Wednesday, December 21, 2022

Bukit Beruntung -> Tanjung Malim -> Batu Gajah -> Beruas

 

Sudah lama tak buat coretan perjalanan.. beberapa minggu lepas aku berpeluang untuk buat short trip dari rumah aku di bukit beruntung menuju ke batu gajah. Trip ni aku buat sebab nak jemput Ana, Sufi dan Fatih balik dari kampong di beruas. Sebelum ni mereka dan balik lebih awal dengan menaiki kereta Aruz sbb cuti sekolah sudah bermula. Aku tak dapat balik bersama2 mereka kerana tidak dapat bercuti panjang. Jika mereka balik sendiri, bolehla spend lebih masa di kampong. Cuma aku berjanji akan datang menjemput mereka semula untuk balik ke bukit beruntung.

Perjalanan aku mulakan dari rumah.. pada mulanya aku nak naik Grab sahaja dari rumah ke stesen keretapi terdekat dari rumah aku iaitu stesen KTM Rasa.. tetapi pada pagi itu, ayah aku menawarkan diri untuk menghantar aku terus ke stesen KTM Rasa. Jarak KTM Rasa dari rumah aku adalah sejauh 11km dan memakam masa 13minit masa perjalanan. Kalua ambil Grab harga tambang dalam kira2 RM15.

Bertolak dalam lebih kurang jam 9pagi dari rumah dan aku tiba ke KTM Rasa sebelum jam 9.30pagi.. dari Rasa aku akan menaiki Komuter menuju ke Tanjung Malim.. harga tiket adalah RM4.. untuk memudahkan perjalanan.. adalah disarankan mengunakan Kad Touch And Go.. tak perlu beli tiket di kaunter.. Cuma perlu touch pada pagar untuk memasuki ke dalam kawasan stesen.. untuk ke Tanjung Malim, perlu tunggu di platform 1.. jika mahu ke rawang atau KL.. tunggu di platform 2.. untuk ke platform 2 kena naik tangga untuk ke platform seberang.

Stesen KTM Rasa yg lengang




Keretapi Komuter akan tiba di Rasa pada jam 10pagi.. untuk jadual perjalanan Komuter dari rawang ke Tanjung malim.. kekerapannya adalah lebih kurang sejam sekali sahaja.. ianya tak sekerap perjalanan dari rawang ke KL.. untuk Komuter ke utara, stesen terakhir adalah di Tanjung malim.. keadaan stesen Rasa adalah agak sunyi pada waktu ni.. ini mungkin kerana hanya keretapi Komuter sahaja yang berhenti di stesen ini .. keretapi2 yg lain macam ETS tak berhenti.. sementara menunggu keretapi Komuter, aku sempat berborak dengan seorang pakcik berbangsa India yg juga ingin ke Tanjung malim.. katanya stesen ni selalunya penuh pada waktu pagi kira2 jam 7.30pagi kerana ramai yang akan menaiki Komuter utk ke bandaraya utk bekerja.. perbualan kami juga berkisar mengenai tragedi tanah runtuh di jalan batang kali menuju ke genting highland.. yang setakat ni sudah mengorbankan 25nyawa…

Jam 10pagi .. keretapi Komuter pun sampai seperti yang dijadualkan.. aku menaiki salah satu gerabak yang agak kosong dan duduk bersendirian.. perjalanan dlm masa 30minit dan pemandangan di luar penuh kehijauan dgn suasana pinggiran kampong.. dalam jam 10.30pagi aku sudah pun berada di Tanjung malim

On the way ke Tanjung Malim

Tanjung malim merupakan bandar yang lebih besar dari bukit beruntung.. disini adalah lebih banyak kemudahan.. ini mungkin kerana kehadiran UPSI dan kilang Proton di Tanjung malim yang merancakkan aktiviti social dan ekonomi di sini.. dari Tanjung malim lebih banyak pilihan jenis pengangkutan untuk ke utara mahupun untuk ke selatan.. disini ada perkhidmatan keretapi dan bas express.. untuk menuju ke utara, aku ada pilihan untuk menaiki bas ataupun keretapi.. untuk perjalanan kali ni aku memilih untuk menaiki keretapi.. aku dapat tiket ETS dari Tanjung malim dan akan turun di Batu Gajah.. aku elakkan dari turun di Ipoh kerana aku jangkakan akan agak sesak dan sukar nanti Ana nak datang untuk menjemput aku.. kalau aku nak naik bas, stesen bas pun tak berapa jauh dari stesen keretapi.. boleh berjalan kaki sahaja.. lebih kurang 12minit.. keretapi ETS aku ke Batu Gajah adalah pada jam 1ptg

Sementara menunggu jam 1ptg.. aku keluar dari kawasan stesen utk cari tempat makan untuk alas perut sementara tunggu jam 1ptg.. berhadapan dgn stesen Tanjung malim ni ada food court baru dibuka.. sebelum ni Cuma deretan2 kedai kayu sahaja.. pada mulanya aku bercadang nak ke pekan Tanjung malim… tetapi disebabkan cuaca yang pagi yang agak panas aku membatalkan niat aku untuk ke pekan Tanjung malim dan memilih untuk makan di food court di hadapan stesen sahaja.. jika malas nak keluar dari kawasan stesen.. dlm banggunan stesen pun ada gerai makanan Cuma pilihannya tak banyak sahaja.. untuk pagi ni aku memilih untuk makan Mee Rebus bersama Teh Ais.. selesai makan, aku lepak2 digerai sambil membaca surat kabar Harian Metro..

Mee Rebus, Teh Ais, Harian Metro


Jam sudah melepasi 11.30pagi.. aku bergerak kembali ke stesen keretapi.. mencari tempat untuk meluruskan kaki sementara menunggu jam 1ptg.. pada mulanya aku berniat nak berehat didalam surau, akan tetapi surau sudah ada penghuninya.. aku memilih untuk berehat di kawasan kantin sahaja..

Selepas 2 keretapi menuju ke utara melepasi stesen.. satu ke Padang Besar dan satu lagi ke Butterworth.. aku pun bergerak masuk ke dalam kawasan stesen.. jam sudah menunjukkan masa 12.30ptg.. aku bergerak ke platform 2 dan mencari kerusi panjang yang kosong.. sementara nak tunggu keretapi sampai, aku pun berbaring merehatkan badan.. sebenarnya aku agak kurang tidur kerana lebih kurang jam 3pagi baru aku dapat melelapkan mata.. kerana takut terlepas keretapi.. aku pun set alarm pada telefon bimbit..

Stesen KTM Tanjung Malim



Tepat jam 1ptg.. keretapi ETS pun sampai.. aku terus masuk ke gerabak F dan mencari tempat duduk.. aku duduk disebelah seorang amoi yg langsung tidak menghiraukan aku dan hanya menatap telefon bimbitnya… aku ambil peluang untuk melelapkan mata sepanjang perjalanan dan hanya membuka mata semasa sampai di stesen2 persinggahan sahaja.. perjalanan ke Batu Gajah memakan masa 1jam.. dan semasa perjalanan aku mencatat kelajuan maksima keretapi ETS adalah pada 122km/h…

X nampak Amoi kt sebelah

Kelajuan Maksimum


Pukul 2ptg keretapi ETS pun sampai ke stesen Batu Gajah.. aku pun turun dari gerabak dan meninggalkan Amoi tadi berseorangan.. mahu turun di Ipoh barangkali.. Ana sudah pun menanti aku di stesen.. sebelum sampai ke kampong .. kami berhenti makan t/hari dahulu di food court Medan Gopeng… selesai susah kisah perjalanan aku untuk kali ini

Wednesday, October 12, 2022

STRESS

Nukilan Hasil Kerja Anak Aku.. 

 Dalam sesebuah organisasi, konflik merupakan perkara lumrah dan sesuatu yang perlu di atasi, sekiranya fenomena ini dapat dikurangkan, kemantapan sesebuah organisasi akan bertambah dan seterusnya boleh mencapai matlamat kearah kegemilangan yang dingini. Konflik boleh berupa pergeseran dan pertentangan di antara dua pihak akibat perbezaan nilai, kehendak, pendirian dan perasaan dalam usaha memenuhi keperluan dan matlamat. Ia merupakan fenomena biasa apabila wujud interaksi di antara dua pihak atau lebih manusia dan sentiasa berlaku dari masa kesemasa. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menangani kesan negatif akibat konflik dan salah satu pendekatan yang popular adalah pendekatan kaunseling. Stress berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal. Stress luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migraine.

 1 PENGHARGAAN Bersyukur kehardat illahi kerana telah menginzinkan saya untuk menyiapkan tugasan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang terlibat kerana dengan mereka semua saya dapat menjayakan folio ini. Terima kasih kepada guru subjek ini kerana memberikan maklumat dan masa untuk saya menyiapkan tugasan folio ini. Saya juga sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada keluargan dan rakan-rakan saya yang telah banyak memberikan dorangan dan sokongan kepada saya sewaktu menyiapkan folio ini dalam masa yang telah di tetapkan oleh guru subjek ini.
2 PUNCA KONFLIK DAN STRESS Dalam sesebuah organisasi pekerjaan, konflik bukan sahaja berlaku di antara pekerja dengan majikan atau di antara satu jabatan dengan jabatan lain malah sering juga berlaku konflik interpersonal dan konflik dalaman. Punca konflik adalah seperti yang berikut: Halangan untuk mencapai sesuatu matlamat oleh satu atau lebih pihak lain merupakan punca utama berlakunya konflik dalam sesebuah organisasi atau antara individu. Contohnya, keinginan seorang atau sebuah jabatan untuk mengajurkan seminar atau majlis untuk kepentingan diri atau organisasi dihalang oleh pihak lain kerana sebab-sebab tertentu boleh menimbulkan konflik. Selain itu, kekurangan sumber seperti kewangan, tenaga kerja dan fizikal yang terhad untuk diagihkan dengan adil kepada semua pihak. Merujuk kepada contoh di atas, halangan untuk mengadakan seminar atau majlis tertentu mungkin disebabkan oleh peruntukan kewangan atau tenaga kerja yang terhad. Akhir sekali, dasar dan struktur perkhidmatan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Konflik mungkin berlaku dalam soal struktur gaji. Contohnya perbezaan gaji yang terlalu jauh di antara struktur perjawatan atau gaji sama dalam struktur perjawatan tetapi beban tugas yang berlainan. Begitu juga dengan dasar sesebuah organisasi yang terlalu mementingkan keuntungan tanpa mempertimbangkan keselesaan tempat bekerja dan kebajikan pekerja. Punca stress berlaku apabila kita berperasaan negatif, gaya hidup, beban kerja yang terlalu banyak, masalah keluarga dan kewangan. Stress boleh menyebabkan kita membuat perkara yang diluar jangkaan kita. Berperasaan negatif boleh menyebabkan kita stress apabila kita membiarkan stress itu mempengaruhi minda kita sendiri seperti marah dan sedih. Contohnya, kita membiarkan perasan marah itu mempengaruhi minda kita dan kita akan rasa hendak membunuh diri.
3 KESAN KONFLIK DAN STRESS Konflik yang berlaku juga boleh menghasilkan kesan negatif. Boleh menimbulkan sikap benci membenci, kemurungan, permusuhan, saling tidak percaya, tuduh menuduh, tiadanya kerjasama, sabotaj dan sebagainya. Yang pastinya semua ini akan dapat menganggu keharmonian hubungan interpersonal dan jika ia berlaku dalam sesebuah organisasi, ia akan membantutkan usaha mencapai matlamat organisasi keseluruhannya. Stress boleh juga menghasilkan kesan negatif. Kesan stress yang berpanjangan boleh menyebablan tekanan darah yang tinggi, lelah, serangan jantung, strok, serangan migraine, kemurungan, masalah berat badan, masalah kulit yang semakin teruk (jerawat), gangguan kebimbangan. Mudah untuk mendapat penyakit.
4 LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL KONFLIK DAN STRESS Bagi mengawal konflik dalam sesuatu organisasi pihak tertentu seperti kaunselor dalam organisasi tersebut perlu memainkan peranan yang penting untuk mencegah konflik daripada berlaku dan memulihkan keadaan sekiranya terdapat konflik yang mendatangkan kesan negatif. Bagi stress pula cara hendak mengawalnya ialah dengan menenangkan diri apabila sedang stress dengan sesuatu perkara. Contohnya, pergi ke taman untuk tenangkan hati, menghirup udara yang segar dapat mengawalkan diri kita daripada stress. Membuat perkara yang kita suka dapat mencegah daripada stress dan jangan berfikir terlalu banyak perkara yang boleh menyebabkan kita terlampau stress kerana boleh memudaratkan kesihatan kita.

 5 PENUTUP Kesimpulannya, konflik dan stress membawa keburukan kepada kita. Kita haruslah bijak mengawal kedua-duanya agar ia tidak membawa memudaratkan kesihatan kita. Konflik dan stress ada kebaikan dan keburukannya, jauhilah semua orang daripada keburukannya. Kita juga haruslah sentiasa menjaga kesihatan kita, kerana konflik dan stress boleh menyebabkan kita mendapat penyakit dalam jangka masa yang singkat. Jagalah diri sendiri untuk kebaikan kita di masa yang akan dating. Konflik dan stress juga boleh membawa maut.

Monday, May 10, 2021

Spaghetti Cara Aku

 Tadi ada orang call minta aku ajar cara aku masak spaghetti, ini secara ringkasnya:

Gambar Hiasan.. boleh letak sedikit parutan cheese untuk tambah sedap


Panduan memasak spaghetti

Potong kecil2

1.       Bawang merah 1biji

2.       Bawang putih 3 putik

3.       Tomato 1biji

4.       Daging burger/daging cincang

 

Rebus air dengan sedikit garam dan minyak masak. Bila air dah mendidih masukkan spaghetti. Kacau dari masa ke semasa untuk elak spaghetti melekat. Jangan masak terlalu lama nanti spaghetti jadi lembik. Simpan sedikit air rebusan spaghetti untuk dimasukkan ke dalam sos spaghetti. Bila spaghetti dan masak boleh toskan air rebusan tadi.

 

Sos Spaghetti

Panaskan sedikit minyak didalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan daging cincang/burger. Masak sehingga daging masak.

Masukkan 1tin/botol sos spaghetti. Tambah air sebanyak 1tin/botol spaghetti (boleh gunakan air rebusan spaghetti tadi). Bila Sos dah mendidih boleh masukkan tomato dan sedikit lada hitam. Kacau sos sehingga sebati, masak sehingga sos mendidih.

Okay, siap.


Monday, January 4, 2021

COVID-19 Dan Aku...

 Assalammualaikum


    Khas buat rakan2 yang pernah singgah ke blog ni.. terima kasih la sebab sudi singgah dan membaca coretan2 aku yang lama.. lama sangat dah tak mencatat apa catatan dalam blog ni.. sekarang dah masuk tahun 2021 dh pun.. aku rasa tahun lepas, tahun 2020 adalah antara tahun yg paling mencabar buat aku dan juga buat yg lain juga.. siapa sangka COVID-19 akan memberi kesan yang amat mendalam kepada seluruh penduduk dunia..



    pada mulanya aku sangka aku takkan terkesan secara langsung dengan COVID-19 ni.. tetapi sangkaan aku meleset.. tanpa disangka2 COVID-19 menyinggap ke tempat aku bekerja dan salah seorang yang +ve adalah rakan sekerja aku.. maka terpaksa aku menjalani ujian swab di hidung.. seram juga bila nak kene swab tu.. rasa ngilu sampai ke pangkal hidung.. alhamdulillah result aku -ve



    tetapi atas arahan syarikat.. buat sementara waktu aku kene bekerja dari rumah buat masa ni.. WFH bak kata orang putih.. WFH ni dah kira norma baru sekarang.. waktu mula2 PKP di laksanakan dahulu pada bulan Mac.. first time merasa WFH.. jenuh juga la melayan meeting online



    Aku berdoa semoga COVID-19 ni dapat diatasi segera.. apa2 pun ni semua ujian Allah dan kita kene redha.. ada benda yang Allah nak ajar kita ni..



Wednesday, August 8, 2018

Putrajaya Night Marathon 2017 (PNM’17)


Putrajaya Night Marathon 2017 (PNM’17)

Jarak: 21km

Kategori: Men’s Jr Veteran, H6790

Tarikh: 4 November 2017

Lokasi: Putrajaya

Duration: 2jam 50min

Pace: 8:09Min/Km

 

          Acara wajib hadir untuk tahun 2017 ni hadir sekali lagi.. seperti biasa aku masuk kategori 21k.. Men Jr Veteran.. hehe.. dah masuk Veteran dah aku sekarang.. untuk PNM 2017 ni, aku sekali lagi menyewa homestay di Putrajaya.. Cuma kali ni yang duduk kat homestay ni adalah aku sekeluarga, ma kana dan adik ana.. ajat masuk juga PNM’17 ni tapi dia dah sewa hotel dekat dengan dataran perbadanan Putrajaya.. ada offer murah.. tahun ni fairus, suami rini dan pak the pun masuk juga.. fairus amik 10k dan pak teh amik 21k..


          Seperti biasa.. tengah hari kami sampai di homestay di Putrajaya.. kami berehat2 sahaja di homestay.. pada sebelah petang kami turun mandi2 kolam.. aku mandi sekejap sahaja.. tak nak beria2 sangat.. takut malam nanti keletihan.. selepas magrib aku pun bersiap2 dan bergerak ke dataran perbadanan Putrajaya.. kali ni aku pergi seorang sahaja.. yang lain lepak kat homestay sahaja..

          Aku berjumpa dengan ajat kt lobi hotel dimana dia menginap.. dari situ kami berjalan kaki sahaja ke tempat permulaan.. dekat sgt.. tak sampai pun 5min dah sampai..
aku dan ajat sebelum larian bermula

tak jauh dari garisan mula

pelari yang berada di belakang

at 10k mark..


          Secara keseluruhannya, PNM’17 ni jauh lebih baik dari PNM’16.. masa yang aku catatkan pun OK.. 2jam 50min.. pak teh mencatatkan masa terpantas untuk larian kali ni 2jam 37min.. diikuti dengan ajat 2jam 41min.. nampaknya usaha keras pak teh dan ajat berlatih telah menunjukkan peningkatan yang baik.. selepas larian.. pak teh terus balik ke Seremban.. aku pula singgah sebentar kat bilik hotel ajat.. jumpa rini dan miza yang ada kat sana.. miza datang dengan rini.. tapi dia taknak ikut aku ke homestay.. dia nak ikut rini balik ke bukit beruntung selepas larian fairus..
keputusan larian aku..


          Lepas balik ke homestay.. aku pun membersihkan diri dan terus masuk tido.. masa aku sampai ke homestay pun semua dah masuk tido dah pun.. agak lama jugalah aku melepak lepas abis larian tu.. keesokkan harinya kami pergi mandi manda di kolam dahulu pada sebelah paginya.. tengah hari kami makan dahulu di The Tarik Place sebelum bergerak balik..

          Tahun ni pun aku dah daftar untuk PNM’18.. seperti biasa aku masuk kategori 21k.. tapi tahun ni ada sedikit perubahan kerana aku dah tak bekerja di company aku sekarang ni.. company aku dah tutup.. sewaktu aku menaip entry ni lagi tinggal 7 hari sahaja lagi company aku nk beroperasi.. lepas ni tak tahu la nak kerja kat mana pulak.. doakan supaya aku boleh dapat kerja baru ea.. wassalam..

Tuesday, May 8, 2018

Hari Sukan Negara (HSN) 21K 2017


Hari Sukan Negara (HSN) 21K 2017

Jarak: 21km

Kategori: Men’s Open, A2470

Tarikh: 14 October 2017

Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Duration: 2jam 58min

Pace: 8:24Min/Km

 

          Ini adalah penganjuran kali ke-2 acara HSN21k.. penganjuran kali pertama adalah pada tahun 2016.. dibuat pada sebelah pagi di Dataran Merdeka.. penganjuran kali ke-2 ni masih mengekalkan tempat larian di Dataran Merdeka tetapi telah beralih pada sebelah malam.. HSN21k ni mula mendapat tempat sebagai salah satu acara yang terbaik di lembah klang bagi jarak 21k..

          Larian kali ni disertai oleh aku dan ajat.. pak teh juga ada menyertai acara larian ni dan semuanya masuk larian jarak 21k.. untuk larian kali ni aku dan ajat bertolak dari rumah ajat di Gombak.. ana dan anak2 aku semua tunggu di rumah ajat sahaja.. aku dan ajt naik moto ajat dari sri Gombak dan parking betul2 disebelah padang dataran merdeka berhadapan dengan gereja..

          Apa yang dapat aku rumuskan untuk acara larian ni adalah routenya adalah antara yang tersiksa untuk route bukit tungku.. banyak betul turun naik bukitnya.. bukan aku sahaja yang rasa macam tu.. ajat dan pak teh pun rasa macam tu jugak.. pak teh sampai 5min selepas aku sampai.. ajat pula 1/2jam selepas aku sampai..

          Selepas berehat sebentar kami pun berpisah balik.. aku dan ajat ke sri Gombak.. pak teh pula gerak balik ke Seremban.. untuk edisi ke-3, insyallah aku akan join juga.. Cuma untuk edisi ke-3 ni dah berubah lokasi.. dari dataran merdeka ke sport city bukit jalil.. sport city ni sebenarnya adalah kawasan stadium bukit jalil yang telah dinaik taraf semperna sukan sea yang lepas.. Nampak gayanya insyaallah dapat lagi la berlari dalam stadium bukit jalil.. dulu pernah sekali aku berlari dalam stadium nasional bukit jalil ni semasa Brooks Bukit Jalil Half Marathon.. syok ooo.. rasa macam athlete negara pulak.. okeh jumpa kita di bukit jalil..
Petak Mula.. Iklan DBKL suruh bayar cukai yg xleh blah tu
Tengah Warm-Up dengan ajat
1/2way.. 10k
Dgn En Abu.. Sahabat Lama

Friday, May 4, 2018

Memancing Udang Galah


Memancing Udang Galah



Kembali kita kepada cerita memancing.. sejak kebelakangan ni aku kerap juga pergi memancing udang galah.. tapi bukan memancing di sungai tetapi di kolam berbayar..

Dulu aku kira rajin juga pergi memancing udang galah semasa duduk di Gombak.. aku memancing di sebuah kolam berbayar di taman pelangi dekat area Sentul.. tak pastilah adakah kolam tu masih wujud sekarang sebab kawasan tu sedang pesat membangun.. takut2 kolam pancing kawasan tu telah ditutup untuk membuka jalan kepada pembangunan kawasan komersil dan kediaman yang baru..

Baru2 ni aku ada ajak ana pergi memancing.. aku ajak dia pergi memancing udang pulak.. sebelum ni aku ada pergi memancing udang harimau denga nana di kolam simen kat area bukit beruntung.. mungkin disebabkan dah lama x memancing udang.. maka skill memancing udang aku pun dah agak tumpul.. maka kami x dapat udang pun.. sebagai saguhati, penjaga kolam tu bagi la sikit udang mati yang disimpan dalam peti sejuk kat kami.. kali ni aku ajak ana memancing udang galah di kolam yang lebih besar.. hasil carian aku di internet aku dapati ada beberapa kolam udang galah di area batang kali dan hulu yam.. aku decide untuk pergi ke salah sebuah kolam di kalong tengah, batang kali..

Setibanya aku di kolam udang tersebut aku dapati rupa2nya kolam tu kepunyaan kawan sekerja aku semasa di perodua.. dia dah berhenti dari perodua dan membuka kolam udang di atas tanah miliknya.. dahulu aku pernah datang ke kolam milik kawan aku tu.. tapi masa tu dia hanya ada kolam ikan aje.. dia bela ikan tilapia.. aku pernahla memancing kat kolam tilapia dia bersama2 ayah aku.. tapi sekarang dia dah bukak kolam memancing udang pulak.. kolamnya agak besar juga.. dan amat2 bersih dan cantik.. ada sekali pondok2 kecil di sekeliling kolam tempat memancing untuk beristerirehat sambil memancing udang.. amat2 sesuai kalau bawa keluarga..

Aku menggunakan set pancing kecil aku yang dh lama tak pakai.. setelah memancing lebih kurang 1jam x naik2 juga udang.. aku rasakan set pancingan aku kurang sesuai utk pancingan udang.. aku pun menyewa satu set pancingan udang.. rod panjang tanpa set kekili.. selepas tu baru dapat rasa naikkan udang.. mancing udang ni bukan macam mancing ikan.. sebab kita x boleh nak sembat kuat2 macam mancing ikan.. kalau sembat kuat sangat nanti mata akan lucut dari mulut udang.. udang ni cara makannya pun perlahan.. kita memerlukan bantuan pelampung untuk tahu samada umpan kita sudah dimakan oleh udang ataupun tidak.. biasanya apabila udang sudah memakan umpan.. pelampung akan turun secara perlahan2.. waktu inilah kita perlu mengangkat joran perlahan2 hingga mata kail melekat di mulut udang.. pastikan tali senantiasa tegang untuk mengelakkan dari udang terlucut dari mata kail.. mata kail udang selalunya adalah mata kail jenis sabit yang tidak mempunyai cangkuk di hujung mata kail seperti mata kail biasa..

Hasil tangkapan aku pada hari itu Cuma 3 ekor sahaja.. tetapi sebelum balik.. kawan aku, pemilik kolam beri lagi beberapa ekor sebagai saguhati kepada aku.. balik aku buat butter garlic grill prawn..

Ketika berkunjung ke Decathlon damansara bersama keluarga aku.. aku jumpa joran panjang tanpa kili dan cincin yang Cuma berharga rm15 sahaja.. oleh kerana ana sekarang pun dh suka mancing udang, aku pun beli joran tersebut.. trip seterusnya ke kolam udang di kalong tengah aku gunakan joran baru ni.. kelebihan joran baru ni adalah ia boleh di simpan menjadi rod yang pendek.. bila nak guna boleh panjangkan sehingga ketinggian 2 kali ganda tinggi aku.. perkara baru yang aku belajar untuk trip kali ini adalah berapa panjang tali pancing yang sesuai untuk digunakan.. pada mulanya aku guna tali yang agak panjang.. hampir 1.5x lebih panjang dari rod aku.. masalahnya bila tali panjang sangat susah kita nak naikkan udang.. kena naikkan tinggi2 rod kita.. panjang tali yang sesuai adalah sama panjang dengan panjang rod kita..baru senang nak labuhkan umpan dan tarik udang..
Rod dari Dechatlon.. siap dapat tali, pelampung dan pemberat


Antara factor lain yang penting untuk kita tahu adalah.. kedalaman kolam.. sebab bila kita tahu kedalaman kolam.. baru kita boleh set ketinggian pelampung yang sesuai.. selalunya bila kita memancing udang.. kita akan gunakan pelampung yang boleh dilaraskan keduduknya.. apa yang kita x nak adalah umpan berada dalam keadaan tergantung dalam kolam.. kedudukan umpan yang paling sesuai adalah bila umpan berada terletak didasar kolam.. TAPI, kalau banyak sangat tali yang kita gunakan untuk labuhkan umpan.. bermakna banyak tali akan berada didasar kolam.. ini akan menyukarkan kita untuk mengagak bila udang sudah mula memakan umpan.. kedudukan umpan dan pelampung yang paling sesuai adalah apabila udang mula memakan umpan.. kita akan dapat melihat pergerakkan pada pelampung ditarik secara perlahan2 masuk ke dalam kolam..
gambar sekadar hiasan


Teknik yang aku selalu amalkan adalah.. apabila aku melihat pelampung mula ditarik masuk ke dalam air.. aku akan mula mengangkat joran perlahan2 sehingga ada rasa tarikan dari udang.. kemudian aku akan buat sedikit sentapan untuk memastikan mata kail lekat di mulut udang.. selepas itu aku akan terus Tarik udang keluar dari kolam.. aku akan cuba elakkan membiarkan udang berada terlalu lama dalam kolam kerana lagi lama adegan Tarik menarik akan membesarkan lagi peluang udang untuk lucut dari mata kail.. dari masa kesemasa aku akan mengerak gerakkan pelampung kerana takut umpan dah mula dimakan udang tapi pelampung tidak ditarik.. bila ada pergerakkan pada pelampung dan umpan.. udang akan cuba melarikan umpan dan menarik pelampung sekali..

Kebetulan pemilik kolam adalah rakan aku.. dia dah bagi panduan untuk set ketinggian palampung.. kira2 1.8m.. untuk trip2 seterusnya.. hasil tangkapan dah menjadi lebih banyak.. puaslah makan udang galah.. dapat merasa tarikkan jenggo pun dah dapat.. assyyiiikkkk..

Ohh sebelum terlupa.. factor umpan pun perlu diambil kira.. jenis dan saiz umpan.. umpan yang ada dijual kat kolam pancing adalah cacing umpun2.. 1 kotak rm10.. kalau digunakkan dengan berhemah boleh tahan untuk pancingan selama 6 jam.. umpan lain yang aku gunakan adalah hati dan jantung ayam.. semua umpan2 ni perlu dipotong kecil2.. jika dipotong besar.. akan menyukarkan udang untuk memakan umpan dan mata kail untuk lekat di mulut udang..

Tapi tip2 yang aku share ni lebih sesuai untuk digunapakai untuk pancingan udang di kolam.. kalau pancingan udang di sungai.. tekniknya adalah berbeza.. yang tu aku takleh nak storylah sebab aku pun xde pengalaman mancing udang di sungai.. carik kat blog lain OK..