengan menaikkan arus kimpalan secara sedikit demi sedikit sehingga kita jumpa bunyi yang gemersik… seharusnya sedikit latihan diperlukan untuk kita menjadi mahir dalam mengenalpasti bunyi kimpalan yang baik… antara latihan yang boleh kita buat adalah mendengar bunyi kimpalan sewaktu jurukimpal yang otai sedang melakukan proses kimpalan…
                Aku rasa aku dah cover perkara asas dalam kimpalan… kalau ada yang kurang boleh bagitau aku… aku akan cuba jelaskan…
                Selanjutnya aku akan kupas proses kimpalan bedasarkan unsur2 4M dan 1E… aku rasa ini adalah lebih baik untuk mengelakkan aku tertinggal menguraikan faktor penting dalam proses kimpalan…
                Unsur pertama adalah unsur Man @ Manusia @ Jurukimpal… faktor yang seseorang jurukimpal perlu betul2 faham adalah faktor keselamatan dalam proses kimpalan… sebelum seseorang jurukimpal mengambil langkah2 yang patut untuk memastikan keselamatannya semasa proses kimpalan dia perlulah terlebih dahulu faham daripada mana bahayanya satu2 proses kimpalan tersebut… bahaya proses kimpalan itu boleh berpunca dari jurukimpal… mesin kimpalan… bahan2 yang digunakan semasa kimpalan… kaedah kimpalan dan persekitaran kawasan kimpalan itu sendiri…
                Semasa proses kimpalan… jurukimpal terdedah kepada beberapa jenis punca kritikal yang boleh mendatangkan bahaya… pertamanya proses kimpalan arka menggunakan arus elektrik yang besar… mesin kimpalan selalunya menggunakan punca kuasa 3 fasa yang mempunyai beza kuasa @ voltan setinggi 415V… hampir 2 kali ganda dari voltan yang disalurkan pada punca kuasa biasa yang ada kat rumah kita… punca kuasa 3 fasa menggunakan plug 4 pin berbanding plug 3pin untuk punca kuasa 214V… beza upaya @ voltan ini amat2 merbahaya kerana ia boleh membunuh jika terkena renjatan elektrik… sebab itu jika kita lihat dipencawang2 elektrik pasti ada tertulis “AWAS, VOLTAN TINGGI”… dia tak tulis “AWAS, ARUS TINGGI”… adalah perlu diingatkan bahawa badan kita adalah pengalir elektrik… walaupun bukan pengalir elektrik yang baik akan tetapi jika terdapat aliran elektrik dengan voltan yang cukup tinggi, pasti elektrik akan dapat mengalir melalui badan kita… dan ini boleh membunuh… kata kuncinya bila kita menggunakan peralatan elektrik… elakkan dari mengjadikan diri kita sebahagian dari pelengkap litar… dengan itu kita perlu selalu ingat untuk tidak memegang mana2 wayar elektrik yang terdedah tanpa penebat… memakai kasut dengan tapak getah bila mengimpal… tidak melakukan kimpalan dalam keadaan basah… beri perhatian lebih kepada sambungan2 wayar dan connecter cable… pastikan semuanya disambung dengan kemas… cara kerja yang kemas ini sebenarnya melambangkan yang kita adalah jurukimpal yang profesional… bukan sekadar jurukimpal biasa di kedai2 besi grill kat tepi jalan tu yang selalu buat kimpalan tangkap muat… aku bukan bermaksud untuk memperkecilkan jurukimpal kat kedai2 grill tu tapi aamalan kimpalan dia sendiri yang meletakkan dirinya dalam bahaya… tak salah kalau kita menitik beratkan aspek keselamatan setiap kali kita melakukan kimpalan kerana kita perlu ingat… mesin kimpal rosak boleh ganti, kerja kimpalan yang rosak boleh re-work… hilang nyawa atau tercedera semasa melakukan kimpalan sapa nak tanggung… diri sendiri la… tokey kedai senang jer, dia carik jurukimpal yang lain…
                Proses kimpalan juga adalah HOT WORK… ia melibatkan haba yang tinggi untuk meleburkan logam yang ingin dikimpal… besi yang paling lembut pun paling kurang memerlukan lebih kurang 1500 darjah celcius untuk melebur… bila kita bekerja dengan suhu yang tinggi seperti ini bahaya yang paling utama yang boleh terjadi adalah bahaya kebakaran… pastikan kawasan kerja kita bebas dari pada bahan yang mudah terbakar… jurukimpal juga mesti mengambil kira pakaian yang dipakai semasa melakukan proses kimpalan kerana sewaktu proses kimpalan pasti akan wujud SPATTER yang berterbangan… pakaian yang sesuai adalah pakaian yang tidak mudah terbakar seperti kulit… jika anda bercita2 untuk menjadi seorang jurukimpal yang profesional cariklah jaket kulit yang sesuai untuk buat welding…
                Aku rasa cukup samapi disini sahaja untuk bahagian yang ke-3… entry yang akan datang aku akan membincangkan hazard2 lain yang ada semasa proses kimpalan…