Friday, June 4, 2010

Office baru


Hmmm… berpindah ke opis baru / jabatan baru selepas 10 tahun berada dalam jabatan yang sama… rasa macam agak janggal pun ada gak… sebab kat tempat lama kita dah ada routine2 atau benda2 yang dah biasa kita buat tiap2 hari… macam bila masuk keje, sebelum buat apa2, buat segelas Nescafe dulu… kalau ada kuih ke, roti ke… cicah dengan Nescafe… pastu baru mula buat keje… kat tempat baru ni… equipment belum lengkap lagi… yang ada Cuma kerusi dengan meja sahaja…. Lokasi pun agak jauh dari tempat lama… lebih kurang 300m… masalahnya, walaupun dah pindah department baru tapi kerja2 masih banyak berkisar kat department lama…. Kene la ulang alik jalan kaki… Cuma tempat baru ni agak tenang sikit berbanding tempat lama… banggunan koperat la katakan…. Econ pun boleh tahan sejuk… semoga berpindah ke jabatan baru ni akan membawa hikmah yang lebih baik buat aku…. Insyaallah…
pemandangan dari tingkap opis baru

kosong jer... belum ada barang lagi.... komputer tu pun bukan aku punya.... bosss punya

Monday, May 24, 2010

Mari Melawat Zoo Negara


Zoo Negara…. Dekat je dengan umah aku… sebab tu aku suka gi sini… tapi takleh la gi selalu…. Setahun sekali tu bole la gak… bak kata mak aku ‘melawat sedara’… antara sebab2 lain yang buat aku suka gi zoo ni… bayarannya pun OK gak… takde la mahal sangat… dan boleh berjalan sahari suntuk (berbaloi la dengan harga bayaran masuknya)… keadaan Zoo pun OK… maksud aku bersih… terjaga… dan binatang2nya pun nampak cargas la gak… aku kalau gi Zoo, aku memang pergi awal2 pagi… pintu Zoo belum bukak lagi aku dah tercongok kat depan pintu Zoo tu… datang awal ni best sikit… org tak ramai lagi… seterusnya adalah berita bergambar…

Ni la awek yang selalu teman aku gi Zoo… OK…Ok… kita gi sebelah kiri dulu… tengok elephant

Waa elephant… jaga2 jangan sampai kene cekup dengan belalai dia

 
Zirafah


Alamak… sesat pulak dah… ni dah sampai uastralia nih… ada kangaroo


Aku rasa dalam banyak2 gambar yang aku ambil… gambar ni paling cun sekali… aku rasa singa ni memang pose khas untuk aku… PERFECT…. Bole bikin postcard



 
Sekali pandang macam harimau ni tengah ketawa… mesti dia kata “kui…kui..kuii… semua orang kene tipu, aku sebenarnya bukan rimau betul, orang pasal baju rimau jer”

OK la… untuk sesapa yang nak gi Zoo senang jer… ikut MRR2…. Baik dari gombak atau shah alam mesti jumpa punya… sesapa yang pergi tolon kirim salam kat pak rimau yang ketawa tu…

Sunday, February 14, 2010

Teknik memancing ikan siakap kolam


Mengikut pengalam aku yang tak seberapa dalam dunia memancing ikan siakap kolam nih… aku dapati ada beberapa teknik atau petua yang boleh digunapakai apabila memancing ikan siakap kolam… tapi yang aku nak sentuh kat sini lebih kepada teknik yang aku gemar pakai la bila pergi mancing siakap kolam nih
Yang pertama – tali utama = buat masa sekarang aku guna tali berkekuatan 20pound… tapi aku ada pengalaman yang mana ikan dah terlantar kat tepi kolam tapi bila aku nak tarik naik tali terus putus… ini mungkin disebabkan tali aku dah reput (sebab aku Cuma tukar tali setahun sekali jer)… so, untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi… aku cadang untuk tukar tali aku ke kuatan 25pound… aku suka pakai tali mono sebab kalau tali sulam senang nak berserabut
Yang kedua – tali perambaut = yang ni aku buat sendiri guna tali mono 40 pound dan mata saiz 2 atau 3, panjang perambut ni lebih kurang 1 kaki dan aku selalunya tambah batu ladung saiz 1, supaya apabila baling umpan boleh pergi jauh sikit
Umpan = antara yang paling popiler adalah udang idup, udang mati dengan ikan sardin. Umpan no 1 yang selalu aku gbuna adalah udang idup yang beli kat kolam, guna udang idup ni tak boleh nak ganas2 kalau x udang tu senang mati… aku selalunya biar je udang tu berenang sendiri, bila aku dah agak2 udang tu dah melilau ke mana2 tah… baru aku tarik balik… umpan no 2 yang selalu aku guna… udang mati… udang ni selalunya aku dah prepare siap2 kat umah… kupas kulit, buang kepala… pas tu balut dengan kertas surat kabar dan simpan dalam peti ais supaya udang tu jadi lurus… udang ni selalunya guna untuk teknik casting… yang bila aku tarik selalunya aku guna hujung joran untuk buat macam udang tu menari2… hehehheee….  Kalau guna umpan ikan sardin… selalunya aku fillet daging ikan tu dan cangkuk je kat mata umpan… kalau guna ikan sardin ni selalunya kita guna teknik tanam… iaitu lontar dan biarkan jer… bau ikan sardin tu yang akan menarik siakap datang… cuba2 lah….

