Saturday, January 30, 2010

Mari berkelah


Antara aktiviti2 yang selalu aku buat bersama2 family aku adalah pergi berkelah… walaupun duduk di kl (atau pinggir kl)… masih ada tempat yang tak berapa jauh yang mana aktiviti berkelah boleh dijalankan… selalunya kalau pergi berkelah ni bukan family aku jer… kenkawan pun ada ikut sekali bagi memeriahkan suasana.
Kalau tempat kat area kl ni ada 2 la yang aku boleh cadangkan… itupun sebab aku dah pernah pergi. Pertama di sungai congkak. Tempat ni tak berapa jauh Cuma menghala ke hulu langat… aku pernah sewa chalet tepi sungai dah bermalam kat sana… chaletnya memang ringkas la… tapi untuk buat tidur x de masalah… kemudahan toilet ada… kalau nak mandi kat sungai la… disebabkan chalet dia betul2 tepi sungai… maka tidur malam dibuai oleh bunyi jeram… jalan nak masuk kesana pun ok… sebab tempat ni memang famous sebagai port perkelahan orang2 lembah kelang. Untuk masak memasak dan barbekiu kena bawak sendiri sebab x disediakan.
Tempat kedua adalah kat kampung kemensah (belakang zoo negara)… tempat ni aku dah pegi 2 kali… aku rasa tempat ni lebih terpencil berbanding sungai congkak sebab jalan nak masuk pun agak berliku dan sempit… aku lebih suka pergi kat sini sebab lebih dekat dengan rumah aku… kawasannya pun lagi cantik sebab ada 2 jenis kolam kat situ… kalau nak sejuk, boleh mandi sungai… pengusaha tempat tu pun ada buat macam empangan sikit… so bole la main terjun2… kelebihan kat kemensah ni plak sebab dia ada source air bukit dan kat tempat aku gi ni… pengusaha tempat tu ada buat kolam special untuk air bukit ni… air bukit ni tak sejuk sangat… rasanya suam2 kuku jer… kalau nak berendam sampai tengah malam pun bleh… kemudahan untuk masak memasak kat sini pun lebih baik sebab tokey tu ada rumah yang lenggkap dengan perbagai peralatan kat situ termasuk tandas, tv, karaoke dan bermacam2 lagi la… lagi pun tempat berkelah tu dekat dengan kolam pancing joran terjun… aktiviti kesukaan aku… hhehheheee…
Ni gambar kedua2 tempat tuh….






No comments: