Thursday, October 20, 2011

Race Report #8 (Putrajaya Night Marathon)



Tempat: Putrajaya (berhadapan palace of justice)
Kategori: Lelaki terbuka 10km
Race kit: BROOKS running vest, BIB (M1474), timing chip
Post-race: Finisher medal & sijil

Kejohanan larian pertama setelah cuti panjang (bulan puasa dan aidilfitri)… seperti mana yang telah aku ceritakan sebelum ni… larian ni adalah misi membalas dendam untuk memperbaiki prestasi aku berlari malam di putrajaya… latihan aku telah mulakan sejak selesai aidilfitri… perlahan2 membina semula stamina di setiap hujung minggu… Cuma kali ni aku ada masalah baru… kesakitan lutut aku telah berpindah dari lutut kanan ke lutut kiri… so, aku mempertingkatkan latihan untuk menguatkan otot2 sekitar lutut dan menambah dos vitamin glucosamine aku…
Race kit yang aku terima untuk larian ni merupakan satu running vest dry fit dari BROOKS berwarna putih dengan lambang BSN… aku rasa design vest ni dah kira ok dah… tapi aku ad baca dalam internet, org komplen yang baju ni plain sangat… kenkadang aku rasa ada sesetengah runner ni mengada2 sangat… sikit2 komplen pasal design vest tak cantik la… medal tak cantiklah… macam2lah, came on lah, jangan lah banyak komplen sangat…. Nanti org benci taknak anjurkan larian lagi… baru padan muka…
Hari sabtu pagi aku pergi bawa miza jumpa doktorpakar di ampang putri medical centre… sampai t/hari… kali ni aku lebih berhati2 dengan pemakanan aku… tak nak kejadian semasa men’s health berulang… so, t/hari aku Cuma makan karbohidrat sahaja… elakkan yang berkuah dan bersantan… balik dari makan aku tido sekejap dan bangun semula pada pukul 4 ptg… lepas solat asar aku pun bergerak ke putrajaya dalam kul 5.30ptg… elok jer aku nak keluar dari sri Gombak… ajat kol aku… Tanya aku nak gi putrajaya kul brapa… sebab dia nak ikut sekali… nasib baik aku belum gerak jauh lagi… so, aku pusing gi ambik dia kat rumah sewa dia di sentul dan kami berdua terus ke putrajaya dalam kul 6ptg…
sebelum berlari....

Sampai putrajaya dalam kul 6.45ptg… aku dapat parking kat belakang banggunan perbadanan putrajaya lepas mintak tlg guard yang jaga jalan alihkan kon… port yang sama masa larian men’s health… tak ramai yang parking kat sini sebab sebenarnya kete tak leh masuk… heheee, rezeki aku… lepas tu aku dengan ajat gi sembahyang maghrib kat masjid besi… lepas sembahyang patah balik ke kereta sebab aku nak tukar baju, ikat timing chip, pinkan BIB, makan GU gel dan stretching sekali…
okeh2... aku sambung dalam bahagian kedua okeh... tunggu....

3 comments:

Nurul Ashikin said...

seronok.. saya pun suka masuk acara larian

Pelampung Bocor said...

putrajaya night marathon masuk tak?

Youpie Eppy said...

suke entry ni....
amboi lari2 gtu