Seminggu berlalu
sudah sejak 1 syawal… walaupun masih dalam mood raya… ada beberapa perkara lain
selain berhari raya yang perlu diberi perhatian… aku dah mula berlari semula,
setelah sebulan bercuti… target aku untuk sesi2 larian aku selepas ini adalah
untuk memanjangkan lagi jarak larian mingguan aku… dari 2.5km~3.5km ke
5km~7.2km… 2 kali ganda dari jarak yang aku biasa berlari dahulu… ini adalah
kerana aku perlu meningkatkan tahap stamina dan ketahanan aku semasa berlari…
larian pertama aku selepas hari raya adalah sejauh 7.2km di taman tasik
metropolitan… 2 round keliling tasik… masa yang aku catatkan adalah 45min… pace
adalah pada kadar 6.25… bukanlah pace yang terbaik aku, tetapi untuk permulaan
selepas lama berehat, kira2 ok la…
Ini semua adalah
persediaan aku untuk misi membalas dendam putrajaya… aku masih tak berpuas hati
dengan pencapaian aku di putrajaya… dan aku telah memilih Putrajaya Night
Marathon (PNM) sebagai pentas untuk membalas dendam… acara ini akan berlangsung
pada 15 oct 2011, sabtu malam ahad… lokasi yang sama untuk Men Health Night Run
(MHNR)… Cuma untuk PNM aku mendaftar kategori 10km… target aku adalah untuk
sekurang2nya memperbaiki rekod pace aku semasa MHNR… kali ini medal penamat
akan diberikan kepada semua pelari yang Berjaya menamatkan larian… bolehlah aku
manambah koleksi pingat aku… Cuma pada tarikh yang sama MUNGKIN aku ada
carnival sukan yang dianjurkan oleh syarikat aku di UNITEN, bangi… nama aku
naik bagi mewakili jabatan aku dalam acara bola tampar… itu aku tak kisah
sangat, sebab aku tak perlu jadi pemain utama, jadi simpanan pun cukuplah…
Sepanjang bulan
9 ni aku takde masuk apa2 race pun… bulan ni dipenuhi dengan latihan larian dan
memenuhi jemputan ke rumah terbuka… satu lagi perkara yang baru berlaku adalah panggilan
untuk menghadiri satu sesi temuduga… kisahnya bermula pada hari jumaat terakhir
bulan puasa lepas… aku baru sahaja sampai dari masjid ke pejabat… baru sahaja
aku duduk, aku dapat satu panggilan telefon no johor… dengan was2 aku pun
jawab… rupanya recruiter dari syarikat Technip-Asiaflex yang beroperasi di
tangjung langsat, pasir gudang… minta aku datang ke sana untuk interview…
terkedu dan terkejut aku, sebab aku memang tak pernah mintak kerja kat technip,
apa lagi di kawasan pasir gudang… org tu mintak aku datang hari selasa, minggu
lepas raya… macam2 aku fikir, dah la jauh tempatnya, banyak belanja tu nak pegi
sana… last2 aku gi jugak, tapi hari jumaat la… aku drive straight dari KL kul 9
pagi… sampai sana kul 2 ptg… interview kul 3… 2 jam aku interview… kul 5 balik
kl… aku plan2 kayuh … kul 2 pagi baru sampai rumah…

No comments:
Post a Comment