Monday, September 26, 2011

RUSIA



Aku memang agak terpesona dengan Negara ini… kerana aku beranggapan ia adalah sebuah Negara yang unik dan penuh misteri… Negara kita ni pun unik gak… apa yang menarik aku tentang rusia adalah teknologinya dan sosiobudayanya yang memang tersendiri…
Aspek teknologinya yang paling aku respek adalah teknologi ketenteraannya… walaupun ianya tidak segagah atau sebongkak Amerika syarikat… tetapi rusia telah berjaya mencipta teknologi ketenteraan yang tinggi dengan keupayaan dan sumber yang sedia ada… aku rasa apa yang amerika ada pasti dapat disangi oleh pihak rusia
Jikalau kita imbas semula perang dunia kedua rusia jugalah yang Berjaya menawan berlin hingga memaksa hitler membunuh diri… adik aku ada pernah berkongsi dengan aku kehebatan pesawat pejuang rusia yang gagal atau sengaja tidak dapat mendaratkan pesawat pejuang itu di atas dek aircraft carrier lantas terus memecut naik tanpa pesawat menyentuh langsung dek aircraft carrier tersebut… video tersebut ada dalam utiub… puas aku mencari tapi tak jumpa2… Cuma baru2 ni sahaja aku Berjaya menjumpai video tersebut… memang hebat juruterbang dan juga pesawat pejuang rusia tersebut… mari kita lihat sesame…



Amacam, hebat tak… aku ingat ekor kapal terbang tu Cuma beberapa meter sahaja daripada dek aircraft carrier tersebut… member aku, rosul samian (Bezeek) kata pesawat pejuang tu dari model SU-33…
            Mari kita berkongsi pulak tentang perancangan larian aku sehingga hujung tahun ni… sekarang dah bulan 9… bulan 10 dah ada larian di putrajaya, Putrajaya Night Marathon… bulan 11 ada acara ParkCity Run yang dianjurkan oleh ParkCity International School pada 27 Nov 2011, bertempat di ParkCity KL… aku plan nak masuk acara larian ni bersama2 ajat… jarak larian adalah 10km…

            Pada bulan 12 pula ada acara larian Malakof 12km yang akan berlangsung di bukit kiara… acara ni pun aku plan nak masuk gak… tapi masalahnya kawasan larian di bukit kiara tu melibatkan kawasan berbukit yang banyak (dah nama pun bukit kiara)… tu yang buat goyang tu… tapi ni peluang untuk aku improve larian aku di kawasan berbukit…

            Musim2 raya ni payah betul nak buat latihan kerana banyak urusan raya yang perlu diselesaikan… minggu lepas berjalan2 di kuantan (boleh semak entry Jalan-Jalan Hari Malaysia)… minggu ni kalau takde apa2 program baru dapat berlari… apa2 pun aku kena berlatih minggu ni sebab tak sampai sebulan aku akan berlari pada Putrajaya Night marathon… moh kite berlari….

Saturday, September 17, 2011

Jalan-Jalan Hari Malaysia

Maleh nak tulis panjang2.... tengok gambar je ye
baru sampeee

jejak disini...

sukenye main pasir...

lokasinya...
leave my mark...

tapak kaki...

main pasir...
percubaan artistik...

teluk cempedak circa 2011

ANTUPANCING!!!!
micro....

micro lagi...

mandi mande...
wide view

aku pon main layang gak le...

KAMI disini....
dah abis....

Thursday, September 15, 2011

TAWARAN



Seminggu berlalu sudah sejak 1 syawal… walaupun masih dalam mood raya… ada beberapa perkara lain selain berhari raya yang perlu diberi perhatian… aku dah mula berlari semula, setelah sebulan bercuti… target aku untuk sesi2 larian aku selepas ini adalah untuk memanjangkan lagi jarak larian mingguan aku… dari 2.5km~3.5km ke 5km~7.2km… 2 kali ganda dari jarak yang aku biasa berlari dahulu… ini adalah kerana aku perlu meningkatkan tahap stamina dan ketahanan aku semasa berlari… larian pertama aku selepas hari raya adalah sejauh 7.2km di taman tasik metropolitan… 2 round keliling tasik… masa yang aku catatkan adalah 45min… pace adalah pada kadar 6.25… bukanlah pace yang terbaik aku, tetapi untuk permulaan selepas lama berehat, kira2 ok la…
Ini semua adalah persediaan aku untuk misi membalas dendam putrajaya… aku masih tak berpuas hati dengan pencapaian aku di putrajaya… dan aku telah memilih Putrajaya Night Marathon (PNM) sebagai pentas untuk membalas dendam… acara ini akan berlangsung pada 15 oct 2011, sabtu malam ahad… lokasi yang sama untuk Men Health Night Run (MHNR)… Cuma untuk PNM aku mendaftar kategori 10km… target aku adalah untuk sekurang2nya memperbaiki rekod pace aku semasa MHNR… kali ini medal penamat akan diberikan kepada semua pelari yang Berjaya menamatkan larian… bolehlah aku manambah koleksi pingat aku… Cuma pada tarikh yang sama MUNGKIN aku ada carnival sukan yang dianjurkan oleh syarikat aku di UNITEN, bangi… nama aku naik bagi mewakili jabatan aku dalam acara bola tampar… itu aku tak kisah sangat, sebab aku tak perlu jadi pemain utama, jadi simpanan pun cukuplah…
Sepanjang bulan 9 ni aku takde masuk apa2 race pun… bulan ni dipenuhi dengan latihan larian dan memenuhi jemputan ke rumah terbuka… satu lagi perkara yang baru berlaku adalah panggilan untuk menghadiri satu sesi temuduga… kisahnya bermula pada hari jumaat terakhir bulan puasa lepas… aku baru sahaja sampai dari masjid ke pejabat… baru sahaja aku duduk, aku dapat satu panggilan telefon no johor… dengan was2 aku pun jawab… rupanya recruiter dari syarikat Technip-Asiaflex yang beroperasi di tangjung langsat, pasir gudang… minta aku datang ke sana untuk interview… terkedu dan terkejut aku, sebab aku memang tak pernah mintak kerja kat technip, apa lagi di kawasan pasir gudang… org tu mintak aku datang hari selasa, minggu lepas raya… macam2 aku fikir, dah la jauh tempatnya, banyak belanja tu nak pegi sana… last2 aku gi jugak, tapi hari jumaat la… aku drive straight dari KL kul 9 pagi… sampai sana kul 2 ptg… interview kul 3… 2 jam aku interview… kul 5 balik kl… aku plan2 kayuh … kul 2 pagi baru sampai rumah…


Aku takdela terdesak sangat nak tukar keje… tapi org yang panggil, kita pergi jer… manala tahu dia org boleh offer aku sesuatu yang tak sanggup aku nak tolak ke… itu rezeki, tuhan yang tentukan… kita Cuma boleh berusaha jer… Cuma aku ada gak terfikir… kalau aku tukar keje ke pasir gudang, camna dengan aktiviti larian aku… ni boleh bikin kacau, tapi hal ni aku fikir kemudian2 la plak…