Sunday, October 23, 2011

Race Report #8 (Putrajaya Night Marathon) bahagian 2


petang2 ahad nih tak tahu nak buat apa.... apa lagi sambung race report la....
Bila nak masuk kul 8mlm aku dengan ajat bergerak ke kawasan permulaan… tengok peserta FM dilepaskan jam 8mlm… jam 8.20mlm peserta HM pula dilepaskan… ajat masa ni dia tengah tercari2 kawan dia yang masuk HM… tapi tak jumpa plak, maklumlah ramai orang… jam 8.30mlm aku dah standby kat kawasan pelepasan 10km… aku suruh ajat standby kat tepi jalan, ambik gambar aku berlari… tepat jam 8.40mlm, peserta 10k pun dilepaskan… aku berada dalam kelompak pertengahan, selepas 2min baru aku dapat lintas gerbang mula… aku bermula dengan pace yang perlahan…. Tak nak ikut rentak pelari2 lain yang macam kena kejar dengan hantu kak limah…
Bagi aku route kali ni lebih baik jika dibandingkan denga larian men’s health… kurang kawasan berbukit…. Aku dapat berlari dengan pace yang steady dan dapat berlari untuk hamper keseluruhan route… maknanya kurang berjalanlah… ada 3 water station yang aku tempuhi dan cukup baik kerana aku dapat minum di ketiga2 stesen tersebut… selepas water station kedua aku ambil lagi sepeket GU gel…
Aku Berjaya kembali ke kawasan penamat tanpa masalah besar kecuali lutut kiri aku yang agak sedikit kesakitan dan jari kaki yang sedikit melecet kerana lupa nak pakai Vaseline sebelum berlari… masa yang aku catatkan adalah 1jam 18min… 2min ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan SCKLM (1jam 16min)…. Tapi aku berpuas hati kerana jauh lebih baik dari prestasi aku semasa men’s health… pace aku pada kadar 6.2min/km dan kelajuan larian 9.0km/h…. masa men’s health pace aku jatuh sehingga lebih dari 7min/km…. so, kira2 misi membalas dendam telah Berjaya… overall result, no. 769 dari 1486 runner… kelompok tengah la…
kepenatan... tapi puas
Masa melepasi garisan penamat… ajat ada amik video, tapi takleh nak upload sebab saiz besar sangat… lepas dapat medal dan sijil aku gi amik snek pack dan berjumpa balik dengan ajat… selepas berehat dan buat warming down kat sebelah banggunan perbadanan putrajaya… aku dan ajat pusing2 kat kawasan booth penaja larian… disebabkan aku pakai kereta proton… so, aku dapat masuk pertandingan kat booth proton dan dapat goodies bag… 
barang yang dibawa balik

Secara keseluruhannya putrajaya night marathon adalah satu larian yang Berjaya… route yang disediakan bagi aku cukup memadai… water station pun bagus… disepanjang jalan ada performer2 yang bagi semangat kepada pelari… system pemberian medal selepas larian juga adalah cekap…. Cuma takde goodies bag jer….
vest dan medal

medal depan

medal belakang

BIB antupancing

Jam dah menghampiri jam 11mlm… aku dengan ajat decide untuk balik… tak bleh nak balik awal2 sebab jalan masih ditutup lagi… aku dah memang kepenatan dan lutut kiri aku dah mula berdenyut2 sakit… so, aku suruh ajat aje yang bawk kete… nasib baik dia ikut… nak keluar putrajaya masuk highway MEX memang jem sebab jalan maih banyak ditutup… sabar je la… nak marah2 takleh sebab kite pun runner gak… sekian, selesai sudah misi membalas dendam….

No comments: