Monday, December 3, 2012

ParkCity Run 2012



Tempat Mula/Tamat: International School, Desa ParkCity Kuala Lumpur
Kategori: Men Open 10km, (BIB A574)
Race kit: Dry Fit Vest, Goodies bag, BIB, Timing Chip
Post-race: Finisher Medal, E-Certificate
Tarikh & masa : 25 November 2012, 7.10 am
            Walaupun routine harian aku agak sedikit terganggu kerana mengjaga betty namun perjuangan perlu diteruskan… ini merupakan acara ulangan untuk aku dan ajat… seperti tahun lepas acara ini dibuat pada bulan november 2012 bertempat di Sekolah Antarabangsa ParkCity… seperti tahun lepas juga, REP diambil oleh ajat di sekolah antarabangsa ParkCity… goodies bag telah disertakan sekali semasa REP collection… vest larian tahun ni berbeza dari tahun lepas… designya pelik sikit terutama kat bahagian belakang… ramai runner   yang berpendapat design vest tahun ni tak cantik… tapi BIB tahun ni ada improvement berbanding tahun lepas… tahun ni guna material yang lebih baik berbanding stiker pada tahun lepas…
            Persiapan aku untuk larian kali ni hampir tiada… aku Cuma dapat buat larian satu pusingan di taman tasik metropolitan seminggu sebelum acara ini… ORS pun aku hampir2 lupa untuk mengambilnya… aku Cuma mula mengambil ORS pada hari jumaat… ajat ambil REP pada pagi sabtu… pada hari yang sama aku kena bawa betty pergi berurut di batu caves… selepas selesai berurut aku hantar betty semula ke bukit beruntung… aku Cuma balik semula ke sri gombak pada sebelah malamnya… pada malam itu juga ajat datang bermalam di rumah aku… sebelum tido kami keluar makan… buat carbo-loading sikit, pergi makan spaggetti kat rodeo steakhouse sri gombak… sebelum tido aku dah pasang siap2 BIB pada vest dan tape kaki aku bahagian2 yang mudah nak melecet…
            Sebelah paginya kami bangun pada jam 4.30pagi… setelah bersiap kami keluar rumah jam 5.00pagi menaiki kereta aku… untuk larian kali ni aku memakai baju dalam cotton berwarna hitam… baju ni sebenarnya betty yang suruh pakai sebab dia kata seksi sangat bila aku lari pakai running vest sahaja… kami sampai di ParkCity dalam jam 5.30pg… plan asal nak parking kat taman tasik ParkCity tapi kawasan parking kat area ni ditutup pula… kami diarahkan bergerak ke kawasan sekolah antarabangsa untuk parking kereta… last2 kami dapat parking didalam banggunan sekolah antarabangsa… nasib baik kami keluar awal…
            Lepas parking, kami berkumpul kat kawasan kantin sekolah… kami ambil kesempatan untuk melihat2 barang yang dijual di booth penaja… sekali lagi aku membelek2 kasut BROOKS yang dipamerkan… kasut larian aku sekarang ni memang nak kena ganti dah sebab dah banyak wear & tear dan tak berapa sesuai untuk larian jarak jauh terutama 15k ke atas… selepas tu aku dan ajat mula membuat regangan badan… pada jam 6.45pg ada acara senamrobik… tapi takleh nak join sangat sebab kawasan sempit dan ramai sangat orang… aku dan ajat perasan peserta tahun ni lebih ramai berbanding tahun lepas… 
before run...

