Entry kali
ni aku nak bercerita tentang GARY… kali pertama aku mendengar pasal GARY adalah
ketika adik perempuan aku bertanya tentang siput besar yang ada dalam taman
rumah abah aku… dengan selamba, abah jawab masih ada… aku terus bertanya pada
adik perempaun aku, besar sangat ke siput tu… rini menjawab, besar gilerrr… waktu
tu abah sedang basuh akurium barunya yang berkapisiti 100gelen… nak isi koleksi
ikan kelahnya yang ditangkap di sungai… abah berhenti basuh akurium dan terus
masuk ke kawasan taman dan menyelak2 daun2 kering yang berada dibawah rimbunan
pohon sireh… seketika selepas itu, abah kelaur dengan memegang seekor siput
bersaiz mega… aku ambil sesiku L dan ambil lagi sekor siput biasa dan buat
perbandingan… masyaallah, panjang siput mega tu melebihi 6inci… aku terus
berkata, abah bela ke siput ni… abah menjawab, dah lama dah siput ni ada kat
sini, dulu takde la besar camni… menurut abah aku, ade sekor lagi yang besar
sikit dari yang abah bawa keluar ni… abah aku cite, dulu siput ni pernah
merayau keluar dari taman rumah abah aku… bebudak yang Nampak terus baling
siput tu dengan batu… mungkin sebab takut melihat saiznya… abah aku ambil
semula dan letak balik siput tu dalam kawasan tamannya… sayang betul abah aku
dengan siput tu… aku kemudian menamakan siput tu GARY… semperna nama siput
peliharaan spongebob…
ini bukan camera trik |
Menurut
kajian ilmiah aku… siput tu tergolong dalam spesis Giant Land African Snail…
orang kita plak panggil Siput Babi… Giant Land African Snail ni boleh mencapai
panjang sehingga 8inci… mungkin satu hari nanti GARY boleh mencapai saiz
tersebut… rumah abah aku ni memang terkenal dengan haiwan2 bersaiz mega… cacing
dalam kawasan taman abah aku sebesar pensel… aku nak pegang masa nak sangkut
kat mata pancing pun takut… macam anak ular dah rupenye… menurut adik aku
hairy, ulat gonggok bersaiz mega pun ada… itu aku belum tengok lagi tuh… kalau
macam ni boleh panggil MASTIKA buat liputan kat rumah abah aku…
Esok aku akan berlari kat Putrajaya Night Marathon... 10k jer... harap aku dapat memperbaiki prestasi aku semasa larian Men's Health.... doakan aku berjaya... race reportnya akan menyusul kemudian...
No comments:
Post a Comment