Putrajaya
Night Marathon 2017 (PNM’17)
Jarak: 21km
Kategori: Men’s Jr Veteran, H6790
Tarikh: 4 November 2017
Lokasi: Putrajaya
Duration: 2jam 50min
Pace: 8:09Min/Km
Acara wajib hadir untuk tahun 2017 ni hadir sekali lagi..
seperti biasa aku masuk kategori 21k.. Men Jr Veteran.. hehe.. dah masuk
Veteran dah aku sekarang.. untuk PNM 2017 ni, aku sekali lagi menyewa homestay
di Putrajaya.. Cuma kali ni yang duduk kat homestay ni adalah aku sekeluarga, ma
kana dan adik ana.. ajat masuk juga PNM’17 ni tapi dia dah sewa hotel dekat
dengan dataran perbadanan Putrajaya.. ada offer murah.. tahun ni fairus, suami
rini dan pak the pun masuk juga.. fairus amik 10k dan pak teh amik 21k..
Seperti biasa.. tengah hari kami sampai di homestay di Putrajaya..
kami berehat2 sahaja di homestay.. pada sebelah petang kami turun mandi2
kolam.. aku mandi sekejap sahaja.. tak nak beria2 sangat.. takut malam nanti
keletihan.. selepas magrib aku pun bersiap2 dan bergerak ke dataran perbadanan Putrajaya..
kali ni aku pergi seorang sahaja.. yang lain lepak kat homestay sahaja..
Aku berjumpa dengan ajat kt lobi hotel dimana dia
menginap.. dari situ kami berjalan kaki sahaja ke tempat permulaan.. dekat
sgt.. tak sampai pun 5min dah sampai..
![]() |
aku dan ajat sebelum larian bermula |
![]() |
tak jauh dari garisan mula |
![]() |
pelari yang berada di belakang |
![]() |
at 10k mark.. |
Secara keseluruhannya, PNM’17 ni jauh lebih baik dari PNM’16..
masa yang aku catatkan pun OK.. 2jam 50min.. pak teh mencatatkan masa terpantas
untuk larian kali ni 2jam 37min.. diikuti dengan ajat 2jam 41min.. nampaknya
usaha keras pak teh dan ajat berlatih telah menunjukkan peningkatan yang baik..
selepas larian.. pak teh terus balik ke Seremban.. aku pula singgah sebentar
kat bilik hotel ajat.. jumpa rini dan miza yang ada kat sana.. miza datang
dengan rini.. tapi dia taknak ikut aku ke homestay.. dia nak ikut rini balik ke
bukit beruntung selepas larian fairus..
![]() |
keputusan larian aku.. |
Lepas balik ke homestay.. aku pun membersihkan diri dan
terus masuk tido.. masa aku sampai ke homestay pun semua dah masuk tido dah
pun.. agak lama jugalah aku melepak lepas abis larian tu.. keesokkan harinya
kami pergi mandi manda di kolam dahulu pada sebelah paginya.. tengah hari kami
makan dahulu di The Tarik Place sebelum bergerak balik..
Tahun ni pun aku dah daftar untuk PNM’18.. seperti biasa
aku masuk kategori 21k.. tapi tahun ni ada sedikit perubahan kerana aku dah tak
bekerja di company aku sekarang ni.. company aku dah tutup.. sewaktu aku menaip
entry ni lagi tinggal 7 hari sahaja lagi company aku nk beroperasi.. lepas ni
tak tahu la nak kerja kat mana pulak.. doakan supaya aku boleh dapat kerja baru
ea.. wassalam..
No comments:
Post a Comment