Wednesday, November 28, 2012

Ya ALLAH…. Hanyalah kepada mu….



            Kita sebagai hamba ALLAH pasti akan diduga… 3 perkara yang pasti setiap hambanya akan diduga adalah keluarga, harta dan kesihatan… dugaan ini samada besar atau kecil adalah ujian dari ALLAH kepada hamba2nya sebagai menguji tahap keimanan seseorang… kiranya aku bukanlah orang yang terbaik untuk mengupas dengan terperinci berkenaan hal2 dugaan ALLAH ni… aku Cuma mampu mencoretkan apa yang aku rasakan dan aku fikirkan…
            Persoalan paling utama yang sering ditanya… mengapa aku diduga… pada pendapat aku, kita diduga kerana ALLAH nak lihat sekuat mana tahap keimanan kita… sekuat mana keyakinan kita… sebagai peringatan kepada kita dan juga sebagai balasan atas2 dosa2 lepas yang telah kita lakukan… yang penting dalam mengharungi dugaan ini adalah untuk banyak2 bersabar dan selalu ingat pada ALLAH… semoga ada hikmahnya berlaku musibah itu kepada kita… semoga musibah itu adalah penghapus dosa dan kita mendapat pahala jika kita redha dan bersabar…
            Sesungguhnya ALLAH Maha Adil, Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang… apabila kita diduga… ambillah kesempatan ini untuk muhasabah diri sendiri dan bertaubat atas semua dosa2 yang telah kita lakukan… Ya  ALLAH ampunkanlah semua dosa2 aku Ya ALLAH Tuhan yang Maha Pengampun… itulah sifat manusia, apabila dalam keadaan susah barulah lah kita nak ingat ALLAH… masa senang kita mudah lupa…
            Kenapa coretan aku kali ni lain macam sikit… sebabnya adalah kerana sekarang Betty tengah sakit… bukan sakit biasa… kalau sekadar demam, selsema ke, sakit perut ke takdela aku bimbang sangat… baru2 ni dia diserang STROK… panjang kisahnya dan tak sanggup rasanya aku nak cerita semuanya disini… punca utamanya adalah masalah kurang darah dan peningkatan tekanan darah tinggi… ditambah dengan stress bekerja… tetapi Alhamdulillah, betty hanya diserang Mild Strok sahaja… ini di confom oleh doktor pakar yang merawat betty (Dr. Ishak) setelah melakukan proses MRI ke bahagian kepala betty… doktor kata tiada pendarahan yang memerlukan surgery…
            Akibat serangan ini betty terpaksa ditahan di wad Hospital Pakar Al-Islam di kampung baru selama seminggu… aku bawa betty mendapat rawatan di Al-Islam kerana sebelum ni pun betty pernah mendapat rawatan kat hospital ni… tapi masa tu hospital ni lebih dikenali sebagai Kampung Baru Medical Center (KBMC)… miza pun dilahirkan di hospital ni… selama seminggu betty ditahan diwad, aku berulang alik ke hospital untuk mengjaga betty… terpaksalah juga aku bercuti selama seminggu… serangan strok tu telah meninggalkan beberapa kesan kepada betty… antaranya percakapannya tak lancar… ingatannya juga terganggu menyebabkan dia sering lupa perkara yang terjadi kepadanya baru2 ni… pergerakkannya juga terbatas sebab kakinya menjadi lemah…
            Seminggu di hospital betty diberikan rawatan untuk menurunkan tekanan darah tingginya… diberi 2 pek darah untuk menampung kekurangan darah dalam badan… turut menerima rawatan untuk mengawal kadar gula dalam badan… betty turut menerima rawatan untuk memulihkan ingatannya dan fisio untuk mengembalikan kekuatan  kaki… semua rawatan ni ditanggung oleh syarikat insuran PMCare yang menanggung insuran kesihatan untuk syarikat dimana betty bekerja…
            Setelah dibenarkan keluar dari hospital aku bawa betty balik ke rumah ibunya di bukit beruntung untuk berehat… sekarang ni betty dalam proses recovery dan aku setiap hari berdoa kepada ALLAH supaya dia segera sembuh… kepada sesesiapa yang ada membaca entry ni, jika ada ehsan terhadap apa yang telah berlaku kepada betty, bolehlah tolong doakan agar dia segera sembuh… Aamiin… 
semoga kami terus dianugerahkan kebahagian

No comments: