Monday, September 26, 2011

RUSIA



Aku memang agak terpesona dengan Negara ini… kerana aku beranggapan ia adalah sebuah Negara yang unik dan penuh misteri… Negara kita ni pun unik gak… apa yang menarik aku tentang rusia adalah teknologinya dan sosiobudayanya yang memang tersendiri…
Aspek teknologinya yang paling aku respek adalah teknologi ketenteraannya… walaupun ianya tidak segagah atau sebongkak Amerika syarikat… tetapi rusia telah berjaya mencipta teknologi ketenteraan yang tinggi dengan keupayaan dan sumber yang sedia ada… aku rasa apa yang amerika ada pasti dapat disangi oleh pihak rusia
Jikalau kita imbas semula perang dunia kedua rusia jugalah yang Berjaya menawan berlin hingga memaksa hitler membunuh diri… adik aku ada pernah berkongsi dengan aku kehebatan pesawat pejuang rusia yang gagal atau sengaja tidak dapat mendaratkan pesawat pejuang itu di atas dek aircraft carrier lantas terus memecut naik tanpa pesawat menyentuh langsung dek aircraft carrier tersebut… video tersebut ada dalam utiub… puas aku mencari tapi tak jumpa2… Cuma baru2 ni sahaja aku Berjaya menjumpai video tersebut… memang hebat juruterbang dan juga pesawat pejuang rusia tersebut… mari kita lihat sesame…



Amacam, hebat tak… aku ingat ekor kapal terbang tu Cuma beberapa meter sahaja daripada dek aircraft carrier tersebut… member aku, rosul samian (Bezeek) kata pesawat pejuang tu dari model SU-33…
            Mari kita berkongsi pulak tentang perancangan larian aku sehingga hujung tahun ni… sekarang dah bulan 9… bulan 10 dah ada larian di putrajaya, Putrajaya Night Marathon… bulan 11 ada acara ParkCity Run yang dianjurkan oleh ParkCity International School pada 27 Nov 2011, bertempat di ParkCity KL… aku plan nak masuk acara larian ni bersama2 ajat… jarak larian adalah 10km…

            Pada bulan 12 pula ada acara larian Malakof 12km yang akan berlangsung di bukit kiara… acara ni pun aku plan nak masuk gak… tapi masalahnya kawasan larian di bukit kiara tu melibatkan kawasan berbukit yang banyak (dah nama pun bukit kiara)… tu yang buat goyang tu… tapi ni peluang untuk aku improve larian aku di kawasan berbukit…

            Musim2 raya ni payah betul nak buat latihan kerana banyak urusan raya yang perlu diselesaikan… minggu lepas berjalan2 di kuantan (boleh semak entry Jalan-Jalan Hari Malaysia)… minggu ni kalau takde apa2 program baru dapat berlari… apa2 pun aku kena berlatih minggu ni sebab tak sampai sebulan aku akan berlari pada Putrajaya Night marathon… moh kite berlari….

No comments: