Dah nama pun antupancing… mesti la
ada pergi memancing sekali sekala… trip ini dibuat pada 1 oct 2011… sabtu malam
ahad… aku sebenarnya dah lama tak terasa nak memancing… lebih menumpukan kepada
aktiviti larian aku… tapi miza dah banyak kali ajak aku pergi memancing… tapi
kerana banyak hal dalam bulan raya, maka trip ni selalu di postpone dari minggu
ke seminggu… last2 1oct 2011, sabtu malam ahad baru dapat pergi… sebelum tu
kami pergi dulu ke pasar malam untuk beli makan malam dan umpan… aku beli udang
longgok dgn beberapa ekor ikan sardine… lepas makan dan semayang isyak, kami
pun keluar rumah menuju ke kolam pancing… malam ni aku decide untuk pergi port
biasa di kolam ikan air masin green paradise, jalan selayang-rawang…
miza tgh karau tali.... |
Lebih kurang pukul 10 kami pun sampai
ke kolam… masa ni tak ramai lagi yang sedang memancing… mungkin sebab masih
awal lagi… selalunya kalau malam minggu ni, ramai pemancing yang suka masuk
lewat dan memancing sampai ke awal pagi… overnight la katakana… aku dulu2 biasa
la buat camtu…oleh kerana malam ni aku nak memancing secara santai jer… so,
umpan pertama yang aku labuh kan adalah potongan ikan sardine… ikan tu aku
potong separuh, senang takyah nak fillet… lepas campakkan umpan aku pun dok
rilek2… miza pun macam biasa, mula main2 dengan umpan yang aku bawa…
tak sampai 10min… hujung jorang aku
tersengguk2 dan tali mula keluar dengan banyakkanya… ni mesti ikan dah sambar
umpan aku… aku angkat joran & bagi tali lebih sikit supaya ikan tu betul2
telan umpan aku… pastu aku gulung perlahan2 tali sampai tegang… bila tali dah
tegang aku pun strike la… aku dengan steadynya mengawal ikan supaya tak melilau
jauh dan langgar tali org lain… tak sampai 5min… ikan siakap pun terdampar kat
tepi kolam… sorry la aku tak ambil pula gambar waktu ni… beratnya lebih kurang
1.8kilo… Alhamdulillah… rezeki miza…
aksi selepas ni tidak ada yang
mengujakan… beberapa kali percubaan menukar umpan tak Berjaya mengcuit ikan…
udang hidup, udang kopek dan hirisan ikan tak mendatangkan hasil… Cuma selang
beberapa tiang dari tempat aku memancing… ade sorang brader ni Berjaya
mendaratkan sekor siakap bersaiz besar, 4kilo lebih…
dah siap siang dah.... |
jam 1pagi aku dan miza pun mula
berkemas nak balik… sebelum gerak… aku mintak budak indon pengjaga kolam tolong
siangkan ikan… maleh aku nak siang kat rumah, leceh… upahnya Cuma 2hengget jer…
sebelum jam 2pagi kami dah ada kat rumah….
No comments:
Post a Comment