Saturday, January 30, 2010

Mari berkelah


Antara aktiviti2 yang selalu aku buat bersama2 family aku adalah pergi berkelah… walaupun duduk di kl (atau pinggir kl)… masih ada tempat yang tak berapa jauh yang mana aktiviti berkelah boleh dijalankan… selalunya kalau pergi berkelah ni bukan family aku jer… kenkawan pun ada ikut sekali bagi memeriahkan suasana.
Kalau tempat kat area kl ni ada 2 la yang aku boleh cadangkan… itupun sebab aku dah pernah pergi. Pertama di sungai congkak. Tempat ni tak berapa jauh Cuma menghala ke hulu langat… aku pernah sewa chalet tepi sungai dah bermalam kat sana… chaletnya memang ringkas la… tapi untuk buat tidur x de masalah… kemudahan toilet ada… kalau nak mandi kat sungai la… disebabkan chalet dia betul2 tepi sungai… maka tidur malam dibuai oleh bunyi jeram… jalan nak masuk kesana pun ok… sebab tempat ni memang famous sebagai port perkelahan orang2 lembah kelang. Untuk masak memasak dan barbekiu kena bawak sendiri sebab x disediakan.
Tempat kedua adalah kat kampung kemensah (belakang zoo negara)… tempat ni aku dah pegi 2 kali… aku rasa tempat ni lebih terpencil berbanding sungai congkak sebab jalan nak masuk pun agak berliku dan sempit… aku lebih suka pergi kat sini sebab lebih dekat dengan rumah aku… kawasannya pun lagi cantik sebab ada 2 jenis kolam kat situ… kalau nak sejuk, boleh mandi sungai… pengusaha tempat tu pun ada buat macam empangan sikit… so bole la main terjun2… kelebihan kat kemensah ni plak sebab dia ada source air bukit dan kat tempat aku gi ni… pengusaha tempat tu ada buat kolam special untuk air bukit ni… air bukit ni tak sejuk sangat… rasanya suam2 kuku jer… kalau nak berendam sampai tengah malam pun bleh… kemudahan untuk masak memasak kat sini pun lebih baik sebab tokey tu ada rumah yang lenggkap dengan perbagai peralatan kat situ termasuk tandas, tv, karaoke dan bermacam2 lagi la… lagi pun tempat berkelah tu dekat dengan kolam pancing joran terjun… aktiviti kesukaan aku… hhehheheee…
Ni gambar kedua2 tempat tuh….






Friday, January 1, 2010

Ubahsuai kelisa (Rediger Kelisa)


Lama gile aku dah tak update blog nih… dari minggu ke minggu plan nak update tapi x kesampaian. Hari keje memang x dapat la… sibuk gile sejak model baru keluar dari kilang aku nih… hujung minggu pulak dipenuhi dengan pelbagai aktiviti2 kokurikulum antaranya kenduri kawin… balik umah mak… gi camping (kemensah) + trip memancing… itu aku cite kemudian ok
Last time aku ade cite pasal aku plan nak bikin sikit kete aku… bukan yang dasat2… kecik2 jer… so aku dah complete buat kete aku… perubahannya:
1.       Spark plug – aku guna jenis iridium, tapi bukan denso, original toyota, ni boleh pakai setahun
2.       Air filter – aku guna washable, jenama K&N, beli kat jusco kepong (ENEOS), jaminan seumur idup nih
3.       Voltage stabilizer – plan nak pakai je PIVOT, tapi mahal sangat la… last2 pakai ZAPTOR plantinum… beli melalui internet (bro huakenny)
4.      C.A.I. (Cold Air Intake) – beli melalui internet (bro catacomb), kaizen sendri dari muncung air intake ori ke front grill
5.      Reset ecu – dapat tips dari K2OC, cabut fius EFI dan biar semalaman, aku plan nak buat 3 bulan sekali
6.      Buang carbon – guna D’Carbo, beli dari member seopis, ni pun  aku plan nak buat 3 bulan sekali
So, aku harap dengan aktiviti2 ni dapat meng UP kan kereta aku… hasilnya, memang ada perubahanla… dari segi penjimatan minyak dan pick-up kereta…
Plan nak bubuh gambar banyak2… tapi x sempat nak ambik… ni jer la yang ada…