           Selepas selesai senamrobik… semua peserta mula bergerak ke kawasan mula… group pertama yang akan dilepaskan adalah daripada kategori 5km… pelik jugak sebab selalunya jarak yang lebih jauh dilepaskan dahulu… pelari 5km dilepaskan pada jam 7pg… 10 minit kemudian peserta 10km pula dilepaskan… untuk tidak mengulangi kesilapan sewaktu BSNPNM’12 yang lepas… aku tidak terburu2 dalam pace larian aku… aku mengekalkan langkah yang pendek tetapi cepat… ajat pula berlari disisi aku… apabila keadaan jalan menurun bukit aku panjangkan langkah kaki aku… teknik yang aku amalkan ni nampaknya berkesan kerana sewaktu menghampiri bukit tertinggi di parkcity (rigwell hill kalau tak salah aku)… tak tak rasa kepenatan… malah aku dapat berlari menaiki rigwell hill hampir ke puncak sebelum berhenti untuk powerwalk kira2 100m menghampiri puncak… ajat pula lebih gagah kerana dapat meneruskan larian sehingga puncak bukit…
            Dipuncak bukit terdapat check point untuk running cip dan juga water station… aku berhenti di water station ini untuk mengambil power gel yang aku bawa sekali… larian aku teruskan dengan larian menuruni bukit yang agak curam ini… aku mengambil kesempatan keadaan yang curam ini untuk membuka langkah yang panjang… aku seperti melayang ke bawah bukit… keadaan ini sebenarnya agak merbahaya kerana jika aku tersalah langkah atau terpijat kawasan yang licin atau berpasir… confom aku akan tergolek hingga ke kaki bukit… sewaktu munuruni bukit ini juga aku memintas ajat… dikaki bukit aku kembali berlari secara normal… aku berjaya untuk maintain pace aku untuk 3km terakhir larian… di km yang terakhir, ajat berjaya kejar aku balik… sewaktu membuat pusingan U untuk kembali ke garisan penamat, ajat telah berlari lebih jauh kehadapan… dia mengdahului aku lebih kurang 1min… timing dia 1j12m dan aku 1j13m… kira2 masa yang agak baik untuk aku sebab tiada persediaan yang khusus aku buat untuk larian ini…
            Sebaik sahaja melintasi garisan penamat, terus diserahkan medal penamat… tiada sijil diberikan kerana sijil untuk larian ini adalah dalam bentuk e-cert… setelah berjalan2 dikawasan penamat untuk menghilangkan lelah kami bergerak ke kawasan kantin untuk mendapatkan sarapan… kami terus beratur untuk mendapatkan cereal dan air milo… 100+ tak perlu lah sebab dalam botol yang aku bawak masih banyak lagi 100+… setelah bersarapan dan sesi bergambar… kami pergi pula ke booth penaja untuk windows shopping… nak balik awal takut jalan masih ditutup… kami bergerak balik apabila acara untuk kanak2 bermula… sebelum sampai ke rumah kami singgah untuk bersarapan dahulu…
bersama 400 pelari awal yang baru selesai...

rakan kongsi

payah tu nak dapat gambar ni...





             Itulah laporan larian terakhir aku untuk 2012… bulan dec mungkin aku tak masuk mana2 larian sebab nak bagi tumpuan nak jaga betty… tapi tak boleh nak janji jugak… manalah tahu tetiba ada edisi gatal kaki lak ker… larian yang dah konfom daftar bermula tahun depan… bulan jan’13 ada MPIB run dan bulan mac’13 ada BROOKS HM yang aku daftar kategori HM setelah diracun oleh ajat… ok jumpa lagi di entry yang akan datang… assalammualaikum…


3 comments:

suhaimi said...

bro biasa lari di tmn metropolitan?
ingat nak cari geng pacing. Kebetulan saya pun dah register untuk mpib run dan kebetulan pace bro pun lebih kurang sama (cari runner yg laju sgt pun payah nk ikut!),klu wife dah ok blh lari sekali kot.

Granny Hani said...

ingatkan suka berenang..tak per lah pelampung bocor pun, dah bukan dalam air...hehehehe..U make me smile pagi2 gini.tq kerana follow.

Pelampung Bocor said...

selalu gak lari kat taman metropolitan bro suhaimi... kalau nampak saya tegurlah... boleh pacing sama2...